Showing posts with label Antibiotik. Show all posts
Showing posts with label Antibiotik. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

JANGAN MUDAH MEMBERI ANAK ANTIBIOTIK

Antibiotik? sekarang ni penggunaan antibiotik dah jadi macam perkara biasa...sama seperti pengambilan panadol yang mempunyai kesan jangkamasa panjang jika diambil dengan kerap dan berterusan. Pengalaman cda, anak cda sendiri yang kerap terkena jangkitan telinga apabila ia selsema..kesian..telinganya sentiasa berair jika selsema..pernah, anak cda sampai kelihatan kurus dan tak berbaya akibat pengambilan antibiotik. sehinggalah cda memilih hemeopathy dan memberikan NUTRIFERON + MEALSHAKES+ OMEGA + VITAMIN C untuk merawat masalah anas. dan semenjak tu cda benar-benar mengelah dari memberi antibiotik kepada anas.

Sharing: Info yang dipetik daripada majalah I-Sihat 




Antibiotik merupakan sebatian atau kumpulan ubat yang boleh mencegah pembiakan pelbagai bakteria dan mikro-organisma berbahaya dalam tubuh. Selain itu, antibiotik juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh protozoa dan kulat.

Namun belum ramai orang yang sedar bahawa antibiotik juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang cukup berbahaya, malah kematian! Malangnya antibiotik masih digunakan secara berleluasa, malah untuk kes-kes sakit ringan juga antibiotik diberi kepada pesakit kononnya untuk mempercepatkan penyembuhan. Berikut beberapa kesan sampingan antibiotik yang harus anda ketahui:

1. Gangguan pencernaan Salah satu kesan sampingan antibiotik yang paling umum adalah masalah pencernaan, seperti rasa mual, kram, kembung dan rasa kepeningan.

2. Gangguan fungsi jantung dan tubuh lain Beberapa orang yang mengambil antibiotik mengalami jantung berdebar-debar, degup jantung tak normal, sakit kepala serius, masalah hati seperti penyakit kuning, masalah ginjal seperti air kencing berwarna gelap dan pertumbuhan batu ginjal dan masalah saraf seperti rasa kebas di tangan dan kaki.

3. Jangkitan di kemaluan Kesan sampingan yang paling kerap dirasakan perempuan adalah jangkitan kulat pada organ reproduksi yang boleh menyebabkan keputihan serta  gatal dan vagina mengeluarkan bau serta cecair. (Jika anda wanita, awas tentang hal ini!!!)

4. Alergi Orang yang mengambil antibiotik juga sering mengalami alergi, bahkan hingga bertahun-tahun. Antara alergi yang sering terjadi adalah gatal-gatal dan pembengkakan di mulut atau tekak.

5. Melumpuhkan sistem kekebalan tubuh Orang yang sering minum antibiotik boleh mengalami lemah pertahanan dari serangan virus dan kuman atau tidak mampan lagi dengan apa-apa pun antibiotik. Apabila seseorang tidak dapat bertahan lagi dengan antibiotik, ada beberapa penyakit dan jangkitan yang tidak dapat lagi dirawat, sehingga memerlukan antibiotik dengan dos yang lebih tinggi yang sangat membahayakan kesihatan dalam jangka panjang dan pendek. Semakin tinggi dos maka akan semakin menimbulkan kesan sampingan yang serius dan sangat mengancam jiwa!!

6. Gangguan serius dan mengancam nyawa Penggunaan antibiotik pada dos tinggi dan dalam jangka lama boleh menyebabkan kesan sampangan yang sangat serius, seperti disfungsi atau kerosakan hati, tremor (gerakan tubuh yang tidak terkawal), penurunan sel darah putih, kerosakan otak, kerosakan buah pinggang, tendon pecah, koma, aritmia jantung (gangguan irama jantung) dan bahkan kematian!!

Untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan antibiotik yang berbahaya tersebut, maka anda dianjurkan agar berhati-hati dalam penggunaanya dan pengambilannya harus untuk kes-kes serius dalam dos yang sesuai seperti dalam peraturan pengubatan.

****************
cda memilih memberikan supplement yang terbaik buat anak-anak cda, dan cda sangat berpuas hati dengankesihatan anak cda yang semakin baik. Alhamdulillah. Jika berminat untuk mendapatkan Set supplement untuk kanak-kanak, terus saja PM atau Emai cda k..insyaallah cda akan membantu

Cadangan supplement untuk kanak-kanak yang selalu demam atau kerap sakit
-Nutriferon 
-Omega
-Mealshakes
-Vitamin c

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
Jana Side Income dengan Shaklee di sini --->
WEB: myonesupplement.comhttp://myonesupplement.com/
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Saturday, 21 April 2012

Rawatan Telinga bernanah



Apakah yang dimaksudkan dengan Otitis media ni?  perkongsian bersama sebab anak cda, Anas dari berusia seawal 6 bulan dah mula menggaru telinganya..lebih2 lagi waktu malam , membuatka anas susah nak tidor dan asyik menangis..

sakit telinganya masih berlarutan sehingga sekarang, walaupun sudah dibawa ke pakar , masih juga..rata-rata doktor cakap ada infection di telinganya...dan rawatan yang dibuat adalah flushing  (huhuh..kesian anas) dan ubat yang diberi adalah ubat titis, ubat selsema n sudah tentu antibiotik

Ear candling pun cda telah cuba pada (18-04-2012) rasanya adalah kurang sikit dan kelmarin (20-04-2012) cda bawa anas ke klinik swasta di Miri..sekadar mencuba nasip, mana tahu anas serasi di sana..Doktor cakap telinga anas ada jangkitan n untuk mengelakkan dari berulang adalah dengan mengelakkan telinganya dari termasuk air. Dan yang tak bestnye Doc cakap gegendang telinga anas koyak sedikit...panik cda dibuatnya

Ubat yang lazim diberikan buat Anas
Adakah ada sebarang rawatan yang membuatkan sakit ini terus tidak berulang?? masih belum ada jawapan untuk ini.. insyaallah hari isnin cda bawa Anas ke pakar lagi di Hospital Suri Seri Begawan (RIPAS) untuk rawatan lanjut....mudahan semuanya bertambah baik

cda ada usulkan masalah cda dengan favourite Group shaklee cda, n Terimakasih dengan perkongsian kak cerry n Beha diatas keperihatinan kalian.. :) 


CONSULTATION:
lelaki/2tahun 11 bulan
masalah: telinga bernanah

ni adalah masalah anak cda n cda nak minta pendapat lah if ada mommies yang ada experience dengan anak yang mempunyai masalah telinga bernanah n selalu sakit telinga.

pergi Hosp n pakar i dan semalam ke mi ri g privert komennye sama saja..telinga masuk air..n ubat yang diberi antibiotik+ubat selsema+ubat titis
huhu risau sangat.

Alhamdulillah semenjak cda beri anas minum mealsheke ada kurang sikit , tapi still on off.

soalan: ada supplemet shaklee lain yang boleh diberi selain Mealshake untuk lebi cepat sembuh?

Perkongsian dari mommies yang mempunyai masalah yang sama


    • Cery MamaFaiz takpenah lagi jumpe customer sakit mcm ni.. cda kasi mealshake je ek?.. Omega dan vita c ada bg?
      2 hours ago · 
    • Shayida Salmi buat masani cda beri ia mealshake jer kak....kalau dulu kerap dia kene..sekarang ada lah perubahannya..tapi bila menyerang balik tu yang tak best tu......omega n Vit C belum lagi cda beri....
    • Beeha Yunos My dotter dulu detected with teleinga berair masa dia 6mth..after that terlampau teruk then solution-ENT suh operate 2kali..now she's 2year4month..alhamdulillah dah ok..my opinion, anak yg ade kes mcm ni sgt sensitif,antibodi lemah..senang sgt kena demam,selsema dan batuk..dan bila selsema dan demam kena extra care sbb may effect her ears lg teruk..sbb bendalir kat telinga akan kuar lg..so,utk antibodi better give her mealshakes and omega+vitamin c chewable..kalau anak biha kena demam selsema aje mmg sgt2 serius kitorg ubatkan..sbb dia KENA baik dlm ms 2hari otherwise mesti ambik antibiotik yg mane xbgs kan klu selalu sgt ambik..keep in touch dgn doctor pakar selalu dan pastikan telinga dia sentiasa kering (mmg ssh sket bila swimming kena pakai ttp kepala sume) tp menurut pakar ENT e conditon will better after child umur 6thn sbb ms tu tulang telinga dia dah membesar dan panjang dan ssh bendalir nak keluar kat telinga tu..and pre-cautions bila naik flight also k..
      about an hour ago via mobile ·  ·  1
    • Beeha Yunos Biha strt bg anak biha mealshakes+omega bila anak biha 2thn..mmg lambat..tp sgt2 bgs sbb since tu dia jarang sgt2 berjangkit demam dan sgt jrg selsema lg..compared to before sebulan sekali surely g sepital huhu now as bila ade masalah dgn telinga, dia berkaitan also dengan tekak dan mata..so maybe dia senang kena tonsil..so ENT advise bg vitamin c everyday..biha dah strt chewable vit c tpi bg seminggu 2kali je..ms dia kena tonsil aritu, cpt baik..syukur sgt..apa yg terbaik utk anak, tu yg kita bg kan.. :)
      about an hour ago via mobile · 
    • Shayida Salmi Beeha Yunos rasanya sama maslah anak biha tu dengan cda...beeha, cemner doc boleh decide buat operation? n if buat ear candle ok ke? ada doc suruh buat ear candle....
    • Beeha Yunos Ear candle ni nnti doctor akan buat lubang so air dlm telinga akan kuar dari belakang..biasanya kalau anak cda xde masalah lain, ear candle may help lgpon ur dotter dah besar..otherwise u may suh doctor buat brain scan..sbb mcm anak biha bila buat scan whole brain then bru tau telinga kanan dia lubang angin tu sempit sgt..compared to telinga kiri..sbb tu 1st operation buat ear candle, then anak xbaik still demam panas, then tukar doctor, doctor buat scan brain then terus decide for 2nd operation which belah terus keluarkan dari luar sbb nanah dah makan tulang telinga..its complicated nak terang kat sini..cda pm biha ek..kita cite..
      45 minutes ago via mobile · 




dan tindakan cda dengan sertamerta.....cda akan mulakan memberikan anas dengan Omega N Chewable Vitamin C hari ni juga!!!!! 

mudahan ada Good result n cda akan update lagi apa progress anas :)






INFO BERKAITAN OTITIS MEDIA


Virus merebak dari tekak ke telinga tengah boleh jejas pendengaran, keupayaan bertutur

ADAKAH anak kecil anda sering demam, menangis sambil menunjukkan telinganya atau anda mendapati ada cecair yang keluar dari telinganya itu?

Jika ada anda perlu segera membawanya ke doktor kerana jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan pekak. Inilah bahayanya masalah jangkitan telinga tengah (otitis media) yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak di negara ini.

Malah di Malaysia misalnya, kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, menunjukkan hampir 500,000 kes otitis media (OM) itu dicatatkan setiap tahunyang lazimnya membabitkan kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

Daripada jumlah itu, separuh daripada mangsa cenderung mendapat serangan otitis media akut yang boleh menyebabkan pekak.


Otitis media merujuk masalah radang pada telinga tengah dan terbahagi kepada enam kategori berdasarkan simptom, tahap serius dan tempoh pesakit mengalaminya.

Umumnya pada usia tiga tahun dianggarkan tiga perempat kanak-kanak pernah mengalami sekurang-kurangnya OM sekali dalam hidup mereka, manakala satu pertiga daripadanya akan mengalami jangkitan berulang (tiga atau lebih dalam tempoh setahun). Kemuncak insiden OM selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia enam bulan ke 18 bulan.

Ada kala OM bukan hanya mendatangkan rasa sakit tetapi turut menjadi punca komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat. Jangkitan akan merebak ke telinga tengah, malah boleh ke otak. Dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan pekak. Bagaimanapun, pekak hanya bersifat sementara jika OM dirawat. Namun, tanpa rawatan pesakit akan kekal pekak.

Biasanya cecair seakan-akan nanah yang keluar dari telinga menyebabkan kadar pendengaran kanak-kanak terjejas, sekali gus akan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk bertutur dan menguasai bahasa.

Pakar Runding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Nordin, berkata OM terjadi apabila bakteria atau virus merebak dari bahagian atas tekak (nasopharynx) ke telinga tengah melalui tiub eustachian (tiub yang menghubungkan tekak, saluran pernafasan dan telinga tengah).

Oleh kerana OM disebabkan pergerakan jangkitan bakteria dari nasopharynx ke telinga tengah, ia diklasifikasikan sebagai jangkitan saluran atas pernafasan.

“Lebih daripada separuh OM disebabkan oleh bakteria. Dua bakteria utama ialah Streptococcus pneumoniae (S pneumoniae) dan Haemophilus influenzae (NTHi),” katanya.

S pneumoniae adalah penyebab utama penyakit seperti pneumonia, meningitis dan keracunan darah di kalangan kanak-kanak, manakala NTHi pula kerap dikaitkan dengan masalah seperti sinusitis, konjuktivitis juga pneumonia.

Pakar Runding Pediatrik, Pusat Perubatan Selangor Datuk Dr Zulkifli Ismail, berkata OM adalah satu daripada lebih 90 senarai penyakit pneumokokal yang membawa kepada masalah kesihatan yang serius bukan saja di kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa di seluruh dunia.

“Bakteria S.pneumoniae tidak hanya menyebabkan OM tetapi turut mengancam nyawa seperti radang paru-paru, meningitis dan keracunan darah (bakteremia),” katanya.

Setiap tahun bakteria S pneumoniae dianggarkan membunuh hampir sejuta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia terutama di negara membangun.

Bagaimanapun, OM adalah sebahagian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Bagi melindungi kanak-kanak daripada OM dan beberapa penyakit lain di bawah kategori penyakit pneumokokol, anda boleh berbincang lanjut dengan doktor.

INFO: Simptom OM
  1. Resah
  2. Susah tidur
  3. Kerap menarik telinga
  4. Demam
  5. Cecair keluar dari telinga
  6. Hilang keseimbangan
  7. Selesema
Jenis-Jenis OM
  • Otitis media akut (AOM) - jangkitan telinga tengah yang disertakan dengan rasa sakit, nanah, demam.
  • OM dengan nanah (OME) - nanah tanpa simptom kesakitan atau jangkitan.
  • OM yang berulang - mengalami AOM lebih dari tiga kali dalam tempoh setahun.
  • OM kronik - mengalami AOM lebh dari enam kali dalam tempoh setahun.
  • OM kronik dengan nanah - OME didefinisikan sebagai kronik apabila nanah dari telinga sekurang-kurangnya tiga bulan.
  • OM dengan nanah kronik - radang kronik dengan telinga tengah bernanah.
Sumber: Berita Harian

Wednesday, 14 December 2011

Pilihan antara Panadol atau Nutriferon terletak di dada anda....renung-renungkan...


UNTUK PENGETAHUAN

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.”
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


Another best Option...is Nutriferon

Stok nutriferon sentiasa ada dirumah..sebab saya memilih Nutriferon bukannya Panadol.. :)

Memandangkan sekrang ni musim demam, ramai yg mengambil jalan mudah.. ambil pain killer... telan panadol..betul tak? kan kan kan..sejam dua kebah... tapi utk jangka masa panjang... anda fikirkanlah ya..letih dah pot pet ni... Mcm sy ckp pagi tadi.. dlm hidup ni.. kita boleh buat pilihan ... disini saya cadangkan anda utk memilih Nutriferon

 ...Anda bleh memilih utk mulakan gaya hidup sihat dgn menjadikan Nutriferon sebagai painkiller favorite anda. Ia selamat, dan berkesan..
NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Nutriferon ni umpama first aid kat rumah.. kene standby. ..letak kat rumah.. or dlm handbag or bwk travel ke mana2.. Bukan kena mkn hari2.. tapi ingat ya.. sistem imuniti perlu dibina dari awal... Jadi jika rasa mcm nak demam or sakit2, sila telan sepeket nutriferon ni... jika tidak..simpan satu dua peket di dlm beg anda..

 Bagaimana dgn anda? Masih berkira2?Saya? Sy mmg paling tak suka dgn pain killer ni... apatah lagi klinik2 ni.. baru2 ni demam.. sy telan 2peket nutriferon.. alhamdulillah sehari je demam teruk.. :-).. Lepas tu segar.. sbb tu kene spare beberapa peket ya bersama2 di kala memerlukan..


Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 






Tuesday, 15 November 2011

Menggunakan Antibiotik dengan Bijak


ANTIBIOTIK…..pengalaman cda tentang pengambilan antibiotic ni sewantu usia nak cda yang pertama (anas) berusia 1 tahun….pertama kali juga anas kenademam panas sehimgg 40…risau bukan kepalang waktu tu tengah malan dalam jam 2am…demamnya on n of selama seminggu… dan bila di hospital betahan selama seminggu kerana disahkan ada jangkinat air kamih (U.T.I)..dan bermulalah pengambilan antibiotic selama sebulan…….

Selama sebulan pengambilan antibiotic tu membuatkan hati cda rawan sangat….badan anas menyusut…kurus jadinya..makan pun tak….sehingga cda membawanya ke rawatan alternative iaitu Hemeopaty dan juga pemberian supplement tambahan …dan dari sini baru Nampak kesan positifnya n cda berhentikan pengambilan antibiotic..menurut doc tersebut..pengambilan antibiotic berlebihan banyak mengundang mudarat dari kebaikan…..n sudah lazim bila anak yang demam panas akan ada UTI kerana kekurangan pengambilan air putih..dan penegasan buat mommies diluar sana…berilah anak anda air putih yang secukupnya.

Artikel ini  adalah sekadar perkongsian dari pembacaan cda di internet…senang buat rujukan cda n mommies …




Menggunakan Antibiotik Dengan Bijak
Antibiotik berguna untuk merawat pelbagai jenis penyakit berjangkit, tetapi penyalahgunaan boleh membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan.
Oleh Profesor Madya Dr Yasmin Abu Hanifah, Pakar Mikrobiologi Perubatan


Kadang-kala, anak anda mungkin diberikan antibiotik oleh doktor apabila dia jatuh sakit. Tetapi tahukah anda bahawa antibiotik boleh membawa risiko kepada anda dan orang lain jika tidak digunakan dengan cara yang betul? Baca rencana ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang antibiotik dan juga cara anda menggunakan jenis ubat ini untuk melindungi kesihatan anak dan keluarga anda.
Menggunakan Antibiotik Dengan Bijak

Apakah kegunaan antibiotik?

Antibiotik, seperti makrolida, penisilin dan sefalosporin, adalah bahan kimia untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat tertentu. Antibiotik bertindak dengan membunuh bakteria atau merencat pertumbuhannya, dan seterusnya membenarkan sistem daya pertahanan imun semulajadi untuk membasmikannya. Antibiotik tidak dapat menentang jangkitan yang disebabkan oleh virus. Keberkesanan antibiotic bergantung kepada dos dan kekerapan, dan juga jenis mikrob yang ia bertindak. Kesan sampingan yang tidak diingini seperti demam, ruam, loya, cirit-birit mungkin berlaku. Antibiotik diberi melalui oral, intravena untuk jangkitan yang lebih teruk, atau topikal seperti krim, salap pada kulit, atau titisan pada mata.

Kekebalan antibiotik

Antibiotik lazimnya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Namun begitu, kebelakangan ini kes kekebalan antibiotik yang semakin meningkat membimbangkan seluruh dunia.
Kekebalan antibiotik ialah keupayaan bakteria atau kulat untuk menentang tindakan antibiotik, membolehkan mereka terus membiak walaupun dengan kehadiran antibiotik. Antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap patogen yang kebal.
Akibatnya, bakteria terus membiak dan menular, menyebabkan penyakit berpanjangan, kerumitan serius dan juga kematian. Untuk merawat kes yang tegar, doktor mungkin perlu memberikan antibiotik lebih kuat atau bentuk rawatan lain, yang mungkin lebih mahal dan memberikan lebih banyak kesan sampingan. Tambahan lagi, bakteria yang mempunyai ketahanan antibiotik yang masih hidup boleh disebarkan kepada orang lain dan menyebabkan jangkitan yang sukar dirawat.

Apa yang menyebabkan ketahanan antibiotik?

Lebih lama sesuatu antibiotik digunakan, lebih tinggi risiko kekebalan terhadapnya. Kekebalan dikaitkan dengan penyalahgunaan antibiotik seperti preskripsi ubat sendiri, terlebih guna antibiotik sebagai profilaksis atau untuk pencegahan jangkitan semasa mengembara, atau salahguna dalam pembiakan binatang ternakan. Contohnya adalah:
  • Apabila antibiotik kerap digunakan untuk tujuan yang salah, seperti dalam jangkitan virus, dimana antibiotik sememangnya tidak bertindak ke atas virus. Bakteria yang terdedah kepada antibiotik akan membina strategi menentangnya. Akhirnya, antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap bakteria yang perlu dirawat,
  • Pesakit tidak mematuhi preskripsi. Jika anda tidak mengambil antibiotik mengikut jadual, tidak habis mengambil antibiotik mengikut preskripsi atau berkongsi antibiotik, antibiotik mungkin tidak mencukupi untuk menghapuskan semua bakteria. Bakteria yang masih hidup boleh membiak dan membina kekebalan antibiotik.

Perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa

Berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan antibiotik terus berfungsi secara berkesan untuk kebaikan anak anda apabila dia mengambil ubat dan juga mencegah daripada membina mikroorganisma yang kebal antibiotik.
  • Antibiotik hanya boleh diberikan atas arahan doktor
  • Patuhi arahan yang diberikan, iaitu jangan berhenti sehingga habis semua ubat yang diberikan mengikut preskripsi, walaupun anak anda bermula pulih, dan jangan ambil lebih atau mengabaikan dos.
  • Antibiotik diberikan mengikut kes. Ubat yang diberikan kepada anak anda adalah berasaskan diagnosis doktor terhadap anak anda. Antibiotik yang diberikan untuk anak anda tidak harus dikongsi dengan orang lain, walaupun mereka kelihatan menghidap penyakit yang sama.
Penting!
Jika doktor anda tidak berpendapat bahawa anak anda mempunyai jangkitan bakteria,JANGAN berikan antibiotik kepada anak anda tanpa preskripsi doktor dengan menggunakan sisa ubat. Pemberian preskripsi sendiri boleh mendatangkan bahaya. Mengambil antibiotik yang salah tidak akan membuatkan anak anda lebih sihat dan mungkin menyebabkan kekebalan terhadap antibiotik.