Wednesday 29 August 2012

Alahan Laktosa (Lactose intolerance)


Rasa ingin tahu pulak ape sebenarnya yang dinamakan Alahan laktosa (laktosa intolerance) ni, memandangkan anak buah pun alah pada laktosa ni yang wajib tau. Alhamdulillah anas start minum susu fomula sejak satu tahun 6 bulan, sayang sangat tak sampai 2 tahun memandangkan waktu tu cda mengandugkan anak ke 2 dan kekurangan susu..terpaksalah merelakan anas minum susu fomula…..dari usia tu hingga 2 tahun 2 bulan cda berikan Enfagrow….walla..harganya..tak tahan satu tin saje dah hampir mencecah RM100..huhu, masuk  je usia 2 tahun 3 bulan terus tukar ke Anmum+  Mealshake..kebetulan promosi sana n sini yang kandungan gulanya rendah..alhamdulillah….tiada masalah buat anas…takpelah ye anas, Anmum pun bagus jugak…

some info berkenaan susu Anmum "Tanpa Gula Tambahan"

 "Ada gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses. Sesetengah ibu bapa menganggap ia sebagai sihat. Oleh kerana nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti surkosa, maltosa, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa. Ramai ibu bapa yang memberikan gula tanpa disedari.

"Mengikut Garis Panduan Pelabelan Malaysia, semua gula sama ada semula jadi atau ditambah disenaraikan sebagai sebahagian daripada karbohidrat manakala kandungan serat disenaraikan secara berasingan," katanya.

Dr Monro berkata, susu tepung mengandungi karbohidrat dan gula. Paras laktosa secara semula jadi dalam susu biasa adalah kira-kira 11 hingga 12 gram setiap hidangan dan ini bermakna jumlah karbohidrat dalam setiap hidangan ialah petunjuk yang boleh dipercayai untuk menentukan anggaran gula tambahan serta produk susu.

Paras yang jauh lebih tinggi daripada tahap laktosa semula jadi menandakan penambahan gula tambahan. Justeru, sebagai sebahagian daripada komitmen, peneraju dunia dalam pemakanan tenusu dari New Zealand, Fonterra, memainkan peranan penting dalam kempen pendidikan pemakanan dan kesihatan wanita serta kanak-kanak.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/08/diet-kanak-kanak-produk-anmum-essential.html#ixzz24vBtfJBZ


Alahan Laktosa (Lactose intolerance)

Apakah laktosa?
Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.

Apakah alahan laktosa?
Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?
Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Jenis-jenis alahan lactosa
  • Alahan laktosa mungkin kekal (primary)
  • Congenital (sejak lahir)
  • Jarang berlaku
  • Berlaku semasa lahir
  • Lewat (bagi dewasa)
  • Biasa berlaku di kalangan orang asia
  • Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
  • Alahan Laktosa Sementara (secondary)

Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
  • Penyakit usus seperti Coeliac Disease
  • Pembedahan usus


Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?
  • 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
  • Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
  • Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
  • Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat dewasa.


Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:
  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung


Diagnosa
Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?
  • Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat


Bagaimanakah cara merawat masalah ini?
  • Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
  • Alahan laktosa yang kekal :
  • Tidak dapat diubati.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
  • Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.


Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?
Makanan mengandungi laktosa termasuk:
  • Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
  • Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  • Aiskrim.
  • Margerin.
  • Roti dan biskut.
  • Bijirin sarapan.
  • Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  • Susu pekat manis.
  • Susu cair.
  • Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
  • Semua jenis susu.
  • Gandum dan protein susu.
  • Susu tepung.
  • Tairu.


Bagaimana keadaan ini boleh dielakkan?
Elakkan semua makanan yang disebut di atas.

Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?
  • Baca label kandungan makanan yang hendak dibeli.
  • Berhati-hati memilih makanan yang tidak dicatitkan kandungannya.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan tentang kandungan makanan yang tidak pasti.
  • Jangan kerap menukar susu bayi anda. Dapatkan nasihat doctor di hospital.

