Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts

Tuesday, 8 October 2013

KOLAGEN TERBAIK DARI SISIK IKAN MERAH



ISTILAH COLLAGEN
Kolagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Keberadaankolagen adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Kolagen adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Katakolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).


PERANAN COLLAGEN
Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.


KOLAGEN DAN KERATIN
Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.


HALAL
Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).
Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagentersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.


APAKAH PILIHAN KOLAGEN TERBAIK?


Collagen Powder
 
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


* Berat molekul diukur dalam unit Dalton


BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SHAKLEE COLLAGENT?

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

SHAKLEE COLLAGENT POWDER: COLLAGEN LENGKAP & BERKESAN UNTUK KULIT YANG AWET MUDA



Jika Vitamin E shaklee dilengkapi dengan seleniun untuk mengoptimumkan keberkesanan vitamin E, sudah tentu Shaklee collagent juga.

Shaklee collagent dibuat bukan saja untuk merangsang Collagen kulit supaya "Anjal" dan kulit "Awet Muda" malah ia dilengkapi dengan 7 bahan lain supaya collagen yang diambil SUPER DUPER BERKESAN !

Tidak percaya??

INI JAMINAN SHAKLEE COLLAGENT SHAKLEE

<<Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu >>

Jadi..jangan bandingkan Colagen Shaklee dengan colagen dari jenama lain k. kualiti, keberkesanan Shaklee telah teruji 


7 BAHAN YANG MEMBANTU MENGOPTIMUMKAN KEBERKESANAN COLAGEN SHAKLEE


1- Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal 

2- Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata 

3- Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen 

4- Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan 

5- Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga, 

6- Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas. 

7- Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.



Hem..masih berfikir-fikir lagi ?

tak mengapa..masih ada masa untuk memiliki Shaklee Collagen Powder.
promosi akan berakhir 31-10-2013


Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 21 April 2013

GEMPAR! Rumpai Laut tidak mengandungi kolagen??


Sebahagian iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’. Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi kolagen?

Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang sebagai contoh:
Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Ia menjadikan ikan merah sumber kolagen yang baik
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah


 Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.

Bahan penting

Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.
Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti.

Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.
Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. 

Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.
Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih kurang 35 miligram vitamin C.

Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu melampau

Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.

Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.
Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!

Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen. Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda?

Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

Berdasarkan kandungan tertinggi protein yang terdapat dalam rumpai laut Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian para penyelidik Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4 peratus (pada Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan hanya 11 gram terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan (berdasarkan 100 gram rumpai laut kering).

Maksudnya, hanya 0.367 gram protein yang diambil melalui gel rumpai laut setiap hari! Jumlah pengambilan harian protein yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram (bergantung kepada umru dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh seseorang. Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka mereka perlu ambil antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari!

Pelbagai produk protein

Dalam usus kecil setiap jenis protein termasuk kolagen dan gelatin yang sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan diurai kepada asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein yang akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen kolagen membantu membina kolagen baru.

Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan digabungkan bagi membentuk jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain untuk dijadikan enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan saintis mengenal pasti sesuatu jenis sel) pintu laluan mineral (terletak pada membran sel) dan kolagen.

tiada kajian yang terperinci membuktikan terdapatnya kolagen
terkandung di dalam rumpai air
Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan harian rumpai laut tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil dari sumber-sumber makanan lain. Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana kandungan polifenol, zink dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.

Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C, alfatocopherol, omega-3, pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang sifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya stres oksidatif (berpunca dari serangan radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai jenis enzim dan komponen sel.

Magnesium membantu mengawal hormon termasuk keseimbangan estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta fitokimiafitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen.

Selenium dan iodin bertanggungjawab membina hormon tiroksin yang berfungsi mengawal metabolisme. Fiber pula membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi antara 2,000-3,000 gram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids dipercayai membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih sempurna.

KOLAGENT BUKAN SEKADAR KOSMETIK



Petang minggu yang indah, duduk didepan PC dan anak-anak masih lena tidor, inilah peluang yang ada untuk update blog, sambil reply inbox yang bertanyakan produk Shaklee, Cda Enjoy! Dengan apa yang Cda lakukan sekarang ni...

Kelmarin ke  Miri sempat juga beli Majalah feveret Cda, Majalah MIDI.  “Aspirasi wanita 40an”. Aik! Umur “baru” masuk 30 tahun tapi kenapa dah advance ke 40 tahun?? Hehehe, bukan apa...majalah ni banyak info-info kesihatan wanita Khususnya. Bagaimana hendak merapikan diri, tips kesihatan dan hubungan suami isteri. Best! Anda juga mesti miliki..lagi-lagi jika anda kan hampir 40an bilamana muka kurang anjal, sakit-sakit sendi dan mudah letih.
Cda nak tanya, rasa-rasanya adakah sakit-sakit sendi, muka tidak tegang n mula berkedut, tidak berseri ada kaitannya dengan pengurangan KOLAGENT DALAM BADAN?


Jom baca Artikel yang cda dapat dari majalah Feveret cda ni :


Penagmbilan kolagen bukan sahaja dapat  membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita
Kini kolagen bukan saja digunakan untuk melembapkan kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.
Oleh sebab kolagen membentuk 75% daripada kulit badan, kehhadiran kolagen amat penting dalam membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Susutan kolagen yang melembapkan pembentukannyya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantu proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya kulit kelihatan kurang berseri dan tidak bermaya
Kini para fanatik kecantikan terutamanya, sedar akan penggunaan kolagen mampu menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah kelihatan muda. Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen juga mampu mengukuh dan meningkatkan keanjala kulit tanpa perlu  menjalankan pembedahan face lift.
Selain itu dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badn yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisin sel kulit dan menggalakkan pemulihan yang cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat
Hasil klinik Perubatan Universiti Wurzburg di jerman pada tahun 1995 menunjukkan penggunaan jangkamasa panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Artritis Universiti Cleveland dan President Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan abukti  selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoarthritis.
Penyelidikannya juga menunjukkan kolagent mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang mengidapi osteoarthritis
Sesetengah kajian bebas dari jerman dan Czechoslovatika turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat Arthritis

Mukasurat 28|MIDI 15 April 2013:


Jadi apa yang cda dapat simpulkan, keberkesanan kolagen ini bukan hany auntuk kecantikan atau awet muda semata-mata, malah ia mampu memberiokan kesihatan secara menyeluruh memandangkan badan kite senditi terdapat 70% kolagen. Jadi, ambil manfaat daripada khasiat collagent ini untuk tampil lebih cantik dan sebagai bonus mendapat kesihatan sendi, rambut dan kulit yang sihat. Best kan?

Jadi apakah kolagen yang sesuai untuk anda??
  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.


Selamat| Semulajadi Berkesan

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN COLLAGENT SHAKLEE ?
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WEB: myonesupplement.comhttp://myonesupplement.com/
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Monday, 10 December 2012

My shaklee & Sport Day

Coretan cerita c-da sepanjang 

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA INSTITUSI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL SENEGARA
38-29 NOVEMBER 2012
STADIUM BALAPAN, BRUNEI

Alhamdulillah, dapat jugak post gambar Athletes SVSB ni..28-29 November lepas telah berlangsungnya sukan diantara Institusi teknikal di Brunei ni..tahniah, buat Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB) kerana menjadi Tuan rumah dan mendapat tempat NO 1 diantara 7 Institusi yang terlibat...kunci kejayaan SVSB adalah terletak kepada kerjasama dan kesungguhan dikalangan staff (AJK) dan peserta yang hebat-hebat...termasuklah Cda..hahaha perasan! tapi ok lah tu.cda penyumbang medal terbanyak tau!
MEREKA CUKUP PASSION untuk menjadi JUARA



PENCAPAIAN CDA (duta SHAKLEE)
- 3 GOLD : 4X100, LONG JUMP, 400M
-3 SILVER : 100M, 800M & 4X400M 


SUPPLEMENT  CDA

1)Performance Drink : minuman isotonik untuk kekal bertenaga dan mengelak kaki dari Cramp 
2)Herbal blend: untuk sapu di kaki 
3) AJHT tablet : untuk masalah sendi <-- sebelum sport day ni cda ada masalah kaki pada bahagian lutut..sakit sangat...selepas 3 hari makan..tak perasan hilang sakit tu...




cda suke bersukan..dari sekolah rendah lagi..kalau boleh semua acara nak masuk...tapi tu dulu lah....ni sekarang dah anak 2 ni terasa lari menganggkut lemak rasanya..heheheh..sepanjang sesi latihan dan persediaan pertandingan ni memang banyak cda berlari..berjoging di sekitar OGDC atau di Stadium AAC..

MUKA HITAM??? macam "UDANG PANGGAG" ??

itu dah mestilah.....tapi apa nak takut..cda ada Shaklee Collagent untuk putih kembali sebagai buktinya gambar dibawah ni...



gambar yang pegang medal tu baru saja selesai ambil 2 pingat dari 6 pingat yang cda dapat...panas gila! n gambar no 2 atas, sehari selepas majlis selesai n malamnya cda ambil 1 sacket collagent. cda teruskan pengambilan collagent sehingga hari ke 5 n cda snap gambar....sejujurnya, cda langsung tak pakai bedak pun...

cda katakan pengambilan Collagent n supplement kulit (Vitamin E, C n B.complex)  ni banyak sangat membantu cda untuk mendapatkan kulit yang sihat. kalau sebelum ni....selepas saja acara sukan atau cda berjemur dibawah panas matahari Confirm muka menggelupas / peeling n hitamnya ya ampun....lambat nak pulih+ berjerawat!

muka bertambah cantik tu...sama saja..tidaklah lepas ambil collagent jadi muka siti Nurhaliza kot..tapi yang cda nak tekankan kat sini....cantik adalah bersifat subjektif, sesiapa cantik...tapi kulit sihat?? tak semua orang memiliki kulit yang sihat kan? 


Akhir kata......
i love shaklee like i love my health
i love PD 
i Love AJHT 

sayalah DUTA Produk SHAKLEE :)

hubungi cda untuk mendapatkan Supplement Shaklee K 
..hahaha

This is My Passions

Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.