seronok membaca status di face book berkenaan ragam kanak-kanak berpuasa ni, yang best sekali adalah puasa "yang yuk, pagi-pagi buka periuk" hehehe, sebenarnya cda juga pernah curi-curi makan sewaktu puasa, bila masa berbuka, pura-pura macam orang yang puasa :) artikel ni bagus dijadikan sebagai rujukan buat mommies yang sedang melatih anak-anaknya berpuasa.
***
Pemakanan
kanak-kanak yang baru belajar berpuasa perlu dititikberatkan. Hal ini mustahak
agar dia kekal bertenaga sepanjang hari dan mampu melengkapkan ujian berpuasa
sebulan dengan sempurna.
Dalam
mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga
halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan,
anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak
perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah
mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika
melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
Biar
apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam
membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah
puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap
perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di
pertengahan hari.
Agar
usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan
penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan
sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda
ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu
dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Makanan
Seimbang
Selain daripada makanan ruji biasa, paling penting lengkapkan pemakanannya dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu makan sahur dan buka puasa. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapat menggalakkannya untuk makan buah-buahan segar berbanding buah yang telah diolah menjadi makanan tertentu. Hal ini bagi memastikan dia mendapat khasiat sepenuhnya daripada pengambilan buah berkenaan.

Berserat
Sekiranya anak anda tidak berselera untuk makan nasi atau makan makanan berat ketika bersahur, gantikannya dengan pengambilan makanan berasaskan bijirin. Sebaik-baiknya bijirin penuh. Serat yang terkandung di dalam bijirin sebegini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.

Tahukah
anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat
melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam
melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan
kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala,
serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur
pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air
yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.
Protein
Dan Kalsium
Kepentingan protein dan kalsium, jangan sesekali diabaikan biarpun ketika berpuasa. Dalam memastikan anak anda berterusan mendapat bekalan protein dan kalsium secukupnya ketika berpuasa, galakkan dia untuk makan hidangan yang mengandungi sama ada daging, ikan, ayam, kekacang, susu ataupun produk tenusu ketika bersahur ataupun berbuka puasa.

Karbohidrat
Anda amat disarankan untuk memastikan anak mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi mahu pun roti secukupnya agar ia dapat membekalkan tenaga mencukupi semasa berpuasa.

Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.

Selain
daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis
vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat
yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan
puasa.
Minum
air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.

Jangan
Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan dirinya untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.

Ketika Bersahur
1. Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan Piramid Pemakanan.
2. Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik ke tandas.
3. Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.

Waktu Berbuka Puasa
1. Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
3. Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas.

sumber :Pa & Ma
****
jadi apa supplemen yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak semasa berpuasa?
pastinya mealshake (vanila flavored) kerana ia mengandungi protein,fiber(serat) dan zat gizi
tambahan yang lengkap…
bukan sahaja sesuai cukup glamour sebagai supplement kanak-kanak, malah meal shakes juga sesuai untuk jika anda
- status bujang
- ibu mengandung
- pregnant
- warga tua
- student
- golongan yang selalu bz
- susah untuk menelan capsule/tablet
maka, sesuai sangat lah ambil mealshake ini sebagai makanan tambahan anda sekeluarga.
hubungi cda untuk mendapatkan Meal shakes hari ini
Untuk keterangan lanjut sila
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ]
Emel : shayida_82@yahoo.com Blog: onesupplement.blogspot.com |
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
No comments:
Post a Comment