Showing posts with label set kesuburan. Show all posts
Showing posts with label set kesuburan. Show all posts

Friday, 16 January 2015

RISIKO, RAWATAN DAN KESAN KENCING MANIS (DIABETES) SEMASA MENGANDUNG

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang:
  1. Apakah itu diabetis gestasi?
  2. Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
  3. Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
  4. Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
  5. Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
  6. Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
  7. Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
  8. Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
  9. Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?


Sebelum itu, kami kongsikan situasi yang berlaku kepada ahli keluarga kami sendiri. Beliau menghidapi diabetis sewaktu mengandungkan anak pertama.
Nama saya Ani. Sewaktu mengandungkan Anna, saya agak sibuk bekerja. Runtin saya yang sibuk menyebabkan saya tidak sempat memasak untuk suami. Selalunya kami akan makan di kedai untuk makan malam. Untuk lunch memang sedia maklum saya akan makan di café tempat saya bekerja. Sepanjang kehamilan, saya mempunyai tabiat membeli jus buah dalam kotak. Paling senang dan sihat bagi saya. Selalu saya ambil jus oren dan epal. Itulah minuman kegemaran saya sepanjang hamil. Kadang-kadang hingga 2-3kotak jus buah saya ambil dalam sehari.
Apabila pergi check-up, saya amat terkejut kerana didapati menghidap diabetis. Risiko kerana saya mungkin perlu di ceaser kerana baby agak besar. Rupanya baru saya tahu paras gula saya naik mendadak kerana jus buah yang saya ambil setiap hari itu. Jus tersebut bukan sahaja mengandungi banyak gula malah pengawet yang tinggi.
Apa-apapun saya selamat melahirkan Anna dengan ceaser. Saya sudah tinggalkan tabiat buruk saya. Kini saya hanya minum jus buah yang saya buat sendiri. 
Ok sekarang kita sama-sama baca info tentang diabetis sewaktu hamil ini. Semoga dengan info-info ini ibu-ibu dapat elakkan diabetis gestasi ini untuk kebaikan diri dan kandungan. 

Apa itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan kita akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi , terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
klik untuk imej yang lebih besar

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. (inilah yang berlaku kepada Wani, saudara saya itu)
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
-  Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
-  dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
-  anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
-  keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
-  keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi boleh dirawat?

 
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalubersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.
Kebanyakan kes diabetis gestasi hilang sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?



Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid  folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
 Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Kami doakan ibu-ibu hamil sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ingatlah, kesihatan ibu sangat mempengaruhi kesihatan anak yang dikandung. Jika perlu, ambillah set kesihatan ibu hamil untuk menyokong keperluan nutrisi buat ibu & baby 
Sumber: http://www.babycenter.com.my 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com




Tuesday, 11 November 2014

RISAU, LAMBAT PERIOD 3 HARI, BILA & APA UJIAN KEHAMILAN YANG SESUAI?

Mesti ada yang pernah merasa situasi panik, risau disebabkan lambar uzur? maaf, bukan risau tapi lebih kepada persoalan yang penuh tanda tanya..hihi ini lebih kepada pengalaman cda sendiri, baik masa anak no 1 dan anak no 2. cda akan buat ujian walaupun baru lewat sehari..hihii excited katanya..ok, buat yang belum ada pengalaman, jika dah lewat tu, boleh je buat ujian kehamilan dirumah. Bila? jemput baca info ni..cda ambil poin penting dari artikel baby center.com

Bilakah masa terawal untuk menjalankan ujian kehamilan?

Ini bergantung kepada jenis ujian yang anda gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah anda.

Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian darah biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital.

HPT boleh dilakukan sendiri di rumah. Sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid anda dijangka tiba, atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Samada ujian kehamilan itu lebih sensitif atau kurang sensitif ada dinyatakan pada bungkusannya. Ia diukur dalam mlU/ml (mili-International Unit per milimetre) dengan julat antara 10 mlU/ml hingga 40 mlU/ml. Semakin kecil nombornya, semakin sensitif ujian itu dan semakin cepat ia dapat mengesan kehamilan.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan anda tidak hamil walaupun sebenarnya anda hamil, boleh membuatkan anda tertekan.

Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas anda mengovulasi.

Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Anda mungkin tidak hamil. Atau, anda mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang anda jangkakan dan kehamilan anda tidak selanjut yang anda fikirkan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari. Jika anda benar-benar hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh alat ujian pada waktu itu.


sumber: http://www.babycenter.com.my




Thursday, 6 November 2014

RAHSIA JANGGUT SUAMI UNTUK KESUBURAN WANITA

Mesti ramai yang tersenyum bila baca artikel ni, lagi-lagi isteri-isteri..senyun sebab ada suami yang berjanggut. Hensem ke? mestilah hensem! poster dibawah ni pun dah mengakui kehensoman lelaki berjanggut.

Rupanya ada Rahsia disebalik Janggut..teruskan baca artikel ni.


 


Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Rasulullah SAW juga bergaya sebegitu iaitu berjanggut dan tidak bermisai atau bermisai nipis. Ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW antaranya;

 

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat Muslim)

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

 

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jelaslah bahawa hadith-hadith di atas bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kita supaya berjanggut, tetapi menegah kita dari menyerupai orang-orang kafir iaitu mereka yang memelihara misai dan mencukur janggut.

Malah menurut Islam juga, menyimpan janggut (ada pendapat ahli agama mengatakan menyimpan segenggam janggut) merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Jika sunnah, tentulah mendapat pahala jika diikuti atau diamalkan. Sebenarnya, menyimpan janggut mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Ia bukan sunnah yang biasa-biasa sebaliknya mempunyai manfaat yang tersembunyi setelah diselidiki secara saintifik.

Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan dan pendakwah, satu kajian telahpun dijalankan oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body (pernah disiarkan dalam rancangan National Geographic) dan kajian itu mendapati bahawa janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita.

Buktinya? Bagaimana caranya? Hanya melalui sentuhan saja. Dengan hanya membuat sentuhan-sentuhan ‘janggut’ ke tubuh isteri semasa bersama, ia mampu merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan isteri. Ia mampu menstabilkan kitaran haid isteri selain menggalakkan pertumbuhan telur (ovum) wanita yang aktif dan banyak.

Oleh itu, ia sangat berguna bagi sesiapa yang menghadapi masalah kesuburan (belum mempunyai anak) atau yang mengalami jarang anak dan ingin mendapatkan anak lagi. Kalau yang suami tidak menyimpan janggut, isteri bolehlah minta suami simpan janggut dan belailah selalu janggut suami tu. Tapi kalau suami jenis yang tak berjanggut (ada juga lelaki yang sukar tumbuh janggut atau janggut nipis), janganlah pula memaksa suami membuat itu dan ini agar janggut suami tumbuh atau panjang. Janggut bukanlah segala-galanya.

Hari ini ramai lelaki yang berjanggut dan ramai juga yang tidak. Berjanggut kerana apa? Jika kerana mengikut fesyen, baik tak payahlah. Atau membiarkan janggut penuh di dagu kerana malas nak menguruskannya, itu lagi sedih. Jika menyimpan janggut kerana niat mengikut sunnah Rasullullh SAW, nescaya akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Sebab itu ada juga lelaki yang jenis tak subur janggut, tetapi tetap ingin menyimpan walaupun janggut boleh dibilang sehelai-sehelai, kerana nak ikut sunnah Rasulullah SAW.

Menurut Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, Profesor Toksikologi dari Universiti California pula, menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan hormon testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi, menyimpan janggut dan jambang akan menyebabkan kandungan testosteron akan bertambah. Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram dan mendapati testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.


Habis bercerita tentang janggut & kesuburan, pengambilan supplement jugak merupakan satu pilihan buat mereka yang mempunyai masaalah kesuburan, baik suami atau isteri.

CADANGAN SET KESUBURAN SUAMI & ISTERI



Sertai kami hari ini..jadi sebahagian dari kami. 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
IG: shayida salmi
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WhatsApp : 012 6084105 | 8115024 (BRUNEI)








Saturday, 13 September 2014

MEALSHAKES UNTUK BF MOM| IBU HAMIL| KULIT CANTIK|ANAK GENIUS| MASAALAH SEMBELIT| PICKY EATER






MAHUKAN ANAK YANG SIHAT & GENIUS?


INGINKAN ZURIAT?

NAK CANTIK?

MEALSHAKES + KURMA YANG SANGAT BERKHASIAT !


MILK BOOSTER

MEALSHAKES UNTUK IBU MENGANDUNG



ANAK SUKAR MAKAN?


 LEBIH FOCUS SEMASA BELAJAR?


MASAALAH SEMBELIT??






TESTIMONI MEALSHAKES








berita baik!!

Membeli sambil berkasih sayang... setiap kali anda membeli 'Mealshakes buy 3 free 1,10% dari hasil jualan, akan disalurkan ke 2000 keluarga kurangmampu selama setahun.haa lebih kurang gitulah maksud poster 






Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com





Saturday, 25 January 2014

AWAS! ALFALFA DI PASARAN DAN ALFALFA SHAKLEE ADALAH BERBEZA??


 Y.E.S!! Alfalfa..sepanjang bulan januari adalah bulan alfalfa. sangat Glamour dikalangan Breastfeeding Mom sebagai milk booster,gastrik, gout dan paling best ianya berkesan  untuk tujuan diet & detox.Sepanjang promosi alfalfa berlangsung.




KENALI ALFALFA
Alfalfa dengan nama latin Medicago Sativa L adalah tanaman hutan liar yang tertua.  Tumbuh di pegunungan mediterania di sebelah barat daya Asia.  Alfalfa diperkenalkan ke Eropa dari Asia oleh bangsa Persia pada perkiraan tahun 490 sebelum masehi. Kata Alfalfa berasal dari bahasa arab terbagi dalam dua bagian kata yaitu “Al” yang berarti Allah dan “falf” yang artinya ribuan kenikmatan dan manfaat atau orang Yunani menyebut bapak dari segala makanan.


Awas! Tidak semua alfalfa yang dijual di pasaran adalah sama. Shaklee Alfalfa Complex dihasilkan daripada daun pokok alfalfa bermutu tinggi yang dah matang (iaitu yang akarnya tumbuh jauh ke dalam tanah melebihi 20 kaki untuk menyerap semua garam mineral). Alfalfa keluaran Shaklee ditanam di California, USA. Tiada racun serangga, psticid, racun kulat, hormon sintetik dan bahan kimia berbahaya. Sedangkan alfalfa yang dijual di kebanyakan kedai ubat ataupun di pasaraya adalah daripada kseluruhan pokok atau dari biji cambah (alfalfa sprout).

A. VITAMIN YANG TERDAPAT DI DALAM ALFALFA COMPLEX 

VITAMIN A
  • Untuk penglihatan
  • Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan
  • Menggalakkan pertumbuhan sel
  • Menggalakkan kulit yang sihat
  • Penting semasa kehamilan


  • Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara
  • Kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot
  • Memperbaiki fungsi imun
  • Menguatkan otot di dalam badan
  • Membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah
  • Membantu fokus mata


VITAMIN U
  • Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik


  • Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak
  • Menggalakkan kesihatan saraf dan kulit
  • Membantu mengurangkan loya


VITAMIN K
  • Penting bagi pembekuan darah
  • Penting dalam fungsi hati
  • Menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur
 
VITAMIN D
  • Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat



B.MINERAL TERDAPAT DI DALAM ALFALFA

KALSIUM
  • Membina dan mengekalkan tulang dan gigi
  • Membantu darah membeku
  • Membantu dalam kecergasan dan daya tahan
  • Mengawal rentak jantung
  • Melegakan saraf


ZAT BESI
  • Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
  • Membantu pengangkutan oksigen di dalam darah


KALIUM
  • Perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim
  • Pencernaan lemak


