Wednesday 23 November 2011

AWAS Bahaya Anti-Acne Cream…Apa Pilihan Anda??

Cantik luar..cantik dalam................semua nak cantik... macam mana yang dikatakan cantik tu? rupa paras .. perwatakan dan tingkah laku .. kesopanan .. pertuturan .. atau dalaman? pada c-da susah kita nak definisikan kategori cantik ni. mata semua lain-lain. contohnya macam Lisa Surihani .. kamu orang rasa dia cantik? pada aku dia memang cantik tapi pada orang lain belum tentu. mungkin mereka kata Fasha Sandha lagi cantik. jadi, definisi cantik ni tak ada salah betul..tengok cermin orang kata cda cantik!!! ahak!! yolahtu..cukup suami kata kita sejuk mata memandang dah cukup "Rahmat"...heheh thanks suamiku..terima diri ni seadanya..


Set D untuk kulit yang cantik!! 
Semalam best sangat.....cda terima text dari seorang costumer......ia consume set D memandangkan ia mempunyai masalah kulit...ha! nak tau ape isi text tu....

" SALAM C-DA..ALHAMDULILLAH..INA SIHAT & YESS BELUM SEMPAT SEBULAN INA CONSUME VIT-C, VIT-E & B.COMPLEX..ALHAMDULILLAH MY SKIN ADA IMPROVEMENT WHICH I LIKE..I LIKE..I LIKE"

sampai ke petang cda tersengih-saja.....selama cda dengan shaklee......selama cda bersama group gbs banyak testimoni yang benar-benar buat cda teruja.....sebabnya..selama ni cda cuma percaya ubat saja sebagai penyembuh...rupaya....supplement yang smulajadi dan selamat serta HALAL ini merupakan penawar...tiada kesan sampingan untuk jangkamasa panjang dan ianya benar-berkesan......dan lagi untuk perkongsian semua dari sini untuk artikel yang membuat kan kitani buka mata akan bahayanya Anti-Acne Cream.....




AWAS Bahaya Anti-Acne Cream…Apa Pilihan Anda?? Kita ikuti Testimonial Yana..

Ape yang the ONE nye?? Siapa Yana?? Nak tahu kenala baca sampai habis...


… MAsalah jerawat rasenya bukanlah perkara baru teruatamanya di kalangan remaja dan ade juga sampai ke tua.


Saya bersyukur selama hidup 31 tahun (alamak terbongkar rahsia mak!) blum lagi la terkena masalah jerawat atau acne yang kronik.


Bukan semua orang tu bernasib baik mempunyai kulit yang licin bak kulit telur dikupas (eih betul ke eik?? sorry yang my BM dapat 2 jer). Macam Kak N kate selama menghadapi masalah kulit dan terpaksa bergantung dengan anti-acne cream jer sampai bila ye tak. Petua ibu kak N katenya basuh dengan daun jambu tapi kalo kita tinggall tengah2 town macam Singapura ada ker daun jambu?? Musykil saya…


Anda tahu tak bahaya sebenarnya bergantung pada anti-acne atau antibiotics nie?? Silap2 boleh sebab tak boleh pregant tau!! Hah nie saya petik dari skinimprovement.com
_______________________________________________________ 
"Not all manufacturers of acne products with chemicals tell that in order to avoid side effects, such acne creams or acne pills can only be used for 2 - 3 weeks. Oral antibiotics should be used as a temporary measure in order to reduce the inflammation caused by acne bacteria. Prolonged use of antibiotics and steroids supress the immune system of our skin. Weak immune system may lead to development of such skin disorders as rosacea and demodex.


In addition to anti pimpe gels, lotions for zits, ointments and acne pills, the chemical industry offers variety of cleansing lotions containing alkali, alcohol and even acids. The cleansers with theses chemical substances are not safe and should not be used by acne patients. The alcohol and other chemical ingredients most often over dry the skin provoking the sebum glands to produce more sebum oil. Excessive production of sebum oil is one of the reason which causes acne. You should always wash acne prone skin with natural cleansers and lotions. "
____________________________________________________________


Nak di simpulkan kebanyakan syarikat pembuat anti-acne antibiotics selalunya lupa pada tanggungjawab mereka untuk menyatakan keburukan memakai produk mereka lebih dari 2-3 minggu. Akibatnya penguna yang merana, kerana pendedahan pada jangka masa panjang akan meyebabkan sistem imuniti kita bertambah lemah  dan timbul pulak penyakit kulit lain seperti rosacea dan demodex.
Kandungan di dalam cream nya pulak mempunyai kandungan kimia yang tinggi seperti acid, alkali dah alkohol. Ia menyebabkan kulit bertambah kering. Badan kita akan bereaksi dan menghasil kan lebih banyak minyak dan jerawat akan terus tumbuh seperti cendawan…


Tak bermakna ini adalah akhirnya kita perlu terima, Tuhan bagi kita pilihan kan, buat pilihan bijak.. 



Anda boleh teruskan hidup bergantung dengan bahan kimia dan dadah atau anda boleh memilih bahan semulajadi seperti VITAMIN E


Kenape???


seperti yang saya kongsikan ia mengandungi anti-oksida dan mengurangkan kerosakan sel dan melambatkan penuaan. Jadi anda nak lihat ape berlaku sebelum dan selepas pengambilanVITAMIN-E. Thank you YANA for allowing me to share.




Sebelum mengambil Vitamin E

Selepas mengambil Vitamin E

Hah percaya atau tidak?? hehe percayalah.. 
Pilihan adik saya?? Pengambilan Vitamin-E  Shaklee berterusan selama 3 bulan yer baru menampak kesan sebegini.


Bukan VITAMIN E sahaja, dia turut mengambil VITAMIN C, alfalfa dan MEALSHAKE untuk merawat dan menyembuhkan kulit nya yang berjerawat.





___________  SEKILAS FAKTA tentang VITAMIN-VITAMIN SEMULAJADI______



VITAMIN-C : Peranannya membina & membaiki- tulang, gigi dan tisu penyambung dan membentuk kolagen yang penting untuk ketegangan dan kecantikan kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh


ALFALFA: Merupakan sumber mikronutrient paling kaya- membuat sistem badan berjalan lebih lancar dan membantu melawaskan usus, mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan.


MEALSHAKEs: membantu membaikpulih luka atau kudis dimana ia mengandungi vitamin B-complex, zat besi dan copper untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan memberi perubahan positif pada  complexion kulit.


Pengambilan Air mencukupi juga perlu la mencukupi baru badan seimbang yer…
Anda ingin mencuba dan perlukan konsultasi??



______________________________________________________________________________


Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 










Tuesday 15 November 2011

Rahsia Pupur susu + Vitamin E

Nak tahu apa rahsia salon kecantikan dalam membuat  pupur susu untuk kulit awet muda dan gebu???? Jawapannya ada disini…..



“Rahsianya.. ditambah dgn 1bijivitamin E.. Pecahkan satu kapsul.. add on dlm resipi buat masker tu.. Ianya bahan yg mmg ada didapur rumah kita.. jadi semua orang boleh buat sendiri..”


Cda ketengah kan kosep 3D….aha! Dibaca dan Dicuba dan Diamalkan……
Jom try resipi2 pupur dibawah yg berasaskan susu

Manfaat susu antara lain 
• membuat wajah tampak lebih bercahaya.
• Menghaluskan kulit tubuh
• mencegah penuaan dini
• menghilangkan noda di wajah
• mengecilkan pori-pori
• menyembuhkan iritasi
• mengurangi iritasi dan reaksi alergi pada kulit
• membantu menyembuhkan luka
• memberi nutrisi dan melembutkan kulit
• mengelupas sel kulit mati


1.Membuat wajah bercahaya
Caranya, campur 2 sudu susu tepung +1 sudu madu + 2 sudu air suam.pada wajah dan leher, biarkan hingga kering dan kaku. Setelah didiamkan beberapa saat, bilas dengan air hangat.

