Di dalam badan kita ada sistem perlindungan yang sangat
menakjubkan, ia dikenali sebagai system imune, yang dicipta untuk melindungi
kita dari berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang
sentiasa menyerang tubuh kita.
Mengikut David Liaw, seorang pengamal terapi
holistik, sistem imun adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan menakjubkan.
Mengetahui cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan
kesihatan. Menurut beliau lagi sistem imun adalah sangat penting dalam usaha
untuk menggalakkan kesihatan yang baik.
"Anda adalah sebaik sistem imun anda.
Penyerapan, metabolisma, homeostasis, dll tidak dapat berfungsi dengan baik
jika kesihatan sistem imun terjejas untuk jangka masa tertentu."
Apakah faktor utama yang memberi kesan keatas sistem immune??
-tekanan
- pemakanan yang tidak sihat
- pencemaran alam sekitar
Berikut adalah beberapa petikan dari temubaul
antara Gerald Chuah dengan David Liaw mengenai kepentingan sistem imun dan
bagaimana menggunakan makanan semulajadi dan nutrisi untuk mengembalikan
kesihatan optimum diri seseorang.
SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM IMUNE
Soalan: Apakah kajian saintifik
terkini dan penemuan mengenai sistem imun?
Kajian menunjukkan bahawa tali perut kita
menempatkan komponen imun yang terpenting ia itu sistem limfoid, yang memainkan
peranan besar dalam penyelarasan sistem imun yang lain dengan fungsi kawal
selia tubuh kita.
Soalan:Sebelum ini kurang
perhatian diberi kepada sistem imun, kenapa penekanan yang besar diberikan
sekarang?
Peningkatan ketoksikan, peningkatan jumlah
kanak-kanak yang menunjukkan gejala penyakit seperti hipertensi, kolesterol
tinggi, diabetes, dll adalah pola pemberitahuan. Di samping itu penularan
selsema burung dan selsema babi meletakkan orang ramai dalam kewaspadaan yang
tinggi.
Soalan: Apa faktor dalaman dan
luaran yang memberi impak kepada sistem imun kita?
Tekanan fizikal dan psikologikal berterusan yang
berpunca dari gaya hidup, emosi, dan sistem kepercayaan; ketoksikan sama ada
dari pencemaran udara, makanan, dan air; dan pemakanan dan ubat-ubatan,
mempunyai kesan langsung ke atas fungsi imun usus kecil.
Soalan: Apa yang akan berlaku
bila sistem imun kita terjejas atau gagal berfungsi?
Ramai yang tidak sedar bahawa sistem imun kita
sentiasa bekerja keras, setiap saat 24 jam sehari, untuk mengawal dan
mengimbangi pelbagai spesis biotik badan seperti bakteria dan fungus. Ia hidup
di dalam badan kita, bekerja untuk kita, dan jumlahnya lebih banyak dari sel
kita sendiri.
Kebanyakan dari kes kronik yang kita hadapi hari
ini berlaku apabila sistem imun kita terpicu berlebihan, berkurangan, atau
tidak berfungsi; dari selsema, alergi, sindrom kelesuan kronik, pelbagai jenis
masalah penghadaman; ke masalah auto-imun kronik seperti arthritis, diabetes
jenis 2, Lupus, dan lain-lain alergi.
Soalan: Apakah tanda-tanda awal
dan gejala?
Bermula dengan benigna, yang ramai tidak ambil
peduli atau tolak ke tepi. Ia menjejaskan fungsi harian kita seperti masalah
buang air besar, sakit kepala, perubahan berat badan dan selera makan,
ketagihan, susah tidur, mudah marah, masalah kulit, perasaan tidak menentu, dan
kemurungan.
Beri perhatian kepada tubuh anda, jika anda peka
anda akan tahu. Ianya sesuatu yang tidak biasa berlaku, dan kekerapannya
bertambah dari hari kesehari. Jangan biarkan sehingga anda sakit teruk.Di zaman
ini, tiada had umur bagi mengalami kecelaruan imun.
Soalan: 3 cara untuk mendapatkan kesihatan
yang lebih baik?
- Cari punca masalah.
Memandangkan ketoksikan dan tekanan merupakan punca utama, detoksifikasi adalah
penting.
- Buang tekanan fizikal dan mental
- Pulihkan semula sistem imun, demi untuk mengekalkan
kesihatan yang baik.
APAKAH SUPPLEMENT YANG MAMPU MEMBERIKAN KESIHATAN HATI DAN
SISTEM IMUNE BERADA DI TAHAP YANG OPTIMUM?
.jpg) |
| Powerful immune Booster |
Shaklee mencadangkan Program batuan hati bagi menggalakkan
fungsi hati yang sihat seterusnya meningkatkan tahap tenaga
DTX COMPLEX- menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati
yang sihat dengan satu fomula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran
hempedu yang diperkaya**
NUTRIFERON- campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan berpaten tang
terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan system immune dan menggalak fungsi immune
sihat.
KESIMPULAN:
Secara ringkasnya untuk memulihkan penyakit dan mengembalikan
kesihatan optimum, kita perlu mencari punca masalah dan menyelesaikannya,
antaranya dengan melakukan detoksifikasi dan memulihkan kesihatan sistem imun.
HUBUNGI :
fb: shayida salmi
Blog : http:onesupplement.blogspot.com
text/ Whatsup: +673 8115024
** Produk ini b ukan bermaksud
untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Dipetik dari temubual Gerald Chuah, wartawan The New Straits
Times, dengan David Liaw, pengamal terapi holistik yang mendapat latihan terapi
nutrisi dan terapihipno di United Kingdom. The New Straits Times, 4 Feb 2012.