FOSFORUS
  • Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi
  • Saling berkait dengan tindakan kalsium dan vitamin D
  • Meningkatkan peranan tisu saraf


KLORIN (KLORIDA)
  • Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan
  • Mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji


SODIUM
  • Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan
  • Meneutralkan asid
  • Menghalang pembekuan darah
  • Mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut


SILIKON MAGNESIUM
  • Membantu badan untuk menangani sembelit
  • Ketahanan saraf
  • Melindungi kulit dan badan
  • Merangsang fungsi otak


LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN ALFALFA
  • Kaya dengan protein
  • 18.9% berbanding daging lembu
  • 3.3% berbanding susu
  • 13.1% berbanding telur
  • Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan
  • Membantu dalam penyusuan ibu




TOP 5 SET SHAKLEE SEPANJANG PROMO ALFAFA













Buat yang masih tercari-cari supplement..inilah masanya untuk memiliki Alfalfa...buat yang biasa mengambil alfalfa, inilah masanya untuk DAPATKAN ALFALFA JUMBO SIZE 700TABS YANG LEBIH MURAH & JIMAT :)


"Salah satu cara menjadi pembeli dan pengguna yang bijak adalah dengan membeli semasa harga PROMOSI"

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Monday, 9 September 2013

Zink Complex Shaklee



Zinc dikatakan bertanggungjawab serta terlibat di dalam melebihi 100 proses enzim badan. Enzim ialah kimia-kimia penting yang menjadikan asas kepada fungsi-fungsi tubuh badan. Enzim membantu mengawalselia (regulate) semua proses –proses biokimia badan. Umpamanya enzim berkerja dengan sel darah merah untuk memindahkan carbon dioxide dari tisu-tisu ke paru-paru, proses pengeluaran tenaga dan Synthesis Protein (pembinaan protein) dan metabolisma.
Zinc sangat penting dari pertumbuhan sel sehingga ‘sex maturation’, membantu mengukuhkan system pertahanan badan dan membantu dalam deria rasa dan bau ( taste & smell)

Apabila system pertahanan kuat ia membantu mencegah batuk (colds), selsema(flu), sakit mata (conjunctivitis), rheumatoid arthritis, lupus (sejenis sakit kulit), fibromyalgia, sclerosis, AIDS...

Zinc juga memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif dan yang nyata zinc membantu pengeluaran insulin – sangat berguna bagi pengidap kencing manis

Berkesan untuk kebanyakan sistem badan. Ia berguna untuk pengeluaran tenaga – B6 diperlukan untuk proses pengeluaran tenaga dari makanan. Zinc membantu merawat acne – jerawat/jeragat, kebakaran kulit (burns), eczema, psoriasis (sakit kulit – bersisik), kekuatan rambut, scalp, penglihatan (vision loss people over 50 years), tinnitus (ringing in the ear), osteoporosis ( kekuatan tulang), haemorrhoids, ulcers dan juga inflammatory bowel disease


TANDA-TANDA KEKURANGAN ZINK
  • deria rasa dan bau hilang atau berkurangan
  • terdapat tanda putih di bahagian kuku jari
  • kurang selera /tidak boleh mengawal selera
  • muka kelihatan pucat
  • ketidaksuburan atau mandul
  • mudah / sering di serang infansi
  • kulit bermasalah (jerawat/jeragat/jangkitan kulit)
  • keguguran rambut




ZINK BOLEH MUSNAH DISEBABKAN OLEH

  • Stress
  • merokok
  • peminum
  • berpeluh yang banyak
  • kekerapan seks



KEKURANGAN ZINK AKAN MENYEBABKAN:
  • penyembuhan luka menjadi lambat.
  • kehilangan deria rasa dan bau. kesan ini akan mempengaruhi pola makan dan minum pengidap dan akhirnya selera makannya akan hilang (aneroxia) dan bulimia.
  • antara penyebab kemandulan/sukar mendapatkan zuriat.
  • boleh mengakibatkan ruam
  • pembesaran yang kurang normal (kerdil)
  • rambut mudah gugur
  • masalah hati
  • penyakit usus




SIAPA YANG MEMERLUKAN ZINK?

