Mesti ramai yang tersenyum bila baca artikel ni, lagi-lagi isteri-isteri..senyun sebab ada suami yang berjanggut. Hensem ke? mestilah hensem! poster dibawah ni pun dah mengakui kehensoman lelaki berjanggut.
Rupanya ada Rahsia disebalik Janggut..teruskan baca artikel ni.
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Rasulullah SAW
juga bergaya sebegitu iaitu berjanggut dan tidak bermisai atau bermisai nipis.
Ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW antaranya;
”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat
Muslim)
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan
peliharalah janggut kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi
(penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan
memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Jelaslah bahawa hadith-hadith di atas bukan sahaja
Rasulullah SAW menyuruh kita supaya berjanggut, tetapi menegah kita dari
menyerupai orang-orang kafir iaitu mereka yang memelihara misai dan mencukur
janggut.
Malah menurut Islam juga, menyimpan janggut (ada pendapat
ahli agama mengatakan menyimpan segenggam janggut) merupakan salah satu sunnah
Rasulullah SAW. Jika sunnah, tentulah mendapat pahala jika diikuti atau
diamalkan. Sebenarnya, menyimpan janggut mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.
Ia bukan sunnah yang biasa-biasa sebaliknya mempunyai manfaat yang tersembunyi
setelah diselidiki secara saintifik.
Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan
dan pendakwah, satu kajian telahpun dijalankan oleh saintis dari Massachusetts
Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of
Human Body (pernah disiarkan dalam rancangan National Geographic) dan kajian
itu mendapati bahawa janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat
diperlukan bagi kesuburan wanita.
Buktinya? Bagaimana caranya? Hanya melalui sentuhan saja.
Dengan hanya membuat sentuhan-sentuhan ‘janggut’ ke tubuh isteri semasa
bersama, ia mampu merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan isteri. Ia mampu
menstabilkan kitaran haid isteri selain menggalakkan pertumbuhan telur (ovum)
wanita yang aktif dan banyak.
Oleh itu, ia sangat berguna bagi sesiapa yang menghadapi
masalah kesuburan (belum mempunyai anak) atau yang mengalami jarang anak dan
ingin mendapatkan anak lagi. Kalau yang suami tidak menyimpan janggut, isteri
bolehlah minta suami simpan janggut dan belailah selalu janggut suami tu. Tapi
kalau suami jenis yang tak berjanggut (ada juga lelaki yang sukar tumbuh
janggut atau janggut nipis), janganlah pula memaksa suami membuat itu dan ini
agar janggut suami tumbuh atau panjang. Janggut bukanlah segala-galanya.
Hari ini ramai lelaki yang berjanggut dan ramai juga yang
tidak. Berjanggut kerana apa? Jika kerana mengikut fesyen, baik tak payahlah.
Atau membiarkan janggut penuh di dagu kerana malas nak menguruskannya, itu lagi
sedih. Jika menyimpan janggut kerana niat mengikut sunnah Rasullullh SAW,
nescaya akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Sebab itu ada
juga lelaki yang jenis tak subur janggut, tetapi tetap ingin menyimpan walaupun
janggut boleh dibilang sehelai-sehelai, kerana nak ikut sunnah Rasulullah SAW.
Menurut Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, Profesor Toksikologi dari
Universiti California pula, menyimpan jambang dan janggut menggalakkan
penghasilan hormon testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah
impoten dan ereksi, menyimpan janggut dan jambang akan menyebabkan kandungan
testosteron akan bertambah. Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram dan
mendapati testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan
jambang.
Habis bercerita tentang janggut & kesuburan, pengambilan supplement jugak merupakan satu pilihan buat mereka yang mempunyai masaalah kesuburan, baik suami atau isteri.
CADANGAN SET KESUBURAN SUAMI & ISTERI
Sertai kami hari ini..jadi sebahagian dari kami.
IG: shayida salmi
Emel : shayida_82@yahoo.com
Blog: onesupplement.blogspot.com
WhatsApp : 012 6084105 | 8115024 (BRUNEI)
|
No comments:
Post a Comment