Showing posts with label Set A. Show all posts
Showing posts with label Set A. Show all posts

Monday, 2 April 2012

Senarai set supplement dari Onesupplement

Senarai set supplement dari Onesupplement
set A
Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

set B jugabaik untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. ianya lebih untuk memperkaya susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C focus on imune sistem, Vitalea untuk pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala alfalfa  sebagai perangsang dan membantu mempercepatkan penghasilan susu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut


set B+Ostermatrix calcium
Set B+Ostermatrix calcium lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set Eu- Four Pack 



Set Eu four pack
Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four  Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.mengandungi Vita lea, Vita C, Bcomplex dan Ostermatrix calcium. Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Triple M
Set Tripple M - Set Penyusuan Optimum
Sesuai untuk ibu2 yang menyusukan anak. Dapat membantu meningkatkan hasil susu dan menghasilkan susu yang berkualiti agar mendapat nutrisi yang baik. Juga sesuai untuk mereka yang mengutamakan kesihatan kerana set ini berguna untuk membersihkan usus dan sel darah. Alfalfa  terkenal sebagai raja herba mempu membantu pembersihan dalaman bagi yang belum dan sudah berumahtangga dan membau masalah kedinginan suami isteri.kalsium yang mencukupi (1000mg) sehari penting bagi ibu menyusu kerana kekurangan pengambilan kalsium dalam diet seharian menyebabkan kalsium dari tulang kita akan diserap untuk disalurkan kepada susu ibu.



set C
Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan. Tambahan ESP dan ostematrix mengikut budget customer.

Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium. Terdiri daripada vitalea, bcomp, vita C, alfalfa dan ostematrix.

Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Buddy Pack – set jimat untuk pasangan suami isteri, kandungan vitamin dan mineral yang sama dengan set B.

Lover’s Pack – khas untuk pasangan suami isteri bagi menghangatkan lagi hubungan anda. set yang sama dengan Buddy pack, tambahan vita E.



-------------------------->KLIK HERE FOR SLIMMING SET SERIES<--------------------




Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 





Friday, 6 January 2012

Supplement untuk kehamilan yang sihat

INGINKAN BABY DLM PERUT POWER & GENIUS?...JOM BACA NI


Vitamin for preggy mommies

Alhamdulillah….ramai  preggy mommies memilih supplement Shaklee sebagai makanan tambahan selama pregnant dan continue dengan pengambilan set C untuk berpantang juga Triple M untuk supplement semasa breastfeed.

Bila dikenangkan kembali semasa cda mengandungkan anak pertama, tiada siapa yang member guide untuk mengambil supplement…..mau tak mau..pergi ke farmasi pilih saja vit C, Multivitamin yang ada di sana….. n cda juga minum air soya yang banyak semasa mengandung..rupanya, semua supplement yang cda perlukan ada di Shaklee…terus jatuh cinta dengan shaklee…


Set J1
Set A (vitalea, vita C & B-Complex) +Ostermatrix
Set J2
Set A (vitalea, vita C & B-Complex) +Ostermatrix+ Omega



  Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan


  • §  Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
  • §  Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
  • §  Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
  • §  Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
  • §  Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
  • §  Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah:


OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari 
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
 Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
 Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari 
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari 
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin ESP.

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Monday, 12 December 2011

Lelaki dan kesuburan

 LELAKI PUNCA TIDAK SUBUR 
Berbincang mengenai masalah kesuburan, ramai menganggapnya sebagai masalah wanita, sedangkan realitinya hampir 50% masalah membabitkan lelaki, walaupun rata-rata cuba menafikan hakikat ini.
Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.
Berdasarkan kajian, masalah kesuburan boleh dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki saja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15 peratus lagi pasangan didapati normal.
Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah di kalangan pasangan yang tiada anak.
Ironinya, lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani, sedangkan si isteri terpaksa melalui beberapa pemeriksaan iaitu ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi bagi memastikan rahim dan saluran tiub fallopia tidak bermasalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.
Tembok Keegoan
Malangnya, tidak ramai lelaki sanggup merendahkan tembok keegoan kerana bimbang jika disahkan masalah kesuburan berpunca daripada mereka, ia boleh dianggap mencalarkan harga diri.
Namun, anggapan lapuk ini perlu diketepikan kerana lebih cepat mereka menjalani pemeriksaan, iaitu selepas setahun berkahwin dan kerap mengadakan hubungan kelamin tetapi masih tiada anak, terutama di kalangan pasangan berusia, masalah lebih mudah diselesaikan.

KATEGORI KETIDAKSUBURAN 
Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:
1.Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.
Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.
2.Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.
Air mani tidak dapat dikeluarkan,- sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.
3.Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.
4.Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.
5.Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.
6.Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.
7.Senaman keterlaluan – seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.
8.Tekanan,- terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.
9.Obesiti — kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.
10.Pengambilan dadah,- alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.
Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.
11.Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.
Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.
Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu lelaki yang perlu menjalani rawatan ini dinasihatkan supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.
Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.
Segera Mendapatkan Rawatan.
Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.
Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.
Terdapat banyak kaedah moden boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama. Antara teknik yang biasa digunakan ialah persenyawaan dalam rahim (IUI, sperma terbaik akan dipilih dan dimasukkan ke dalam rahim isteri untuk persenyawaan) yang sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).
Jika tidak berjaya, pasangan boleh beralih kepada teknik IVF (persenyawaan luar rahim, embrio akan disuntik ke dalam rahim isteri). Namun, pasangan berumur disarankan supaya terus menggunakan kaedah ini.
Kaedah terbaru adalah suntikan sperma Intra-sitoplasmik (ICSI) iaitu teknik persenyawaan secara mikromanipulasi atau bantuan di mana sperma akan disuntik ke dalam telur di bawah mikroskop supaya tersenyawa menjadi embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim.
Jika anda mengalami masalah kesuburan, jangan malu kerana anda bukan bersendirian. Lebih baik menjalani pemeriksaan saintifik (rawatan moden) untuk mencari puncanya. Namun, jangan berharap boleh berlaku perubahan mendadak selepas menjalani rawatan kerana sperma mengambil masa lama untuk dihasilkan.
Sehingga kini tiada kaedah boleh membantu memulihkan keadaan sepenuhnya atau mencapai tahap normal, tetapi jangan cepat putus asa, sebaliknya terus berusaha mendapatkan zuriat.
Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

FAKTA MENARIK TENTANG SPERMA..


TAHUKAH ANDA …?
1) Tahukah anda sperma ‘ditembak’ selaju kira-kira 10 mph dari zakar..
2) Sperma perlu berenang 7 inci dari serviks melalui uterus untuk
ke tiub fallopio sebelum mensenyawakan ovum….
3) Sesudah masuk ke rahim, sperma bergerak pada kadar 15 minit bagi setiap 1 inci…
4) Sperma yang paling laju berenang akan tiba di ovum sepantas 45 minit,
manakala yang paling slow akan ambil masa sehingga setengah hari.
5) Jika tiada telur didapati selepas hubungan kelamin, sperma akan menunggu sehingga 72 jam..
6) Bagi setiap proses ejakulasi, berjuta-juta sperma dibebaskan, tapi cuma beberapa dozen sahaja yang mampu sampai ke ovum…

SPERMA, ANTARA FAKTA DAN MITOS

Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.
Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.
* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkanjumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!
* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan spermasudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.
Fakta
* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.
* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.
* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.
* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.
* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.
* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.
* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratussperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.



Sekiranya ada yang bertanya kepada saya...apakah supplement tambahan yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap kesuburan? jawapan yang saya berikan adalah bagi suami, cda  cadangkan mengambil set A yang terdiri daripada:

VitaLea (multivitamin)
B-complex- memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon
Vitamin C- berperanan dalam pembentukan sperma dan ditambah dengan 
Vitamin E- membantu menstabilkan hormon reproduktif serta
Zink - meningkatkan tahap testeron dan bilangan sperma pada lelaki
  

Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 

Wednesday, 23 November 2011

AWAS Bahaya Anti-Acne Cream…Apa Pilihan Anda??

Cantik luar..cantik dalam................semua nak cantik... macam mana yang dikatakan cantik tu? rupa paras .. perwatakan dan tingkah laku .. kesopanan .. pertuturan .. atau dalaman? pada c-da susah kita nak definisikan kategori cantik ni. mata semua lain-lain. contohnya macam Lisa Surihani .. kamu orang rasa dia cantik? pada aku dia memang cantik tapi pada orang lain belum tentu. mungkin mereka kata Fasha Sandha lagi cantik. jadi, definisi cantik ni tak ada salah betul..tengok cermin orang kata cda cantik!!! ahak!! yolahtu..cukup suami kata kita sejuk mata memandang dah cukup "Rahmat"...heheh thanks suamiku..terima diri ni seadanya..


Set D untuk kulit yang cantik!! 
Semalam best sangat.....cda terima text dari seorang costumer......ia consume set D memandangkan ia mempunyai masalah kulit...ha! nak tau ape isi text tu....

" SALAM C-DA..ALHAMDULILLAH..INA SIHAT & YESS BELUM SEMPAT SEBULAN INA CONSUME VIT-C, VIT-E & B.COMPLEX..ALHAMDULILLAH MY SKIN ADA IMPROVEMENT WHICH I LIKE..I LIKE..I LIKE"

sampai ke petang cda tersengih-saja.....selama cda dengan shaklee......selama cda bersama group gbs banyak testimoni yang benar-benar buat cda teruja.....sebabnya..selama ni cda cuma percaya ubat saja sebagai penyembuh...rupaya....supplement yang smulajadi dan selamat serta HALAL ini merupakan penawar...tiada kesan sampingan untuk jangkamasa panjang dan ianya benar-berkesan......dan lagi untuk perkongsian semua dari sini untuk artikel yang membuat kan kitani buka mata akan bahayanya Anti-Acne Cream.....




AWAS Bahaya Anti-Acne Cream…Apa Pilihan Anda?? Kita ikuti Testimonial Yana..

Ape yang the ONE nye?? Siapa Yana?? Nak tahu kenala baca sampai habis...


… MAsalah jerawat rasenya bukanlah perkara baru teruatamanya di kalangan remaja dan ade juga sampai ke tua.


Saya bersyukur selama hidup 31 tahun (alamak terbongkar rahsia mak!) blum lagi la terkena masalah jerawat atau acne yang kronik.


Bukan semua orang tu bernasib baik mempunyai kulit yang licin bak kulit telur dikupas (eih betul ke eik?? sorry yang my BM dapat 2 jer). Macam Kak N kate selama menghadapi masalah kulit dan terpaksa bergantung dengan anti-acne cream jer sampai bila ye tak. Petua ibu kak N katenya basuh dengan daun jambu tapi kalo kita tinggall tengah2 town macam Singapura ada ker daun jambu?? Musykil saya…


Anda tahu tak bahaya sebenarnya bergantung pada anti-acne atau antibiotics nie?? Silap2 boleh sebab tak boleh pregant tau!! Hah nie saya petik dari skinimprovement.com
_______________________________________________________ 
"Not all manufacturers of acne products with chemicals tell that in order to avoid side effects, such acne creams or acne pills can only be used for 2 - 3 weeks. Oral antibiotics should be used as a temporary measure in order to reduce the inflammation caused by acne bacteria. Prolonged use of antibiotics and steroids supress the immune system of our skin. Weak immune system may lead to development of such skin disorders as rosacea and demodex.


In addition to anti pimpe gels, lotions for zits, ointments and acne pills, the chemical industry offers variety of cleansing lotions containing alkali, alcohol and even acids. The cleansers with theses chemical substances are not safe and should not be used by acne patients. The alcohol and other chemical ingredients most often over dry the skin provoking the sebum glands to produce more sebum oil. Excessive production of sebum oil is one of the reason which causes acne. You should always wash acne prone skin with natural cleansers and lotions. "
____________________________________________________________


Nak di simpulkan kebanyakan syarikat pembuat anti-acne antibiotics selalunya lupa pada tanggungjawab mereka untuk menyatakan keburukan memakai produk mereka lebih dari 2-3 minggu. Akibatnya penguna yang merana, kerana pendedahan pada jangka masa panjang akan meyebabkan sistem imuniti kita bertambah lemah  dan timbul pulak penyakit kulit lain seperti rosacea dan demodex.
Kandungan di dalam cream nya pulak mempunyai kandungan kimia yang tinggi seperti acid, alkali dah alkohol. Ia menyebabkan kulit bertambah kering. Badan kita akan bereaksi dan menghasil kan lebih banyak minyak dan jerawat akan terus tumbuh seperti cendawan…


Tak bermakna ini adalah akhirnya kita perlu terima, Tuhan bagi kita pilihan kan, buat pilihan bijak.. 



Anda boleh teruskan hidup bergantung dengan bahan kimia dan dadah atau anda boleh memilih bahan semulajadi seperti VITAMIN E


Kenape???


seperti yang saya kongsikan ia mengandungi anti-oksida dan mengurangkan kerosakan sel dan melambatkan penuaan. Jadi anda nak lihat ape berlaku sebelum dan selepas pengambilanVITAMIN-E. Thank you YANA for allowing me to share.




Sebelum mengambil Vitamin E

Selepas mengambil Vitamin E

Hah percaya atau tidak?? hehe percayalah.. 
Pilihan adik saya?? Pengambilan Vitamin-E  Shaklee berterusan selama 3 bulan yer baru menampak kesan sebegini.


Bukan VITAMIN E sahaja, dia turut mengambil VITAMIN C, alfalfa dan MEALSHAKE untuk merawat dan menyembuhkan kulit nya yang berjerawat.





___________  SEKILAS FAKTA tentang VITAMIN-VITAMIN SEMULAJADI______



VITAMIN-C : Peranannya membina & membaiki- tulang, gigi dan tisu penyambung dan membentuk kolagen yang penting untuk ketegangan dan kecantikan kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh


ALFALFA: Merupakan sumber mikronutrient paling kaya- membuat sistem badan berjalan lebih lancar dan membantu melawaskan usus, mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan.


MEALSHAKEs: membantu membaikpulih luka atau kudis dimana ia mengandungi vitamin B-complex, zat besi dan copper untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan memberi perubahan positif pada  complexion kulit.


Pengambilan Air mencukupi juga perlu la mencukupi baru badan seimbang yer…
Anda ingin mencuba dan perlukan konsultasi??



______________________________________________________________________________


Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease