Showing posts with label tips bekalkan tenaga anak semasa berpuasa. Show all posts
Showing posts with label tips bekalkan tenaga anak semasa berpuasa. Show all posts

Monday, 5 January 2015

Vita-Lea for Children Chewable kini dengan FOMULASI baru yang dipertingkat?


Vita lea (multivitamin) yang baru ini lebih baik berbanding Vitale for children sebelum ni. Vita-Lea for Children Chewable mempunyai rasa yang enak dan pasti disukai oleh kanak-kanak serta larut dengan cepat di dalam badan untuk penyerapan yang berkesan.

Vita-Lea for Children Chewable memastikan anak-anak anda memperoleh zat-zat yang sepatutnya yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.


Multi-vitamin adalah mikronutrien yang jika diambil dengan mencukupi, boleh menambah ketinggian kanak-kanak, perkembangan kognitif dan kurang dijangkiti penyakit. Vita-Lea for Children Chewable Shaklee terdiri daripada 19 vitamin dan mineral penting termasuk kalsium, magnesium dan lain-lain untuk menyikong pertumbuhan tulang dan badan yang sihat.

Kanak-kanak amat memerlukan nutrien-nutrien penting kerana mereka sedang membesar. Selain itu, kanak-kanak yang memerlukan Vita-Lea for Children Chewable mungkin:
  • Cerewet dan memilih makanan
  • Tidak suka sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Terdedah dengan snek dan makanan segera





So Vita Lea For Children ini boleh dikunyah macam Chewable Vitamin C.





Mengapa kita pelu bekalkan anak kita dengan  Vita-Lea® for Children Chewable ni?

Dirumus khas bagi memenuhi keperluan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak.
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
  • Multivitamin kunyah yang disahkan halal untuk anak-anak. Ia dipenuhi dengan 19 nutrien penting dan menyediakan 100% Nilai Harian vitamin C. Vita-Lea® for Children Chewable kini mempunyai lebih vitamin D – 600 IU setiap hidangan, yang 150% nilai harian serta memiliki kalsium, magnesium, dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat. Dengan perisa yang enak, Vita-Lea® for Children Chewable pasti menyeronokkan.
Kandungan Sebotol : 65 biji
Cadangan sajian : 1 biji


Dapatkan Chewable Vita lea for children hari ini <3 


Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 
WhatsApp: +6012 6084105


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com






Monday, 23 July 2012

Tip Bekalkan "Tenaga" Anak semasa Berpuasa


seronok membaca status di face book berkenaan ragam kanak-kanak berpuasa ni, yang best sekali adalah puasa "yang yuk, pagi-pagi buka periuk" hehehe, sebenarnya cda juga pernah curi-curi makan sewaktu puasa, bila masa berbuka, pura-pura macam orang yang puasa :) artikel ni bagus dijadikan sebagai rujukan buat mommies yang sedang melatih anak-anaknya berpuasa. 

***
Pemakanan kanak-kanak yang baru belajar berpuasa perlu dititikberatkan. Hal ini mustahak agar dia kekal bertenaga sepanjang hari dan mampu melengkapkan ujian berpuasa sebulan dengan sempurna.
Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.
Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Makanan Seimbang
Selain daripada makanan ruji biasa, paling penting lengkapkan pemakanannya dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu makan sahur dan buka puasa. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapat menggalakkannya untuk makan buah-buahan segar berbanding buah yang telah diolah menjadi makanan tertentu. Hal ini bagi memastikan dia mendapat khasiat sepenuhnya daripada pengambilan buah berkenaan.
Makanan Berserat
Sekiranya anak anda tidak berselera untuk makan nasi atau makan makanan berat ketika bersahur, gantikannya dengan pengambilan makanan berasaskan bijirin. Sebaik-baiknya bijirin penuh. Serat yang terkandung di dalam bijirin sebegini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
Tahukah anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.
Protein Dan Kalsium
Kepentingan protein dan kalsium, jangan sesekali diabaikan biarpun ketika berpuasa. Dalam memastikan anak anda berterusan mendapat bekalan protein dan kalsium secukupnya ketika berpuasa, galakkan dia untuk makan hidangan yang mengandungi sama ada daging, ikan, ayam, kekacang, susu ataupun produk tenusu ketika bersahur ataupun berbuka puasa.
Karbohidrat
Anda amat disarankan untuk memastikan anak mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi mahu pun roti secukupnya agar ia dapat membekalkan tenaga mencukupi semasa berpuasa.
Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.
Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.
Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.
Jangan Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan dirinya untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.
Ketika Bersahur
1. Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan Piramid Pemakanan.
2. Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik ke tandas.
3. Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.
Waktu Berbuka Puasa
1. Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
3. Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas.
sumber :Pa & Ma 
****
jadi apa supplemen yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak semasa berpuasa?
pastinya mealshake (vanila flavored) kerana ia mengandungi protein,fiber(serat) dan zat gizi tambahan yang lengkap…

bukan sahaja sesuai cukup glamour sebagai supplement kanak-kanak, malah meal shakes juga sesuai untuk  jika anda 
- status bujang
- ibu mengandung
- pregnant 
- warga tua
- student
- golongan yang selalu bz
- susah untuk menelan capsule/tablet

maka, sesuai sangat lah ambil mealshake ini sebagai makanan tambahan anda sekeluarga.

hubungi cda untuk mendapatkan Meal shakes hari ini 


Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease