Wednesday, 9 May 2012

LECITHIN ACT AS FAT BURNER??


KEPENTINGAN LECITHIN


Asasnya, lecithin berfungsi sebagai ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.


Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

KEGUNAN LECITHIN

1.PALING UTAMA

  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
2.PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
3. UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
4. UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
5. UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik… dimana anda akan cepat berasa lapar…. ..:-)

Tuesday, 8 May 2012

Pastikan dapat cukup khasiat untuk bayi


Hari ini sempat juga meluangkan masa tuk baca artikel di my Metro..seronok sebab banyak info kesihatan disana, untuk memudahkan cda baca n tak perlu lagi google maka cda abadikan di blog cda dan pastinya pengunjung blog cda juga dapat membacanya.. :)


Sumber : MyMetro

*********

MAKANAN yang begitu digemari, tiba-tiba terasa memualkan tekak. Kalau dulu, tidak menjadi masalah menghadap menu nasi campur setiap hari tetapi kini, mendengarnya saja membuatkan tekak kembang, apa lagi jika mahu menjamahnya.
Bermacam-macam pengalaman baru dilalui ibu hamil. Perubahan secara tiba-tiba kadangkala menimbulkan rasa pelik orang sekeliling dan sukar difahami mereka yang tidak pernah mengalaminya.


Namun, begitulah situasi yang perlu dihadapi wanita mengandung hinggakan ada kalanya banyak bauan yang mereka tidak boleh kompromi serta dirasakan mengganggu ketenangan, misalnya tumisan cili daripada gerai berhampiran mahupun bau bawang putih yang pada ketika tidak hamil, bukan masalah besar jika terhidu.

Walaupun banyak makanan sukar masuk ke mulut akibat loya dan muntah- muntah, wanita hamil perlu memastikan mereka mengambil makanan seimbang daripada semua kelas makanan.


Ketika hamil, pelbagai persoalan bermain di benak fikiran sama ada mereka boleh makan makanan tertentu atau sebaliknya. Ini disebabkan banyak makanan dikaitkan dengan kesan baik dan mudarat pada wanita mengandung mengikut kepercayaan sesuatu kaum.



Ada empat kelas makanan dalam piramid makanan yang perlu diambil berat iaitu kelas keempat, karbohidrat; kelas ketiga (buah-buahan dan sayuran), kelas kedua (makanan tenusu dan protein daging manakala kelas pertama (manisan).

Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Klang, Dr Tricia Thomas, berkata wanita hamil perlu mengambil hidangan daripada kelas tertentu mengikut peratusan yang dinasihatkan dan makan lebih kerap, sekurang-kurangnya tiga hidangan yang normal iaitu pagi, tengah hari dan malam.


Mereka juga perlu mengambil dua atau tiga hidangan kecil antara hidangan besar berkenaan iaitu di antara waktu sarapan pagi dengan makan tengah hari dan waktu petang, bergantung kepada keadaan wanita terbabit.

Tiga bulan pertama kehamilan iaitu dari awal kehamilan hingga 12 minggu, wanita terbabit biasanya mengalami muntah-muntah. Waktu itu, mungkin sukar untuk mereka menjamah lebih banyak makanan.


Untuk mengelakkan dehidrasi, mereka perlu minum air yang mencukupi dan elakkan makanan berminyak serta makanan yang boleh menyebabkan mereka muntah-muntah.



Bergantung kepada individu, wanita itu sendiri boleh mengenal pasti hidangan yang boleh mereka ambil serta makanan yang mudah menyebabkan mereka muntah.



Ada yang menganggap wanita hamil perlu makan lebih banyak kerana mereka makan untuk dua orang. Sebenarnya, mereka tidak perlu berbuat demikian tetapi penting untuk memastikan mendapat keperluan zat dan vitamin yang cukup untuk tumbesaran janin.



“Lebihkan pengambilan makanan yang tawar manakala jika loya dan muntah-muntah dialami terlalu teruk hingga menyebabkan kekurangan air dalam badan, wanita terbabit dinasihatkan bertemu doktor.



“Proses menggantikan kehilangan air dalam badan akan dilakukan dan wanita terbabit ditahan di wad hingga keadaan kesihatannya stabil,” katanya.



