Wednesday, 14 December 2011

Cyst tak jadi dibedah selepas makan Shaklee

Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin?Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
FAEDAH
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.
SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan
credit to mommyicha

Tips dari genkimomma : Saya ambil sebiji GLA Complex sebelum tidur, kerana ia dipercayai dapat membantu memecahkan lemak tatkala kita sedang tidur.... (menarik ni..banyak dah lemak kat perut ni..)








Cyst tak jadi dibedah selepas makan Shaklee
Assalammu'alaikum semua...hari ini saya nak cerita pengalaman saya...apa yg berlaku pada saya sendiri....
________________________
Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
" An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia "
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...
Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...
so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...
Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya... 
                                    scan_cyst_01_800x613
Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...
Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.
Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.
Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.
                                  scan_cyst_02_800x613
Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut
Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...
                               scan_cyst_03_800x613
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

2) Memakai Pad Herba Avail
3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:
      " Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."
- Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari
Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....


Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Tuesday, 13 December 2011

Testimoni Set C

Testimoni Shima Samat menggunakan Set Bersalin Shaklee:

Alhamdulillah..semakin ramai mommies diluar sana yang memilih produk shaklee selama berpantang...didalam set ini mengandungi semua khasiat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh untuk recover dari bersalin, mempercepatkan penyembuhan luka dalaman semasa bersalin, memberti tenaga untuk mengurus anak juga membekalkan khasiat tambahan semasa proses penyusuan. Ini adalah pilihan yang terbaik buat mommies yang tidak dapat mengambil sebarang jamu semasa berpantang, dan buat mommies yang mengambil jamu juga masih boleh mendapat khasiat tambahan ini dengan menjarakkan tempoh pengambilan jamu dan supplement.


Apa kata mereka yang telah memilih set berpantang Shaklee?


"Badan sangat selesa. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah. Sekali pump boleh dpt 14 oz. 1 hari boleh simpan 24oz. Deep frezer dah nak penuh walaupun br 29 hari."
________________________________________________________________________
"Memang mcm bkn dlm pantang. Saya ni jaga diri sendiri, baby, ank2 n hubby. Blk dr hospital hari ketiga dah masak sendiri. Mengemas rumah sendiri. Alhamdulillah."

ada seorang costumer yang baru bersalin Selasa lepas mulai rasa bengkak susu. Pada mulanya dia tidak yakin untuk menyusukan kerana masalah puting tenggelam (anak pertama gagal kerana masalah puting) dan ia mahu mencuba kali ke-2. Saranan saya ialah mengepam atau menggunakan picagari 10ml untuk keluarkan puting. Men...gepam untuk keluarkan puting, bukannya untuk keluarkan susu. Mulut bayi adalah 'pam' terbaik untuk penghasilan susu. Saya juga menyarankan ibu ini mengambil set A dan ESP untuk percepatkan penghasilan susu dah Alhamdulillah hari ke-3 beliau merasakan payudara sangat bengkak. 
_________________________________________________________________

NOTA: Protein membantu percepatkan penghasilan susu. Vitamin B, C dan Vita-Lea untuk kesihatan si ibu yg mana semasa berpantang ibu mudah stress, keletihan, mudah alami kemurungan dan sebagainya. Saya tidak menyatakan directly bahawa ambil suplemen payudara akan bengkakTETAPI saya menekankan konsep ASAS perbanyakkan susu adalah kekerapan direct feeding dan pam mengikut jadual
Bottom of Form



Apakah yang terkandung dalam set C atau set Bersalin sebenarnya?
 Set berpantang ini mengandungi 4 jenis vitamin iaitu

1-Vitalea with iron formula
2-Vitamin C 500mg sustained release.
3-B complex with Folic Acid
4-Zinc


Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Masih berfikir-fikir mahu set bersalin yang mana? Anda boleh PM saya untuk ketahui lebih lanjut tentang Set Bersalin ini. Harganya? Tentulah setanding dengan hasilnya.

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Monday, 12 December 2011

Lelaki dan kesuburan

 LELAKI PUNCA TIDAK SUBUR 
Berbincang mengenai masalah kesuburan, ramai menganggapnya sebagai masalah wanita, sedangkan realitinya hampir 50% masalah membabitkan lelaki, walaupun rata-rata cuba menafikan hakikat ini.
Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.
Berdasarkan kajian, masalah kesuburan boleh dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki saja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15 peratus lagi pasangan didapati normal.
Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah di kalangan pasangan yang tiada anak.
Ironinya, lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani, sedangkan si isteri terpaksa melalui beberapa pemeriksaan iaitu ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi bagi memastikan rahim dan saluran tiub fallopia tidak bermasalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.
Tembok Keegoan
Malangnya, tidak ramai lelaki sanggup merendahkan tembok keegoan kerana bimbang jika disahkan masalah kesuburan berpunca daripada mereka, ia boleh dianggap mencalarkan harga diri.
Namun, anggapan lapuk ini perlu diketepikan kerana lebih cepat mereka menjalani pemeriksaan, iaitu selepas setahun berkahwin dan kerap mengadakan hubungan kelamin tetapi masih tiada anak, terutama di kalangan pasangan berusia, masalah lebih mudah diselesaikan.

KATEGORI KETIDAKSUBURAN 
Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:
1.Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.
Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.
2.Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.
Air mani tidak dapat dikeluarkan,- sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.
3.Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.
4.Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.
5.Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.
6.Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.
7.Senaman keterlaluan – seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.
8.Tekanan,- terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.
9.Obesiti — kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.
10.Pengambilan dadah,- alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.
Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.
11.Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.
Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.
Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu lelaki yang perlu menjalani rawatan ini dinasihatkan supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.
Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.
Segera Mendapatkan Rawatan.
Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.
Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.
Terdapat banyak kaedah moden boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama. Antara teknik yang biasa digunakan ialah persenyawaan dalam rahim (IUI, sperma terbaik akan dipilih dan dimasukkan ke dalam rahim isteri untuk persenyawaan) yang sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).
Jika tidak berjaya, pasangan boleh beralih kepada teknik IVF (persenyawaan luar rahim, embrio akan disuntik ke dalam rahim isteri). Namun, pasangan berumur disarankan supaya terus menggunakan kaedah ini.
Kaedah terbaru adalah suntikan sperma Intra-sitoplasmik (ICSI) iaitu teknik persenyawaan secara mikromanipulasi atau bantuan di mana sperma akan disuntik ke dalam telur di bawah mikroskop supaya tersenyawa menjadi embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim.
Jika anda mengalami masalah kesuburan, jangan malu kerana anda bukan bersendirian. Lebih baik menjalani pemeriksaan saintifik (rawatan moden) untuk mencari puncanya. Namun, jangan berharap boleh berlaku perubahan mendadak selepas menjalani rawatan kerana sperma mengambil masa lama untuk dihasilkan.
Sehingga kini tiada kaedah boleh membantu memulihkan keadaan sepenuhnya atau mencapai tahap normal, tetapi jangan cepat putus asa, sebaliknya terus berusaha mendapatkan zuriat.
Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

FAKTA MENARIK TENTANG SPERMA..


TAHUKAH ANDA …?
1) Tahukah anda sperma ‘ditembak’ selaju kira-kira 10 mph dari zakar..
2) Sperma perlu berenang 7 inci dari serviks melalui uterus untuk
ke tiub fallopio sebelum mensenyawakan ovum….
3) Sesudah masuk ke rahim, sperma bergerak pada kadar 15 minit bagi setiap 1 inci…
4) Sperma yang paling laju berenang akan tiba di ovum sepantas 45 minit,
manakala yang paling slow akan ambil masa sehingga setengah hari.
5) Jika tiada telur didapati selepas hubungan kelamin, sperma akan menunggu sehingga 72 jam..
6) Bagi setiap proses ejakulasi, berjuta-juta sperma dibebaskan, tapi cuma beberapa dozen sahaja yang mampu sampai ke ovum…

SPERMA, ANTARA FAKTA DAN MITOS

Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.
* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.
* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkanjumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!
* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan spermasudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.
Fakta
* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.
* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.
* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.
* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.
* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.
* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.
* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratussperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.



Sekiranya ada yang bertanya kepada saya...apakah supplement tambahan yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap kesuburan? jawapan yang saya berikan adalah bagi suami, cda  cadangkan mengambil set A yang terdiri daripada:

VitaLea (multivitamin)
B-complex- memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon
Vitamin C- berperanan dalam pembentukan sperma dan ditambah dengan 
Vitamin E- membantu menstabilkan hormon reproduktif serta
Zink - meningkatkan tahap testeron dan bilangan sperma pada lelaki
  

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Sunday, 11 December 2011

Tips sharing buat mommies yang menyusukan

Alhamdulillah…cda adalah seorang dari puluhan ribu diluar sana yang berusaha menjayakan penyusuan selama dua tahun….cda baru saja dalam pertengahan jalan untuk sampai ke 2 tahun….paling cda tak dapat lipakan ..dalam bulan ke 4 cda menyusukan shifa susu cda hampir kering..selepas cda mengambil Set Triple M dan cda mengikuti semua tips ekclusive yang diberikan daripada Shaklee distributor  baru cda tahu bahawa sebenarnya tiada istilah susu kering  bagi mommies yang disiplin tentang perkara dibawah:

-         Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
-         Mengambil supplement sekiranya tidak dapat mengambil makanan yang seimbang setiap hari
  •          Kerap melakukan sesi perahan
  •          Pump susu secara konsisten
  •         Kurangkan pengambilan kaffein
  •          Sentiasa dalam mode yang tenang
  •          Berdoa & tawakal


Kenapa susu menjadi sikit?? Ini yang cda dapat senaraikan daripada pengalaman cda sendiri.

  •          Kurang sesi mengepam
  •          Sesi mengepam tidak dibuat secara konsisten
  •          Tidak mengambil makanan yang seimbang
  •          Mimun Nescafeß--- sedap sangat….dan sekarang cda kurangkan pengambilan Nescafe kerana ia menghalang penyerapan nutrition…
  •          Nak berdiet konon…
  •          Selalu stress
  •          Jadual makan tak menentu……



Alhamdulillah…sehingga sekarang masih cda meneruskan penyusuan juga pengambilan Set Triple M memandangkan cda tau yang cda sukar untuk memdapatkan kesemua nutrition dalam makanan seharian cda….dan cda kongsikan juga dari Tips sharing kak N untuk info bersama.

Tips sharing : 


pengambilan b complex dan vit c membantu dalam mendapatkan penstabilan hormon oksitosin terutama ibu menyusu. Maka pengambilan dua vitamin ini jangan sesekali dipandang remeh bila kita menyusukan anak supaya kita tak mudah down atau tertekan oleh apa jua persekitaran yang kita lalui.

Selain itu cuba amalkan pengambilan makanan atau minuman kegemaran kerana ia sangat membantu dalam proses recover utk ibu yg hadapi susu merundum. Cuba betulkan jadual pam anda.

Amalkan makanan yang sihat serta pastikan minum air secukupnya demi memastikan keperluan air badan dipenuhi. Jangan lupa berdoa! Mintalah kepada Allah kerana DIA yang berhak MEMBERI.

Bila bercerita tentang vitamin, ini dia mengapa pentingnya vitamin.

Vitalea with iron formula : demi memastikan ibu cukup iron semasa menjayakan penyusuan agar tidak mudah pitam atau rasa pening disebabkan kurang darah. Ia juga sangat penting untuk pembesaran bayi yang disusukan. Kekurangan iron boleh menyebabkan berat bayi tidak selari dengan pembesarannya.

Bcomplex membantu ibu cergas, dan ceria ( membantu penghasilan oksitosin dengan lebih baik bila si ibu itu dalam keadaan tekanan yang terkawal)<- cda akui sejak cda mengambil B-compex ni emosi cda lebih stabil berbanding selepas melahirkan anak pertama

Vitamin C sangat membantu untuk ibu mengtas tekanan yang dilalui beserta untuk sistem imun ibu dan anak.<- vit C Shaklee memang best! Sebab ianya sustained release..n sekiranya anak cda nak demam ianya banyak membantu

Kalsium perlu utk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukam kalsium. Dei memastikan tidak berisiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Protien sangat perlu untuk pembentukan sel. Sel kita terbentuk dari protien. Badan memerlukan 9 asid amino ( protien ) yang tidak dapat dihasilkan dari badan. Sel yang sihat terbentuk dari protien yang seimbang.

Jika anda seorang ibu menyusu, pastikan anda tahu supplement yang anda ambil serta dapatkan konsultasi penuh.


Ingin mendapatkan Supplement Penyusuan yang |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease