Showing posts with label b.complex. Show all posts
Showing posts with label b.complex. Show all posts

Friday, 16 January 2015

RISIKO, RAWATAN DAN KESAN KENCING MANIS (DIABETES) SEMASA MENGANDUNG

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang:
  1. Apakah itu diabetis gestasi?
  2. Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
  3. Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
  4. Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
  5. Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
  6. Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
  7. Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
  8. Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
  9. Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?


Sebelum itu, kami kongsikan situasi yang berlaku kepada ahli keluarga kami sendiri. Beliau menghidapi diabetis sewaktu mengandungkan anak pertama.
Nama saya Ani. Sewaktu mengandungkan Anna, saya agak sibuk bekerja. Runtin saya yang sibuk menyebabkan saya tidak sempat memasak untuk suami. Selalunya kami akan makan di kedai untuk makan malam. Untuk lunch memang sedia maklum saya akan makan di café tempat saya bekerja. Sepanjang kehamilan, saya mempunyai tabiat membeli jus buah dalam kotak. Paling senang dan sihat bagi saya. Selalu saya ambil jus oren dan epal. Itulah minuman kegemaran saya sepanjang hamil. Kadang-kadang hingga 2-3kotak jus buah saya ambil dalam sehari.
Apabila pergi check-up, saya amat terkejut kerana didapati menghidap diabetis. Risiko kerana saya mungkin perlu di ceaser kerana baby agak besar. Rupanya baru saya tahu paras gula saya naik mendadak kerana jus buah yang saya ambil setiap hari itu. Jus tersebut bukan sahaja mengandungi banyak gula malah pengawet yang tinggi.
Apa-apapun saya selamat melahirkan Anna dengan ceaser. Saya sudah tinggalkan tabiat buruk saya. Kini saya hanya minum jus buah yang saya buat sendiri. 
Ok sekarang kita sama-sama baca info tentang diabetis sewaktu hamil ini. Semoga dengan info-info ini ibu-ibu dapat elakkan diabetis gestasi ini untuk kebaikan diri dan kandungan. 

Apa itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan kita akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi , terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
klik untuk imej yang lebih besar

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. (inilah yang berlaku kepada Wani, saudara saya itu)
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
-  Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
-  dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
-  anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
-  keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
-  keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi boleh dirawat?

 
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalubersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.
Kebanyakan kes diabetis gestasi hilang sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?



Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid  folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
 Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Kami doakan ibu-ibu hamil sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ingatlah, kesihatan ibu sangat mempengaruhi kesihatan anak yang dikandung. Jika perlu, ambillah set kesihatan ibu hamil untuk menyokong keperluan nutrisi buat ibu & baby 
Sumber: http://www.babycenter.com.my 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com




Sunday, 14 September 2014

KESAN JIKA VITAMIN C DAN VITAMIN E DIAMBIL BERSAMA

14-09-2014 jam 10.24, masa untuk cda update blog cda, ada beberapa client cda tanya, cda...banyaknya set kecantikan kulit shaklee..mana satu yang paling bagus? jawapan cda senang saje..semua bagus, cumanya lagi bagus kalau diambil berdasarkan keperluan.Vitamin untuk mereka  mempunyai kulit yang bermasaalah (berjerawat & bernanah) tidaklah sama seperti jerawat yang disebabkan oleh hormon, terutama sekali semasa PMS :) hubungi cda, dan cda bantu anda memilih set kecantikan yang sesuai k <3


Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?



Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun.

Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan  vitamin C, E dengan selenium dan zink  yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.



Menarik bukan. Sebab tu lah sapa yang nak kulit cantik..amalkan >> Shaklee Vitamin C (sustained release 500mg).. Shaklee B complex (lengkap 8 jenis B) dan Shaklee Vitamin E (400 iu with selenium).. dan pilihan anda utk add on ESP dan shaklee Collagent powder untuk hasil yang supverb!

tidak tahu set yang mana ?
masih memilih set yang bersesuaian?

hubungi cda:
whatsApp: +6012 6084105 / +673 8115024 (untuk yang berada di Brunei)
FB: https://www.facebook.com/shayidasalmi1
fan page: https://www.facebook.com/pages/Onesupplement-Health-Beauty/266761800008108






Saturday, 13 September 2014

MORNING SICKNESS SEMASA MENGANDUNG


KELEBIHAN BAGI WANITA MENGANDUNG YANG MENGALAMI MUAL ATAU MUNTAH-MUNTAH (MORNING SICKNESS) DI AWAL KEHAMILAN

1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.

2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.

3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.

4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.

5. Lebih tingginya berat lahir.

6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.

7.Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin 
tersedianya makan dan oksigen yang sihat.
credit



Apakah sebenarnya morning sickness?


Morning sickness atau mabuk ataupun muntah-muntah sememangnya merupakan rakan karib kebanyakan wanita hamil. Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil menjadi punca terjadinya morning sickness ini.


Apakah yang menyebabkan morning sickness?


Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.

Satu lagi sebab morning sickness ialah masalah kelenjar tiroid yang membawa kepada hyperemesis gravidum. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil mengalami muntah teruk hingga badan kering air dan perlu rawatan di hospital. Banyak sebab hyperemesis gravidum ni, antaranya masalah tiroid dan mempunyai cyst dalam uterus.





Vitamin Shaklee yang sesuai sepanjang kehamilan :-

(1) Shaklee Vitalea with Iron formula @ multivitamin
Membekalkan multivitamin dan multimineral kepada ibu bagi mengekalkan tahap kesihatan sepanjang kehamilan. Dengan gabungan Iron membantu masalah HB rendah dikalangan ibu-ibu mengandung.

(2) Shaklee B-complex
B-complex yang mangandungi acid folic yang diperlukan oleh ibu mengandung bagi mengelakkan risiko keguguran dan masalah spina bifida pada bayi.

(3) Shaklee Vita- C
Vita - C memperkukuhkan imunisasi badan ibu disamping mengekalkan kecantikan ketika hamil dan membantu mengurangkan strechmark sewaktu kehamilan.

(4) Shaklee Ostematrix
Membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi, membantu masalah sembelit sewaktu hamil, membantu tidur lebih lena dan mengurangkan kebas / kejang yang seringkali dialami oleh ibu hamil.

(5) Shaklee Omegaguard
Membantu perkembangan otak bayi.

(6) Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) / Shaklee Mealshake
Membekalkan protein untuk pembinaan sel yang sihat.


Info tambahan :

Pengambilan vitamin B6 secara berterusan membantu dalam mengurangkan morning sickness dan kajian saintifik telah pun membuktikan pernyataan ini. Dan berita baiknya, Shaklee B-complex terdiri daripada * jenis vitamin B dan antaranya ialah Acid folic dan vitamin B6.

testimoni:

"Alhamdulillah masalah anak sy Nafisah xlalu mkn nasi dh berkurangan setelah 2 minggu dia minum Meal Shakes...skrg nafisah dah berselera mkn nasi sy sgt bersyukur... pengalaman kedua,sy disahkan mengandung dan alah xlalu mkn n vitamin shaklee pun xleh nk telan...tp Alhamdulillah bila sy bancuh meal shakes sy sgt2lah suka keharumannya dan sy sgt bertenaga di tmpt kerja...vitamin mengandung pun lalu mkn...so belilah meal shakes...anda pasti kagum dgn kebaikannya" 

Buat mommies yang mual atau loya tu....ambillah mealshakes kerana 
mealshakes mengandungi 28 mineral termasuk asid folic, kalsium dan zat besi yg penting utk kehamilan dan add on ESP untuk memberi tenaga sepanjang hamil ni sbb bila dah selalu sgt muntah badan jd lemah, kalau ada bajet ambillah sekurang-kurangnya 
- MEALSHAKES
- ESP
- Calcium
- B.complex


hubungi kami untuk mendapatkan produk shaklee pilihan anda. penghantaran akan dibuat segera! :)

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com