Wednesday, 14 September 2011

cda berjaya menyusukan sepanjang bulan Ramadhan 1432 hijrah dengan jayanya...terima kasih Shaklee..


Ramadhan 1432 hijrah dahpun melabuhkan tirai,,juga cabaran penyusuan sepanjang bulan ramadhan juga telah berlalu..alhamdulillah,semuanya dipermudahkan dengan pengambilan supplement ngan betul2 serasi dengan Cda.
Hari pertama & kedua puasa…agak berdebar kerana membanyangkan itu dan ini..banyak ke tidak susu….adakah ia menjejaskan kuantiti dan kualiti susu itu sendiri….dan, jeng..jeng..jeng….susu tetap maintan..fuhh! syukur…..masuk minggu ke dua, ketiga…syukur stedy……dan jugak masuk akhir ramadhan membuat persiapan itu dan ini..balik kampong dari Brunei-Miri dan Kl…menguruskan anak..masih juga stedy..n paling best n bonus buat Cda cdapuasa penuh bulan ni…aha! Takda hutang!!
Bagaimana Cda boleh melalui ramadhan tahun ini lebih mudah? Pertamanya dengan Izin Nya..dan kedua adalah berpandukan tip2 yang cda peroleh daripada teman2 penyusuan yang masing2 memperjuangkan penyusuan sehingga semampunya…..

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam 
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Ingat..bukan lama diperam dalam cik B semakin banyak…
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air ß--terutamanya ketika bersahur n berbuka puasa/bersungkai..
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari. ß---If Cda, malam cda akan setiakan 1 botol air besar sebelah katil….ni kes malas berrjalan….

4. Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.<-----lagi best kalo dapat cium n peluk dia sebelum dan selepas menyusukan…
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7. 

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.<--cara ni paling best! Cda mula ddapat mengumpulkan stok dengan jayanya apabila cda mempraktikkan teknik ni..memang berkesa!

7. Teknik Marmet 
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...<--thumb up!!

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
Amatlah digalakkan.. Antaranya...disini


credit to MommaMia, beliau salah seorang dari puluhan jutaan ribu ibu menyusu diluar sana yg sedang berjuang di bulan penuh mulia ni juga buat kak cery yang sentiasa menyokong sepenuhnye penyusuan susu ibu n…..thaks kak!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...