Thursday, 26 April 2012

Apakah itu Gelatin?



cakeGelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin.

  •  Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. 
  • Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan.

 Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.
"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"


halaltidak
chocolatesBila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan. Read more...
Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.
BIMBANG!,  RISAU!,  RESAH...
Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkankek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin  yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!
fruitcocktailPemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.
Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWABterhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!  desserts recipe.



awasAwasAdakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:
  • Kapsul penyalut ubatan
  • Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
  • Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
  • Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
  • Semua Minyak Wangi
  • Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
  • Losen Badan, kaki dan tangan





BEBERAPA FAEDAH SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL

~ GELATIN HALAL ~

  • Baik untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi
  • Kesihatan anda sekeluarga akan lebih terjamin
  • Masakan kita akan lebih bersih dan suci
  • Membantu Produk alternatif yang halal bagi membina masyarakat Islam sedunia yang lebih baik
  • Kehidupan akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih tenang
  • Dianugerah Tuhan dengan minda yang lebih sihat dan cergas
  • Memiliki satu bahan masakan dengan sifat yang unik sebagai ajen penstabil, pengikat, penebal, pelekat dan pembuih yang HALAL!
  • Sesungguhnya Tuhan akan lebih menyayangi mereka-mereka yang memakan makanan HALAL dan menegah yang HARAM. Rujuk kepada Ayat-ayat Al-Quran di sini >> HALAL & HARAM

siapakah
gelatin
  • Suri Rumah- Yang selalu memasak kuih, kek, puding dll
  • Penjual-penjual kuih muih
  • Pemilik kedai kek- Tidak kira ugama atau bangsa kerana pelanggan mereka juga Islam
  • Pemilik Restoran - Tukang-tukang masak restoran seharusnya lebih peka dengan kehendak pelanggan dengan menyediakan pemanis mulut yang dijamin HALAL
  • Kilang-kilang yang membuat kosmetik kecantikan
  • Pengeluar Ubat gigi, minyak wangi, sabun, losen
  • Pembuat kapsul softgel
  • Pembuat produk-produk berbagai jenis makanan
"Semua orang tidak kira bangsa atau pun agama seharusnya menggunakan Gelatin Halal ini untuk produk mereka kerana selagi mereka menjual barangan mereka pada orang Islam, maka selagi itutanggungjawab mereka menghormati hukum agama Islam kita!"

akhir 




Dapatkan Supplement yang
Selalu Selamat|Selalu Semulajadi| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

















1 comment:

  1. salam,.gelatin dlm produk shaklee (GLA complex) 2 adakah gelatin y halal,.dan juga vita E?.,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...