Friday 10 August 2012

Kenapa perlunya Nutriferon


 Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

 Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.
5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.

Berminat untuk mendapatkan Nutriferon anda Hari ini?? 


HUBUNGI : 
fb: shayida salmi
Blog : http:onesupplement.blogspot.com
text/ Whatsup: +673 8115024


Tuesday 7 August 2012

Siapakah yang memerlukan nutriferon??


Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya

Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.


Apa itu Nutriferon?
1. NUTRIFERON adalah supplement yang berfungsi sebagai penggalak kepada system immune tubuh juga sebagai immune Booster. Ia juga meningkatkan pengeluaran INTERFERON semulajadi tubuh badan dan supplement yang hebat dan efektif. Nutriferon telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

2. Interferon adalah protein yang dijana dan dikeluarkan oleh cell tubuh untuk melawan patogen seperti VIRUS, BAKTERIA atau PARASITES atau TUMOR CELLS. (Quoted from Wikipedia)

3. NutriFeron (Produk exclusive Shaklee) adalah campuran yang dipatenkan dari ekstrak tumbuhan yang sekian lama terbukti dapat mengukuhkan sistem imun. Dengan pengambilan setiap hari, NutriFeron menguatkan tindak balas imun dengan meningkatkaninterferon semulajadi badan .


Siapa yang perlu makan Nutriferon?
  • Mereka yang mempunyai sistem imune yang rendah 
  • Mereka yang mempunyai masalah penyakit yang berkaitan dengan imuniti
  • kurang antibodi seperti flu,demam,cancer,asma
  • ibu yang meyusukan anak
  • mereka yang kerap Travel dan keluar Negara
  • mereka yang sering stress
  • mereka yang terdedah dengan pelbagai penyakit
  • mereka yang sukar menelan pil kerana nutriferon adalah didalam bentuk serbuk
  • mereka yang tidak suka mengambil vitamin yang tinggi dengan antioksidan, ACE dimana hanya perlu mengambil nutriferin 1 pack sehari


Bagaimana ia bertindak?

Nutriferon bekerja dalam dua cara 
1. Segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti 
2. Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan



Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 pack untuk digunakan semasa kecemasan, dan ianya merupakan pilihan terbaik berbanding panadol.


Berminat untuk mendapatkan Nutriferon anda Hari ini?? 


HUBUNGI : 
fb: shayida salmi
Blog : http:onesupplement.blogspot.com
text/ Whatsup: +673 8115024



Friday 3 August 2012

Sistem Imune



Di dalam badan kita ada sistem perlindungan yang sangat menakjubkan, ia dikenali sebagai system imune, yang dicipta untuk melindungi kita dari berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita.

Mengikut David Liaw, seorang pengamal terapi holistik, sistem imun adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan menakjubkan. Mengetahui cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan kesihatan. Menurut beliau lagi sistem imun adalah sangat penting dalam usaha untuk menggalakkan kesihatan yang baik. 


"Anda adalah sebaik sistem imun anda. Penyerapan, metabolisma, homeostasis, dll tidak dapat berfungsi dengan baik jika kesihatan sistem imun terjejas untuk jangka masa tertentu." 


Apakah faktor utama yang memberi kesan keatas sistem immune??
-tekanan
- pemakanan yang tidak sihat
- pencemaran alam sekitar

Berikut adalah beberapa petikan dari temubaul antara Gerald Chuah dengan David Liaw mengenai kepentingan sistem imun dan bagaimana menggunakan makanan semulajadi dan nutrisi untuk mengembalikan kesihatan optimum diri seseorang. 


SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM IMUNE

Soalan: Apakah kajian saintifik terkini dan penemuan mengenai sistem imun? 

Kajian menunjukkan bahawa tali perut kita menempatkan komponen imun yang terpenting ia itu sistem limfoid, yang memainkan peranan besar dalam penyelarasan sistem imun yang lain dengan fungsi kawal selia tubuh kita. 

