Friday 3 August 2012

Sistem Imune



Di dalam badan kita ada sistem perlindungan yang sangat menakjubkan, ia dikenali sebagai system imune, yang dicipta untuk melindungi kita dari berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita.

Mengikut David Liaw, seorang pengamal terapi holistik, sistem imun adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan menakjubkan. Mengetahui cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan kesihatan. Menurut beliau lagi sistem imun adalah sangat penting dalam usaha untuk menggalakkan kesihatan yang baik. 


"Anda adalah sebaik sistem imun anda. Penyerapan, metabolisma, homeostasis, dll tidak dapat berfungsi dengan baik jika kesihatan sistem imun terjejas untuk jangka masa tertentu." 


Apakah faktor utama yang memberi kesan keatas sistem immune??
-tekanan
- pemakanan yang tidak sihat
- pencemaran alam sekitar

Berikut adalah beberapa petikan dari temubaul antara Gerald Chuah dengan David Liaw mengenai kepentingan sistem imun dan bagaimana menggunakan makanan semulajadi dan nutrisi untuk mengembalikan kesihatan optimum diri seseorang. 


SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM IMUNE

Soalan: Apakah kajian saintifik terkini dan penemuan mengenai sistem imun? 

Kajian menunjukkan bahawa tali perut kita menempatkan komponen imun yang terpenting ia itu sistem limfoid, yang memainkan peranan besar dalam penyelarasan sistem imun yang lain dengan fungsi kawal selia tubuh kita. 

 Soalan:Sebelum ini kurang perhatian diberi kepada sistem imun, kenapa penekanan yang besar diberikan sekarang? 

Peningkatan ketoksikan, peningkatan jumlah kanak-kanak yang menunjukkan gejala penyakit seperti hipertensi, kolesterol tinggi, diabetes, dll adalah pola pemberitahuan. Di samping itu penularan selsema burung dan selsema babi meletakkan orang ramai dalam kewaspadaan yang tinggi. 

 Soalan: Apa faktor dalaman dan luaran yang memberi impak kepada sistem imun kita? 

Tekanan fizikal dan psikologikal berterusan yang berpunca dari gaya hidup, emosi, dan sistem kepercayaan; ketoksikan sama ada dari pencemaran udara, makanan, dan air; dan pemakanan dan ubat-ubatan, mempunyai kesan langsung ke atas fungsi imun usus kecil. 

Soalan:  Apa yang akan berlaku bila sistem imun kita terjejas atau gagal berfungsi? 

Ramai yang tidak sedar bahawa sistem imun kita sentiasa bekerja keras, setiap saat 24 jam sehari, untuk mengawal dan mengimbangi pelbagai spesis biotik badan seperti bakteria dan fungus. Ia hidup di dalam badan kita, bekerja untuk kita, dan jumlahnya lebih banyak dari sel kita sendiri. 


Kebanyakan dari kes kronik yang kita hadapi hari ini berlaku apabila sistem imun kita terpicu berlebihan, berkurangan, atau tidak berfungsi; dari selsema, alergi, sindrom kelesuan kronik, pelbagai jenis masalah penghadaman; ke masalah auto-imun kronik seperti arthritis, diabetes jenis 2, Lupus, dan lain-lain alergi. 

Soalan:  Apakah tanda-tanda awal dan gejala? 

Bermula dengan benigna, yang ramai tidak ambil peduli atau tolak ke tepi. Ia menjejaskan fungsi harian kita seperti masalah buang air besar, sakit kepala, perubahan berat badan dan selera makan, ketagihan, susah tidur, mudah marah, masalah kulit, perasaan tidak menentu, dan kemurungan. 


Beri perhatian kepada tubuh anda, jika anda peka anda akan tahu. Ianya sesuatu yang tidak biasa berlaku, dan kekerapannya bertambah dari hari kesehari. Jangan biarkan sehingga anda sakit teruk.Di zaman ini, tiada had umur bagi mengalami kecelaruan imun. 

Soalan: 3 cara untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik?
  1. Cari punca masalah. Memandangkan ketoksikan dan tekanan merupakan punca utama, detoksifikasi adalah penting.
  2. Buang tekanan fizikal dan mental
  3. Pulihkan semula sistem imun, demi untuk mengekalkan kesihatan yang baik. 



APAKAH SUPPLEMENT YANG MAMPU MEMBERIKAN KESIHATAN HATI DAN SISTEM IMUNE BERADA DI TAHAP YANG OPTIMUM?
Powerful immune Booster

Shaklee mencadangkan Program batuan hati bagi menggalakkan fungsi hati yang sihat seterusnya meningkatkan tahap tenaga

DTX COMPLEX- menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu fomula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya**

NUTRIFERON- campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan berpaten tang terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan system immune dan menggalak fungsi immune sihat.



KESIMPULAN: 
Secara ringkasnya untuk memulihkan penyakit dan mengembalikan kesihatan optimum, kita perlu mencari punca masalah dan menyelesaikannya, antaranya dengan melakukan detoksifikasi dan memulihkan kesihatan sistem imun. 

 HUBUNGI : 
fb: shayida salmi
Blog : http:onesupplement.blogspot.com
text/ Whatsup: +673 8115024


** Produk ini b ukan bermaksud untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Dipetik dari temubual Gerald Chuah, wartawan The New Straits Times, dengan David Liaw, pengamal terapi holistik yang mendapat latihan terapi nutrisi dan terapihipno di United Kingdom. The New Straits Times, 4 Feb 2012.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...