Showing posts with label B-com. Show all posts
Showing posts with label B-com. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

KESAN JIKA VITAMIN C DAN VITAMIN E DIAMBIL BERSAMA

14-09-2014 jam 10.24, masa untuk cda update blog cda, ada beberapa client cda tanya, cda...banyaknya set kecantikan kulit shaklee..mana satu yang paling bagus? jawapan cda senang saje..semua bagus, cumanya lagi bagus kalau diambil berdasarkan keperluan.Vitamin untuk mereka  mempunyai kulit yang bermasaalah (berjerawat & bernanah) tidaklah sama seperti jerawat yang disebabkan oleh hormon, terutama sekali semasa PMS :) hubungi cda, dan cda bantu anda memilih set kecantikan yang sesuai k <3


Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?



Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun.

Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan  vitamin C, E dengan selenium dan zink  yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.



Menarik bukan. Sebab tu lah sapa yang nak kulit cantik..amalkan >> Shaklee Vitamin C (sustained release 500mg).. Shaklee B complex (lengkap 8 jenis B) dan Shaklee Vitamin E (400 iu with selenium).. dan pilihan anda utk add on ESP dan shaklee Collagent powder untuk hasil yang supverb!

tidak tahu set yang mana ?
masih memilih set yang bersesuaian?

hubungi cda:
whatsApp: +6012 6084105 / +673 8115024 (untuk yang berada di Brunei)
FB: https://www.facebook.com/shayidasalmi1
fan page: https://www.facebook.com/pages/Onesupplement-Health-Beauty/266761800008108






Friday, 31 January 2014

VITAMIN ANTI JERAWAT

Risau bila jerawat tumbuh dari satu bahagian ke satu bahagian, apa saja krim semua dicuba, tapi   hasilnya...sama saja..atau semakin banyak!.Berdasarkan pengalaman cda baru-baru ni, jerawat tiba-tiba naik! tapi cda tahu ape puncanya....nak tahu sebab apa?
1- almaklum sibuk menjahit..habuk jangan cakaplah..dan pulak tu sedang menses..jadi tak solat dan berwudhu seperti lazimnya.
2- kurang minum air 
3- minum nescafe
4- skip ambil supplement 
5-tidur lewat malam...hampir setiap hari tidor jam 3-4 pagi...update blog|FB|etc....it's ok..ini pengorbanan namanya :) 

Rupa-rupanya, jerawat ni sangat berhubung rapat dengan diet harian, nutrient dan keadaan emosi. hihi dan tujuan cda buat post ni pun sebagai pengajaran buat diri sendiri. cda kongsikan 5 jenis Nutriet yang sangat diperlukan untuk kulit, supaya kulit sentiasa awet muda  & Glowing gitu.



1. Vitamin A
Vitamin sangat penting dalam mengeluarkan racun. Vitamin ini juga mampu menurunkan pengeluaran minyak dan melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal. 

Sumber  vitamin A terdapat pada sayuran, buah, telur, mentega, dan ikan laut.

2. Vitamin B2
Vitamin B2 penting untuk mengubati jerawat. Selain itu vitamin ini penting untuk memperbaiki struktur rambut, kuku dan kulit. 

Sumber vitamin B2 terdapat pada cendawan, bayam, susu, dan kekacang.

3. Vitamin B6
VItamin B6 adalah ubat yang bagus untuk jerawat. B6 membantu dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menghalang jangkitan. B6 ini juga dapat melawan bakteria pada kulit yang menyebabkan parut . 

Sumber Vitamin B6 terdapat pada  gandum, dan rempah-rempah.

4. Vitamin C
Vitamin C membantu membentuk kolagen dan menyingkirkan racun dari tubuh. Selain tu dapat memperbaiki sel kulit, mencegah jangkitan mencegah pengumpulan lemak, melindungi kerosakan sel. Maka tak hairan jika vitamin ni diperlukan untuk menghalang pertumbuhan jerawat.

Sumber vitamin C terdapat pada Brokoli, tomat, jeruk, lemon, kangkung adalah sumber vitamin C yang baik.

5. Vitamin E
Vitamin E melawan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin itu juga berperan penting sebagai vitamin anti penuaan . Dos yang tepat dari vitamin E dalam tubuh akan mencegah timbulnya jerawat. 

Sumber Vitamin ini terdapat pada zaitun, kacang hijau, tauge. 


"Cegah jerawat datang kembali dari dalam dan luar tubuh."



Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 14 February 2013

Set Kesuburan Shaklee (Isteri & Suami)



Gaya hidup sihat, pemakanan atau diet seharian kita memang penting bagi memastikan tubuh badan kita kekal sihat. Namun apabila kita melihat sekarang, gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan memaksa kita dengan kata lain kita disarankan wajib mengambil supplement seharian.Dalam kes kesuburan, dengan izin Allah .Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri yang belum mendapat cahaya mata adalah:
1. Vita-lea Iron Formula- untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, di mana penting dalam pengangkutan oksigen dalam sel darah merah.. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

2. B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).

3. Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.

4. ESP (Protein) – Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma. Juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.

5. Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
6. Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zinc digunakan juga untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.
7. Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

9. Ostematrix- Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.

10. Omega Guard- Mengandungi asid lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur wanita.
Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 – Omega 6 juga turut dikaitkan dengan polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplement adalah sebahagian dari usaha sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.
Sebarang persoalan dan pertanyaan, boleh hubungi saya dengan segera. InsyaAllah saya akan bantu anda & syorkan yg mane terbaik untuk masalah & keperluan anda..tidak perlu ambil kesemua supplemen ni..Pengambilan bergantung kepada keperluan dan diet seharia anda..



Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 19 March 2012

PIL PERANCANG: Vitamin C, B-Complex &Vitamin E /GLA

KAEDAH PERANCANG KELUARGA :
Vitamin C, B-Complex dan Vitamin E/GLA complex adalah gandingan pil perancang yang terbaik?

KENAPA?

Tahukan anda penggunaan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan Vitamin C  sehingga 30%, pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. 

Oleh itu, pengambilan Vitamin C adalah amat digalakkansupplemen tambahan seperti Vitamin B-Complex  dan E juga sangat membantu.

Bagi wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari selama penggunaan pil perancang.

EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya pembentukan sel-sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak. 

Di Shaklee, EPO kami lebih dikenali sebagai GLA Complex. 
Kandungan GLA Complex adalah lebih baik daripada EPO kerana ia adalah 2 in 1 yang mana didalamnya mengandungi Vitamin E dan minyak biji matahari yang diperlukan oleh orang yang menggunakan pil perancang.


GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran. Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA -gamma-linolenic acid.

KELEBIHAN GLA COMPLEX 

1. Melancarkan perjalanan darah bagi membantu dalam masalah ketidaksuburan pada lelaki dan wanita. Ia menguatkan otot organ lelaki dan membaikpulih fungsi uterus.
2. Asid lemak menjaga kecantikan kuku, rambut dan kulit kepala.
3. Mengurangkan ketidakselesaan semasa pra-haid (PMS).
4. Mengawal penyakit2 kewanitaan seperti endometriosis dan ketulan pada payudara.
5. Mengelakkan kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes.
6. Mengurangkan simptom ekzema
7. Membantu  pesakit Alzheimer



Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease