Sunday 21 April 2013

GARAM : KHASIAT DAN MANFAAT KEPADA KESIHATAN


Cerita tentang garam, terigat pesan nenek cda, “jangan beli garam pada waktu malam” hem…sampai sekarang masih terfikir apakah rasionalnye ye?  Emm..zaman nenek kiter dulu manelah ada elektrik…guna lampu lilin atau gasolin je. Mungkin dia taknak kite tersalah beli garam  agaknye. Kan dah susah kalau dah Terhidang air yang dibuat dari air garam”

GARAM, cda suka mengikut petua-petua tradisional yang masih logic untuk diamalkan. Dan salah satunya penggunaan garam sebagai amalan untuk kesihatan yang baik. Garam, kan banyak kat rumah dan tak perlukan bayak kos untuk membelinya

  •  Cda gunakan garam untuk menghilangkan gatal-gatal yang disebabkan allergy kerana garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal. Senang kan?
  •  Untuk suami cda, mengamalkan rutin menyapu garam yang dicampur dengan lemon pada kaki suami semasa mandi. Kesannya kaki kurang sakit apabila berjalan. Jadi takdelah setiap malam menahan sakit kaki je.
  • Berpantang : selama tempoh berpantang, bidan berikan cda tip untuk mandi & scrub menggunakan garam+lemon yang direbus.kesannya… dah tentu kulit semakin bersih, daki n kotoran semuanya hilang.
  • Untuk yang mempunyai maslah ketiak kehitaman..boleh juga scrub dengan garam+lemon yang direbus. Sangat berkesan



Petua Perubatan Islam - Khasiat Garam

Dalam hadis Nabi ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk." Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit. 

Kegunaan GARAM : 

1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam. 

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi). 

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga. 

4. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas. 

5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam. 

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran. 

7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal. 

8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya. 

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam. 

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. 

11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi. 

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam (10). 

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.



Sekian untuk perkongsian cda untuk post kalini. Jadi, nak Tanya ni? Ada rasa nak cuba guna garam? J sendiri cuba n rasa k. 

banyak lagi info garam disini dan disini












GEMPAR! Rumpai Laut tidak mengandungi kolagen??


Sebahagian iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’. Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi kolagen?

Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang sebagai contoh:
Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Ia menjadikan ikan merah sumber kolagen yang baik
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah


 Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.

Bahan penting

Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.
Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti.

Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.
Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. 

Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.
Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih kurang 35 miligram vitamin C.

Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu melampau

Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.

Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.
Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!

Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen. Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda?

Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

Berdasarkan kandungan tertinggi protein yang terdapat dalam rumpai laut Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian para penyelidik Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4 peratus (pada Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan hanya 11 gram terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan (berdasarkan 100 gram rumpai laut kering).

Maksudnya, hanya 0.367 gram protein yang diambil melalui gel rumpai laut setiap hari! Jumlah pengambilan harian protein yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram (bergantung kepada umru dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh seseorang. Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka mereka perlu ambil antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari!

Pelbagai produk protein

Dalam usus kecil setiap jenis protein termasuk kolagen dan gelatin yang sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan diurai kepada asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein yang akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen kolagen membantu membina kolagen baru.

Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan digabungkan bagi membentuk jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain untuk dijadikan enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan saintis mengenal pasti sesuatu jenis sel) pintu laluan mineral (terletak pada membran sel) dan kolagen.

tiada kajian yang terperinci membuktikan terdapatnya kolagen
terkandung di dalam rumpai air
Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan harian rumpai laut tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil dari sumber-sumber makanan lain. Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana kandungan polifenol, zink dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.

Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C, alfatocopherol, omega-3, pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang sifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya stres oksidatif (berpunca dari serangan radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai jenis enzim dan komponen sel.

Magnesium membantu mengawal hormon termasuk keseimbangan estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta fitokimiafitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen.

Selenium dan iodin bertanggungjawab membina hormon tiroksin yang berfungsi mengawal metabolisme. Fiber pula membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi antara 2,000-3,000 gram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids dipercayai membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih sempurna.

BAU KETIAK LELAKI MAMPU MENGHILANGKAN STRESS WANITA.


Topik ni ada 2 kali cda share di Fb, ada yang membangkang dan ada jugak yang malu nak megaku dengan klik “like” jer..Pasti! yang like tu tersenyum sendiri di depan PC. 
Memang beruntung jadi wanita ni..kalau dengan hidu bau ketiak lelaki boleh hilang stress..dan lagi lah beruntung si suami..sebab ada isteri yang benar-benar Sayangkan suami sehingga ketiak pun boleh hilangkan stress...tapi kalau kentut tu..busuk tetap busuk walau sayang macamana pun.hahahah  
tapi kan kalau ketiak si lelaki tu hitam, berbulu dan berbau masam…bukan menghilangkan stress...makin stress!!! Adalah....

Setengah dari kita memang alah kepada bau bauan. Busuk atau wangi bila dah alah memang boleh membuatkan kita rimas dan kurang selesa. Tambahan pula kepada pasangan yang dah berkahwin, yang hampir seharian tinggal bersama kalau si isteri atau si suami mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood.
Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.
Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.
Buat yang kurang bernasib baik...yang punya bau “kepok” bau “hangit” disini ada sedikit info yang mesti anda, para suami/ lelaki perlu tahu...n serious! Ini bukan masalah kecil kalau dah bau macam $^$*^ hihi

Punca dan Simptom Toksin Berlebihan dalam Badan

Kita seringkali mengutamakan kecantikan luaran tetapi kadangkala 'terlupa' akan penjagaan dalaman kita tidak kira jika anda lelaki atau perempuan. Jika tubuh tidak sihat atau terlalu banyak toksin didalam badan yg tidak disingkirkan maka kita dapat lihat kulit yg tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. 

Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang terdapat dalam makanan dan minuman serta dalam udara yang kita sedut sehari-hari. 

Simptom-simptom Toksin Berlebihan

1. Sering rasa letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, bau badan.
2. Susah tidur (Insomnia), mata gelap, mata merah. 
3. Alahan, sinus, sistem imun lemah
4. Masalah pencernaan - Sembelit, Kembung perut
5. Masalah Sendi spt lenguh-lenguh badan.
6. Masalah kulit spt jerawat.
7. Selulit, berat badan naik serta tanda-tanda awal penuaan.
8. Banyak angin dalam badan/Gastrik.

Punca-punca Toksin

1. Apabila sisa makanan yang dimakan tidak dicerna sepenuhnya.
2. Merokok.
3. Pengambilan minuman keras.
4. Pemakanan yg tidak seimbang.

Kaedah-kaedah penyigkiran toksin
  1. Exercise.(yakinkah anda mempunyai masa untuk bersenam sekurang-kurangnya seminggu 2 kali?)
  2. Mandi air panas/hot shower setiap 5 minit.(rajinkah anda untuk mandi hot shower setiap 5 minit?)
  3. Sauna.
  4. Mandi rempah. 

Ketiga-tiga kaedah di atas ini dapat dirangkumkan menjadi satu aktiviti yg menjimatkan masa dengan hanya pengambilan Alfalfa di dalam diet seharian. jadi, sekiranya sebelum ni Supplement yang terbaik untuk kesihatan suami adalah Zink & Vitamin E, jadi..bila ada masalah toksin yang membuatkan badan berbau....harus dimasukkan Alfalfa kedalam set Supplement untuk para suami.:) 

TESTIMONI seperti gambar dibawah :)


Selamat| Semulajadi Berkesan

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN COLLAGENT SHAKLEE ?
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
Jana Side Income dengan Shaklee di sini --->
WEB: myonesupplement.comhttp://myonesupplement.com/
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





KOLAGENT BUKAN SEKADAR KOSMETIK



Petang minggu yang indah, duduk didepan PC dan anak-anak masih lena tidor, inilah peluang yang ada untuk update blog, sambil reply inbox yang bertanyakan produk Shaklee, Cda Enjoy! Dengan apa yang Cda lakukan sekarang ni...

Kelmarin ke  Miri sempat juga beli Majalah feveret Cda, Majalah MIDI.  “Aspirasi wanita 40an”. Aik! Umur “baru” masuk 30 tahun tapi kenapa dah advance ke 40 tahun?? Hehehe, bukan apa...majalah ni banyak info-info kesihatan wanita Khususnya. Bagaimana hendak merapikan diri, tips kesihatan dan hubungan suami isteri. Best! Anda juga mesti miliki..lagi-lagi jika anda kan hampir 40an bilamana muka kurang anjal, sakit-sakit sendi dan mudah letih.
Cda nak tanya, rasa-rasanya adakah sakit-sakit sendi, muka tidak tegang n mula berkedut, tidak berseri ada kaitannya dengan pengurangan KOLAGENT DALAM BADAN?


Jom baca Artikel yang cda dapat dari majalah Feveret cda ni :


Penagmbilan kolagen bukan sahaja dapat  membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita
Kini kolagen bukan saja digunakan untuk melembapkan kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.
Oleh sebab kolagen membentuk 75% daripada kulit badan, kehhadiran kolagen amat penting dalam membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Susutan kolagen yang melembapkan pembentukannyya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantu proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya kulit kelihatan kurang berseri dan tidak bermaya
Kini para fanatik kecantikan terutamanya, sedar akan penggunaan kolagen mampu menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah kelihatan muda. Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen juga mampu mengukuh dan meningkatkan keanjala kulit tanpa perlu  menjalankan pembedahan face lift.
Selain itu dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badn yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisin sel kulit dan menggalakkan pemulihan yang cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat
Hasil klinik Perubatan Universiti Wurzburg di jerman pada tahun 1995 menunjukkan penggunaan jangkamasa panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Artritis Universiti Cleveland dan President Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan abukti  selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoarthritis.
Penyelidikannya juga menunjukkan kolagent mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang mengidapi osteoarthritis
Sesetengah kajian bebas dari jerman dan Czechoslovatika turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat Arthritis

Mukasurat 28|MIDI 15 April 2013:


Jadi apa yang cda dapat simpulkan, keberkesanan kolagen ini bukan hany auntuk kecantikan atau awet muda semata-mata, malah ia mampu memberiokan kesihatan secara menyeluruh memandangkan badan kite senditi terdapat 70% kolagen. Jadi, ambil manfaat daripada khasiat collagent ini untuk tampil lebih cantik dan sebagai bonus mendapat kesihatan sendi, rambut dan kulit yang sihat. Best kan?

Jadi apakah kolagen yang sesuai untuk anda??
  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.


Selamat| Semulajadi Berkesan

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN COLLAGENT SHAKLEE ?
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WEB: myonesupplement.comhttp://myonesupplement.com/
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday 3 April 2013

PROMOSI NUTRIFERON SEPANJANG BULAN APRIL SANGAT BERBALOI UNTUK SISTEM IMMUNE YANG "KEBAL"





Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease