Showing posts with label Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Jerawat. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

ALFALFA COMPLEX UNTUK MASALAH KESIHATAN LELAKI


Heheh ramai juga yang tanya, Alfalfa Complex ni lelaki boleh makan ke? Sesuai ke untuk lelaki??

Maklum la.. bila sebut alfalfa, ia sinonim sebagai ;milk booster', masalah keputihan wanita..jadi ada sang lelaki was-was nak makan. Dia risau nanti terkeluar susu pulak.. kahkah.. ngeri MS membayangkannya.

Jadi, boleh la lelaki makan Alfalfa ni?? BOLEH, TIADA MASALAH malah SANGAT di GALAKKAN!

BAGAIMANA ALFALFA COMPLEX  BOLEH MEMBANTU LELAKI?

1. Alfalfa membuang toksin dalam badan dan mengurangkan keasidan tubuh.
Alfalfa adalah tumbuhan beralkali tinggi yang sangat penting untuk mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkkan kulit!Jadi, jejaka2 yg ada masalah gout sebab terlebih asid tu elok sangat makan alfalfa!
  

2. Alfalfa perbaiki tahap kolesterol
Jika makan alfalfa bersama produk pemecah lemak lecithin dan Omega, alfalfa membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan memecahkan lemak dan membuangnya dari tubuh. Oleh itu korang akan rasa sihat, dan penyakit seperti sakit jantung, stroke, dan darah tinggi dapat dicegah.

 
3. Memperbaiki alahan dan resdung
Terutamanya untuk mereka yang resdung. Penggunaan secara berterusan (3-10 biji sehari) dapat mengurangkan masalah resdung dan memulihkannya!. Ramai pelanggan bgtau dah boleh makan seafood, belacan dan dah tak bersin-bersin waktu pagi lagi.

4. Mengurangkan masalah badan berbau

 Mulut berbau, badan berbau, ketiak berbau, nafas berbau adalah tanda lebih asid dalam badan. So lepas makan alfalfa insyaAllah masalah berbau -berbau ni dapat diatasi. Jangan biarkan hidup anda diselubungi bau busuk!




5. Mengatasi sembelit
Walaupun orang lelaki jarang sembelit tapi ada juga yang kena sembelit. Alfalfa kaya serat dan ia agen pelawas terbaek!
 

6. Mengurangkan masalah jerawat
Jerawat pada muka dan wajah adalah tanda lebihan toksin dalam badan, jadi untuk memulihkannya, makanlah alfalfa 10 biji sehari supaya toksin2 dalam badan dapat dibuang.



kesimpulannya, Produk Alfalfa ni sama sekali bukan untuk wanita saja, malah untuk semua lapisan unur dan sesiapa pun boleh mengambil Alfalfa kecuali pesalit SlE.


info lanjut berkenaan alfalfa boleh klik disini


Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com









Saturday, 3 January 2015

MENYAH TOKSIN DALAM BADAN DENGAN SET DETOX SHAKLEE

Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah berikut?

Jerawat / kulit kusam, selalu berasa lesu dan kurang, bertenaga, sakit kepala berulang, rasa gatal, emosi bercelaru, radang pada kulit, alahan, ekzema?



Simptom di atas adalah menunjukkan yang tubuh anda mungkin mempunyai toksin yang berlebihan. Set Detox Shaklee dapat membantu untuk mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan dan akan mengembalikan tubuh badan yang sihat.

Pentingnya detox untuk kesihatan optimum

DETOX adalah satu perkara yang sangat penting dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum. Ramai orang yang mengambil makanan yang bernutrisi tinggi atau pil suplemen, tetapi masih tidak mengalami apa-apa perubahan seperti yang diingini. Ini kerana kita sering mengabaikan detox terlebih dahulu.

Detox adalah bertujuan menyingkirkan toksin, lemak dan juga lendir yang terdapat atau terkumpul didalam badan terutama sekali dibahagian usus. Toksin yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan sel dan juga organ dalam badan terpaksa bekerja keras.

Oleh itu, akibat dari makanan yang mengandungi asid, pemanis tiruan, pewarna, penggunaan racun perosak dan pengawet telah menyebabkan organ dalam badan tubuh bercampur dan tercemar. Maka ini menyebabkan organ pencernaan dalam badan kita tidak mampu untuk menyahtoksik dan terus ia berada dalam badan.



Apabila organ pencernaan kita tidak mampu untuk menyahtoksik, maka segala makanan zat yang bernutrisi tinggi yang kita ambil terhalang dari diserap oleh badan kita. Secara asasnya organ seperti hati, buah pinggan, paru-paru dan juga kulit bertindak secara semulajadi dalam menyingkirkan bahan buangan tersebut dalam badan.

Ramai yang mengambil makanan yang bernutrisi tinggi atau pil suplemen untuk kesihatan optimum tetapi malangnya tidak berhasil iaitu tidak memberikan kesan yang memberangsangkan. Ini hanya kerana tubuh badan kita tidak detox terlebih dahulu. Detox terlebih dahulu adalah perkara yang sangat penting sebelum memulakan pengambilan zat bernutrisi atau sebarang suplemen.

Analogi mudah..sebelum kita cat rumah..adakah terus cat? tidak kan?? mestilah kita bersihkan atau kikis cat yang telah rosak sebelum disapu dengan cat yang baru. setuju? hasilnya cat tahan lebih lama & kelihatan cantik.


Adalah dicadangkan untuk anda mengambil Herb-Lax, Alfalfa yang baik untuk penghadaman juga VIVIX untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 

Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh mengambil produk-produklain seperti
- Menurunkan berat badan :  Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.
- Set kecantikan                   : Vitamin E+ B.complex + Vitamin c + collagent
- set Gout                             : Omega + Performnace Drink + ostermatrix calcium




Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com











Sunday, 14 September 2014

KESAN JIKA VITAMIN C DAN VITAMIN E DIAMBIL BERSAMA

14-09-2014 jam 10.24, masa untuk cda update blog cda, ada beberapa client cda tanya, cda...banyaknya set kecantikan kulit shaklee..mana satu yang paling bagus? jawapan cda senang saje..semua bagus, cumanya lagi bagus kalau diambil berdasarkan keperluan.Vitamin untuk mereka  mempunyai kulit yang bermasaalah (berjerawat & bernanah) tidaklah sama seperti jerawat yang disebabkan oleh hormon, terutama sekali semasa PMS :) hubungi cda, dan cda bantu anda memilih set kecantikan yang sesuai k <3


Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?



Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun.

Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan  vitamin C, E dengan selenium dan zink  yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.



Menarik bukan. Sebab tu lah sapa yang nak kulit cantik..amalkan >> Shaklee Vitamin C (sustained release 500mg).. Shaklee B complex (lengkap 8 jenis B) dan Shaklee Vitamin E (400 iu with selenium).. dan pilihan anda utk add on ESP dan shaklee Collagent powder untuk hasil yang supverb!

tidak tahu set yang mana ?
masih memilih set yang bersesuaian?

hubungi cda:
whatsApp: +6012 6084105 / +673 8115024 (untuk yang berada di Brunei)
FB: https://www.facebook.com/shayidasalmi1
fan page: https://www.facebook.com/pages/Onesupplement-Health-Beauty/266761800008108






Friday, 31 January 2014

VITAMIN ANTI JERAWAT

Risau bila jerawat tumbuh dari satu bahagian ke satu bahagian, apa saja krim semua dicuba, tapi   hasilnya...sama saja..atau semakin banyak!.Berdasarkan pengalaman cda baru-baru ni, jerawat tiba-tiba naik! tapi cda tahu ape puncanya....nak tahu sebab apa?
1- almaklum sibuk menjahit..habuk jangan cakaplah..dan pulak tu sedang menses..jadi tak solat dan berwudhu seperti lazimnya.
2- kurang minum air 
3- minum nescafe
4- skip ambil supplement 
5-tidur lewat malam...hampir setiap hari tidor jam 3-4 pagi...update blog|FB|etc....it's ok..ini pengorbanan namanya :) 

Rupa-rupanya, jerawat ni sangat berhubung rapat dengan diet harian, nutrient dan keadaan emosi. hihi dan tujuan cda buat post ni pun sebagai pengajaran buat diri sendiri. cda kongsikan 5 jenis Nutriet yang sangat diperlukan untuk kulit, supaya kulit sentiasa awet muda  & Glowing gitu.



1. Vitamin A
Vitamin sangat penting dalam mengeluarkan racun. Vitamin ini juga mampu menurunkan pengeluaran minyak dan melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal. 

Sumber  vitamin A terdapat pada sayuran, buah, telur, mentega, dan ikan laut.

2. Vitamin B2
Vitamin B2 penting untuk mengubati jerawat. Selain itu vitamin ini penting untuk memperbaiki struktur rambut, kuku dan kulit. 

Sumber vitamin B2 terdapat pada cendawan, bayam, susu, dan kekacang.

3. Vitamin B6
VItamin B6 adalah ubat yang bagus untuk jerawat. B6 membantu dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menghalang jangkitan. B6 ini juga dapat melawan bakteria pada kulit yang menyebabkan parut . 

Sumber Vitamin B6 terdapat pada  gandum, dan rempah-rempah.

4. Vitamin C
Vitamin C membantu membentuk kolagen dan menyingkirkan racun dari tubuh. Selain tu dapat memperbaiki sel kulit, mencegah jangkitan mencegah pengumpulan lemak, melindungi kerosakan sel. Maka tak hairan jika vitamin ni diperlukan untuk menghalang pertumbuhan jerawat.

Sumber vitamin C terdapat pada Brokoli, tomat, jeruk, lemon, kangkung adalah sumber vitamin C yang baik.

5. Vitamin E
Vitamin E melawan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin itu juga berperan penting sebagai vitamin anti penuaan . Dos yang tepat dari vitamin E dalam tubuh akan mencegah timbulnya jerawat. 

Sumber Vitamin ini terdapat pada zaitun, kacang hijau, tauge. 


"Cegah jerawat datang kembali dari dalam dan luar tubuh."



Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.