2.Membuat kulit tubuh lebih halus
Buat campuran secawan susu +3 sudu oatmeal. Gunakan untuk menggosok wajah dan tubuh. Biarkan mengering lalu bilas dengan air hangat, kulit Anda pun akan terasa lebih lembut dan halus.

3.Masker Susu utk awet muda dan sigkirkan noda wajah
Caranya : Campur 1 sudu vitamin E (dapatkan dari satu kapsul vitamin E , tambah 2sudu kecik plain yogurt,1/2 sudu teh madu, + sedikit jus lemon.campur rata. Usapkan ke seluruh wajah dan biarkan meresap selamat 15 menit. Basuh muka dengan air hangat hingga benar-benar bersih.

4.Mengecilkan Pori
Jika Anda punya masalah dengan pori yang besar , terbuka , dan ingin kulit bersinar , ternyata kuncinya adalah sour cream. Caranya : ambil sour cream secukupnya, basuhkan ke wajah dan leher . Tunggu selama 15 menit dan cuci bersih.

5.Mengurangi iritasi kulit,meringankan bintik-bintik merah , mengurangi reaksi alergi pada kulit dan membantu menyembuhkan luka
Cara: Jika kulitmu terkena iritasi atau kulit sensitif , basuhkan saja susu manis atau asam, baik krim atau buttermilk, biarkan kering sendiri.

6.Mandi Susu
Tambahkan secangkir susu instan bubuk ke air mandi. Mandi susu secara rutin diyakini bisa memberi nutrisi dan melembutkan kulit.

7.Mengelupaskan Sel Kulit Mati
Caranya : Larutkan sedikit garam dalam air mendidih dan add on 3-4 cawan susu segera ..kemudian isi dlm bath tub..Apa lagi... .. berendamlah selama 20 menit sambil lakukan scrubing dengan loofah.

..Selamat mencuba

Credit: kak cerry

Saya mmg pernah terbaca tentang resipi pupur susu yg glemer ni lagi2 bila kene add on vitamin E.apa lagi.. teringat kapsul vitamin E shaklee ygbest tu.. saya pun baru nak amlkan..

Anda nak? 

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 



Menggunakan Antibiotik dengan Bijak


ANTIBIOTIK…..pengalaman cda tentang pengambilan antibiotic ni sewantu usia nak cda yang pertama (anas) berusia 1 tahun….pertama kali juga anas kenademam panas sehimgg 40…risau bukan kepalang waktu tu tengah malan dalam jam 2am…demamnya on n of selama seminggu… dan bila di hospital betahan selama seminggu kerana disahkan ada jangkinat air kamih (U.T.I)..dan bermulalah pengambilan antibiotic selama sebulan…….

Selama sebulan pengambilan antibiotic tu membuatkan hati cda rawan sangat….badan anas menyusut…kurus jadinya..makan pun tak….sehingga cda membawanya ke rawatan alternative iaitu Hemeopaty dan juga pemberian supplement tambahan …dan dari sini baru Nampak kesan positifnya n cda berhentikan pengambilan antibiotic..menurut doc tersebut..pengambilan antibiotic berlebihan banyak mengundang mudarat dari kebaikan…..n sudah lazim bila anak yang demam panas akan ada UTI kerana kekurangan pengambilan air putih..dan penegasan buat mommies diluar sana…berilah anak anda air putih yang secukupnya.

Artikel ini  adalah sekadar perkongsian dari pembacaan cda di internet…senang buat rujukan cda n mommies …




Menggunakan Antibiotik Dengan Bijak
Antibiotik berguna untuk merawat pelbagai jenis penyakit berjangkit, tetapi penyalahgunaan boleh membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan.
Oleh Profesor Madya Dr Yasmin Abu Hanifah, Pakar Mikrobiologi Perubatan


Kadang-kala, anak anda mungkin diberikan antibiotik oleh doktor apabila dia jatuh sakit. Tetapi tahukah anda bahawa antibiotik boleh membawa risiko kepada anda dan orang lain jika tidak digunakan dengan cara yang betul? Baca rencana ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang antibiotik dan juga cara anda menggunakan jenis ubat ini untuk melindungi kesihatan anak dan keluarga anda.
Menggunakan Antibiotik Dengan Bijak

Apakah kegunaan antibiotik?

Antibiotik, seperti makrolida, penisilin dan sefalosporin, adalah bahan kimia untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat tertentu. Antibiotik bertindak dengan membunuh bakteria atau merencat pertumbuhannya, dan seterusnya membenarkan sistem daya pertahanan imun semulajadi untuk membasmikannya. Antibiotik tidak dapat menentang jangkitan yang disebabkan oleh virus. Keberkesanan antibiotic bergantung kepada dos dan kekerapan, dan juga jenis mikrob yang ia bertindak. Kesan sampingan yang tidak diingini seperti demam, ruam, loya, cirit-birit mungkin berlaku. Antibiotik diberi melalui oral, intravena untuk jangkitan yang lebih teruk, atau topikal seperti krim, salap pada kulit, atau titisan pada mata.

Kekebalan antibiotik

Antibiotik lazimnya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Namun begitu, kebelakangan ini kes kekebalan antibiotik yang semakin meningkat membimbangkan seluruh dunia.
Kekebalan antibiotik ialah keupayaan bakteria atau kulat untuk menentang tindakan antibiotik, membolehkan mereka terus membiak walaupun dengan kehadiran antibiotik. Antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap patogen yang kebal.
Akibatnya, bakteria terus membiak dan menular, menyebabkan penyakit berpanjangan, kerumitan serius dan juga kematian. Untuk merawat kes yang tegar, doktor mungkin perlu memberikan antibiotik lebih kuat atau bentuk rawatan lain, yang mungkin lebih mahal dan memberikan lebih banyak kesan sampingan. Tambahan lagi, bakteria yang mempunyai ketahanan antibiotik yang masih hidup boleh disebarkan kepada orang lain dan menyebabkan jangkitan yang sukar dirawat.

Apa yang menyebabkan ketahanan antibiotik?

Lebih lama sesuatu antibiotik digunakan, lebih tinggi risiko kekebalan terhadapnya. Kekebalan dikaitkan dengan penyalahgunaan antibiotik seperti preskripsi ubat sendiri, terlebih guna antibiotik sebagai profilaksis atau untuk pencegahan jangkitan semasa mengembara, atau salahguna dalam pembiakan binatang ternakan. Contohnya adalah:
  • Apabila antibiotik kerap digunakan untuk tujuan yang salah, seperti dalam jangkitan virus, dimana antibiotik sememangnya tidak bertindak ke atas virus. Bakteria yang terdedah kepada antibiotik akan membina strategi menentangnya. Akhirnya, antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap bakteria yang perlu dirawat,
  • Pesakit tidak mematuhi preskripsi. Jika anda tidak mengambil antibiotik mengikut jadual, tidak habis mengambil antibiotik mengikut preskripsi atau berkongsi antibiotik, antibiotik mungkin tidak mencukupi untuk menghapuskan semua bakteria. Bakteria yang masih hidup boleh membiak dan membina kekebalan antibiotik.

Perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa

Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan antibiotik terus berfungsi secara berkesan untuk kebaikan anak anda apabila dia mengambil ubat dan juga mencegah daripada membina mikroorganisma yang kebal antibiotik.
  • Antibiotik hanya boleh diberikan atas arahan doktor
  • Patuhi arahan yang diberikan, iaitu jangan berhenti sehingga habis semua ubat yang diberikan mengikut preskripsi, walaupun anak anda bermula pulih, dan jangan ambil lebih atau mengabaikan dos.
  • Antibiotik diberikan mengikut kes. Ubat yang diberikan kepada anak anda adalah berasaskan diagnosis doktor terhadap anak anda. Antibiotik yang diberikan untuk anak anda tidak harus dikongsi dengan orang lain, walaupun mereka kelihatan menghidap penyakit yang sama.
Penting!
Jika doktor anda tidak berpendapat bahawa anak anda mempunyai jangkitan bakteria,JANGAN berikan antibiotik kepada anak anda tanpa preskripsi doktor dengan menggunakan sisa ubat. Pemberian preskripsi sendiri boleh mendatangkan bahaya. Mengambil antibiotik yang salah tidak akan membuatkan anak anda lebih sihat dan mungkin menyebabkan kekebalan terhadap antibiotik.

Monday 14 November 2011

Sokongan suami penentu kejayaan penyusuan

Ada yang menyokong, tetapi tidak kurang juga menyuarakan rasa kurang senang apabila penyusuan ibu selalunya dikaitkan dengan ibu semata-mata, dan terbeban atas bahu ibu saja.
Memetik e-mel seorang pembaca, dikenali sebagai Raidah, katanya dia amat bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sulungnya secara eksklusif, malah sanggup menyambung cuti tambahan sehingga empat bulan lantaran memenuhi hasrat itu.

Menurutnya, malangnya suami dan ibunya sendiri, langsung tidak memberikan kata-kata perangsang. Suami dan ibu selalu cakap, beri sajalah susu formula sebab bila sudah mula bekerja nanti senang dan tidak banyak menangis inginkan susu badan.
Suami tidak memberikan sokongan, ibu sendiri atau mentua yang tidak tahu mengenai penyusuan memang suatu perkara mendukacitakan, dan mereka juga yang selalunya meranapkan impian si ibu.
Realitinya sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Sebagai bapa, anda adalah insan yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Pada saat menimang cahaya mata baru inilah isteri cukup memerlukan suami.
Suami perlu faham bahawa penyusuan boleh menghindarkan bayi daripada pelbagai penyakit seperti alahan; sakit telinga (otitis media) dan kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital. Apabila anak sihat, bererti anda dan isteri tidak perlu kerap mengambil cuti menghantar anak ke klinik atau hospital. Lebih penting anda dan suami lebih ceria meluangkan masa bersama ahli keluarga baru, tanpa bersulam rasa kasihan kepada si kecil yang selalu sakit. Dalam bahasa mudah, adalah lebih tenang, menjaga bayi sihat.
Kajian sains mendapati susu ibu bukan saja mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi, sebaliknya kandungannya berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam.
Dalam tempoh berpantang dan sepanjang penyusuan berlangsung iaitu dua tahun itu, suami seharusnya membebaskan isteri daripada tekanan dan memperuntukkan makanan berkhasiat kepada isteri kerana perasaan ceria seorang isteri diikuti makanan berkhasiat menjamin pengeluaran susu lebih lancar dan berkualiti.
Sejak titisan pertama lagi susu ibu diperkaya dengan antibodi membolehkan tubuhnya alah dengan persekitaran. Sekiranya suami anda belum memahami mengenai kebaikan itu, silalah anda war-warkan kepada mereka. Dalam hal ini saya berfikir ibu seharusnya mementingkan diri sendiri dalam memenuhi keperluan di kecil. Sekiranya terbeban dengan tugasan mengemas rumah dan masalah lain, apa kata ketepikan dulu, sebab tekanan boleh menjejaskan pengeluaran susu. Selamat berjaya.

INFO: Sokongan boleh diberikan suami
·         Galakkan isteri untuk berehat. Penyusuan kadangkala menyebabkan si ibu berasa cepat penat dan lapar. Suami jangan memperkecilkan tubuh isteri dengan menyatakan jangan minum banyak atau makan banyak supaya tidak gemuk. Sebaliknya biarkan isteri makan, tetapi tegur sekiranya makanan itu tidak menyihatkan seperti makanan ringan atau berjeruk.
·         Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat. Galakkan isteri bersenam ringan seperti berjalan sekitar rumah.
·         Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi. Menyapu atau menyidai pakaian boleh meringankan tugas isteri.
·         Lindungi isteri daripada mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti “susu tak cukup kot, sebab itu bayi kerap menangis”; “bayi lapar tu, cuba bagi dia bijirin nasi dalam susu botol”; atau “berilah bayi air kosong biar dia cepat kenyang”.
·         Cubalah fahami naluri seorang ibu serta perubahan emosi dialami wanita selepas kelahiran. Beri kata-kata perangsang seperti “Saya bangga awak berjaya menyusukan bayi kita”; “Hari ini biar saya memasak dan mengemas rumah, awak berehatlah ye,” atau “Biar saya uruskan anak-anak yang lain, awak berehatlah”.
Berta disunting daripada sumber: Berita Harian

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 


Sindrom Pra Haid (PMS) bukan main-main



Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.



Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?

Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:
  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
PMS dan Penyebabnya:

  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.

Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?
  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu.
  • Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.
Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?

Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu.



PMS dan GLA???


Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA·atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.


Dan antara sebab mengapa wanita disyorkan untuk memilih  GLA Complex  ??:
1. Melancarkan perjalanan darah bagi membantu dalam masalah ketidaksuburan pada lelaki dan wanita. Ia menguatkan otot organ lelaki dan membaikpulih fungsi uterus.
2. Asid lemak menjaga kecantikan kuku, rambut dan kulit kepala.
3. Mengurangkan ketidakselesaan semasa pra-haid (PMS).
4. Mengawal penyakit2 kewanitaan seperti endometriosis dan ketulan pada payudara.
5. Mengelakkan kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes.
6. Mengurangkan simptom ekzema
7. Membantu  pesakit Alzheimer

Apa kata mereka yang telah jatuh cinta dengan GLA?





sesape yg kat sini xpernah try GLA patut try ekkk....sbbnya kulit rs smooth n skin better much better.....sy dh try result dia sgt okies......tq Cery MamaFaiz...:)
20 hours ago ·  ·  · 

  • Raihan's Shaklee likes this.

    • Azrin Mohd yeke?tak penah try lg...hehehe...nak beli jugak lah...
      20 hours ago · 


    • Hadhatina Mkb setuju dgn Zuera, hadha dulu sblm pregnant ni, GLA Complex adalah antara vitamin wajib. Pertama - utk regulate balik kitaran period yg tak betul lepas bersalin. Kedua - utk hilangkan kesan berminyak yg merimaskan pd kulit wajah (dgn gabungan vit c, b complex dan ESP). Mmg puas hati!
      19 hours ago ·  ·  2 people


dan lagi-lagi komen mereka yang telah menggunakan GLA:


 saya baru try GLA tak sampai sebulan lagi. tapi apa yang best GLA neh dpt atasi masalah kulit telinga saya yang bersisik ..hehe sisik ke apa nak panggil ek? kepingan2 warna putih gitu la. sejak anak dara sampai jadi mak dara pon mmg tak pernah hilang ..dah macam2 krim saya sapu pon jadi juga..sedar tak sedar lepas ambil GLA , dah hilang dah penyakit berkurun saya neh.. sangat happy hari ini..satu penghijrahan yang tak disedari ada kebaikan utk kulit saya ..Alhamdulillah syukur .

Azrin Mohd GLA mmg best..ada kwn ckp sejak ambik GLA period dia sgt teratur..so senang nak merancang :)





Sharing:

Petang tadi pegi klinik untuk scan cyst ovariku...kali terakhir scan pada julai lalu, 2.73cm...dan hari ini, 1.4cm!...Syukur Alhamdulillah.....

Doc: Bagus ye, cyst dah kecut...Mcm mana tu? memang xde ubat utk kecutkan cyst ni...
Saya: Err...saya cuma amalkan makan supplement...Shaklee GLA..
Doc: Bagus! Tak payah operate...tak elok pun operate-operate ni...

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah jugalah yang berkuasa mencipta dan menghilangkan sesuatu...

Sujud syukur...

Shima Samat Farihah Abu Kasim : sy ambil set dlm pantang plus esp, pd, vit e, gla. Cik b rasa cepat penuh je.



Tips dari genkimomma : Saya ambil sebiji GLA Complex sebelum tidur, kerana ia dipercayai dapat membantu memecahkan lemak tatkala kita sedang tidur.... (menarik ni..banyak dah lemak kat perut ni..)



Anda nak cuba GLA ni? GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.


anda berminat? boleh segara dapatkannya dari sini sekarang......pastinya ada special free gift..... :)

Credit:kotex, cerry cute

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease