Wednesday, 6 June 2012

khasiat bawang putih sebagai antibiotik semulajadi badan juga penawar masalah demam, batuk dan selsema

BAWANG PUTIH
Rasanya ramai yang mengetahu akan khasiat bawang putih terutamanya untuk merawat masalah demam, batuk dan selsema.bukan dimakan, tapi hanya disapukan saja.kos yang sangat murah (boleh dikatakan FREE) sebab boleh dapatkan bawang putih dengan mudah di dapur setuju?


Khasit bawang putih :

  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya

Ok lah dengan masa yang ada ni sempat juga cda nak share dengan pembaca blog cda ni akan KHASIAT BAWANG PUTIH…. Tak lah cda cerita panjang..ringkas saja. Cda nak share akan khasiat bawang putikh untuk masalah batuk /selsema/ sakit tekak akibat batuk dan selsema. Petua ni dah lama diamalkan dari nenek cda sendiri..teringat semasa cda kecil, selalu arwah nenek akan sapukan minyak bawang putih ke dada cda…n cda akui amat berkesan..

Zaman telah berubah, sekarang cda gunakan petua ni untuk anak cda pula…ternyata memang berkesan n ada perubahannya….jika selalu mengambil masa 1 minggu untuk sembuh, dengan bawang putih kurang dari seminggu dah ok.




Bahan2 yang diperlukan :
  • -          Seulas bawang putih
  • -          Minyak kelapa/ minyak masak pun boleh
  • -          Lesung…ni untuk mengetuk bawang saja…

Cara-caranya :
  • bakar seulas bawang putih diatas api
  • lumatkan sedikit menggunakan lesung (jangan lumat sangat)
  • campurkan dengan sedikit minyak masak/minyak zaitu/minyak gamat
  • sapukan di bahagian dada depan, leher dan hagian belakang badan juga kaki
  • untuk mujarap lagi..sapukan dengan penuh kasih sayang n selawat mudahan anak/ suami/ibu bapa yang kena selsema tu cepat sembuh.... :) 



ni adalah minyak yang telah siap n sedia untuk disapu ke anas n shifa.... mudahan batuknya beransur sembuh.... tak lah bergantung pada ubat saja. ianya sesuai sangat lah untuk anak kecil yang susah nak makan ubat dan wanita yang preggy yang agak was-was untuk telan ubat batuk tu bolehlah try petua ni. Tiada kesan sampingan n yang pasti adalah sedikit bau bawang putih tu…...n pastinya ia mampu mencairkan kahak. thumb up punya!!!

dan tips lain untuk masalah anak yang batuk/selsema tu 
- sapukan minyak ni pada kaki n pakailah stokin selepas tu..paling best sebelum tidor
- jangan mandikan anak dengan air sejuk... :)


Selamat| Semulajadi Berkesan

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
Jana Side Income dengan Shaklee di sini --->
WEB: myonesupplement.comhttp://myonesupplement.com/



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...