  • pada hakikatnya semua orang terutamanya kanak-kanak yang memebsar.
  • mereka yang berumur lebih 55 tahun
  • ahli sukan
  • orang yang diet
  • perempuan mengandung
  • ibu menyusu
  • mengamalkan pil perancang
  • mereka yang menghadapi stress yang berpanjangan
  • bekerja di tempat panas dan yang menyebabkan sentiasa berpeluh.




SUMBER ZINC


Kita boleh memperolehi zinc daripada daging – kambing juga lembu, oyster, ikan haruan, kuning telur, makanan tenusu ( Dairy Products), kekacang, gandum hitam dan juga bijiran seperti oats. Bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk mengambilnya dari sumber asli boleh mendapatkannya dalam bentuk tablet.


SANGAT MENARIK!
Zink Complex juga mampu  membantu meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan. Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, kanak-kanak yang diberikan zink 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10-12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak mendapat suplemen zink. Malah, kekurangan zink juga mampu menggangu tumbesaran dan perkembangan badan






Thursday, 5 September 2013

CoQ HEALTH PLUS SHAKLEE


Kandungan 1 kaspul CoQ Health Plus Shaklee mengandungi:
  • Coenzyme Q10 (CoQ10) 28mg
  • Vitamin E
  •   Ektrak Teh Hijau
BONUS!! Semuanya adalah dari sumber semulajadi!

Satu botol mempunyai 30 kapsul. Dan dos yang disarankan adalah 1 biji 1 kali sehari.

KEPENTINGAN CoQ10 DALAM BADAN
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

MENGAPA PERLU MEMILIH CoQ HEALTH SHAKLEE?

1-      Untuk mendapatkan 28mg Coenzyme Q10 (CoQ10) seperti yang terdapat di dalam CoQ Health Plus, kita perlu makan hampir 1.7kg ayam atau pun 28 cawan brokoli! Banyak kan.

2-      Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E di dalam formulasi CoQ Health Plus Shaklee dipercayai dapat memperkukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E. Hal ini disebabkan CoQ10 dapat membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E untuk memberi perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

3-      Ekstrak teh hijau di dalam formulasi CoQ Health Plus Shaklee mengandungi procyanidins yang dapat membantu menyokong kesihatan tisu endothelium (lapisan tisu yang terdapat di antara kapilari darah dan jantung).

4-      CoQ10 di dalam CoQ Health Plus Shaklee adalah daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis di mana sumber yis tersebut telah diuji.

5-      Tanpa gluten.

SIAPA YANG PERLU MENGAMBIL CoQ HEALTH PLUS SAHAKLEE INI?


1-      Individu yang mempunyai masalah jantung - CoQ10 menyokong penghasilan tenaga oleh jantung
2-      Individu yang mempunyai masalah kekurangan coenzyme Q10. Masalah ini sangat jarang berlaku. Individu yang mempunyai masalah ini mempunyai tanda-tanda seperti lemah, cepat letih dan seizure (sawan).
3-      Individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi (hypertension) – membantu menurunkan tekanan darah
4-      Individu yang mempunyai penyakit Parkinson.
5-      Individu yang mempunyai masalah migrain – Kajian menunjukkan CoQ10 dapat menurunkan kekerapan migrain sebanyak 30%
6- individu yang mempunyai kulit kusam -  berkesan dalam memperbaiki aliran darah dalam badan dan pembentukan sel-sel baru yang sihat

Hakikatnya pengambilan CoQ10 adalah satu cara untuk “menyediakan payung sebelum hujan” kerana Penyakit jantung adalah terkenal sebagai Pembunuh senyap No 1 DUNIA. Pengambilan 1 biji sehari adalah disarankan untuk menjaga kesihatan Jantung

DAPATKAN PRODUK INI UNTUK DI HADIAHKAN KEPADA IBU BAPA KITA, ADALAH LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT.



Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 



Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.