Showing posts with label Omega. Show all posts
Showing posts with label Omega. Show all posts

Wednesday, 25 February 2015

SET LENGKAP PILIHAN IBU HAMIL, BERPANTANG DAN MENYUSU DAN MEMPUNYAI MASALAH MORNING SICKNES, MUDAH LETIH DAN KAKI CRAMP

Tahniah jika anda telah disahkan hamil :)

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali Mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

 MASALAH YANG KERAP DIHADAPI SEMASA HAMIL



  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing



KENAPA DOKTOR MEMBERIKAN VITAMIN SEMASA HAMIL?


Set Mengandung Shaklee


Kerana semasa Hamil tubuh ibu memerlukan dua kali ganda lebih nturient tertentu untuk disalurkan kepada bayi dalam rahim yang sedang membesar.

Sayangnya cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan majority nutrisi seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh.


CADANGAN SET LENGKAP KEHAMILAN:



VITA LEA|120 biji untuk kegunaan 4 bulan

  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


VITAMIN C | 180 biji untuk kegunaan 6 bulan

  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan 

B-COMPLEX |120 biji untuk kegunaan 4 bulan

  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.


ENERGIZING SOY ISOLATE POWDER (ESP) |850gm untuk pengambilan 2 bulan

  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


OSTERMATRIX (CALCIUM & MAGNESIUM) | 120 biji untuk pengambilan 1-2 bulan

  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.


OMEGA GUARD ( EPA & DHA)| 90 biji untuk kegunaan 3 bulan

  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

KENAPA SET IBU HAMIL SHAKLEE ADALAH VITAMIN YANG TERBAIK?





DIJAMIN Selamat, Semulajadi Dan berkesan tanpa memberikan kesan negatif. Malah membantu mendapatkan kesihatan yang lebih optimum.






MENARIK! 1 set adalah bukan untuk kegunaan 1 bulan malah boleh digunakan selama 2-6 bulan. Lebih MENAKJUBKAN, set ini  telah membantu ribuan ibu-ibu untuk kekal sihat dan berjaya menyusukan bayi sehingga 2 tahun dan PERCUMA, ibu-ibu mudah mendapatkan bentuk badan seperti sebelum mengandung 


SATU-SATUNYA set ibu hamil yang mesti dimiliki. Fasa kehamilan, Berpantang dan menyusu adalah Nikmat dan anugerah dariNya yang sangat membahagiakan.


PENTING:


" Pengambilan Nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada perkembangan otak dan minda bayi dengan sempurna dan merupakan pelaburan termurah untuk Nilai kesihatan ibu dan anak"



Untuk keterangan lanjut sila 


Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 
WA: 012 6084105 |8115024 (BRUNEI)
FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com













Tuesday, 24 February 2015

CHINCH UNTUK MASALAH PERUT BOROI



Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

KENAPA KITA PERLU PROTEIN UNTUK KURUS?

Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,


CHINCH SHAKES SHAKLEE SANGAT BERBEZA
  • mengekalkan kepejalan otot dan memastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Chinch Shake yang sungguh lazat dan berkhasiat semasa menurunkan berat badan
  • padat dengan protein agar sentiasa kenyang lebih lama
  • tinggi serat iaitu 6 gram untuk setiap sajian



Kandungan Chinch diperkaya dengan leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet Yo-Yo.
Chinch merupakan satu-satunya minuman yang tidah mempunyai kesan buruk jika diambil untuk tempoh yang lama, Malah, anda akan dapati anda boleh menggunakan semula seluar atau pakaian yang lebih kecil dan dan tiada lagi perut yang boroi ity hihi

Menarik, setiap hidangan Chinch mengandungi
  • 24 Gram protein 
  • 24 jenis Vitamin & mineral penting yang diperlukan 
  • 6gram serat

3 PERISA CHINCH SHAKES YANG HEBAT
  • cafe latte (penggemar kopi mesti sukakan)
  • Vanila 
  • Coklat yang lazat



CARA PENGAMBILAN
  • 1 Scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atai plain water (gunakan Shaker)
  • Untuk permulaan, ambil sekali sehari sebagai meal replacement
  • Boleh diambil semasa sarapan, makan tengah hari atau selepas makan malam
  • Digalakkan untuk megambil  2 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang lebih optimum

TESTIMONI




Slimming set series ada disini uuntuk hasil yang lebih cepat dan berkesan 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com




Monday, 5 January 2015

Vita-Lea for Children Chewable kini dengan FOMULASI baru yang dipertingkat?


Vita lea (multivitamin) yang baru ini lebih baik berbanding Vitale for children sebelum ni. Vita-Lea for Children Chewable mempunyai rasa yang enak dan pasti disukai oleh kanak-kanak serta larut dengan cepat di dalam badan untuk penyerapan yang berkesan.

Vita-Lea for Children Chewable memastikan anak-anak anda memperoleh zat-zat yang sepatutnya yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.


Multi-vitamin adalah mikronutrien yang jika diambil dengan mencukupi, boleh menambah ketinggian kanak-kanak, perkembangan kognitif dan kurang dijangkiti penyakit. Vita-Lea for Children Chewable Shaklee terdiri daripada 19 vitamin dan mineral penting termasuk kalsium, magnesium dan lain-lain untuk menyikong pertumbuhan tulang dan badan yang sihat.

Kanak-kanak amat memerlukan nutrien-nutrien penting kerana mereka sedang membesar. Selain itu, kanak-kanak yang memerlukan Vita-Lea for Children Chewable mungkin:
  • Cerewet dan memilih makanan
  • Tidak suka sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Terdedah dengan snek dan makanan segera





So Vita Lea For Children ini boleh dikunyah macam Chewable Vitamin C.





Mengapa kita pelu bekalkan anak kita dengan  Vita-Lea® for Children Chewable ni?

Dirumus khas bagi memenuhi keperluan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak.
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
  • Multivitamin kunyah yang disahkan halal untuk anak-anak. Ia dipenuhi dengan 19 nutrien penting dan menyediakan 100% Nilai Harian vitamin C. Vita-Lea® for Children Chewable kini mempunyai lebih vitamin D – 600 IU setiap hidangan, yang 150% nilai harian serta memiliki kalsium, magnesium, dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat. Dengan perisa yang enak, Vita-Lea® for Children Chewable pasti menyeronokkan.
Kandungan Sebotol : 65 biji
Cadangan sajian : 1 biji


Dapatkan Chewable Vita lea for children hari ini <3 


Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 
WhatsApp: +6012 6084105


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com






Sunday, 21 December 2014

PENTINGNYA OMEGA 3 UNTUK IBU MENGANDUNG

Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & amp; EPA) Untuk Ibu Mengandung
Penyelidikan demi penyelidikan sentiasa dilakukan demi memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu ketika hamil.


Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, pengambilan vitamin atau makanan tambahan.
Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian juga menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?
Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?
Kepentingan Omega 3 minyak ikan (DHA & amp ; EPA) untuk ibu mengandung ialah:
Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?
Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.
Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?
Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju.
Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.

Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?
Menyiasat proses pembuatan — Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Bau — Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.
Rasa — Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?
ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari


KHASIAT OMEGA SECARA MENYELURUH
1- Mencegah salur darah dari tersumbat 
2- Omega 3 dapat mengelakkan strok 
3- Mengurangkan sakit kepala
4- Merendahkan kolestrol
5- Mengawal masalah obesiti
6- Mengurangkan risiko penyakit jantung
7- Sangat bagus untuk ibu hamil
8- Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
9- Meningkatkan sistem imun tubuh
10- Membantu menyihatkan paru-paru
11- Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
12- Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
13- Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 14- Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
15- Memelihara fungsi-fungsi sendi
16- Mencegah penyakit gout



Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com



Tuesday, 11 November 2014

Emosi, sensitif, cepat marah dan sedih semasa mengandung


Tahniah buat bakal ibu yang baru mendapat tahu pregnant. seronok! saya pun seronok bila dapat tahu pregnant, tapi apabila hormon mula berubah, mulalah terasa mual, pening, muntah-muntah, tak selera makan, semua perkara ni buat rasa stress. mujurlah orang disekeliling cda faham situasi orang mengandung ni...sayang korang!

jadi, cda terpanggil untuk berkongsi info berkenaan emosi semasa mengandung dan apa  supplement yang sesuai diambil untuk mengelakkan stress yang berlebihan semasa mengandung 


"Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa.

