Monday 11 March 2013

Kurang vitamin dan nutrisi ganggu perkembangan tahap fizikal kanak-kanak



Nutrisi pemakanan penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan cergas. Apabila makan pasti mengenyangkan. Namun sejauh mana kandungan nutrisi diperlukan tubuh menyumbang proses pembesaran mereka dan kesihatan yang sihat. 

Sesetengah kanak-kanak kelihatan sihat dan montel, namun belum tentu mempunyai nutrisi dan vitamin yang diperlukan untuk membesar. 
Kajian dilakukan kumpulan Penyelidikan Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) Malaysia dengan diketuai Ketua Program Sains Nutrisi Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Poh Bee Koon, menunjukkan berlakunya keadaan dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan kanak-kanak di negara yang terbabit dengan kajian berkenaan. 


Penyelidikan dijalankan sejak dua tahun lalu itu yang dibiayai oleh antara pengeluar produk tenusu terbesar dunia, Royal FrieslandCampina dan UKM itu membabitkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Seramai 16,744 kanak-kanak berusia 12 tahun diperiksa tahap kesihatan mengikut panduan ditetapkan berkaitan nutrisi.

Hasil penyelidikan berkenaan mendapati, situasi dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’ yang digunakan oleh penyelidik sebagai menggambarkan faktor kekurangan makanan yang tidak boleh diperhatikan.

Prof Poh berkata, keadaan itu sama seperti kanak-kanak yang dilihat sihat, tapi mereka sebenarnya kekurangan nutrien seperti vitamin D, kalsium dan beberapa komponen lain diperlukan ketika mereka membesar.
“Walaupun kebelakangan ini, kanak-kanak sering dikaitkan dengan masalah obesiti, keputusan yang kami dapat ialah sebaliknya,” katanya pada sidang media mengenai kajian dilakukan Seanuts, baru-baru ini.

Kepentingan nutrien

Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin keperluan nutrisi kanak-kanak daripada hanya mahu memenuhi selera dan kegemaran makanan anak semata-mata.

“Ibu bapa patut tahu kepentingan nutrien dan apa diperlukan kanak-kanak ketika proses tumbesaran mereka. Kena tahu apakah menu apa patut ada dalam hidangan mereka.

“Berdasarkan hasil penyelidikan itu memperlihatkan satu daripada sepuluh kanak-kanak Malaysia bantut tidak selari dengan usia pembesarannya. Ia menunjukkan gejala kekurangan pengambilan nutrien dalam diet harian,” katanya.

Penyelidikan juga mendedahkan satu daripada lima kanak-kanak berhadapan masalah terlebih makan atau obesiti sekali gus menjelaskan permasalahan mengenai nutrien dan kesihatan perlu ditangani dengan berkesan.

Masalah kekurangan nutrien dan kelaparan tersembunyi ini wajar diberi perhatian oleh ibu bapa untuk mengelak mutu kesihatan tidak terjejas dan berhadapan dengan pelbagai penyakit.

“Antara kesan kekurangan nutrien dalam badan ialah perkembangan otak dan kapasiti intelektual terhalang menyebabkan kanak-kanak boleh mengalami bantut atau perkembangan fizikal tidak sempurna,” katanya.

Prof Poh menjelaskan kanak-kanak paling teruk terjejas akibat ‘kelaparan tersembunyi’ ialah di kawasan luar bandar di negara terbabit dalam kajian itu.

Jangan pandang remeh 

Di Malaysia, berdasarkan carta pemakanan Cadangan Pengambilan Nutrien (RNI) seorang daripada dua kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin D seperti disarankan pengambilannya oleh Kementerian Kesihatan.

Ramai kanak-kanak Malaysia juga tidak cukup kalsium dalam diet harian sedang ia elemen penting untuk perkembangan fizikal dan pertumbuhan tulang yang sihat.

Justeru, jangan pandang remeh perkara ini. Sepatutnya semua pihak khususnya pembuat polisi dan ibu bapa perlu mengambil perhatian berkaitan masalah ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau menjangkakan jika isu ini tidak ditangani, dalam tempoh 20 tahun lagi, negara kita mungkin dipenuhi kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan seperti pembesaran tidak berlaku dengan sempurna dan kemungkinan menghidapi penyakit tertentu.

Kajian Seanuts nutrien kanak-kanak 

* Kajian Royal FrieslandCampina dan UKM
* Negara terbabit Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
* 16,744 kanak-kanak berusia 12 tahun diperiksa
* Hasil kajian - kanak-kanak kurang vitamin D, kalsium dan vitamin lain.
* Seorang daripada 10 kanak-kanak terbantut pembesarannya
* Seorang daripada lima obes

Panduan pemakanan sihat

* Ibu bapa boleh bertanya kepada doktor atau pakar pemakanan mengenai nutrien yang baik dan berkesan untuk anak.
* Tegah anak daripada mengambil makanan ringan mahupun yang berlemak.
* Pastikan anak mendapatkan makanan seimbang atau mengandungi vitamin penting untuk kelangsungan proses pembesaran.
* Galakkan anak minum susu dalam diet harian.
* Atur jadual pemakanan anak seperti menu yang baik.
* Ibu bapa tentukan jenis menu bukan ikut selera anak.
* Sediakan snek sihat seperti buah-buahan atau salad sayuran jika keluar dalam tempoh yang lama.
* Didik anak gaya hidup sihat.



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...