Friday 16 January 2015

RISIKO, RAWATAN DAN KESAN KENCING MANIS (DIABETES) SEMASA MENGANDUNG

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang:
  1. Apakah itu diabetis gestasi?
  2. Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
  3. Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
  4. Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
  5. Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
  6. Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
  7. Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
  8. Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
  9. Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?


Sebelum itu, kami kongsikan situasi yang berlaku kepada ahli keluarga kami sendiri. Beliau menghidapi diabetis sewaktu mengandungkan anak pertama.
Nama saya Ani. Sewaktu mengandungkan Anna, saya agak sibuk bekerja. Runtin saya yang sibuk menyebabkan saya tidak sempat memasak untuk suami. Selalunya kami akan makan di kedai untuk makan malam. Untuk lunch memang sedia maklum saya akan makan di café tempat saya bekerja. Sepanjang kehamilan, saya mempunyai tabiat membeli jus buah dalam kotak. Paling senang dan sihat bagi saya. Selalu saya ambil jus oren dan epal. Itulah minuman kegemaran saya sepanjang hamil. Kadang-kadang hingga 2-3kotak jus buah saya ambil dalam sehari.
Apabila pergi check-up, saya amat terkejut kerana didapati menghidap diabetis. Risiko kerana saya mungkin perlu di ceaser kerana baby agak besar. Rupanya baru saya tahu paras gula saya naik mendadak kerana jus buah yang saya ambil setiap hari itu. Jus tersebut bukan sahaja mengandungi banyak gula malah pengawet yang tinggi.
Apa-apapun saya selamat melahirkan Anna dengan ceaser. Saya sudah tinggalkan tabiat buruk saya. Kini saya hanya minum jus buah yang saya buat sendiri. 
Ok sekarang kita sama-sama baca info tentang diabetis sewaktu hamil ini. Semoga dengan info-info ini ibu-ibu dapat elakkan diabetis gestasi ini untuk kebaikan diri dan kandungan. 

Apa itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan kita akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi , terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
klik untuk imej yang lebih besar

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. (inilah yang berlaku kepada Wani, saudara saya itu)
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
-  Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
-  dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
-  anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
-  keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
-  keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi boleh dirawat?

 
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalubersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.
Kebanyakan kes diabetis gestasi hilang sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?



Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid  folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
 Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Kami doakan ibu-ibu hamil sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ingatlah, kesihatan ibu sangat mempengaruhi kesihatan anak yang dikandung. Jika perlu, ambillah set kesihatan ibu hamil untuk menyokong keperluan nutrisi buat ibu & baby 
Sumber: http://www.babycenter.com.my 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...