Monday, 11 March 2013

4 CARA MENAMBAH KESUBURAN ISTERI



Suka untuk saya memetik kata-kata dari seorang doktor pakar puan seperti Dr. Hamid Arshat. Apa yang beliau nasihat kepada setiap pasangan yang telah lama berusaha untuk mendapat zuriat.

“ Beliau mencadangkan agar setiap pasangan yang baru selesai mendapat rawatan seperti pembedahan untuk membuang cyst, mengambil masa untuk berdoa serta berusaha untuk kuruskan badan, di samping mengambil supplemen seperti multivitamin, Vitamin E, C dan asid folik, serta setiap rawatan memerlukan 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanannya.”

Supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk anda yang sudah lama inginkan zuriat, antaranya
-zink
-Alfalfa
-Vita E
-B.complex



Pasangan yang subur mempunyai peluang tinggi untuk mempunyai anak. Pasangan dikatakan tidak subur apabila setelah setahun usia perkahwinan, isteri masih belum juga hamil walaupun tidak menggunakan pencegah kehamilan

Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh suami atau isteri atau kedua-duanya. Namun, dalam artikel ini saya akan memberi tumpuan kepada cara menambahkan kesuburan isteri.

1. Jaga Berat Badan
Terlalu gemuk / kurus boleh menyebabkan gangguan proses ovulasi. Menurut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus agar dapat ovulasi secara teratur. Wanita kurus atau kegemukan yang kitaran haidnya tidak teratur boleh menjadi lebih teratur dan subur dengan memperbaiki berat badan.

2. Pilih Makanan Organik
Pelbagai kajian menunjukkan pengaruh negatif racun serangga dan racun perosak terhadap hormon progesteron. Progesteron adalah hormon yang berfungsi menumbuhkan dan mematangkan sel telur serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesteron, tidak mungkin terjadi kehamilan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa buaya wanita yang hidup di rawa yang tercemar DDT mempunyai bentuk telur yang rosak dan bermutasi. Walaupun DDT telah dilarang di Malaysia, buah-buahan import yang kini membanjiri pasaran mungkin mengandungi DDT yang berbahaya tersebut. Sejenis estrogen yang disebut xenoestrogen juga terdapat pada beberapa pestisida dan dapat mengganggu keseimbangan hormon wanita.

3. Perbaiki Pola Makan
Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B kompleks (terutama B6) sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan kerja hormonal. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin dan mineral serta biji-bijan yang mengandungi lemak penting seperti soya, tauge dan kacang tanah.

Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemaknya. Makanan yang tidak seimbang, contohnya terlalu banyak lemak, akan mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

4. Kurangkan Stress
Kurangkan beban fikiran yang menimbulkan stress dengan memperbanyakkan rekreasi, rehat dan bersenam. Stress boleh membuat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh sehingga menyukarkan ovulasi.


untuk info lanjut boleh klik disini



Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 



Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...