Showing posts with label penyusuan di bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label penyusuan di bulan puasa. Show all posts

Wednesday, 14 September 2011

cda berjaya menyusukan sepanjang bulan Ramadhan 1432 hijrah dengan jayanya...terima kasih Shaklee..


Ramadhan 1432 hijrah dahpun melabuhkan tirai,,juga cabaran penyusuan sepanjang bulan ramadhan juga telah berlalu..alhamdulillah,semuanya dipermudahkan dengan pengambilan supplement ngan betul2 serasi dengan Cda.
Hari pertama & kedua puasa…agak berdebar kerana membanyangkan itu dan ini..banyak ke tidak susu….adakah ia menjejaskan kuantiti dan kualiti susu itu sendiri….dan, jeng..jeng..jeng….susu tetap maintan..fuhh! syukur…..masuk minggu ke dua, ketiga…syukur stedy……dan jugak masuk akhir ramadhan membuat persiapan itu dan ini..balik kampong dari Brunei-Miri dan Kl…menguruskan anak..masih juga stedy..n paling best n bonus buat Cda cdapuasa penuh bulan ni…aha! Takda hutang!!
Bagaimana Cda boleh melalui ramadhan tahun ini lebih mudah? Pertamanya dengan Izin Nya..dan kedua adalah berpandukan tip2 yang cda peroleh daripada teman2 penyusuan yang masing2 memperjuangkan penyusuan sehingga semampunya…..

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam 
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Ingat..bukan lama diperam dalam cik B semakin banyak…
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air ß--terutamanya ketika bersahur n berbuka puasa/bersungkai..
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari. ß---If Cda, malam cda akan setiakan 1 botol air besar sebelah katil….ni kes malas berrjalan….

4. Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.<-----lagi best kalo dapat cium n peluk dia sebelum dan selepas menyusukan…
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7. 

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.<--cara ni paling best! Cda mula ddapat mengumpulkan stok dengan jayanya apabila cda mempraktikkan teknik ni..memang berkesa!

7. Teknik Marmet 
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...<--thumb up!!

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
Amatlah digalakkan.. Antaranya...disini


credit to MommaMia, beliau salah seorang dari puluhan jutaan ribu ibu menyusu diluar sana yg sedang berjuang di bulan penuh mulia ni juga buat kak cery yang sentiasa menyokong sepenuhnye penyusuan susu ibu n…..thaks kak!


Thursday, 30 June 2011

Kenapa Set B Shaklee (tambah susu) & Performance Drink


syukur rasanye cda dah mula ganti puasa....ada tinggal beberapa hari lagi tuk dilunaskan.....hutang tetap hutang..mesti dibayar.....sebelum berpuasa tu dah membayang kan macam2..takut kurang air atau keletihan lah...(biasalah bisikan yang bertanduk 2 ni...sentiasa membisikkan perkara yang tak baik) ape yang cda rasakan sepanjang cda menggantikan puasa tak lah sepeti bisikannye.....jadi,,ape yang perlu dikuatiri??takut pengeluran susu berkurangan??? penghasilan susu akan tetap sama...cuma dua tiga hari pertama berpuasa...normal lah badan nak adapt dgn situasi berpuasa...jadi apa mommies perlu buat?
  • Perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan biasa  ~ susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua/ tiga jam sekali … 
  • Tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari…..~Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu.. 
  • JANGAN GIVE UP ATAU jangan STRESS ~penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa..(kene kuat minda juga ni...fikir positif)
Mari baca apa yang saya baca di  blog fara ni (dipetik dari kosmo)

"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting "."Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu,FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. 

Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan."Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.

Dan sebab yang demikianlah saya  amat menggalakkan pengambilan Trial Pack Set B dan juga Performance Drink.

Kenapa Performance Drink? Ianya minuman berglukos yang mengandungi formula opticarb iaitu membantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa, memastikan kandungan gula dalam darah  dan bendalir dalam badan adalah seimbang. Ia membantu si ibu tidak dahaga sepanjang seharian berpuasa.


Perancangan awal elakkan susu ibu kurang semasa berpuasa

Perancangan awal elakkan susu ibu kurang semasa berpuasa.


Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan diinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!
Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa danmemberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuas, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?
Let’s say,
  1. anda kini dah ade stok sebanyak 20 Oz dalam Freezer
  2. jumlah pengeluaran susu yang di pam ialah 17 Oz sebelum bulan puasa (kecuali hari minggu sebab boleh direct feeding sepanjang hari)
  3. bayi kesayangan anda cuma minum 15 Oz saja sehari (bekalan ke Taska waktu anda bekerja)
  4. jumlah pengeluaran susu yang di pam di bulan puasa nanti jatuh kepada 9 Oz sehari
Jika situasi anda sama seperti di atas, carta berikut menunjukkan bekalan susu yang boleh anda jangka,Yup, by 2nd weeks of Ramadhan, bekalan susu habis. Time ni kalau tak cukup susu, bayi boleh melalak kelaparan; terutamanya kalau anak lelaki.
So, apa nak kena buat?
Mula banyakkan susu dari sekarang, jangan tunggu last minute atau yakin tak tentu hala. Dengan hanya meningkatkan pengeluaran susu yang di pam (untuk bekalan anak ke Nurseryatau Taska) daripada 17 Oz kepada 20 Oz sehari (Ya, Cuma 3 Oz saja), bekalan susu anda dah cukup nak cover sampai akhir ramadhan. Tak caya tengok carta di bawah,

Kedua-dua kes di atas ni tak ambil kira kalau bayi atau nak kecil anda minum makin banyak & anda pun tak outstation ke mana-mana sehingga terpaksa menyediakan stock 2-3x ganda daripada biasa. Jika anda jangkakan kedua-dua perkara di atas bakal berlaku, saya nasihatkan cuba ikhtiarkan sesuatu sehingga boleh menambahkan pengeluaran susu sebanyak 25 Oz sehari sebelum masuk bulan puasa.

Jika anda Berjaya menghasilkan 25 Oz susu sehari mulai sekarang sebelum masuk bulan puasa, anda bakal menyimpan stok susu sebanyak 100 Oz menjelang Syawal! Dengan jumlah sebegini, anda tak perlu lagi risau kalau tiba-tiba bos suruh outstation kerana urusan pejabat.
Macam mana nak banyakkan susu cara yang paling selamat?
Cubalah menggunakan produk semulajadi seperti Shaklee. So far, Set B (vitamin untuk ibu menyusu) yang paling berkesan. Selain boleh meningkatkan susu badan (jika anda mengikut nasihat & pesanan yang diberikan nanti), banyak juga yang gemar menggunakannya sebab badan tidak lagi lesu seperti dulu walaupun seharian bekerja.


credit : mommy lyna
semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan buat semua mommies yang menyusukan...untuk membuat pesanan bagi warga Brunei n sedara mara n sahabat handai di semenanjung sila text cda di +6738115024 / shayida_82@yahoo.com