Friday 29 March 2013

FUNGSI LECITHIN : BUKAN SEKADAR PEMBAKAR LEMAK YANG BERKESAN



LECITHIN, merupakan salah satu supplement yang terdapat di dalam slimming set yang digandingkan bersama HERB LAX, CHINCH SHAKES & CHINCH TEA.
anda boleh memilih lecithin saja untuk proses menurunkan berat badan, tapi adalah DIGALAKKAN diambil bersama dengan HERB LAX / ALFALFA DAN CHINCH SHAKE / ESP.

Rahsia Cda untuk kekal kan berat badan cda adalah dengan mengambil set triple M sepanjang tempoh penyusuan dan GLA untuk seimbangkan hormon. Tau tak, nasalah hormon juga merupakan salah satu sebab badan semakin gemuk terutamanya selepas bersalin dan ada juga yang bertambah berat selepas berkahwin.

Selain supplement, cda juga selale excersise..ala, joging gitu2 saja bile bawa anak ke playground...kejar anas  dan auni pun dah buat berpeluh.

Oh ye, baru seminggu ni cda mula mengambil Lecithin, tupun Cuma 4 biji sehari saje...untuk kekal maintan kurus + cda perasan semenjak 2 ni akak “pelupa”. Heheh...salah satu fungsi  LECITHIN UNTUK OTAK: Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

Kite selongkar lagi APAKAH 6 FUNGSI LECITHIN SELAIN PEMBAKAR LEMAK?



1. Pemecah lemak
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.

2. Penghadaman
* Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

3. Warga emas
* Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.

4. Fungsi otak
* Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

5. Untuk Sel
* Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. Untuk kesihatan kardiovascular Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Selamat| Semulajadi Berkesan

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN LECITHIN ?
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday 11 March 2013

Kurang vitamin dan nutrisi ganggu perkembangan tahap fizikal kanak-kanak



Nutrisi pemakanan penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan cergas. Apabila makan pasti mengenyangkan. Namun sejauh mana kandungan nutrisi diperlukan tubuh menyumbang proses pembesaran mereka dan kesihatan yang sihat. 

Sesetengah kanak-kanak kelihatan sihat dan montel, namun belum tentu mempunyai nutrisi dan vitamin yang diperlukan untuk membesar. 
Kajian dilakukan kumpulan Penyelidikan Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) Malaysia dengan diketuai Ketua Program Sains Nutrisi Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Poh Bee Koon, menunjukkan berlakunya keadaan dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan kanak-kanak di negara yang terbabit dengan kajian berkenaan. 


Penyelidikan dijalankan sejak dua tahun lalu itu yang dibiayai oleh antara pengeluar produk tenusu terbesar dunia, Royal FrieslandCampina dan UKM itu membabitkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Seramai 16,744 kanak-kanak berusia 12 tahun diperiksa tahap kesihatan mengikut panduan ditetapkan berkaitan nutrisi.

Hasil penyelidikan berkenaan mendapati, situasi dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’ yang digunakan oleh penyelidik sebagai menggambarkan faktor kekurangan makanan yang tidak boleh diperhatikan.

Prof Poh berkata, keadaan itu sama seperti kanak-kanak yang dilihat sihat, tapi mereka sebenarnya kekurangan nutrien seperti vitamin D, kalsium dan beberapa komponen lain diperlukan ketika mereka membesar.
“Walaupun kebelakangan ini, kanak-kanak sering dikaitkan dengan masalah obesiti, keputusan yang kami dapat ialah sebaliknya,” katanya pada sidang media mengenai kajian dilakukan Seanuts, baru-baru ini.

Kepentingan nutrien

Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin keperluan nutrisi kanak-kanak daripada hanya mahu memenuhi selera dan kegemaran makanan anak semata-mata.

“Ibu bapa patut tahu kepentingan nutrien dan apa diperlukan kanak-kanak ketika proses tumbesaran mereka. Kena tahu apakah menu apa patut ada dalam hidangan mereka.

“Berdasarkan hasil penyelidikan itu memperlihatkan satu daripada sepuluh kanak-kanak Malaysia bantut tidak selari dengan usia pembesarannya. Ia menunjukkan gejala kekurangan pengambilan nutrien dalam diet harian,” katanya.

Penyelidikan juga mendedahkan satu daripada lima kanak-kanak berhadapan masalah terlebih makan atau obesiti sekali gus menjelaskan permasalahan mengenai nutrien dan kesihatan perlu ditangani dengan berkesan.

Masalah kekurangan nutrien dan kelaparan tersembunyi ini wajar diberi perhatian oleh ibu bapa untuk mengelak mutu kesihatan tidak terjejas dan berhadapan dengan pelbagai penyakit.

“Antara kesan kekurangan nutrien dalam badan ialah perkembangan otak dan kapasiti intelektual terhalang menyebabkan kanak-kanak boleh mengalami bantut atau perkembangan fizikal tidak sempurna,” katanya.

Prof Poh menjelaskan kanak-kanak paling teruk terjejas akibat ‘kelaparan tersembunyi’ ialah di kawasan luar bandar di negara terbabit dalam kajian itu.

Jangan pandang remeh 

Di Malaysia, berdasarkan carta pemakanan Cadangan Pengambilan Nutrien (RNI) seorang daripada dua kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin D seperti disarankan pengambilannya oleh Kementerian Kesihatan.

Ramai kanak-kanak Malaysia juga tidak cukup kalsium dalam diet harian sedang ia elemen penting untuk perkembangan fizikal dan pertumbuhan tulang yang sihat.

Justeru, jangan pandang remeh perkara ini. Sepatutnya semua pihak khususnya pembuat polisi dan ibu bapa perlu mengambil perhatian berkaitan masalah ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau menjangkakan jika isu ini tidak ditangani, dalam tempoh 20 tahun lagi, negara kita mungkin dipenuhi kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan seperti pembesaran tidak berlaku dengan sempurna dan kemungkinan menghidapi penyakit tertentu.

Kajian Seanuts nutrien kanak-kanak 

* Kajian Royal FrieslandCampina dan UKM
* Negara terbabit Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
* 16,744 kanak-kanak berusia 12 tahun diperiksa
* Hasil kajian - kanak-kanak kurang vitamin D, kalsium dan vitamin lain.
* Seorang daripada 10 kanak-kanak terbantut pembesarannya
* Seorang daripada lima obes

Panduan pemakanan sihat

* Ibu bapa boleh bertanya kepada doktor atau pakar pemakanan mengenai nutrien yang baik dan berkesan untuk anak.
* Tegah anak daripada mengambil makanan ringan mahupun yang berlemak.
* Pastikan anak mendapatkan makanan seimbang atau mengandungi vitamin penting untuk kelangsungan proses pembesaran.
* Galakkan anak minum susu dalam diet harian.
* Atur jadual pemakanan anak seperti menu yang baik.
* Ibu bapa tentukan jenis menu bukan ikut selera anak.
* Sediakan snek sihat seperti buah-buahan atau salad sayuran jika keluar dalam tempoh yang lama.
* Didik anak gaya hidup sihat.



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

4 CARA MENAMBAH KESUBURAN ISTERI



Suka untuk saya memetik kata-kata dari seorang doktor pakar puan seperti Dr. Hamid Arshat. Apa yang beliau nasihat kepada setiap pasangan yang telah lama berusaha untuk mendapat zuriat.

“ Beliau mencadangkan agar setiap pasangan yang baru selesai mendapat rawatan seperti pembedahan untuk membuang cyst, mengambil masa untuk berdoa serta berusaha untuk kuruskan badan, di samping mengambil supplemen seperti multivitamin, Vitamin E, C dan asid folik, serta setiap rawatan memerlukan 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanannya.”

Supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk anda yang sudah lama inginkan zuriat, antaranya
-zink
-Alfalfa
-Vita E
-B.complex



Pasangan yang subur mempunyai peluang tinggi untuk mempunyai anak. Pasangan dikatakan tidak subur apabila setelah setahun usia perkahwinan, isteri masih belum juga hamil walaupun tidak menggunakan pencegah kehamilan

Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh suami atau isteri atau kedua-duanya. Namun, dalam artikel ini saya akan memberi tumpuan kepada cara menambahkan kesuburan isteri.

1. Jaga Berat Badan
Terlalu gemuk / kurus boleh menyebabkan gangguan proses ovulasi. Menurut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur. Wanita kurus atau kegemukan yang kitaran haidnya tidak teratur boleh menjadi lebih teratur dan subur dengan memperbaiki berat badan.

2. Pilih Makanan Organik
Pelbagai kajian menunjukkan pengaruh negatif racun serangga dan racun perosak terhadap hormon progesteron. Progesteron adalah hormon yang berfungsi menumbuhkan dan mematangkan sel telur serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesteron, tidak mungkin terjadi kehamilan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa buaya wanita yang hidup di rawa yang tercemar DDT mempunyai bentuk telur yang rosak dan bermutasi. Walaupun DDT telah dilarang di Malaysia, buah-buahan import yang kini membanjiri pasaran mungkin mengandungi DDT yang berbahaya tersebut. Sejenis estrogen yang disebut xenoestrogen juga terdapat pada beberapa pestisida dan dapat mengganggu keseimbangan hormon wanita.

3. Perbaiki Pola Makan
Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormonal. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin dan mineral serta biji-bijan yang mengandungi lemak penting seperti soya, tauge dan kacang tanah.

Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemaknya. Makanan yang tidak seimbang, contohnya terlalu banyak lemak, akan mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

4. Kurangkan Stress
Kurangkan beban fikiran yang menimbulkan stress dengan memperbanyakkan rekreasi, rehat dan bersenam. Stress boleh membuat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh sehingga menyukarkan ovulasi.


untuk info lanjut boleh klik disini



Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 



Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






10 KEBAIKAN KALSIUM


Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

1- Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2- Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3- Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4- Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5- Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6- Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7- Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8- Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

9- Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10- Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
sumber : link blog Syuhada 





Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Wednesday 6 March 2013

ISOLATE SOY PROTEIN UNTUK KESIHATAN DAN PENURUNAN BERAT BADAN SEMULAJADI




 Apakah Soy Protein Sumber Yang Terbaik Untuk Kesihatan dan Penurunan Berat Badan?
Berapa banyak protein badan anda perlukan setiap hari? Tidak ada satu jawapan yang sesuai untuk semua. Institut Perubatan mengesyorkan bahawa orang dewasa mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari.Hampir setiap bahagian badan termasuk otot, tulang, kulit, dan rambut adalah daripada protein.


Tubuh manusia memerlukan kira-kira 20 asid amino yang berbeza untuk mensintesis protein. Tubuh manusia menjadikannya lebih separuh daripada asid-asid amino sendiri, manakala baki asid tidak boleh dihasilkan oleh badan sendiri, jadi mereka perlu dibekalkan daripada sumber supplement.
Soy protein dianggap protein lengkap kerana ia mempunyai semua asid amino yang diperlukan badan manusia. Badan tidak menyimpan asid amino seperti  lemak dan karbohidrat. Jadi ia perlu diisi semula setiap hari dengan makanan yang mengandungi 9 asid amino penting yang badan manusia perlukan dan tidak dapat dihasilkan sendiri.
Protein adalah sangat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan dan boleh memainkan peranan yang penting dalam program penurunan berat badan. Badan memerlukan protein untuk mengekalkan atau membina jisim otot tanpa lemak.
Protein berasal dari sama ada haiwan atau sumber sayur-sayuran. Soy Protein adalah sumber yang sangat baik untuk pelbagai tujuan.
Antaranya :
  • ·         Mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk kesihatan optimum
  • ·         Menyediakan serat, besi dan semulajadi ALA Omega 3 asid lemak.
  • ·         Rendah atau tiada lemak tepu
  • ·         Bebas kolesterol
  • ·         Membantu mengawal kelaparan dengan perasaan kenyang

