Sebahagian iklan dan label bungkusan produk
berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti
‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’. Adakah benar rumpai laut
Sabah mengandungi kolagen?
Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi
kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam
jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati
mengandungi kolagen.
Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu
meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang sebagai contoh:
Ikan
merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas
di dalam lautan dalam. Ia menjadikan ikan merah sumber kolagen yang baik
- Sangat
lasak dan elastik
- Kepaduan
sel yang sangat tinggi
- Tinggi
kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
- Jisim
molekul yang sangat rendah
Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai
laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.
Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal
yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi,
menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana
terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.
Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana
mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting
kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam
tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.
Bahan
penting
Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari
kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan
elastik yang menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina
dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.
Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis
protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga
dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan
usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan
kualiti.
Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5
peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah
paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini
memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.
Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai
kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada
hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen.
Vitamin C
diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.
Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan
hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut
iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi
lebih kurang 35 miligram vitamin C.
Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari
ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin
C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut
perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan
simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah)
serta lesu melampau
Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak
tahu) bahawa sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri
jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan
kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.
Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan
menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi
sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen
bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.
Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang
benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila
sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk
berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!
Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan
pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen.
Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati
menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat
kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit
dan membantu proses awet muda?
Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam
pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas
tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.
Berdasarkan kandungan tertinggi protein yang terdapat
dalam rumpai laut Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian para penyelidik
Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4 peratus (pada
Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan hanya 11 gram
terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan (berdasarkan 100 gram
rumpai laut kering).
Maksudnya, hanya 0.367 gram protein yang diambil
melalui gel rumpai laut setiap hari! Jumlah pengambilan harian protein yang
dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram
(bergantung kepada umru dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh seseorang.
Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka mereka perlu ambil
antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari!
Pelbagai
produk protein
Dalam usus kecil setiap jenis protein termasuk
kolagen dan gelatin yang sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan
diurai kepada asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein
yang akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen kolagen
membantu membina kolagen baru.
Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan
digabungkan bagi membentuk jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain
untuk dijadikan enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan
saintis mengenal pasti sesuatu jenis sel) pintu laluan mineral (terletak pada
membran sel) dan kolagen.
tiada kajian yang terperinci membuktikan terdapatnya kolagen terkandung di dalam rumpai air |
Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan
harian rumpai laut tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil
dari sumber-sumber makanan lain. Proses awet muda dan mencantikkan kulit
dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia
rumpai laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana kandungan polifenol,
zink dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.
Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C,
alfatocopherol, omega-3, pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang
sifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya stres
oksidatif (berpunca dari serangan radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai
jenis enzim dan komponen sel.
Magnesium membantu mengawal hormon termasuk
keseimbangan estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat
serta fitokimiafitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen.
Selenium dan iodin bertanggungjawab membina hormon
tiroksin yang berfungsi mengawal metabolisme. Fiber pula membantu proses
pencernaan berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi
antara 2,000-3,000 gram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids
dipercayai membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih
sempurna.
No comments:
Post a Comment