Showing posts with label cabaran penyusuan. Show all posts
Showing posts with label cabaran penyusuan. Show all posts

Monday, 25 June 2012

Berpuasa bersama Performance Drink

Hari ini sudah 6 Sya'ban 1433, semakin hampir Ramadhan tahun ini. jadi apakah persediaan anda untuk memulakan ibadat di sepanjan bulan Ramadhan selain menggantikan puasa? soalan yang lazim terdetik di hati BF Mommies seperti cda adalah 
  1. cukupkah stock susu EBM sehingga akhir Ramadhan
  2. mampukah untuk berpuasa penuh & dalam masa yang sama pengeluaran susu tetap maintan??
Jawapan untuk persoalan ini semuanya bergantung kepada niat yang bersungguh-sungguh untuk berpuasa penuh dan pengeluaran susu juga tidak terjejas

2 perkara yang PERLU diambil berat ketika berpuasa adalah:
  1. pengambilan air yang benar-benar mencukupi ( 8 gelas@ 3 liter sehari bagi yang mengambil supplement)
  2. pemakanan seimbang ( mengandungi kesemua nutrien juga karbohidrat yang membekalkan tenaga serta merta tetapi berterusan)
sekiranya 2 perkara diatas diamalkan disamping konsep asas penyusuan iaitu "Demand & Supply", insyaallah pasti tiada masalah untuk berpuasa & menyusukan anak seperti biasa. 

ramai ibu-ibu mengalami kemerunduman susu semasa berpuasa lantas memilh tidak berpuasa untuk meneruskan penyusuan. sayang kan? 

seperti cda, Ramadhan tahun lepas cukup bermakna buat cda, kerana cda dapat menyusukan anak ke 2 cda dengan penuh berbanding anak pertama cda. 

kenapa? 

sebab cda mengambil minuman tambahan penuh khasiat dan yang penting mampu mengelakkan dehirdasi.....rasanya hanya ibu yang menyusukan sahaja yang tahu bagaimana hausnya selepas sesi penyusuan kan?

Jadi, cda memang menggalakkan bF mommies utuk menambahkan minuman ini dalam menu bersahur dan berbuka supaya mommies kelal cergas bekerja/ menguruskan keluarga dan melakukan rutin seharian

inilah minuman yang cda katakan---------------------------------------------->

(klik untuk imej yang lebih jelas)

Boleh saja dapatkan Performance Drink ini bila-bila masa dari cda, cda suka minnuman ni...sejak pertama kali cda menggunakannaya terus jatuh cinta dengan PD ni...CUBALAH.....pastinya seronok n terasa perbezaannya berpuasa tahun ini dengan minuman ni...lebih cergas dan bertenaga lagi!! :))

********************* Performance drink sesuai untuk semua peringkat umur***********************




Ingin mendapatkan Shaklee Collagent Powder hari ini????

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




Friday, 22 June 2012

Puasa tidak jejas susu ibu


Ibu perlu perbetul tanggapan salah 

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.
Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.
Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.

“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan.
Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya.
Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.

Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan.

Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya.

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.

Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.

“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap.

“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya.

Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.

“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar.

“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya.

INFO:

Persediaan puasa ibu menyusu

·         Melewatkan sahur 
·         Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air. 
·         Moreh 
·         Memerah susu di awal hari 
·         Berdoa 
·         Bertawakal


Kebaikan menyusu buat ibu
·         Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan 
·         Menjarakkan kehamilan secara semula jadi 
·         Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari 
·         Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak


Kebaikan susu ibu kepada bayi
·         Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi 
·         Mengurangkan masalah alahan 
·         Mengurangkan masalah sistem penghadaman 
·         Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum 
·         Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak 
·         Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)


Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat 

·         Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula 
·         Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit 
·         Merapatkan hubungan kekeluargaan 
·         Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran 
·         Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak 
·         Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.

sumber

Ingin mendapatkan Supplement Tambahan "semulajadi" hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 



Sunday, 11 December 2011

Tips sharing buat mommies yang menyusukan

Alhamdulillah…cda adalah seorang dari puluhan ribu diluar sana yang berusaha menjayakan penyusuan selama dua tahun….cda baru saja dalam pertengahan jalan untuk sampai ke 2 tahun….paling cda tak dapat lipakan ..dalam bulan ke 4 cda menyusukan shifa susu cda hampir kering..selepas cda mengambil Set Triple M dan cda mengikuti semua tips ekclusive yang diberikan daripada Shaklee distributor  baru cda tahu bahawa sebenarnya tiada istilah susu kering  bagi mommies yang disiplin tentang perkara dibawah:

-         Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
-         Mengambil supplement sekiranya tidak dapat mengambil makanan yang seimbang setiap hari
  •          Kerap melakukan sesi perahan
  •          Pump susu secara konsisten
  •         Kurangkan pengambilan kaffein
  •          Sentiasa dalam mode yang tenang
  •          Berdoa & tawakal


Kenapa susu menjadi sikit?? Ini yang cda dapat senaraikan daripada pengalaman cda sendiri.