Sebaik-baiknya mereka minum air yang dimasak kerana air tapisan biasanya masih mengandungi bakteria. Seperti orang biasa, keperluan wanita hamil ialah lapan gelas sehari.


MAKANAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN:


Makanan masam mungkin boleh membantu mengatasi loya tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti sederhana.



Untuk memenuhi keinginan menikmati makanan yang diidam juga ada hadnya. Elakkan mengambil dalam kuantiti terlalu banyak, sebaliknya makan dalam kuantiti sederhana dan hidangan yang ada dalam kelas makanan.



Makanan seperti salad dan ulam boleh dimakan ketika hamil tetapi perlu dipastikan benar-benar bersih. Makanan mentah seperti sushi tidak digalakkan dimakan kerana mungkin mengandungi bakteria jika tidak disediakan dengan baik.



Sajian panggang atau salai seperti salmon dan daging juga perlu dielakkan kerana dikhuatiri tidak dimasak dengan betul atau masih mentah kerana mungkin mengandungi bakteria seperti listeria dan salmonella. Kehadiran bakteria salmonella misalnya boleh menyebabkan cirit-birit.



Pengambilan makanan yang tidak dipasteurkan seperti keju dan susu segar daripada ladang juga perlu dielakkan kerana dikhuatiri mengandungi bakteria.



Hindarkan ikan marlin, ikan yu dan makanan laut jenis kerang-kerangan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi, sebaliknya ikan yang berminyak seperti salmon, kod, tilapia dan keli baik dimakan kerana mengandungi Omega 3 yang baik untuk kesihatan.



Bagaimanapun, usah diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak, sebaliknya memadai dua atau tiga hidangan seminggu.



Pelbagai tanggapan dan andaian dikaitkan dengan telur ikan, udang atau sotong yang dikatakan mempunyai kolesterol tinggi atau boleh memberi kesan sampingan. Jika orang biasa pun tidak digalakkan makan terlalu banyak jenis telur berkenaan, apatah lagi ibu hamil.



Bolehkah mereka memakannya? Dr Tricia berkata, telur ikan atau sotong boleh dimakan wanita hamil tetapi dalam kuantiti sederhana. Begitu juga daging kambing dan lembu yang dikatakan ‘panas,’ wanita hamil masih boleh memakannya tetapi dalam kuantiti sederhana.



“Jangan tersalah anggap mengenai pendarahan yang berlaku pada wanita mengandung. Ia bukan disebabkan mengambil makanan ‘panas’ tetapi berpunca daripada kedudukan uri yang rendah atau disebabkan perubahan hormon.



“Semua kaum mempunyai kepercayaan tersendiri mengenai makanan yang boleh memberi kesan buruk jika diambil wanita mengandung, bagaimanapun tiada bukti kukuh mengenai teori berkenaan.



“Orang Cina, misalnya menganggap makanan ‘sejuk’ tidak boleh diambil ketika hamil, manakala orang Melayu percaya makanan ‘panas’ memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi dalam kandungan,” katanya.



Memakan nanas pula dikatakan boleh menggugurkan kandungan dan ia kepercayaan kebanyakan kaum. Sebenarnya, ia bergantung kepada tubuh wanita berkenaan kerana ada ibu hamil yang terminum jus nanas tetapi tiada kesan mudarat. Jika teringin, makan dalam kuantiti sedikit kerana buah ini tidak sesuai dimakan ketika awal kehamilan.



Dr Tricia berkata, kafein sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan dan ibu mengandung perlu mengelakkan pengambilan minuman itu.



Jika ibu hamil menggemari kopi, cuba hadkan pengambilan minuman itu kepada satu gelas sehari. Sementara itu, teh dan koko cuma mempunyai sedikit kafein berbanding kopi.



Ubat-ubatan dan herba juga perlu diberi perhatian kerana ada ubat yang boleh menjejaskan kandungan, terutama ketika proses pembentukan janin.



Wanita hamil memerlukan zat besi antara 30 hingga 60 gram sehari. Zat besi dan asid folik penting untuk mengelakkan kekurangan darah (anemia) dan ada kaitan dengan pembentukan saraf dan otak yang tidak sempurna pada bayi.



Dalam sesetengah keadaan, kekurangan zat besi dan asid folik menyebabkan ‘neural tube defects’ iaitu jenis kecacatan dalam otak seperti spina bifida, encephalocoele (otak membengkak menyebabkan kepala besar) dan anencephaly (tiada tengkorak).



