ANTIBIOTIK…..pengalaman cda tentang pengambilan antibiotic ni sewantu usia nak cda yang pertama (anas) berusia 1 tahun….pertama kali juga anas kenademam panas sehimgg 40…risau bukan kepalang waktu tu tengah malan dalam jam 2am…demamnya on n of selama seminggu… dan bila di hospital betahan selama seminggu kerana disahkan ada jangkinat air kamih (U.T.I)..dan bermulalah pengambilan antibiotic selama sebulan…….
Selama sebulan pengambilan antibiotic tu membuatkan hati cda rawan sangat….badan anas menyusut…kurus jadinya..makan pun tak….sehingga cda membawanya ke rawatan alternative iaitu Hemeopaty dan juga pemberian supplement tambahan …dan dari sini baru Nampak kesan positifnya n cda berhentikan pengambilan antibiotic..menurut doc tersebut..pengambilan antibiotic berlebihan banyak mengundang mudarat dari kebaikan…..n sudah lazim bila anak yang demam panas akan ada UTI kerana kekurangan pengambilan air putih..dan penegasan buat mommies diluar sana…berilah anak anda air putih yang secukupnya.
Artikel ini adalah sekadar perkongsian dari pembacaan cda di internet…senang buat rujukan cda n mommies …
Menggunakan Antibiotik Dengan Bijak Antibiotik berguna untuk merawat pelbagai jenis penyakit berjangkit, tetapi penyalahgunaan boleh membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan. Oleh Profesor Madya Dr Yasmin Abu Hanifah, Pakar Mikrobiologi Perubatan |
Kadang-kala, anak anda mungkin diberikan antibiotik oleh doktor apabila dia jatuh sakit. Tetapi tahukah anda bahawa antibiotik boleh membawa risiko kepada anda dan orang lain jika tidak digunakan dengan cara yang betul? Baca rencana ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang antibiotik dan juga cara anda menggunakan jenis ubat ini untuk melindungi kesihatan anak dan keluarga anda. Apakah kegunaan antibiotik?Antibiotik, seperti makrolida, penisilin dan sefalosporin, adalah bahan kimia untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat tertentu. Antibiotik bertindak dengan membunuh bakteria atau merencat pertumbuhannya, dan seterusnya membenarkan sistem daya pertahanan imun semulajadi untuk membasmikannya. Antibiotik tidak dapat menentang jangkitan yang disebabkan oleh virus. Keberkesanan antibiotic bergantung kepada dos dan kekerapan, dan juga jenis mikrob yang ia bertindak. Kesan sampingan yang tidak diingini seperti demam, ruam, loya, cirit-birit mungkin berlaku. Antibiotik diberi melalui oral, intravena untuk jangkitan yang lebih teruk, atau topikal seperti krim, salap pada kulit, atau titisan pada mata. Kekebalan antibiotikAntibiotik lazimnya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Namun begitu, kebelakangan ini kes kekebalan antibiotik yang semakin meningkat membimbangkan seluruh dunia. Kekebalan antibiotik ialah keupayaan bakteria atau kulat untuk menentang tindakan antibiotik, membolehkan mereka terus membiak walaupun dengan kehadiran antibiotik. Antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap patogen yang kebal. Akibatnya, bakteria terus membiak dan menular, menyebabkan penyakit berpanjangan, kerumitan serius dan juga kematian. Untuk merawat kes yang tegar, doktor mungkin perlu memberikan antibiotik lebih kuat atau bentuk rawatan lain, yang mungkin lebih mahal dan memberikan lebih banyak kesan sampingan. Tambahan lagi, bakteria yang mempunyai ketahanan antibiotik yang masih hidup boleh disebarkan kepada orang lain dan menyebabkan jangkitan yang sukar dirawat. Apa yang menyebabkan ketahanan antibiotik?Lebih lama sesuatu antibiotik digunakan, lebih tinggi risiko kekebalan terhadapnya. Kekebalan dikaitkan dengan penyalahgunaan antibiotik seperti preskripsi ubat sendiri, terlebih guna antibiotik sebagai profilaksis atau untuk pencegahan jangkitan semasa mengembara, atau salahguna dalam pembiakan binatang ternakan. Contohnya adalah:
Perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapaBerikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan antibiotik terus berfungsi secara berkesan untuk kebaikan anak anda apabila dia mengambil ubat dan juga mencegah daripada membina mikroorganisma yang kebal antibiotik.
|
No comments:
Post a Comment