Showing posts with label Dugal atau Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Dugal atau Gastrik. Show all posts

Monday, 28 January 2013

Gastrik a.k.a DUGAL


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
  • ·         Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • ·         Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • ·         Pengambilan kokain
  • ·         Merokok
  • ·         Stres
  • ·         Gangguan autoimun
  • ·         Penyakit crohn
  • ·         Radiasi dan kemoterapi
  • ·         Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • ·         Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • ·         Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • ·         Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • ·         Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.








Selamat| Semulajadi | Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GASTRIK/DUGAL : Makanan Berasid Dan Makanan Beralkali




Tahukah anda jenis makanan yang anda ambil dalam kehidupan sehari-harian? 

Adakah anda seorang yang prihatin terhadap tahap kesihatan anda? 

Adakah anda mengamalkan gaya pemakanan yang sihat mengikut diet seimbang yang disyorkan oleh pakar pemakanan?

Mari kita pelajari serba sedikit mengenai makanan berasid dan makanan beralkali serta kesan pengambilannya pada tubuh badan kita.


Gambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan. Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid, skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi manakala skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali. Kita digalakkan mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan minda dan tubuh badan kita. 

Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.

Bayangkan badan kita adalah seperti sebuah kereta. Sekiranya kita tidak pernah menukar minyak ataupun melakukan penyelenggaraan berkala, kereta akan mudah rosak. Begitu juga dengan badan kita. Apabila kita asyik makan makanan yang berasid, minum air yang tidak berkhasiat, tinggal dalam kawasan yang tercemar dan tidak melakukan senaman, badan akan terdedah kepada bahaya seperti kereta tadi.

Tentu ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar dan ada juga tidak tahu langsung untuk membezakan makanan yang berasid dan makanan beralkali. Di sini, saya tunjukkan carta dan jadual yang amat berguna untuk kita jadikan panduan pengambilan makanan dalam kehidupan sehari-harian kita.





Anda boleh muat turun carta dan jadual ini, perbesarkan dan simpan sebagai panduan.





Kebanyakan pakar-pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk mengambil makanan yang beralkali sebanyak 80% dan makanan berasid sebanyak 20%. Sekiranya kita mengekalkan diet ini, badan kita akan lebih bertenaga pada sepanjang masa dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan adalah tinggi.





Sekarang, anda sudah boleh membuat pilihan yang bijak dalam memilih makanan yang beralkali dan makanan berasid. Banyakkan meminum air masak ataupun air mineral semulajadi kerana ia boleh membantu menjaga kesihatan anda. Mulai saat ini, pilihlah makanan yang berkhasiat untuk diri anda dan keluarga anda untuk menjamin masa depan yang bahagia. Anda adalah apa yang anda makan.