Populariti soy protein telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya kerana manfaat kesihatan.
FDA meluluskan kenyataan  tentang kebaikan soy protein  : "25 gram soy protein  sehari, sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak tepu dan kolesterol, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung."
Isolate Soy Protein adalah bentuk yang paling halus protein soya. Isolate soy protein  adalah asas yang sihat untuk pengganti makanan dan minuman protein.
Campuran protein dan minuman adalah satu lagi cara terbaik untuk menambah protein ke dalam diet anda. Antara produk-produk ini direka untuk ditambah kepada makanan lain, manakala yang lain sebenarnya segera campuran minuman protein.
Salah satu manfaat protein untuk program penurunan berat badan adalah bahawa soy protein membantu anda berasa kenyang, yang merupakan cara yang baik untuk membantu mengawal lapar dan mengurangkan pengambilan kalori.
Jika anda  bersenam  atau mengangkat berat , meminum soy protein sebelum keluar adalah cara yang baik untuk membantu menambah tisu dan sel-sel yang telah dihabiskan semasa bersenam.
Protein adalah sebahagian diet harian. Sama seperti yang penting ialah apa lagi yang datang dengan sumber protein. Protein dari haiwan mempunyai jumlah lemak tepu yang lebih tinggi. Pastikan ia adalah rendah lemak trans , kolesterol dan mengandungi 9 asid amino penting yang tubuh anda perlukan.
MENGAPA PERLU MEMILIH ESP – SOY PROTEIN ISOLATE POWDER SHAKLEE
Kenapa ESP- Soy Protein Isolate Powder Shaklee Terbaik Di Pasaran
Perbezaan Shaklee :
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an. Di mana kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui soy protein adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein atau ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g(satu tin ESP- soy protein isolate powder) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Soy protein ini turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Soy protein ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik(G.I) soy protein Shaklee ini yang rendah iaitu 39, menjadikansoy protein Shaklee ini  sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


jika ditanya pada saya, YA! saya akui akan keberkesanan ESP ini dalam membantu mengekalkan berat badan yang ideal. selama 2 tahun saya mengambil ESP ini, apa yang dapat saya rasakan perubahan pada diri saya adalah tahap kesihatan yang semakin baik..dan bukan itu sahaja, malah
-berat badan sentiasa maintain<--- jangan jealous
-dapat menjayakan Penyusuan selama 2tahun 
-kulit lebih berseri
- tiada lagi masalah kuku rapuh

dan selama 2 tahun saya bergelar pengedar shaklee banyak komen positive yang diterima daripada pengguna shaklee. saya rasa anda juga patut milikinya hari ini. ESP sebagai pelaburan kesihatan jangkamasa panjang .




Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Tuesday 5 March 2013

Supplemen Untuk Lelaki sihat dan bertenaga



Lelaki juga memerlukan suplemen seperti wanita. Mereka tidak terkecuali menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Selain daripada itu masalah kesihatan khusus lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat turut menghantui para lelaki di Malaysia. Jadi pencegahan seharusnya dimulai sebelum mereka lebih berisiko menghadapi penyakit-penyakit yang tidak diingini ini.

Shaklee menawarkan suplemen untuk membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki iaitu :

>Zinc Complex
>>Vita E Complex
>>>Omega Guard


Ketiga-tiga suplemen ini  secara keseluruhannya memberi kebaikan seperti :
Memelihara kesihatan prostat
>Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
>Memelihara jantung yang sihat
>Membantu mengekalkan tekanan darah normal
>Mengawal tahap kolesterol yang sihat


Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.
Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc.
Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.
Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan sebagainya.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat.
satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.

Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular.
Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.
Kesimpulannya, jika anda seorang lelaki yang mementingkan kesihatan, bermulalah dari sekarang untuk mengamalkan pengambilan ketiga-tiga suplemen ini untuk memcegah anda daripada di jangkiti penyakit-penyakit yang tidak diingini.



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.