Showing posts with label Jaundis. Show all posts
Showing posts with label Jaundis. Show all posts

Monday, 30 April 2012

BERPANTANG: Supplement adalah pilihan terbaik kepada Jamu

Amalam berpantang masih lagi diteruskan seiiring dengan peredaran masa. terpulang kepada setiap individu untuk memilih berpantang secara Tradisional ataupun secara moden. sekiranya dulu "Bertangas" atau "Berdiang" untuk supaya darah kotor keluar dengan lancar, tetapi kini ada juga yang hanya "Bersauna" sebagai Altenatif. 


Pengalaman berpantang cda untuk anak pertama(Anas) n kedua (Auni) jauh berbeza....berpantang anak pertama cda buat yang mana perlu saja..cda berurut, minum hirup-hirupan dan sedikit jamu yang bidan sediakan..almaklumlah..berpantang diperantauan....pandai2 sendiri saja...

BERBEZA dengan berpantang untuk anak kedua, cda cukup mengambil berat isi berpantang ni..memikirkan banyak tanggungjawap yang perlu cda galas selama berpantang kerana pada masa yang sama suami cda pun tak dapat berjalan kerana patah kedua kakinya dan cda juga berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Jadinya cda mesti berpantang...mesti sihat emosi & fizikal....mesti cepat sihat!!! untuk mengurus keluarga.

Alhamdulillah berpantang secara tradisional seperti berurut, bertangas/bersauna menggunakan herba semulajadi, mandi limau+garam dan berbengkung semuatu cda lakukan...cuma..cuma jamu saja terpaksa cda skip selepas 2-3 hari makan jamu memandangkan Auni kerap nangis n kembung perut jadi cda hanya mengambil vitamin saja..

SEBAB CDA MENGAMBIL VITAMIN BERBANDING JAMU?
  1. Jamu adalah sebatian komplex. apabila ibu mengambil jamu element jamu akan disalurkan terus ke baby melalui susu ibu. badan baby masih kecil dan hatinya belum matang untuk menapis pelbagai unsur didalam jamu sekaligus melambatkan penyingkiran bilirubin yang akan membebankan hatinya seterusnya menjadi punca prolong Jaundice
  2. Sememangnya makan jamu adalah  untuk mempercepatkan pemulihan badan selepas bersalin, tapi sekiranyan disebabkan oleh jamu terlalu "berat" untuk baby jadi tidak salah memilih vitamin kerana sifatnya yang mudah diserap berbanding jamu.
  3. Apabila badan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, maka zat tersebut disalurkan kepada anak kita melalui susu badan dan bila ibu sihat----> ibupun ceria----> baby sihat ------> dapat meneruskan penyusuan selama 2 tahun :) best kan???
Jadi, terpulanglah untuk ibu-ibu juga bakal ibu memilih diantara Vitamin dan jamu.... jangan pula semata-mata hanya mengekalkan tradisi berpantang turun temurun sehinggakan tidak dapat meneruskan penyusuan atau memudaratkan baby.....

bersederhana adalah jalan terbaik kan??



(1) B-Complex : <----- cda cukup suka B-complex yang bertindak sebagai anti Stress :)
  • sebagai penenang (anti-stress), 
  • elak kemurungan (meroyan) 
  • enstabilkan hormon.
  • penting untuk pembentukan kolagen, 
  • mempercepatkan penyembuhan luka, 
  • memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). 
  • Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  •  membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim).
  • Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. 
  • Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Adalah dicadangkan untuk mengambil supplement tambahan lain seperti:
Pengambilan kedua-dua ini boleh membantu:
  • mengurangkan risiko Jaundice
  • memberi tenaga selepas melahirkan
  • dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu 
  • membekalkan kesemua nutrisi bagi memastikan kesihatan ibu di tahap optimum

Kesimpulannya, anda bebas untuk memilih apa jua makanan & rawatan yang sesuai sewaktu berpantang nanti. Sama ada anda pilih jamu atau supplements, pastikan anda tahu dengan yakin apakah khasiat yang bakal anda & baby perolehi selepas pengambilan jamu atau supplements tersebut yang pastinya pilihan anda mestilah SELAMAT UNTUK ANDA & BABY (^__^)




Dapatkan Supplement yang
Selalu Selamat|Selalu Semulajadi| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 



Friday, 29 July 2011

Jaundis :Susu ibu jadi penawar

Hampir semua bayi baru lahir pada masa kini akan mengalami jaundis. Dalam kebanyakan kes, jaundis di kalangan bayi baru lahir dianggap proses yang normal. Kebanyakan penyelidik melalui kajian masing-masing merumuskan ia merupakan pelindung bayi daripada kesan radikal bebas oksigen.

Jaundis yang kini kerap menyerang bayi baru lahir dikenali sebagai physiological jaundice. Ia bukannya penyakit! Selagi paras bilirubin tidak mencecah paras berbahaya, ia tidak memudaratkan.


Bayi pramatang atau kurang berat badan amat mudah untuk mengalami jaundis. Malah, bayi yang tidak menyusu secukupnya terutamanya diawal kelahiran dan tidak membuang najis dengan kerap sangat mudah mengalami jaundis.

Kolostrum dan susu ibu yang diterima bayi akan membantunya membuang air besar. Ia mampu mempercepatkan proses penyingkiran bilirubin dari sistem tubuh bayi.

Ambil Masa

Sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperoleh oksigen daripada darah anda. Sejurus lahir, dia tidak lagi memerlukannya kerana memperoleh oksigen dari udara.

Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin itu perlu disingkirkan segera selepas lahir. Jika tidak, ia boleh diserap semula ke dalam sistem bayi.

Bilirubin pula merupakan sisa sel darah yang perlu dikeluarkan daripada aliran darah oleh hati dan dibuang melalui mekonium dan najis bayi.

Walau bagaimanapun, hati bayi belum sepenuhnya matang lalu menyebabkan ia tidak berupaya memproses dan membuang bilirubin dengan segera pada hari pertama kelahiran bayi.
Kebiasannya, hati bayi baru lahir mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu untuk menjadi matang bagi menangani pertumbuhan bilirubin dalam darah.

Secara puratanya bayi baru lahir yang normal akan mengalami paras tertinggi iaitu 6mg/dl sekitar hari ketiga hingga kelima. Namun ia akan turun kira-kira 2-3 mg/dl di akhir minggu pertama dan beransur menjadi1 mg/dl di akhir minggu kedua selepas tarikh kelahiran.

Bagi mengatasi masalah peningkatan paras jaundis, rawatan terapi poto akan disaran oleh kebanyakan doktor. Rawatan ini memerlukan kulit bayi didedahkan kepada lampu biru yang berupaya memecahkan bilirubin sekaligus memudahkan penyingkirannya dari sistem tubuh bayi. Ia sangat efektif kerana terapi ini boleh menurunkan paras bilirubin dengan pantas.

Panduan Mengelak dan/atau Merawat Jaundis
  1. Susukan bayi sejurus selepas lahir dan sekerap yang boleh. Kolostrum bertindak sebagai laksatif dan kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin.
  2. Elakkan memberi bayi air! Perlu diingatkan, hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.
  3. Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap dua jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.
  4. Jika bayi kerap lena ketika menyusu terus daripada payu dara dan membuang najis kurang dari tiga kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas sesi penyusuan dan beri susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan atau tiub penyusuan.
  5. Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Dengan hanya memakai lampin dan dedahkan dia dikawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari seperti anjung di luar rumah.
  6. Anda perlu mengelakkan dari mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan sulfa. Anda mungkin boleh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.