Monday, 15 September 2014

SYARAT WAJIB MENJADI USAHAWAN BERJAYA

Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. saya telah mengikuti perkembangannya semenjak saya bergelar SID Shaklee. inilah bagusnya jika dah register menjjadi Ahli shaklee..setiap hari macam-macam ilmu boleh diperolehi, samada dari bahan bacaan seperti di buku atau di internet. itu belum lagi sesi coaching dan info-info yang terdapat dalam Group Rahsia kami. 

Sebelum beli apa-apa "online tools" untuk marketing ataupun menggunakan teknik-teknik marketing yang advance, ada baiknya kita memahami konsep-konsep asas marketing terlebih dahulu. Beli sebuah buku marketing yang asas (bukan buku online marketing). Jangan sesekali kita berkira-kira untuk membeli sekurang-kurangnya sebuah buku yang amat berguna untuk kita. Ia adalah pelaburan jangka panjang.
Baca dan fahamkan. Ini adalah usaha penting sebelum kita pergi lebih jauh. Umpama kita mahu berlari, tetapi kita tidak belajar asas-asas larian yang betul, kita akan mudah semput, cedera dan akhirnya berputus asa untuk tidak mahu meneruskan larian. Berlari juga ada banyak jenis. Ada larian 100m, 400m, marathon dan lain-lain. Setiapnya ada ilmu dan teknik tersendiri.
Yang penting bukanlah FB Ads. Yang paling perlu bukanlah iklan. Tetapi setakat mana kita faham apa yang kita buat dan kita buat apa yang telah kita faham. Duit banyak habis pada pengiklanan kerana mungkin kita tidak faham apa yang kita sedang buat dan kita buat dalam keadaan kita tidak faham. Ada mereka yang langsung tidak menggunakan FB Ads, tetapi boleh 'pergi jauh'. Ada yang guna FB Ads tetapi sedikit kosnya dan tinggi hasilnya, kerana mereka buat dengan faham dan mereka faham apa yang mereka buat.

Lihat skop marketing dengan lebih meluas. FB Ads bukan marketing, ia adalah pengiklanan. Jadi apa itu marketing dan apa itu pengiklanan? Memahami perbezaan kedua-duanya akan membawa kita mudah untuk pergi lebih jauh. Beli satu buku berkaitan pemasaran dan baca. Buku mana yang bagus? Boleh cari guna Google.com. "Best marketing books".
==========================================================================
Mengapa saya suruh baca buku dan tidak terus hadiri seminar dan kursus? Dan mengapa amalan membaca buku itu amat penting?
==========================================================================
Sebab pertama. Bagi saya, tidak semua perkara kita perlu bermula dengan kosong. Kita boleh pergi ke seminar dan kursus, tetapi sebelum itu kita perlu ada sedikit pengisian dalam diri dulu. Setelah kita faham konsep-konsep asas pemasaran dan perniagaan, maka barulah kita tahu "guru" mana yang perlu kita ikut dan belajar. Kita perlu tapis kerana pada era sekarang, guru-guru bisnes dan pemasaran lahir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kita perlu tapis dan pilih kerana kita tidak kenal mereka. Jadi kita boleh tahu asas-asas marketing yang mereka bicarakan itu berasas ataupun tidak?

Sebab ke-2: Kita boleh tahu apa yang perlu dan tidak perlu. Kita akan ada "skill" membuat keputusan sendiri tanpa bergantung harap pada orang lain. Membuat keputusan berasaskan ilmu adalah penting dalam perniagaan. Jangan buat keputusan secara agak-agak.

Sebab ke-3: Membina sikap berdikari dan bukan disuap. Usahawan perlu ada daya usaha sendiri. Membaca adalah salah satu usaha untuk membentuk sikap berdikari.

Sebab ke-4: Membina kembali budaya usahawan, iaitu budaya membaca. Usahawan yang berjaya biasanya banyak membaca. Sekarang, kebanyakan bahan bacaan sudah di hujung jari.

Sebab ke-5: Saya tidak mahu anda mudah "taklid buta" (mengikut) mana-mana guru / pakar bisnes dan marketing tanpa ada sedikit kemahuan untuk berinovasi dan mengembangkan lagi ilmu-ilmu sedia ada. Kita wajib berguru dan pada peringkat permulaan, kita perlu ikut guru. Tetapi selepas kita mencapai satu tahap yang boleh "dibanggakan", kita perlu lakukan sesuatu agar ilmu sedia ada terus berkembang.

Dipendekkan cerita, sudah lima sebab saya nyatakan, kesan daripada amalan membaca. Lakukan amalan membaca secara berterusan agar tidak wujud satu suasana "taklid" dan juga taksub yang berlebih-lebihan terhadap mana-mana individu.


berminat mencari side income yang kurang Risiko?
hubungi: 
FB                   : https://www.facebook.com/shayidasalmi1
text/whatsApp : 012 6084105 | +673 8115024 (Brunei)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...