  •          Kurang sesi mengepam
  •          Sesi mengepam tidak dibuat secara konsisten
  •          Tidak mengambil makanan yang seimbang
  •          Mimun Nescafeß--- sedap sangat….dan sekarang cda kurangkan pengambilan Nescafe kerana ia menghalang penyerapan nutrition…
  •          Nak berdiet konon…
  •          Selalu stress
  •          Jadual makan tak menentu……



Alhamdulillah…sehingga sekarang masih cda meneruskan penyusuan juga pengambilan Set Triple M memandangkan cda tau yang cda sukar untuk memdapatkan kesemua nutrition dalam makanan seharian cda….dan cda kongsikan juga dari Tips sharing kak N untuk info bersama.

Tips sharing : 


pengambilan b complex dan vit c membantu dalam mendapatkan penstabilan hormon oksitosin terutama ibu menyusu. Maka pengambilan dua vitamin ini jangan sesekali dipandang remeh bila kita menyusukan anak supaya kita tak mudah down atau tertekan oleh apa jua persekitaran yang kita lalui.

Selain itu cuba amalkan pengambilan makanan atau minuman kegemaran kerana ia sangat membantu dalam proses recover utk ibu yg hadapi susu merundum. Cuba betulkan jadual pam anda.

Amalkan makanan yang sihat serta pastikan minum air secukupnya demi memastikan keperluan air badan dipenuhi. Jangan lupa berdoa! Mintalah kepada Allah kerana DIA yang berhak MEMBERI.

Bila bercerita tentang vitamin, ini dia mengapa pentingnya vitamin.

Vitalea with iron formula : demi memastikan ibu cukup iron semasa menjayakan penyusuan agar tidak mudah pitam atau rasa pening disebabkan kurang darah. Ia juga sangat penting untuk pembesaran bayi yang disusukan. Kekurangan iron boleh menyebabkan berat bayi tidak selari dengan pembesarannya.

Bcomplex membantu ibu cergas, dan ceria ( membantu penghasilan oksitosin dengan lebih baik bila si ibu itu dalam keadaan tekanan yang terkawal)<- cda akui sejak cda mengambil B-compex ni emosi cda lebih stabil berbanding selepas melahirkan anak pertama

Vitamin C sangat membantu untuk ibu mengtas tekanan yang dilalui beserta untuk sistem imun ibu dan anak.<- vit C Shaklee memang best! Sebab ianya sustained release..n sekiranya anak cda nak demam ianya banyak membantu

Kalsium perlu utk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukam kalsium. Dei memastikan tidak berisiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Protien sangat perlu untuk pembentukan sel. Sel kita terbentuk dari protien. Badan memerlukan 9 asid amino ( protien ) yang tidak dapat dihasilkan dari badan. Sel yang sihat terbentuk dari protien yang seimbang.

Jika anda seorang ibu menyusu, pastikan anda tahu supplement yang anda ambil serta dapatkan konsultasi penuh.


Ingin mendapatkan Supplement Penyusuan yang |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Monday, 14 November 2011

Sokongan suami penentu kejayaan penyusuan

Ada yang menyokong, tetapi tidak kurang juga menyuarakan rasa kurang senang apabila penyusuan ibu selalunya dikaitkan dengan ibu semata-mata, dan terbeban atas bahu ibu saja.
Memetik e-mel seorang pembaca, dikenali sebagai Raidah, katanya dia amat bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sulungnya secara eksklusif, malah sanggup menyambung cuti tambahan sehingga empat bulan lantaran memenuhi hasrat itu.

Menurutnya, malangnya suami dan ibunya sendiri, langsung tidak memberikan kata-kata perangsang. Suami dan ibu selalu cakap, beri sajalah susu formula sebab bila sudah mula bekerja nanti senang dan tidak banyak menangis inginkan susu badan.
Suami tidak memberikan sokongan, ibu sendiri atau mentua yang tidak tahu mengenai penyusuan memang suatu perkara mendukacitakan, dan mereka juga yang selalunya meranapkan impian si ibu.
Realitinya sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Sebagai bapa, anda adalah insan yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Pada saat menimang cahaya mata baru inilah isteri cukup memerlukan suami.
Suami perlu faham bahawa penyusuan boleh menghindarkan bayi daripada pelbagai penyakit seperti alahan; sakit telinga (otitis media) dan kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital. Apabila anak sihat, bererti anda dan isteri tidak perlu kerap mengambil cuti menghantar anak ke klinik atau hospital. Lebih penting anda dan suami lebih ceria meluangkan masa bersama ahli keluarga baru, tanpa bersulam rasa kasihan kepada si kecil yang selalu sakit. Dalam bahasa mudah, adalah lebih tenang, menjaga bayi sihat.
Kajian sains mendapati susu ibu bukan saja mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi, sebaliknya kandungannya berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam.
Dalam tempoh berpantang dan sepanjang penyusuan berlangsung iaitu dua tahun itu, suami seharusnya membebaskan isteri daripada tekanan dan memperuntukkan makanan berkhasiat kepada isteri kerana perasaan ceria seorang isteri diikuti makanan berkhasiat menjamin pengeluaran susu lebih lancar dan berkualiti.
Sejak titisan pertama lagi susu ibu diperkaya dengan antibodi membolehkan tubuhnya alah dengan persekitaran. Sekiranya suami anda belum memahami mengenai kebaikan itu, silalah anda war-warkan kepada mereka. Dalam hal ini saya berfikir ibu seharusnya mementingkan diri sendiri dalam memenuhi keperluan di kecil. Sekiranya terbeban dengan tugasan mengemas rumah dan masalah lain, apa kata ketepikan dulu, sebab tekanan boleh menjejaskan pengeluaran susu. Selamat berjaya.

INFO: Sokongan boleh diberikan suami
·         Galakkan isteri untuk berehat. Penyusuan kadangkala menyebabkan si ibu berasa cepat penat dan lapar. Suami jangan memperkecilkan tubuh isteri dengan menyatakan jangan minum banyak atau makan banyak supaya tidak gemuk. Sebaliknya biarkan isteri makan, tetapi tegur sekiranya makanan itu tidak menyihatkan seperti makanan ringan atau berjeruk.
·         Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat. Galakkan isteri bersenam ringan seperti berjalan sekitar rumah.
·         Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi. Menyapu atau menyidai pakaian boleh meringankan tugas isteri.
·         Lindungi isteri daripada mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti “susu tak cukup kot, sebab itu bayi kerap menangis”; “bayi lapar tu, cuba bagi dia bijirin nasi dalam susu botol”; atau “berilah bayi air kosong biar dia cepat kenyang”.
·         Cubalah fahami naluri seorang ibu serta perubahan emosi dialami wanita selepas kelahiran. Beri kata-kata perangsang seperti “Saya bangga awak berjaya menyusukan bayi kita”; “Hari ini biar saya memasak dan mengemas rumah, awak berehatlah ye,” atau “Biar saya uruskan anak-anak yang lain, awak berehatlah”.
Berta disunting daripada sumber: Berita Harian

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 


Wednesday, 6 July 2011

artikel sinar harian: cabaran penyusuan ibu bekerja



1st page





 
2nd page



3rd page

  
artikel daripada news paper ikhsan dari http://myaishah.blogspot.com
http://www.sinarharian.com.my/ 




susu merudum?..cuba tgk checklist ..dah buat ke belum


Baru tadi cda dapat suntikan semangat dari kak cery berkenaan artikel ni....cukup teruja dengan cabarannya menjayakan peyusuan 2 tahunnye....cda kongsikan buat semua...thaks to kak cery sebab selalu berkongsi dengan cda n semua.......

Jom baca!!

..susu makin berkurangan?merudum?dah makan supplemen tapi tak nampak susu meningkat?....hmm….dah beberapa kali saya menulis ttg tajuk ni..kalau ikutkan dah takpayah tullis dah…tapi atas rasa tanggungjawab dan tak pernah jemu memberi sokongan moral buat semua….jadi artikel ini khas buat semua2 ibu2 yang masih gigih dalam perjuangan….. bukankah saya pernah tulis sebelum ni betapa besar pahala menyusukan dan menjaga anak?..jadi pastilah besar cabaran dan ujiannya..betul tak? Dan yang pasti Allah takkan membebani seseorang dgn ujian jika seseorang itu tak mampu menghadapinya…
Saya seorg wanita berkerjaya jadi saya faham rintihan,keluhan dan bila ibu2 mengadu.. Farah,Faizah,Dina,Munirah..Muz,azreen,erma..erra…..dan ramai lagi sekadar menyebut beberapa nama… yakinlah..saya sentiasa mendoakan buat anda dan semua..saya kagum dengan kecekalan anda semua yang tak pernah give up dalam perjuangan menyusukan permata hati anda..…yakinlah rezeki susu utk si kecil adalah kurniaan dan rezeki nikmat dari Allah..maka jangan lupa berdoa dan teruskan berdoa......Dulu saya pun mengalami situasi yg sama…bukan sepanjang masa susu meriah..ada phasa susu merudum…. Kita kan manusia biasa….apabila kita rasa kekurangan, kehilangan ...maka dengan serta merta kita mengingati Allah yang Maha Esa. ..lumrah manusia bila sedang senang lupa untuk melakukan sujud syukur padaNya…..

Saya teringat zaman saya bekerja di Carigali Miri (dari faiz lahir sehingga usia dia 2thn lebih). Sepanjang menyusukan dia..Tuhan je tahu apa yg saya lalui...tak campur lagi letih travel ke KL, ke kerteh ke KK ke bintulu..membawa skali si Faiz yg masih baby….naik kapal terbang berdua dah lali dah dari dia baby sampai dia umur 2thn..ditambah stress kerja,,.meeting pagi ptg ..tu tak kire masuk site lagi….hubby kat laut…family jauh.travel tu bukan jalan2 ye..ni travel pasal kerja,meeting,blablala..kdg tgh2 meeting keluar kejap..gi pump susu…...kalau ikutkan ..faiz tu membesar dalam kapal terbang jer..nak cerita pasal STRess,penat..mmg tak bleh lari dari tu sumer….…. Kalau nak kenang2 kembali…rasa nak menitik air mata..rasa mcm tak percaya dapat susukan faiz secara exclusive…..sbb tu sy tak pernah berkira memberi sokongan buat ibu2…bukannya saya beriya2 nak menjual supplemen…tetapi hanya berkongsi apa pengalaman dan yg saya lalui……... supplemen ni salah satu dari checklist yang perlu ada dalam menjayakan penyusuan…tetapi perlu ingat banyak lagi checklist2 lain yang perlu di ambil kira untuk menjayakan penyusuan..………cth kita nak Berjaya dalam exam….adakah dgn membeli buku mahal,beg mahal,upah cikgu tuisyen mahal..dah gerenti kita Berjaya dapat skor 10A?.... kalau mcm tu cemana dgn mereka yg kurang berkemampuan?..macam saya sendiri dulu sekolah kampong..mana nak cari cikgu tuisyen..mana nak beli buku mahal.. tapi bab makan..mmg mak saya jaga.ikan segar,sayur tanam sendiriayam bela sendiri..telur ayam kampong,mkn ayam kampong (wajib)..saya tak suke ayam Bandar.. Dan yang penting doa…..itulah kunci kejayaan dan kekuatan saya….sbb kalau nak ikut bukan je hidup susah tapi hidup dibwh family tiri..(mmg makan hati..tapi tu bukan alasan yer)…
Berbalik kepada cabaran dalam penyusuan… ..ni antara checklist yang perlu ada (kalo rajin…buatlah time table..tulis besar2.tampal kat mana2 yg kita boleh tgk) …. jangan lupa tanda checklist ni hari2.. and u will see…kat part mana yang kurang.yang dah buat..yang..belum buat:

1. Solat/doa/extra-solat hajat… - tick apa yang anda dah buat..ni penting Okay...
2. Kekerapan pump sehari-tick berapa kali sehari?buat few column..(sbb minimum 6x sehari)
3. Makanan seimbang- apa yg anda makan dlm sehari…catatkan...
4. Vitamin/supplemen- catatkan berapa kali minum ESP,alfalfa,vitalea,bcmplex,C
5. Fikir positif/yakin-catatkan haritu anda asik fikir negatif ke,asik mengeluh ke....fikir positif ke... org yg berfikiran positifini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah
6. Pengambilan air- tanda berapa kali ambil air sehari..brape banyak
7. Happy- tick ade stress ke..nape stress..blabla bla…..

Kalau semua tick…dalam masa seminggu tgk mana yang anda tak tick..yang mana kurang..yg itulah yg anda penuhkan…okey dear..GOOD LUCK….

….Apa2 pun..bagi ibu2 yang sedang melaluinya, jangan berputus asa. Allah tidak suka kepada mereka yang mudah berputus harap sedangkan rahmatNya amat luas. Yakinlah...dan banyakkan doa. Saya harap apa yang saya kongsikan di sini sedikit sebanyak memberi semangat kat ibu2 di luar sana…saya sentiasa mendoa kan anda semua



"...Ya Allah..dengan rahmatmu Yang Maha pemurah.lagi luas kasih sayangMu..aku mohon kepadamu ampunkanlah dosa2 ibu yang menyusukan anaknya..lapangkanlah rezeki mereka sebagaimana Engkau melapangkan rezeki aku sewaktu menyusukan anaku dulu.Lancarkan rezeki susu anak mereka sebagaimana engkau melancarkan rezeki susu buat anakku dahulu..Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..perkenankanlah doaku ini..Amiin.."..



*****************
bestkan artikel ni....thanks sekali lagi n credit  buat kak cery,,,semoga  mommies yang lain juga mendapat manfaat dari penulisan best akak ni!! :)