Pada tiga bulan sebelum hamil, ibu hamil perlu mengambil 400 mikrogram asid folik sehari dan ia harus diteruskan sepanjang kandungan.



VITAMIN YANG DIPERLUKAN

Vitamin C perlu untuk penyerapan zat besi bagi menghindari anemia. Biasanya, semua ubat berkenaan dibekalkan doktor. Apapun, jika ibu hamil mengamalkan pemakanan harian seimbang, keperluan vitamin C dan D untuk dirinya dan kandungan sudah mencukupi.



Bagi golongan pemakan sayur-sayuran (vegetarian), mereka boleh mendapatkan protein daripada kekacang seperti soya, kacang kuda, kacang hijau, kacang tanah dan kacang pinto.



Sumber protein lain ialah daripada bijirin penuh seperti oat, barli, roti dan nasi. Beras perang lebih banyak vitamin daripada beras putih. Selain itu, ibu hamil di kalangan vegetarian juga boleh mendapatkannya daripada bijirin dan pasta.



Menurutnya, bijirin penuh mengandungi kandungan vitamin B yang tinggi. Jenis kekacang seperti almond, badam, gajus, macadamia turut mempunyai protein dan sumber Omega 3 menggantikan daging.



Sumber kalsium pula banyak ditemui dalam sayur hijau, kekacang, susu dan tempe. Vitamin D juga penting untuk bayi dalam kandungan. Ia turut diperoleh daripada pancaran cahaya matahari.



Ada ibu hamil teringin makan benda pelik seperti sabun, arang atau tanah. Tidakkah tindakan mereka memakan makanan berkenaan memudaratkan kesihatan? Sebenarnya, mengidam makanan pelik mungkin menunjukkan ibu hamil kekurangan zat mineral tertentu dalam tubuh, terutama zat besi. Makan benda pelik tidak digalakkan kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada kandungan.


KUANTITI KALORI 


Kuantiti kalori untuk wanita biasa yang tidak mengandung antara 1,600 hingga 2,000 kalori sehari.  Pada tiga bulan (trimester) pertama (kehamilan 0 hingga 13 minggu), keperluan itu meningkat sehingga 85 kalori sehari, menjadikan keperluan mereka antara 1,685 hingga 2,085 kalori sehari.



Ketika trimester kedua (kehamilan 13 hingga 28 minggu), keperluan untuk mereka meningkat sehingga 285 kalori sehari

 trimester ketiga (kehamilan 28 hingga 40 minggu), peningkatan keperluan kalori ialah 475 kalori sehari.




********


dan dari apa yang dapat cda ringkaskan dalam artikel ni adalah 

  • bagaimana ibu yang hamil memastikan dirinya mendapat khasiat yang seimbang untuk pertumbuhan kandungannya terutama semasa fasa "mual"
  • Keperluan makan mengikut kelas makanan dalam piramid
  • makanan yang perlu diambil dan dielakkan
  • Zat yang diperlukan (asid folik, zat besi, protein, kalsium, Vitamin D dan omega)
  • kalori yang diperlukan

Memilih supplement bagi memastikan ibu yang mengandung serta kandungannya memperoleh cukup nutrien adalah pilihan yang bujak.Namun, perlu ibu yang mengandung mengetahui hanya bebrapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengadung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat.




NUTRIEN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG
Peranan Protein:
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Ia juga diperkukan olej placenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas sekali, kehamilan dan penyusuan ibu memerlukan kehadiaran protein. Jadi, haruslah ibu menambah sumber protein sihat dalam diet harian mereka.


Peranan Asid Folik/Folat:
Asid Folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang. Malah, ia menyumbang dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan sepanjang kehamilan dan dalam diet wanita yang masih subur.


Peranan Kalsium:
Kandungan kalsium yang mencukupi dalam diet ibu membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kalsium untuk keperluan tubuh ibu. Di samping untuk, khasiat kalsium sangat luas termasuklah menghalang kekejangan otot yang sering dialami ketika hamil dan kontraksi di saat melahirkan.


Peranan Asid Lemak Omega 3
Juga dikenali sebagai DHA diperlukan untuk pembinaan otak dan retina. Ikan salmon dan ikan tenggiri mengandungi tinggi DHA tetapi tidak digalakan diambil lebih dari 2 kali seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi supplemen omega 3 adalah altenatif terbaik.
Vitamin Shaklee apa yang sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung?


Adakah vitamin shaklee yang sesuai dan selamat untuk diambil sepanjang tempoh kehamilan??
- terdapat set yang khusus yang selamat diambil sepanjang tempoh kehamilan. Set ini dikenali sebagai set J1(untuk trimester 1) dan J2 (untuk trimester 2&3)





VITAMIN SHAKLEE YANG DICADANGKAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Energizing Soy Protein 
-rendah lemak -bukan GMO bermakna tidak diubah secara genetik
 -lengkap dengan semua 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh.


Ostematrix/Kalsium

 -mengandungi kandungan kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian tubuh
-kadar penyerapan yang baik oleh tubuh
-lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk kebaikkan fungsi kalsium

B Complex 
-mengandungi kesemua 8 vitamin B
-diformulakan dengan sistem penyerapan bioaktif untuk penyerapan yang lebih baik
-Dilengkapi dengan asid folik yang sangat mudah diserap tubuh



Omega Guard/Asid Lemak Omega 3 
-menawarkan spectrum penuh asid lemak omega-3 yang bergred tinggi dan selamat dimakan.
-bagus untuk otak dan jantung bayi dan ibu.


Vitalea 
-dengan formula zat besi yang menbantu menghasilkan darah yang sihat dan membantu fungsi badan secara keseluruhan

Vitamin C 
-tinggi anti oksida untuk melawan radikal bebas dari pencemaran dan proses normal tubuh
-menguatkan antibodi untuk melawan penyakit



Sebarang pertanyan boleh menghubungi: 







shayida_82@yahoo.con |text/Whatsup: 8115024 (C-da) |Fb: http://www.facebook.com/shayida.salmi |Fanfapge : http://www.facebook.com/pages/Onesupplement/266761800008108








Monday, 30 April 2012

BERPANTANG: Supplement adalah pilihan terbaik kepada Jamu

Amalam berpantang masih lagi diteruskan seiiring dengan peredaran masa. terpulang kepada setiap individu untuk memilih berpantang secara Tradisional ataupun secara moden. sekiranya dulu "Bertangas" atau "Berdiang" untuk supaya darah kotor keluar dengan lancar, tetapi kini ada juga yang hanya "Bersauna" sebagai Altenatif. 


Pengalaman berpantang cda untuk anak pertama(Anas) n kedua (Auni) jauh berbeza....berpantang anak pertama cda buat yang mana perlu saja..cda berurut, minum hirup-hirupan dan sedikit jamu yang bidan sediakan..almaklumlah..berpantang diperantauan....pandai2 sendiri saja...

BERBEZA dengan berpantang untuk anak kedua, cda cukup mengambil berat isi berpantang ni..memikirkan banyak tanggungjawap yang perlu cda galas selama berpantang kerana pada masa yang sama suami cda pun tak dapat berjalan kerana patah kedua kakinya dan cda juga berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Jadinya cda mesti berpantang...mesti sihat emosi & fizikal....mesti cepat sihat!!! untuk mengurus keluarga.

Alhamdulillah berpantang secara tradisional seperti berurut, bertangas/bersauna menggunakan herba semulajadi, mandi limau+garam dan berbengkung semuatu cda lakukan...cuma..cuma jamu saja terpaksa cda skip selepas 2-3 hari makan jamu memandangkan Auni kerap nangis n kembung perut jadi cda hanya mengambil vitamin saja..
SEBAB CDA MENGAMBIL vITAMIN BERBANDING JAMU?

  1. jamu adalah sebatian komplex. apabila ibu mengambil jamu element jamu akan disalurkan terus ke baby melalui susu ibu. badan baby masih kecil dan hatinya belum matang untuk menapis pelbagai unsur didalam jamu sekaligus melambatkan penyingkiran bilirubin yang akan membebankan hatinya seterusnya menjadi punca prolong Jaundice
  2. sememangnya makan jamu adalah  untuk mempercepatkan pemulihan badan selepas bersalin, tapi sekiranyan disebabkan oleh jamu terlalu "berat" untuk baby jadi tidak salah memilih vitamin kerana sifatnya yang mudah diserap berbanding jamu.
  3. apabila badan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, maka zat tersebut disalurkan kepada anak kita melalui susu badan dan bila ibu sihat----> ibupun ceria----> baby sihat ------> dapat meneruskan penyusuan selama 2 tahun :) best kan???
Jadi, terpulanglah untuk ibu-ibu juga bakal ibu memilih diantara Vitamin dan jamu.... jangan pula semata-mata hanya mengekalkan tradisi berpantang turun temurun sehinggakan tidak dapat meneruskan penyusuan atau memudaratkan baby.....

bersederhana adalah jalan terbaik kan??






(1) B-Complex : <----- cda cukup suka B-complex yang bertindak sebagai anti Stress :)
  • sebagai penenang (anti-stress), 
  • elak kemurungan (meroyan) 
  • enstabilkan hormon.
  • penting untuk pembentukan kolagen, 
  • mempercepatkan penyembuhan luka, 
  • memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). 
  • Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  •  membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim).
  • Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. 
  • Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Adalah dicadangkan untuk mengambil supplement tambahan lain seperti:
Pengambilan kedua-dua ini boleh membantu:
  • mengurangkan risiko Jaundice
  • memberi tenaga selepas melahirkan
  • dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu 
  • membekalkan kesemua nutrisi bagi memastikan kesihatan ibu di tahap optimum



Kesimpulannya, anda bebas untuk memilih apa jua makanan & rawatan yang sesuai sewaktu berpantang nanti. Sama ada anda pilih jamu atau supplements, pastikan anda tahu dengan yakin apakah khasiat yang bakal anda & baby perolehi selepas pengambilan jamu atau supplements tersebut yang pastinya pilihan anda mestilah SELAMAT UNTUK ANDA & BABY (^__^)


Hubungi Cda untuk sebarang pertanyaan | text/Whatsup: 8115024 |shayida_82@yahoo.com |Fb:shayida salmi | Fan Page: Onesupplement|




Thursday, 26 April 2012


apa itu gelatin

cakeGelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin.

  •  Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. 
  • Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan.


 Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.
"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"


halaltidak
chocolatesBila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan. Read more...
Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.
BIMBANG!,  RISAU!,  RESAH...
Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkankek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin  yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!
fruitcocktailPemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.
Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWABterhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!  desserts recipe.

awasAwasAdakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:
  • Kapsul penyalut ubatan
  • Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
  • Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
  • Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
  • Semua Minyak Wangi
  • Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
  • Losen Badan, kaki dan tangan




BEBERAPA FAEDAH SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL

~ GELATIN HALAL ~

  • Baik untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi
  • Kesihatan anda sekeluarga akan lebih terjamin
  • Masakan kita akan lebih bersih dan suci
  • Membantu Produk alternatif yang halal bagi membina masyarakat Islam sedunia yang lebih baik
  • Kehidupan akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih tenang
  • Dianugerah Tuhan dengan minda yang lebih sihat dan cergas
  • Memiliki satu bahan masakan dengan sifat yang unik sebagai ajen penstabil, pengikat, penebal, pelekat dan pembuih yang HALAL!
  • Sesungguhnya Tuhan akan lebih menyayangi mereka-mereka yang memakan makanan HALAL dan menegah yang HARAM. Rujuk kepada Ayat-ayat Al-Quran di sini >> HALAL & HARAM

siapakah
gelatin
  • Suri Rumah- Yang selalu memasak kuih, kek, puding dll
  • Penjual-penjual kuih muih
  • Pemilik kedai kek- Tidak kira ugama atau bangsa kerana pelanggan mereka juga Islam
  • Pemilik Restoran - Tukang-tukang masak restoran seharusnya lebih peka dengan kehendak pelanggan dengan menyediakan pemanis mulut yang dijamin HALAL
  • Kilang-kilang yang membuat kosmetik kecantikan
  • Pengeluar Ubat gigi, minyak wangi, sabun, losen
  • Pembuat kapsul softgel
  • Pembuat produk-produk berbagai jenis makanan
"Semua orang tidak kira bangsa atau pun agama seharusnya menggunakan Gelatin Halal ini untuk produk mereka kerana selagi mereka menjual barangan mereka pada orang Islam, maka selagi itutanggungjawab mereka menghormati hukum agama Islam kita!"


akhir