Showing posts with label zink. Show all posts
Showing posts with label zink. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

KESAN JIKA VITAMIN C DAN VITAMIN E DIAMBIL BERSAMA

14-09-2014 jam 10.24, masa untuk cda update blog cda, ada beberapa client cda tanya, cda...banyaknya set kecantikan kulit shaklee..mana satu yang paling bagus? jawapan cda senang saje..semua bagus, cumanya lagi bagus kalau diambil berdasarkan keperluan.Vitamin untuk mereka  mempunyai kulit yang bermasaalah (berjerawat & bernanah) tidaklah sama seperti jerawat yang disebabkan oleh hormon, terutama sekali semasa PMS :) hubungi cda, dan cda bantu anda memilih set kecantikan yang sesuai k <3


Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?



Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun.

Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan  vitamin C, E dengan selenium dan zink  yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.



Menarik bukan. Sebab tu lah sapa yang nak kulit cantik..amalkan >> Shaklee Vitamin C (sustained release 500mg).. Shaklee B complex (lengkap 8 jenis B) dan Shaklee Vitamin E (400 iu with selenium).. dan pilihan anda utk add on ESP dan shaklee Collagent powder untuk hasil yang supverb!

tidak tahu set yang mana ?
masih memilih set yang bersesuaian?

hubungi cda:
whatsApp: +6012 6084105 / +673 8115024 (untuk yang berada di Brunei)
FB: https://www.facebook.com/shayidasalmi1
fan page: https://www.facebook.com/pages/Onesupplement-Health-Beauty/266761800008108






Monday, 9 September 2013

Zink Complex Shaklee



Zinc dikatakan bertanggungjawab serta terlibat di dalam melebihi 100 proses enzim badan. Enzim ialah kimia-kimia penting yang menjadikan asas kepada fungsi-fungsi tubuh badan. Enzim membantu mengawalselia (regulate) semua proses –proses biokimia badan. Umpamanya enzim berkerja dengan sel darah merah untuk memindahkan carbon dioxide dari tisu-tisu ke paru-paru, proses pengeluaran tenaga dan Synthesis Protein (pembinaan protein) dan metabolisma.
Zinc sangat penting dari pertumbuhan sel sehingga ‘sex maturation’, membantu mengukuhkan system pertahanan badan dan membantu dalam deria rasa dan bau ( taste & smell)

Apabila system pertahanan kuat ia membantu mencegah batuk (colds), selsema(flu), sakit mata (conjunctivitis), rheumatoid arthritis, lupus (sejenis sakit kulit), fibromyalgia, sclerosis, AIDS...

Zinc juga memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif dan yang nyata zinc membantu pengeluaran insulin – sangat berguna bagi pengidap kencing manis

Berkesan untuk kebanyakan sistem badan. Ia berguna untuk pengeluaran tenaga – B6 diperlukan untuk proses pengeluaran tenaga dari makanan. Zinc membantu merawat acne – jerawat/jeragat, kebakaran kulit (burns), eczema, psoriasis (sakit kulit – bersisik), kekuatan rambut, scalp, penglihatan (vision loss people over 50 years), tinnitus (ringing in the ear), osteoporosis ( kekuatan tulang), haemorrhoids, ulcers dan juga inflammatory bowel disease


TANDA-TANDA KEKURANGAN ZINK
  • deria rasa dan bau hilang atau berkurangan
  • terdapat tanda putih di bahagian kuku jari
  • kurang selera /tidak boleh mengawal selera
  • muka kelihatan pucat
  • ketidaksuburan atau mandul
  • mudah / sering di serang infansi
  • kulit bermasalah (jerawat/jeragat/jangkitan kulit)
  • keguguran rambut




ZINK BOLEH MUSNAH DISEBABKAN OLEH

  • Stress
  • merokok
  • peminum
  • berpeluh yang banyak
  • kekerapan seks



KEKURANGAN ZINK AKAN MENYEBABKAN:
  • penyembuhan luka menjadi lambat.
  • kehilangan deria rasa dan bau. kesan ini akan mempengaruhi pola makan dan minum pengidap dan akhirnya selera makannya akan hilang (aneroxia) dan bulimia.
  • antara penyebab kemandulan/sukar mendapatkan zuriat.
  • boleh mengakibatkan ruam
  • pembesaran yang kurang normal (kerdil)
  • rambut mudah gugur
  • masalah hati
  • penyakit usus




SIAPA YANG MEMERLUKAN ZINK?

  • pada hakikatnya semua orang terutamanya kanak-kanak yang memebsar.
  • mereka yang berumur lebih 55 tahun
  • ahli sukan
  • orang yang diet
  • perempuan mengandung
  • ibu menyusu
  • mengamalkan pil perancang
  • mereka yang menghadapi stress yang berpanjangan
  • bekerja di tempat panas dan yang menyebabkan sentiasa berpeluh.




SUMBER ZINC


Kita boleh memperolehi zinc daripada daging – kambing juga lembu, oyster, ikan haruan, kuning telur, makanan tenusu ( Dairy Products), kekacang, gandum hitam dan juga bijiran seperti oats. Bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk mengambilnya dari sumber asli boleh mendapatkannya dalam bentuk tablet.


SANGAT MENARIK!
Zink Complex juga mampu  membantu meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan. Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, kanak-kanak yang diberikan zink 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10-12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak mendapat suplemen zink. Malah, kekurangan zink juga mampu menggangu tumbesaran dan perkembangan badan






Monday, 11 March 2013

4 CARA MENAMBAH KESUBURAN ISTERI



Suka untuk saya memetik kata-kata dari seorang doktor pakar puan seperti Dr. Hamid Arshat. Apa yang beliau nasihat kepada setiap pasangan yang telah lama berusaha untuk mendapat zuriat.

“ Beliau mencadangkan agar setiap pasangan yang baru selesai mendapat rawatan seperti pembedahan untuk membuang cyst, mengambil masa untuk berdoa serta berusaha untuk kuruskan badan, di samping mengambil supplemen seperti multivitamin, Vitamin E, C dan asid folik, serta setiap rawatan memerlukan 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanannya.”

Supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk anda yang sudah lama inginkan zuriat, antaranya
-zink
-Alfalfa
-Vita E
-B.complex



Pasangan yang subur mempunyai peluang tinggi untuk mempunyai anak. Pasangan dikatakan tidak subur apabila setelah setahun usia perkahwinan, isteri masih belum juga hamil walaupun tidak menggunakan pencegah kehamilan

Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh suami atau isteri atau kedua-duanya. Namun, dalam artikel ini saya akan memberi tumpuan kepada cara menambahkan kesuburan isteri.

1. Jaga Berat Badan
Terlalu gemuk / kurus boleh menyebabkan gangguan proses ovulasi. Menurut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur. Wanita kurus atau kegemukan yang kitaran haidnya tidak teratur boleh menjadi lebih teratur dan subur dengan memperbaiki berat badan.

2. Pilih Makanan Organik
Pelbagai kajian menunjukkan pengaruh negatif racun serangga dan racun perosak terhadap hormon progesteron. Progesteron adalah hormon yang berfungsi menumbuhkan dan mematangkan sel telur serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesteron, tidak mungkin terjadi kehamilan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa buaya wanita yang hidup di rawa yang tercemar DDT mempunyai bentuk telur yang rosak dan bermutasi. Walaupun DDT telah dilarang di Malaysia, buah-buahan import yang kini membanjiri pasaran mungkin mengandungi DDT yang berbahaya tersebut. Sejenis estrogen yang disebut xenoestrogen juga terdapat pada beberapa pestisida dan dapat mengganggu keseimbangan hormon wanita.

3. Perbaiki Pola Makan
Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormonal. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin dan mineral serta biji-bijan yang mengandungi lemak penting seperti soya, tauge dan kacang tanah.

Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemaknya. Makanan yang tidak seimbang, contohnya terlalu banyak lemak, akan mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

4. Kurangkan Stress
Kurangkan beban fikiran yang menimbulkan stress dengan memperbanyakkan rekreasi, rehat dan bersenam. Stress boleh membuat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh sehingga menyukarkan ovulasi.


untuk info lanjut boleh klik disini



Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 



Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Tuesday, 5 March 2013

Supplemen Untuk Lelaki sihat dan bertenaga



Lelaki juga memerlukan suplemen seperti wanita. Mereka tidak terkecuali menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Selain daripada itu masalah kesihatan khusus lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat turut menghantui para lelaki di Malaysia. Jadi pencegahan seharusnya dimulai sebelum mereka lebih berisiko menghadapi penyakit-penyakit yang tidak diingini ini.

Shaklee menawarkan suplemen untuk membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki iaitu :

>Zinc Complex
>>Vita E Complex
>>>Omega Guard


Ketiga-tiga suplemen ini  secara keseluruhannya memberi kebaikan seperti :
Memelihara kesihatan prostat
>Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
>Memelihara jantung yang sihat
>Membantu mengekalkan tekanan darah normal
>Mengawal tahap kolesterol yang sihat


Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.
Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc.
Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.
Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan sebagainya.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat.
satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.

Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular.
Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.
Kesimpulannya, jika anda seorang lelaki yang mementingkan kesihatan, bermulalah dari sekarang untuk mengamalkan pengambilan ketiga-tiga suplemen ini untuk memcegah anda daripada di jangkiti penyakit-penyakit yang tidak diingini.



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Thursday, 14 February 2013

Set Kesuburan Shaklee (Isteri & Suami)



Gaya hidup sihat, pemakanan atau diet seharian kita memang penting bagi memastikan tubuh badan kita kekal sihat. Namun apabila kita melihat sekarang, gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan memaksa kita dengan kata lain kita disarankan wajib mengambil supplement seharian.Dalam kes kesuburan, dengan izin Allah .Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri yang belum mendapat cahaya mata adalah:
1. Vita-lea Iron Formula- untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, di mana penting dalam pengangkutan oksigen dalam sel darah merah.. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

2. B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).

3. Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.

4. ESP (Protein) – Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma. Juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.

5. Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
6. Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zinc digunakan juga untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.
7. Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

9. Ostematrix- Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.

10. Omega Guard- Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.
Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 – Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplement adalah sebahagian dari usaha sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.
Sebarang persoalan dan pertanyaan, boleh hubungi saya dengan segera. InsyaAllah saya akan bantu anda & syorkan yg mane terbaik untuk masalah & keperluan anda..tidak perlu ambil kesemua supplemen ni..Pengambilan bergantung kepada keperluan dan diet seharia anda..



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 13 February 2012

17 kebaikan Zink

17 Kebaikan Zink sebagai Nutrien Kritikal Tubuh
Jarang sekali kita peroleh sebarang infomasi berkenaan Zink ni…secara ringkasnya zink adalah  Mineral penting yang ditemui hampir di setiap sel, zink diperlukan untuk enzim yang mengawal pembahagian sel, tumbesaran, penyembuhan luka, dan fungsi sistem kekebalan tubuh. Zink juga berperanan dalam deria rasa dan bau, dan menyokong tumbesaran yang normal
Seperti cda juga mengambil Zink sebagai supplement harian cda memandangkan cda adalah salah seorang dari ribuan breasfeed mother yang memerlukan zink dan juga dengan pengambilan zink yang mencukupi, ia membantu cda menangani masalah rambut gugur yang lazimya dialami oleh mommies selepas melahirkan anak juga breasfeed mommies
Dan  disini terdapat 17 kepentingan Zink perlu kita ketahui :

1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. 

2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

3. Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

7. Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

8. Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
9. Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

10. Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

11. Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

12. Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

13. Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

14. Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  
15. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. 

16. Kehilangan jisim tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata..

Senarai makanan yang mengandungi tinggi kandungan Zink

Makanan
Kandungan Zink mg/100g
Hati, ginjal (lembu,ayam)
4.2 - 6.1
Daging (lembu, khinzir)
2.9 - 4.7
Ayam, daging
1.8 - 3.0
Makanan laut
0.5 - 5.2
Telur(ayam, itik)
1.1 - 1.4
Hasil tenusu (susu, keju)
0.4 - 3.1
Bijirin
2.9 - 7.8
Kekacang
1.0 - 2.0
Bijirin Penuh
0.5 - 3.2
Bijirin Halus
0.4 - 0.8
Roti (gandum, ragi)
0.9
Tapai
0.7
Ubi-ubian
0.3 - 0.5
Sayur-sayuran
0.1 - 0.8
Buah-buahan
0 - 0.2



Pengambilan Zink yang diperlukan: 

Birth to 6 months : 2 mg
Infants 7–12 months : 3 mg
Children 1–3 years : 3 mg
Children 4–8 years : 5 mg
Children 9–13 years : 8 mg
Teens 14–18 years (boys) : 11 mg
Teens 14–18 years (girls) : 9 mg
Adults (men) : 11 mg
Adults (women) : 8 mg
Pregnant teens :12 mg
Pregnant women : 11 mg
Breastfeeding teens : 13 mg
Breastfeeding women : 12 mg <------- keperluan Zink saya :) 

Supplement Zink kegemaran saya? mestilah SHAKLEE :)


Nutrition Fact: Sebiji zinc shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan




Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease