Showing posts with label Diabetes Gestasi. Show all posts
Showing posts with label Diabetes Gestasi. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

sebiji GLA Complex sehari untuk kulit yang lebih glowing

Lately, ramai yang whatsapp/sms saya mencari produk Shaklee untuk kulit cantik. biasa set yang kami akan suggest adalah set D iaitu Vitamin E, Vitamin B Complex dan Vitamin C

tetapi, buat anda yang mencari satu produk yang paling terbaik untuk kecantikan kulit, saya nak suggest satu produk Shaklee yang amat-amat saya suka iaitu GLA COMPLEX Shaklee! haaaa.... apa yg bestnya GLA ni??
Perbezaan Shaklee:


Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang ada di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). mesti ramai wanita yang amalkan EPO kan? manakala, GLA Shaklee ni pula diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih daripada 2 kali ganda GLA dalam EPO! nampak kelebihan GLA Shaklee di situ?? Borage ni juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabilty dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. (3 kali lebih ok. hehe). Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Lagi pulak, GLA Shaklee ni digabungkan pula dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Nampak tak betapa specialnya GLA Shaklee ni? 

Sumber Asli GLA Shaklee:


Apa dia fungsi dan manfaat utama GLA Shaklee ni ye?

  • Herba tradisi yang dipercayai -
    Borange adalah herba kegemaran orang Barat yang mampu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina;
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron -  GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sistem PMS seperti senggugut, mood swing, water retention dan sakit pada payudara;
  • Melambatkan menopaus - mmeperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda;
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuk, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser;
  • Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan (jeragat), tinea dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma artritis. 
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi. Sebab tu, GLA sangat sesuai untuk penghidap diabetes.
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan - merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit (ada shaping) dan otot untuk mencapai bentuk badan cantik. 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - GLA juga bagus untuk menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi dan mengelak masalah jantung. 
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur. 
Sumber : Pucukubi.com





Tuesday, 20 January 2015

CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK MENGAWAL KENCING MANIS/ DIABETES


7 hari yang sudah, cda melawat seorang sahabat cda di hospital akibat kencing manis, dimana jumlah insulinnya turun secara mendadak semasa dia tidur. Kesian, sehinggakan ambulan ke rumah dan memberikan rawatan kecemasan. Antara simptom diabetes yang dihadapinya adanya bisul, berat badan turun mendadak, hilang selera makan dan kesian lagi bila dia ada gastrik yang agak teruk. dari satu penyakit ke satu penyakit. selama ni apa yang cda tahu diabetes dikaitkan dengan simptom cepat letih & luka yang lambat sembuh.

lebih banyak infi Diabetis telah cda kongsikan di post yang terdahulu, boleh klik Disini










B COMPLEX
Menukar makanan kepada tenaga iaitu menukar lemak, karbohidrat dan protein menjadi tenaga sekaligus mengurangkan masaalah keletihan
ZINC
menurunkan paras glukos dalam darah;
membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki
diabetes;
membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka.

VITA-LEA
✿ Multivitamin dan mineral keperluan tubuh;
✿Membantu mengimbangi multivitamin dan multimineral basic dalam badan untuk pemulihan pemulihan dan lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum.


VITA-C PLUS 
✿ sebagai antioksidan semulajadi;
 kukuhkan kapilari & saluran darah, juga membantu memulihkan kelemahan badan.


 merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, meningkatkan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.

khusus buat pengidap Diabetes atau kencing manis, penting untuk mengawal kadar gula seharian supaya keadaan tidak bertambah teruk. Cda sangat menggalakkan Mengambil set diabetes untuk mengawal kencing manis dan seterusnya merasa semula nikmat kesihatan yang sebenar 

Hubungi cda untuk sebarang pertanyaan. untuk lebih jimat, daftar sebagai Ahli Shaklee untuk mendapatkan harga Ahli yang jauh lebih murah 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com







Friday, 16 January 2015

RISIKO, RAWATAN DAN KESAN KENCING MANIS (DIABETES) SEMASA MENGANDUNG

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang:
  1. Apakah itu diabetis gestasi?
  2. Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
  3. Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
  4. Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
  5. Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
  6. Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
  7. Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
  8. Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
  9. Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?


Sebelum itu, kami kongsikan situasi yang berlaku kepada ahli keluarga kami sendiri. Beliau menghidapi diabetis sewaktu mengandungkan anak pertama.
Nama saya Ani. Sewaktu mengandungkan Anna, saya agak sibuk bekerja. Runtin saya yang sibuk menyebabkan saya tidak sempat memasak untuk suami. Selalunya kami akan makan di kedai untuk makan malam. Untuk lunch memang sedia maklum saya akan makan di café tempat saya bekerja. Sepanjang kehamilan, saya mempunyai tabiat membeli jus buah dalam kotak. Paling senang dan sihat bagi saya. Selalu saya ambil jus oren dan epal. Itulah minuman kegemaran saya sepanjang hamil. Kadang-kadang hingga 2-3kotak jus buah saya ambil dalam sehari.
Apabila pergi check-up, saya amat terkejut kerana didapati menghidap diabetis. Risiko kerana saya mungkin perlu di ceaser kerana baby agak besar. Rupanya baru saya tahu paras gula saya naik mendadak kerana jus buah yang saya ambil setiap hari itu. Jus tersebut bukan sahaja mengandungi banyak gula malah pengawet yang tinggi.
Apa-apapun saya selamat melahirkan Anna dengan ceaser. Saya sudah tinggalkan tabiat buruk saya. Kini saya hanya minum jus buah yang saya buat sendiri. 
Ok sekarang kita sama-sama baca info tentang diabetis sewaktu hamil ini. Semoga dengan info-info ini ibu-ibu dapat elakkan diabetis gestasi ini untuk kebaikan diri dan kandungan. 

Apa itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan kita akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi , terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
klik untuk imej yang lebih besar

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. (inilah yang berlaku kepada Wani, saudara saya itu)
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
-  Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
-  dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
-  anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
-  keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
-  keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi boleh dirawat?

 
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalubersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.
Kebanyakan kes diabetis gestasi hilang sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?



Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid  folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
 Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Kami doakan ibu-ibu hamil sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ingatlah, kesihatan ibu sangat mempengaruhi kesihatan anak yang dikandung. Jika perlu, ambillah set kesihatan ibu hamil untuk menyokong keperluan nutrisi buat ibu & baby 
Sumber: http://www.babycenter.com.my 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com