Showing posts with label Vita - E Complex. Show all posts
Showing posts with label Vita - E Complex. Show all posts

Sunday, 25 January 2015

2 Cara berhenti merokok secara semulajadi dan bagimana vitamin boleh membantu?

CARA 1: MELALUI PEMAKANAN

APAKAH JENIS MAKANAN YANG DAPAT MEMBANTU SESEORANG ITU BERHENTI MEROKOK


 MADU
Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah


MAKANAN MASIN
Makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam


HALIA DAN BAWANG PUTIH
Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok
Selain itu, ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok

KAYU MANIS
Menghirup atau menghidu aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti sedang ‘berkhayal’ rasanya lebih enak dari asap rokok. Menurut pakar pemakanan memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf

EPAL
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok
Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok

SUSU
Ketika merokok, bibir  kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit


sumber : http://www.mysumber.com/cara-berhenti-merokok-melalui-makanan.html#ixzz3PqrP5tki


CARA 2: PENGAMBILAN SUPPLEMENT

Supplement yang sesuai untuk mengurangkan keinginan merokok adalah supplement yang mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi. Ini kerana terdapat kajian para ilmuan daripada University of Rochester yang mendapati bahawa antioksidan mempunyai potensi untuk memperbaiki kerosakan sel dan melawan radikal bebas akibat kesan nikotin.



RAMUAN YANG TERDAPAT DI DALAM VIVIX ADALAH 10 KALI GANDA LEBIH KUASA DARIPADA RESERVATROL


1- Antioksidan yang tinggi dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.

2- Diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping mengurangkan ketagihan nikotin

3- Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.

4- Antioksidan membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin

Jadi tidak mustahil Vivix dapat membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Pengambilan supplement boleh membantu perokok tegar diluar sana untuk menghentikan tabiat merokok yang secara terang-terangan mampu membahayakan kesihatan.


Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Macamana dengan perokok yang ingin berhenti merokok dengan Segera, Selamat & secara semulajadi? tak mahal pun, cukup cda katakan, pasti anda sendiri akan kagum yang anda boleh berhenti merokok tanpa anda sedar 
Hubungi cda untuk sebarang pertanyaan. untuk lebih jimat, daftar sebagai Ahli Shaklee untuk mendapatkan harga Ahli yang jauh lebih murah 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com





Sunday, 14 September 2014

KESAN JIKA VITAMIN C DAN VITAMIN E DIAMBIL BERSAMA

14-09-2014 jam 10.24, masa untuk cda update blog cda, ada beberapa client cda tanya, cda...banyaknya set kecantikan kulit shaklee..mana satu yang paling bagus? jawapan cda senang saje..semua bagus, cumanya lagi bagus kalau diambil berdasarkan keperluan.Vitamin untuk mereka  mempunyai kulit yang bermasaalah (berjerawat & bernanah) tidaklah sama seperti jerawat yang disebabkan oleh hormon, terutama sekali semasa PMS :) hubungi cda, dan cda bantu anda memilih set kecantikan yang sesuai k <3


Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?



Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun.

Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan  vitamin C, E dengan selenium dan zink  yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.



Menarik bukan. Sebab tu lah sapa yang nak kulit cantik..amalkan >> Shaklee Vitamin C (sustained release 500mg).. Shaklee B complex (lengkap 8 jenis B) dan Shaklee Vitamin E (400 iu with selenium).. dan pilihan anda utk add on ESP dan shaklee Collagent powder untuk hasil yang supverb!

tidak tahu set yang mana ?
masih memilih set yang bersesuaian?

hubungi cda:
whatsApp: +6012 6084105 / +673 8115024 (untuk yang berada di Brunei)
FB: https://www.facebook.com/shayidasalmi1
fan page: https://www.facebook.com/pages/Onesupplement-Health-Beauty/266761800008108






Tuesday, 11 March 2014

SET ESP PLUS++++


Set ini sesuai untuk yang mempunyai BUDGET terhad...atau yang tidak gemarkam menelan terlalu banyak supplement tetapi inginkan hasil yang optimum..antara set yang paling HOT! adalah set untuk Breastfeeding dan set untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

9 CADANGAN SET ESP PLUS++++
---------------------------------------
1- UNTUK KESIHATAN OPTIMUM
2- UNTUK MILK BOOSTER
3- UNTUK MASALAH JANTUNG-------> TERBARU
4- UNTUK KULIT CANTIK BERSERI-->HOT!!
5- UNTUK KEKAL CERGAS (BERSUKAN)
6- UNTUK DAYA FOKUS----> pilihan ibu mengandung, menyusukan dan BONUS! untuk Slimming juga!
7- UNTUK SLIMMING
8- UNTUK MASALAH MAIGRAIN/KEJANG OTOT SEMASA MENGANDUNG
9- UNTUK KESUBURAN

===================================================================
MENGAPA ESP MEMBERIKAN KESAN YANG OPTIMUM TERHADAP KESIHATAN JIKA DIGABUNGKAN DENGAN SUPPLEMENT LAIN?
===================================================================
JAWAPAN:
Manfaat ESP:

1. AWET MUDA ツ
Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. BAIK UNTUK HORMON 웃유
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. BAIK UNTUK PROSTAD 
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. KULIT YANG CANTIK & GEBU (♥♥,)
Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. PEMBEKAL TENAGA 
Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6. MEMBAIKI PIGMENTASI
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. MEMBAIKI MEMORI ♂ ♀ ☿
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


jika anda memerlukan pendapat set yang aman sesuai...set yang mana paling best n sesuai dengan budget...bolehlah hubungi cda segera..cda akan bantu cadangkan set mengikut keperluan anda :)


Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com






Friday, 31 January 2014

VITAMIN ANTI JERAWAT

Risau bila jerawat tumbuh dari satu bahagian ke satu bahagian, apa saja krim semua dicuba, tapi   hasilnya...sama saja..atau semakin banyak!.Berdasarkan pengalaman cda baru-baru ni, jerawat tiba-tiba naik! tapi cda tahu ape puncanya....nak tahu sebab apa?
1- almaklum sibuk menjahit..habuk jangan cakaplah..dan pulak tu sedang menses..jadi tak solat dan berwudhu seperti lazimnya.
2- kurang minum air 
3- minum nescafe
4- skip ambil supplement 
5-tidur lewat malam...hampir setiap hari tidor jam 3-4 pagi...update blog|FB|etc....it's ok..ini pengorbanan namanya :) 

Rupa-rupanya, jerawat ni sangat berhubung rapat dengan diet harian, nutrient dan keadaan emosi. hihi dan tujuan cda buat post ni pun sebagai pengajaran buat diri sendiri. cda kongsikan 5 jenis Nutriet yang sangat diperlukan untuk kulit, supaya kulit sentiasa awet muda  & Glowing gitu.



1. Vitamin A
Vitamin sangat penting dalam mengeluarkan racun. Vitamin ini juga mampu menurunkan pengeluaran minyak dan melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal. 

Sumber  vitamin A terdapat pada sayuran, buah, telur, mentega, dan ikan laut.

2. Vitamin B2
Vitamin B2 penting untuk mengubati jerawat. Selain itu vitamin ini penting untuk memperbaiki struktur rambut, kuku dan kulit. 

Sumber vitamin B2 terdapat pada cendawan, bayam, susu, dan kekacang.

3. Vitamin B6
VItamin B6 adalah ubat yang bagus untuk jerawat. B6 membantu dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menghalang jangkitan. B6 ini juga dapat melawan bakteria pada kulit yang menyebabkan parut . 

Sumber Vitamin B6 terdapat pada  gandum, dan rempah-rempah.

4. Vitamin C
Vitamin C membantu membentuk kolagen dan menyingkirkan racun dari tubuh. Selain tu dapat memperbaiki sel kulit, mencegah jangkitan mencegah pengumpulan lemak, melindungi kerosakan sel. Maka tak hairan jika vitamin ni diperlukan untuk menghalang pertumbuhan jerawat.

Sumber vitamin C terdapat pada Brokoli, tomat, jeruk, lemon, kangkung adalah sumber vitamin C yang baik.

5. Vitamin E
Vitamin E melawan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin itu juga berperan penting sebagai vitamin anti penuaan . Dos yang tepat dari vitamin E dalam tubuh akan mencegah timbulnya jerawat. 

Sumber Vitamin ini terdapat pada zaitun, kacang hijau, tauge. 


"Cegah jerawat datang kembali dari dalam dan luar tubuh."



Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 26 August 2013

Ketahui tanda-tanda awal penyakit keputihan wanita

Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu dikhuatiri akan menjadi penyakit. Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom atau tanda-tanda awal keputihan itu :

1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli
2-Simptom 2
- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin
3-Simptom 3
-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.
KEADAAN YANG MENJADI PUNCA BERLAKUNYA KEPUTIHAN 

1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.
2-Ketika hamil
-Ketika hamil, hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual. Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.
4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembap dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.
5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.

Sumber : Klinik keputihan Dr salwa

Adakah ada supplement yang sesuai untuk menagi masalah ini?
sudah tentu..feminin set shaklee mengandungi Alfalfa dan vitamin E. selain untuk masalah keputihan, set ini sangat sesuai untuk pasangan suami yang ingin menghangatkan kembali hubungan suami isteri. Buat bakal pengantin..boleh menagmbil set ini  sebagai persiapan malam pertama :).
1) Alfalfa Complex : Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti kacip fatimah (perapat) dan membantu melancarkan kitaran haid. Ia juga membantu pembersihan dalaman bagi yang belum berumahtagga mahupun yang sudah berkahwin. Mampu membantu masalah kedinginan suami isteri. Bagi ibu yang menyusu, Alfalfa seperti yang ramai sudah ketahui ialah sebagai milk booster. Selain daripada itu, Alfalfa banyak khasiatnya iaitu:
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Mengetatkan Vagina
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Mengurangkan masalah alergi
2) Vita-E Complex : Vitamin E yang terkenal sebagai antioksida dan baik untuk mencegah kanser. Ia juga adalah agen anti aging (awet muda) ataupun anti penuaan. Vita-E juga membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda. Ia menyokong dan mempercepat pembaikpulihan otot dan baik untuk jantung. Selain itu, ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin. 

Jika bajet anda berlebihan, baiklah kiranya anda menambahkan GLA Complex dalam Set Feminin ni. Bukannya apa, ia adalah untuk kesihatan dalaman anda lebih baik pada tahap optimum.

GLA Complex : Mengawal hormon estrogen dan testrogen. Membaiki simptom PMS dan period yang tidak teratur. Selain itu, ia mengawal kesakitan semasa haid. Ia juga membantu dalam mengawal mood swing, water retention dan sakit payudara.



Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
Jana Side Income dengan Shaklee di sini --->
WEB: myonesupplement.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 11 March 2013

4 CARA MENAMBAH KESUBURAN ISTERI



Suka untuk saya memetik kata-kata dari seorang doktor pakar puan seperti Dr. Hamid Arshat. Apa yang beliau nasihat kepada setiap pasangan yang telah lama berusaha untuk mendapat zuriat.

“ Beliau mencadangkan agar setiap pasangan yang baru selesai mendapat rawatan seperti pembedahan untuk membuang cyst, mengambil masa untuk berdoa serta berusaha untuk kuruskan badan, di samping mengambil supplemen seperti multivitamin, Vitamin E, C dan asid folik, serta setiap rawatan memerlukan 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanannya.”

Supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk anda yang sudah lama inginkan zuriat, antaranya
-zink
-Alfalfa
-Vita E
-B.complex



Pasangan yang subur mempunyai peluang tinggi untuk mempunyai anak. Pasangan dikatakan tidak subur apabila setelah setahun usia perkahwinan, isteri masih belum juga hamil walaupun tidak menggunakan pencegah kehamilan

Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh suami atau isteri atau kedua-duanya. Namun, dalam artikel ini saya akan memberi tumpuan kepada cara menambahkan kesuburan isteri.

1. Jaga Berat Badan
Terlalu gemuk / kurus boleh menyebabkan gangguan proses ovulasi. Menurut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur. Wanita kurus atau kegemukan yang kitaran haidnya tidak teratur boleh menjadi lebih teratur dan subur dengan memperbaiki berat badan.

2. Pilih Makanan Organik
Pelbagai kajian menunjukkan pengaruh negatif racun serangga dan racun perosak terhadap hormon progesteron. Progesteron adalah hormon yang berfungsi menumbuhkan dan mematangkan sel telur serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesteron, tidak mungkin terjadi kehamilan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa buaya wanita yang hidup di rawa yang tercemar DDT mempunyai bentuk telur yang rosak dan bermutasi. Walaupun DDT telah dilarang di Malaysia, buah-buahan import yang kini membanjiri pasaran mungkin mengandungi DDT yang berbahaya tersebut. Sejenis estrogen yang disebut xenoestrogen juga terdapat pada beberapa pestisida dan dapat mengganggu keseimbangan hormon wanita.

3. Perbaiki Pola Makan
Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormonal. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin dan mineral serta biji-bijan yang mengandungi lemak penting seperti soya, tauge dan kacang tanah.

Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemaknya. Makanan yang tidak seimbang, contohnya terlalu banyak lemak, akan mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

4. Kurangkan Stress
Kurangkan beban fikiran yang menimbulkan stress dengan memperbanyakkan rekreasi, rehat dan bersenam. Stress boleh membuat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh sehingga menyukarkan ovulasi.


untuk info lanjut boleh klik disini



Selamat| Semulajadi | Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 



Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Tuesday, 5 March 2013

Supplemen Untuk Lelaki sihat dan bertenaga



Lelaki juga memerlukan suplemen seperti wanita. Mereka tidak terkecuali menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Selain daripada itu masalah kesihatan khusus lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat turut menghantui para lelaki di Malaysia. Jadi pencegahan seharusnya dimulai sebelum mereka lebih berisiko menghadapi penyakit-penyakit yang tidak diingini ini.

Shaklee menawarkan suplemen untuk membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki iaitu :

>Zinc Complex
>>Vita E Complex
>>>Omega Guard


Ketiga-tiga suplemen ini  secara keseluruhannya memberi kebaikan seperti :
Memelihara kesihatan prostat
>Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
>Memelihara jantung yang sihat
>Membantu mengekalkan tekanan darah normal
>Mengawal tahap kolesterol yang sihat


Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.
Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc.
Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.
Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan sebagainya.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat.
satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.

Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular.
Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.
Kesimpulannya, jika anda seorang lelaki yang mementingkan kesihatan, bermulalah dari sekarang untuk mengamalkan pengambilan ketiga-tiga suplemen ini untuk memcegah anda daripada di jangkiti penyakit-penyakit yang tidak diingini.



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Thursday, 14 February 2013

Set Kesuburan Shaklee (Isteri & Suami)



Gaya hidup sihat, pemakanan atau diet seharian kita memang penting bagi memastikan tubuh badan kita kekal sihat. Namun apabila kita melihat sekarang, gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan memaksa kita dengan kata lain kita disarankan wajib mengambil supplement seharian.Dalam kes kesuburan, dengan izin Allah .Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri yang belum mendapat cahaya mata adalah:
1. Vita-lea Iron Formula- untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, di mana penting dalam pengangkutan oksigen dalam sel darah merah.. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

2. B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).

3. Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.

4. ESP (Protein) – Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma. Juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.

5. Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
6. Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zinc digunakan juga untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.
7. Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

9. Ostematrix- Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.

10. Omega Guard- Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.
Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 – Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplement adalah sebahagian dari usaha sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.
Sebarang persoalan dan pertanyaan, boleh hubungi saya dengan segera. InsyaAllah saya akan bantu anda & syorkan yg mane terbaik untuk masalah & keperluan anda..tidak perlu ambil kesemua supplemen ni..Pengambilan bergantung kepada keperluan dan diet seharia anda..



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.