Monday 31 October 2011

Fiber: membantu mengawal berat badan??

Apakah fiber?
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiberbanyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.


Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. (rumah penyakit ialah perut) Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baikdan rajin bersenamjuga membantu dalam pengawalan berat badan.

Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak airapabila kuantiti pengambilan fiber bertambah. 8 gelas air dicadangkan utk diminum setiap hari.



Apakah kaitan fiber dan detox?
Fiber merupakan salah satu agen detox yang paling berkesan dan selamat. Fiber menghalang kolestrol dan lemak dari di serap oleh perut. Mengawal kadar glukos  yang diperlukan badan. Mengelakkan sembelit. Membersihkan kolon (usus).







Bagaimana fiber berfungsi?

-Fiber menyerap dan memegang kelembapan dalam sistem pencernaan. Mcm sponge yg ada di sekeliling saluran usus. Yang mana fiber ni akan mempercepatkan proses penghadaman>pencernaan.
-Fiber mengurangkan sembelit. *Kebanyakkan masalah sembelit berpunca dr jangkitan n toksin. Fiber berperanan membersihkan usus secara semula jadi.
-Fiber juga mengurangkan kesan dari pengambilan sesetengah ubat2an (drug), makanan yg mengandungi pengawet dan makanan yg mengandungi bahan kimia dengan menyingkirkan toksin sewaktu proses penghadaman. 
-Fiber menurunkan level kolestrol, dan mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan yang kita makan. 





Dapatkan Supplement yang
Semestinya SELAMAT|Sentiasa SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...