Wednesday 29 August 2012

Alahan Laktosa (Lactose intolerance)


Rasa ingin tahu pulak ape sebenarnya yang dinamakan Alahan laktosa (laktosa intolerance) ni, memandangkan anak buah pun alah pada laktosa ni yang wajib tau. Alhamdulillah anas start minum susu fomula sejak satu tahun 6 bulan, sayang sangat tak sampai 2 tahun memandangkan waktu tu cda mengandugkan anak ke 2 dan kekurangan susu..terpaksalah merelakan anas minum susu fomula…..dari usia tu hingga 2 tahun 2 bulan cda berikan Enfagrow….walla..harganya..tak tahan satu tin saje dah hampir mencecah RM100..huhu, masuk  je usia 2 tahun 3 bulan terus tukar ke Anmum+  Mealshake..kebetulan promosi sana n sini yang kandungan gulanya rendah..alhamdulillah….tiada masalah buat anas…takpelah ye anas, Anmum pun bagus jugak…

some info berkenaan susu Anmum "Tanpa Gula Tambahan"

 "Ada gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses. Sesetengah ibu bapa menganggap ia sebagai sihat. Oleh kerana nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti surkosa, maltosa, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa. Ramai ibu bapa yang memberikan gula tanpa disedari.

"Mengikut Garis Panduan Pelabelan Malaysia, semua gula sama ada semula jadi atau ditambah disenaraikan sebagai sebahagian daripada karbohidrat manakala kandungan serat disenaraikan secara berasingan," katanya.

Dr Monro berkata, susu tepung mengandungi karbohidrat dan gula. Paras laktosa secara semula jadi dalam susu biasa adalah kira-kira 11 hingga 12 gram setiap hidangan dan ini bermakna jumlah karbohidrat dalam setiap hidangan ialah petunjuk yang boleh dipercayai untuk menentukan anggaran gula tambahan serta produk susu.

Paras yang jauh lebih tinggi daripada tahap laktosa semula jadi menandakan penambahan gula tambahan. Justeru, sebagai sebahagian daripada komitmen, peneraju dunia dalam pemakanan tenusu dari New Zealand, Fonterra, memainkan peranan penting dalam kempen pendidikan pemakanan dan kesihatan wanita serta kanak-kanak.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/08/diet-kanak-kanak-produk-anmum-essential.html#ixzz24vBtfJBZ


Alahan Laktosa (Lactose intolerance)

Apakah laktosa?
Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.

Apakah alahan laktosa?
Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?
Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Jenis-jenis alahan lactosa
  • Alahan laktosa mungkin kekal (primary)
  • Congenital (sejak lahir)
  • Jarang berlaku
  • Berlaku semasa lahir
  • Lewat (bagi dewasa)
  • Biasa berlaku di kalangan orang asia
  • Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
  • Alahan Laktosa Sementara (secondary)

Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
  • Penyakit usus seperti Coeliac Disease
  • Pembedahan usus


Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?
  • 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
  • Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
  • Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
  • Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat dewasa.


Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:
  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung


Diagnosa
Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?
  • Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat


Bagaimanakah cara merawat masalah ini?
  • Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
  • Alahan laktosa yang kekal :
  • Tidak dapat diubati.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
  • Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.


Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?
Makanan mengandungi laktosa termasuk:
  • Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
  • Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  • Aiskrim.
  • Margerin.
  • Roti dan biskut.
  • Bijirin sarapan.
  • Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  • Susu pekat manis.
  • Susu cair.
  • Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
  • Semua jenis susu.
  • Gandum dan protein susu.
  • Susu tepung.
  • Tairu.


Bagaimana keadaan ini boleh dielakkan?
Elakkan semua makanan yang disebut di atas.

Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?
  • Baca label kandungan makanan yang hendak dibeli.
  • Berhati-hati memilih makanan yang tidak dicatitkan kandungannya.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan tentang kandungan makanan yang tidak pasti.
  • Jangan kerap menukar susu bayi anda. Dapatkan nasihat doctor di hospital.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...