 Soalan:Sebelum ini kurang perhatian diberi kepada sistem imun, kenapa penekanan yang besar diberikan sekarang? 

Peningkatan ketoksikan, peningkatan jumlah kanak-kanak yang menunjukkan gejala penyakit seperti hipertensi, kolesterol tinggi, diabetes, dll adalah pola pemberitahuan. Di samping itu penularan selsema burung dan selsema babi meletakkan orang ramai dalam kewaspadaan yang tinggi. 

 Soalan: Apa faktor dalaman dan luaran yang memberi impak kepada sistem imun kita? 

Tekanan fizikal dan psikologikal berterusan yang berpunca dari gaya hidup, emosi, dan sistem kepercayaan; ketoksikan sama ada dari pencemaran udara, makanan, dan air; dan pemakanan dan ubat-ubatan, mempunyai kesan langsung ke atas fungsi imun usus kecil. 

Soalan:  Apa yang akan berlaku bila sistem imun kita terjejas atau gagal berfungsi? 

Ramai yang tidak sedar bahawa sistem imun kita sentiasa bekerja keras, setiap saat 24 jam sehari, untuk mengawal dan mengimbangi pelbagai spesis biotik badan seperti bakteria dan fungus. Ia hidup di dalam badan kita, bekerja untuk kita, dan jumlahnya lebih banyak dari sel kita sendiri. 


Kebanyakan dari kes kronik yang kita hadapi hari ini berlaku apabila sistem imun kita terpicu berlebihan, berkurangan, atau tidak berfungsi; dari selsema, alergi, sindrom kelesuan kronik, pelbagai jenis masalah penghadaman; ke masalah auto-imun kronik seperti arthritis, diabetes jenis 2, Lupus, dan lain-lain alergi. 

Soalan:  Apakah tanda-tanda awal dan gejala? 

Bermula dengan benigna, yang ramai tidak ambil peduli atau tolak ke tepi. Ia menjejaskan fungsi harian kita seperti masalah buang air besar, sakit kepala, perubahan berat badan dan selera makan, ketagihan, susah tidur, mudah marah, masalah kulit, perasaan tidak menentu, dan kemurungan. 


Beri perhatian kepada tubuh anda, jika anda peka anda akan tahu. Ianya sesuatu yang tidak biasa berlaku, dan kekerapannya bertambah dari hari kesehari. Jangan biarkan sehingga anda sakit teruk.Di zaman ini, tiada had umur bagi mengalami kecelaruan imun. 

Soalan: 3 cara untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik?
  1. Cari punca masalah. Memandangkan ketoksikan dan tekanan merupakan punca utama, detoksifikasi adalah penting.
  2. Buang tekanan fizikal dan mental
  3. Pulihkan semula sistem imun, demi untuk mengekalkan kesihatan yang baik. 



APAKAH SUPPLEMENT YANG MAMPU MEMBERIKAN KESIHATAN HATI DAN SISTEM IMUNE BERADA DI TAHAP YANG OPTIMUM?
Powerful immune Booster

Shaklee mencadangkan Program batuan hati bagi menggalakkan fungsi hati yang sihat seterusnya meningkatkan tahap tenaga

DTX COMPLEX- menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu fomula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya**

NUTRIFERON- campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan berpaten tang terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan system immune dan menggalak fungsi immune sihat.



KESIMPULAN: 
Secara ringkasnya untuk memulihkan penyakit dan mengembalikan kesihatan optimum, kita perlu mencari punca masalah dan menyelesaikannya, antaranya dengan melakukan detoksifikasi dan memulihkan kesihatan sistem imun. 

 HUBUNGI : 
fb: shayida salmi
Blog : http:onesupplement.blogspot.com
text/ Whatsup: +673 8115024


** Produk ini b ukan bermaksud untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Dipetik dari temubual Gerald Chuah, wartawan The New Straits Times, dengan David Liaw, pengamal terapi holistik yang mendapat latihan terapi nutrisi dan terapihipno di United Kingdom. The New Straits Times, 4 Feb 2012.