Bagaimanapun, setiap bakal ibu mengalami perubahan emosi yang tidak sama ketika hamil. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga bakal ibu yang mengalami tekanan perasaan.

Ia kebiasaannya memuncak pada minggu keenam hingga 10 minggu kandungan dan semakin berkurangan apabila memasuki trimester kedua. Akhirnya hilang begitu saja sewaktu kandungan semakin sarat.

Perasaan risau banyak dipengaruhi harapan tinggi bakal ibu bapa itu sendiri terhadap anak mereka. Dikatakan, tekanan itu bermula sejak bayi masih dalam kandungan.

Antara bebanan yang sering membelenggu adalah persediaan menyambut bayi dan perkara remeh seperti “Adakah aku membaca buku kehamilan yang terbaik?, Adakah produk bayi yang dibeli memberi jaminan terbaik? Adakah aku mampu membentuk perkembangan mental dan sosial anak itu nanti?

BENTUK TUBUH BERUBAH


Pada sama sama, badan mengalami perubahan dan menyebabkan ibu hamil berasa tidak menarik di mata pasangan.
Ramai benci dengan pertambahan berat mendadak dan berasa diri gemuk sedangkan ia adalah perubahan biasa dialami ibu mengandung.

Selain itu, bebanan emosi bertambah apabila timbul simptom kehamilan seperti pedih ulu hati, penat dan sering mahu buang air kecil.

Wanita yang mengalami fasa ini pasti bersetuju jika keadaan itu pernah membuatkan mereka berasa seperti hilang semangat sehingga ada yang mengatakan tidak mahu hamil lagi. Bebanan itu sebenarnya yang membuatkan emosi anda turun naik dan menjadi tidak stabil.

Justeru, bagi menikmati saat indah membawa insan kecil di dalam kandungan tentunya ramai yang ingin mengetahui kaedah menguruskan emosi tidak stabil ketika hamil.

Adakah bakal ibu perlu risau jika gagal mengawal emosi lebih daripada tiga minggu? Jawapannya anda perlu berjumpa pengamal perubatan sebelum dirujuk kepada kaunselor.

Mungkin anda antara 10 peratus wanita mengalami masalah tekanan (ringan kepada sederhana) sewaktu hamil. Petanda mudah untuk mengenali masalah itu adalah jika anda sering berasa gugup atau cemas.
Jika gangguan kecelaruan emosi lebih berat, anda mungkin mengalami masalah bipolar (gangguan perasaan).

Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.

 

INFO: KAEDAH MENGURUSKAN EMOSI TIDAK STABIL KETIKA HAMIL 

  • Paling mudah tentunya dengan mengingatkan diri bahawa perubahan emosi ketika hamil adalah normal. Jadi, belajar menerima adalah kaedah paling mudah membantu anda menguruskan emosi ketika ia memuncak.


  • Cuba juga jadi lebih santai dan tidak membebankan diri melakukan pelbagai tugasan sebelum melahirkan.


  • Perasaan runsing juga pasti berkurangan jika hubungan dengan pasangan lebih intim. Hubungan itu umpama jaminan pasangan ada untuk anda dan anda juga tidak berseorangan ketika sedang menghadapi cabaran mengandung.


  • Ada juga ibu hamil tanpa suami di sisi, jadi dekati keluarga dan rakan rapat yang setia mendampingi. Wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas bayi dilahirkan.


  • Tidak salah jika lakukan sesuatu yang boleh membuatkan rasa gembira misalnya menghabiskan waktu berkualiti bersama pasangan atau waktu bersendiri seperti menikmati urutan prenatal dan menonton wayang bersama teman baik.


  • Luahkan kebimbangan yang membelenggu bersama rakan yang memahami. Luahan atau kata-kata kadangkala mampu menunjukkan jalan penyelesaian kepada kebimbangan anda.



  • Pengurusan tekanan juga penting daripada membiarkan ia membebankan perasaan dan emosi. Pastikan cukup tidur, makan yang teratur, senaman dan ceriakan hidup. Kenali apakah punca menyebabkan perasaan terbeban."




Monday, 3 November 2014

DHA tingkat fungsi otak bayi

Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum.

Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi juga perlu dalam memaksimumkan perkembangan otak kanak-kanak bermula dari tahun awal.
Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang baik walaupun di kalangan orang dewasa.

DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik.
Foto
DHA adalah komponen struktur yang utama dan juga asid lemak omega-3.

Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius.

Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan.

Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran bahasa lebih pantas satu asas penting untuk pendidikan masa depan.

Menurut Pengarah Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat, Profesor Dr John Colombo, otak manusia mengandungi hampir 60 peratus lemak dan asid lemak antara molekul paling penting yang menentukan kemampuan dan kebolehan otak untuk berfungsi.

“DHA adalah asid lemak politaktepu (PUFA) yang penting. DHA juga asid lemak omega-3 paling banyak di dalam otak dan retina merangkumi 40 peratus PUFA di dalam otak dan 60 peratus PUFA dalam retina. Manakala 50 peratus daripada berat membran plasma neuron adalah DHA.

“Sebagai satu komponen struktur bagi sistem saraf utama, DHA berfungsi meningkatkan keutuhan membran neuron dan transmisi isyarat selepas rangsangan.
“Selain berperanan penting dalam pembentukan struktur otak, DHA terbabit dalam biosintesis neurotransmitter (catecholamines).

“Kuantiti DHA tertinggi boleh diperoleh dalam bahagian kawalan motor otak yang memainkan peranan utama dalam memori, perkembangan sosial dan kelakuan,” katanya.

Beliau yang juga tenaga pengajar di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat ditemui di ibu negara sempena Ekspo Minda anjuran Mead Johnson Nurtition (M) Sdn Bhd pada 1 hingga 4 November lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Katanya, 80 peratus daripada pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam 1,365 hari pertama dalam hidup iaitu bermula dari dalam rahim ibu sehingga usia tiga tahun.

Hasil kajian yang meyakinkan menunjukkan hubungan DHA dengan perkembangan cerebral yang cepat ketika dalam kandungan sehingga usia beberapa tahun selepas lahir.

Kajian saintifik menunjukkan DHA adalah komponen penting untuk menggalakkan pembentukan otak, di mana penglihatan visual dan perkembangan mental nampaknya bertambah baik dengan pengambilan makanan tambahan DHA.

“Perpindahan DHA daripada darah ibu ke dalam uri adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Justeru, kadar DHA bayi dua kali lebih tinggi daripada si ibu.

“Jika kadar DHA ibu adalah rendah, DHA boleh juga diperoleh daripada punca paling banyak dalam badan ibu iaitu otak,” katanya.

Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama bayi apabila otak bayi membesar tiga kali ganda saiz asal pada usianya masuk satu tahun. DHA merangkumi 10 hingga 15 peratus berat cerebral cortex seorang bayi.

Bagi bayi yang membesar, kadar DHA lebih tinggi sangat diperlukan untuk pembesaran sel neuron berbanding struktur otak lain.

Komposisi membran dalam sel neuron sentiasa mengalami proses pembinaan dan boleh berubah secara drastik jika wujud perubahan dalam pemakanan.

“Ini terbukti apabila asid lemak yang lain mendatar ketika kelahiran, tahap DHA pula berkembang dua kali ganda, terutama ketika tempoh pertumbuhan pesat set saraf iaitu sewaktu pertumbuhan pesat otak.

“DHA tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan,” 


Beliau bekerjasama dengan rakan setugas, Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson, masing-masing pakar dalam bidang nutrisi dan diet serta pakar neurologi di Universiti Kansas, bagi menyelidik kesan pemakanan tambahan rangkaian panjang asid lemak politaktepu (LCPUFA) selepas lahir dan kajian itu dinamakan DIAMOND bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kesan DHA dalam perkembangan kognitif dan intelektual.

Katanya, kajian klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.

“Kami mengadakan ujian klinikal ‘double-blinded’ secara rambang dan terkawal yang direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak.

“Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.

“Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus,” katanya.

Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju.

Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan.

“Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.

“Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama,” katanya.

Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.
“Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.

“Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ),” katanya.

Ketika lahir, otak berkembang sebanyak 100 billion neuron. Neuron pada ketika ini masih tidak matang dan kebanyakannya belum berhubung antara satu sama lain.
Tidak lama selepas kelahiran, otak bayi baru lahir mula membentuk trilion hubungan dan jaringan antara neuron dalam bilangan mega.

Trilion dipanggil ‘synapses’ sangat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan penglihatan, pendengaran, deria hidu, pembelajaran pada tahap lebih tinggi.

“Synapses dibentuk oleh setiap neuron yang mempunyai serat berbentuk sesungut panjang dipanggil axon yang digunakan untuk menghantar mesej kepada neuron lain.

“Mesej dihantar sebagai isyarat elektrik dan diterima beribu-ribu serat pendek berbentuk seperti rambut dipanggil ‘dendrites’ yang juga dikeluarkan oleh neuron.

“Walaupun proses perkembangan otak bermula dengan gen, pemupukan perkembangan iaitu apa dialami kanak-kanak sekarang akan mengambil alih proses ini.

“Pengalaman ini mencetuskan aktiviti elektrik yang membolehkan otak mengembangkan hubungan dan membesar,” katanya.

Semakin banyak stimulasi atau rangsangan diterima oleh otak dalam pengalaman ini semakin banyak neuron akan berhubung, justeru membolehkan pembelajaran lebih baik dan meningkatkan kepintaran.

Pengalaman berulang kali akan membantu membina hubungan kekal di dalam otak. Mencecah usia lapan bulan, bayi normal dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang mempunyai stimulasi, selamat dan penuh kasih sayang akan mencetuskan 500 trilion hubungan.

“Ketika mencecah usia dua tahun, seorang bayi akan mempunyai 1,000 trillion hubungan. Walaupun hubungan ini terus terbentuk sepanjang hayat, mereka mencapai kepadatan paling tinggi iaitu 15,000 synapses untuk satu neuron.

“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi di masa depan, sebahagian besarnya siap dibentuk apabila berusia tiga tahun.

“Apabila tiba masa itu, asas untuk pemikiran, bahasa, kebolehan dan perlakuan dibentuk dan struktur dan bentuk otak mencapai 80 peratus sempurna,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01


sumber

Sunday, 6 July 2014

3 Rahsia kurus secara Selamat, berkesan dan tanpa kesan sampingan


HOT! 

SET KURUS |SELAMAT & BERKESAN



APAKAH ASAS PEMILIHAN SET UNTUK DIET SECARA SIHAT??

PERTAMA : Detox Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih barulah badan tani dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.Bagaimana detox untuk BF Mommies?? untuk breastfeed mommies amat bagus mengambil alfalfa sebagai detox n dalam masa yang sama ia juga penggalak/ melebatkan air susu...n banyak lagi khasiat alfalfa especially untuk kesihatan dalaman.

Cadangan supplement :
===============
Alfalfa
Herb Lax


KEDUA : Protein Tahukah anda bahawa utk mengawal berat badan, pengambilan protein sebenarnya sangat penting? Protein bukan saja utk bina badan dan bina muscle malah protein ni sebenarnyalah antara zat yang membantu up kan metabolisme tubuh anda, untuk perkembangan otot (yes of course), dan membantu kita rasa kenyang lebih lama. Lebih best lagi, protein juga mampu membakar kalori sehingga 35%. Apakah protein terbaik??Anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang breasfeed boleh memilih ESP atau MealShake (extra tau sebab ESP ni membantu mempercepatkan penghasilan susu badan) 

Cadangan supplement :
===============
ESP
Chinch shakes






KETIGA: : Lecithin ni memang asasnya adalah 'fat emulsifier' atau bahasa mudahnya 'pancair lemak'. Lecithin ni apabila bergabung/bertemu dengan lemak akan membuat lemak2 tu 'pecah' dan dia akan 'melekat' pada lemak2 tu dan membawa lemak2 tu keluar dari badan dengan bantuan fiber. Jadi itulah dia tiga suplemen asas yang tubuh kita perlukan dalam proses mengawal berat badan. Selain tu, senaman, amalan pemakanan yang betul, senaman yang konsisten juga penting.

Cadangan supplement :
===============
Lecithin
Omega
Lecithin & Omega




Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya k :)
Selain 2 produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi PERCUMA



Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com