Showing posts with label usahawan shaklee. Show all posts
Showing posts with label usahawan shaklee. Show all posts

Thursday, 14 May 2015

KUASA MINDA JUTAWAN SHAKLEE


Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.
1. Fikirkan masa hadapan
Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.
Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.
2. Punyai matlamat dalam minda
Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.
Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan  spesifik  apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.
3. Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat,  kejayaan pun pastinya hebat!
4. Fokuskan kepada penyelesaian
Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari segala pemikiran yang negatif.
Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah. Fokuskan  minda kita kepada penyelesaiannya.

5. Orientasi keputusan
Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang  perlu  anda fokuskan?
Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir  dengan membuang masa.
Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa untuk membuang masa!
6. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan
Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.
7. Dedikasi dalam memperbaiki diri
Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.
Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang  sering membaca dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.
Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik 'nasib' yang akan dating  kepada kita!
8. Lakukan sesuatu sekarang!
Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih  iaitu 'melengahkan masa' sebagai satu tabiat.
Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai  masa 24jam sehari untuk diluangkan.
Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa. Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar "Tunggu dulu... nanti-nanti kita buat" sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana. Amalkan 8 senaman minda ini, anda pasti akan dapat merasa perbezaannya.
Sumber :Irfan Khairi

Tuesday, 24 February 2015

SUDAHLAH MAKAN VITAMIN SECARA PERCUMA, JADI AHLI PUN PERCUMA?


 4 tahun cda mendaftarkan diri sebagai SID Shaklee. Waktu tu Shaklee masih BARU di Brunei ,tiadak ramai yang berkongsi & menjual Shaklee di sini. Ramai juga yang masih tidak kenal dengan Shaklee, jadi inilah cadaran cda, bagaimana nak memberi keyakinan pada orang lain tentang wujudnya produk Shaklee yang merupakan SATU-SATUNYA vitamin Semulajadi yang selamat & berkesan diambil untuk masaalah penyakit juga untuk mendapatkan kesihatan yang optimum

Siapa yang suka barang PERCUMA? Yes! Cda suka!! Percuma bermaksud takperlu keluarkan sejumlah wang untuk dapatkan sesuatu barang. Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee dengan Percuma? Nak tahu apa yang cda buat? Cda beli roduk Shaklee bernilai RM700 dan cda MENDAPAT KEAHLIAN PERCUMA. Dan bukan itu saja, waktu tu juga cda dapat CASHBACK dari Shaklee. Sudahlah percuma, dapat duit lagi tu.



MENAKJUBKAN, daripada duit bonus yang cda terima setiap bulan tu cda mampu membeli Produk Shaklee tanpa mengeluarkan seposen pun duit cda. Semuanya daripada duit Bonus Shaklee yang cda terima setiap bulan. MENARIK, sampai satu masa, cda sudah ada hampir kesemua Supplement yang cda perlukan. Dan paling terharu, cda boleh berikan Vitamin kepada mentua cda untuk masaalah sendi, kencing manis dan darah tinggi.

Produk Shaklee sangat BERBEZA, kerana Produk Shaklee sendiri yang menggerakkan bisness, produk tu sendiri menjadi tunjang kejayaan Shaklee. Sesungguhnya produk menggerakkan bisnes bukan bisnes menggerakkan produk. Cda yakin lebih akan Berjaya dengan Shaklee melalui kelebihan produk yang  DIJAMIN Selamat, Semulajadi & Berkesan dan yes! Dah tentu HALAL

Cda kongsikan disini 3 keistimewaan Shaklee yang tidak aka nada pada produk lain.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

1) Sentiasa Selamat (Always Safe)
  • Lebih 80,000 ujian kualiti dijalankan bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar
  • Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan baha pencemaran berbahaya


2) Sentiasa Berkesan (Always Works)
  • Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
  • Bahan-bahan semulajadi yg paling halus dan tulen
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan


3) Sentiasa Mesra Alam (Always Green)
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah juga bumi anda
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam



 ****Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.



Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com






Monday, 17 November 2014

Mulakan bisness Internet : Adakah penting memilih Mentor Untuk Usahawan Internet?


ye, cda akan jawap sangat penting. seperti sorang anak yang memerlukan ibunya, pelajar memerlukan guru, begitu juga dengan bidang keusahawanan. mesti mempunyai mentor supaya setiap langkah yang kita lakukan itu adalah betul. yes! cda mempunya mentor yang hebat! dan kenapa pula mesti cari mentor yang hebat? mentor yang hebat dapat memberi panduan tapi bukan dia yang menjalankan bisness. sekiranya kita mempunyai mentor yang hebat sudah tentu kita pun menjadi yang terhebat!


Sekiranya anda baru sahaja menceburkan diri dalam bidang keusahawanan Internet, anda memerlukan tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya. Sudah tentu anda boleh menghabiskan masa untuk mendalami ilmu-ilmu berkenaan keusahawanan Internet, membeli produk dan kursus yang melatih anda untuk berjaya. Namun pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan seorang mentor untuk anda ikuti jejak langkah kejayaan beliau?

Sebenarnya, dengan cara memiliki mentor untuk perniagaan anda akan memberikan beberapa kelebihan. Mari kita lihat satu per satu kelebihan-kelebihan tersebut.

1. Belajar dari ilmu dan pengalaman mentor

Oleh kerana mentor lazimnya adalah seorang yang lebih lama berada dalam dunia perniagaan Internet, sudah tentu mereka mempunyai ilmu dan pengalaman masing-masing. Sebagai mentee, anda boleh belajar dari ilmu mentor anda bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan dalam niche pilihan anda, di samping mempelajari daripada pengalaman mentor anda. Apakah yang telah dilaluinya untuk mencapai posisi beliau sekarang? Apakah kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini yang sudah tentu anda perlu elakkan dalam perniagaan anda sendiri? Semua persoalan ini boleh dijawab oleh mentor anda.

2. Tunjuk ajar dan nasihat untuk memperbaiki diri sendiri

Anda juga boleh memanfaatkan tunjuk ajar dan nasihat mentor anda bagi tujuan memperbaiki diri anda sendiri sebagai seorang usahawan Internet. Dengan mendengar dan melihat rutin mentor, anda akan mempunyai gambaran bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya.

3. Berkongsi sumber-sumber yang digunakan oleh mentor

Sekiranya anda beruntung, mentor anda akan mendedahkan sumber-sumber yang beliau sendiri gunakan untuk perniagaan beliau, seperti perkhidmatan penulisan ebook, rekaan grafik, penulisan auresponder, percetakan dan sebagainya. Dengan cara ini, anda tidak perlu meneliti satu persatu produk atau perkhidmatan yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Sebaliknya, mentor anda telahpun menyaring sumber-sumber ini kerana kecekapan mereka dan rekod perkhidmatan yang memuaskan, dan anda cuma perlu menggunakan sahaja sumber-sumber ini.


4. Asas yang baik untuk rangkaian jangka panjang

Dengan memiliki mentor, anda sebenarnya meletakkan asas yang baik untuk rangkaian perniagaan anda pada jangka masa panjang. Ini adalah kerana mentor anda telah lebih lama berkecimpung dalam perniagaan Internet, beliau telahpun membina rangkaian yang kukuh untuk perniagaan beliau. Sebagai anak murid beliau, anda sebenarnya mengambil jalan singkat untuk mencelah masuk ke dalam rangkaian mentor anda tadi.


Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan mempunyai mentor untuk perniagaan anda, mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah untuk memilih mentor yang sesuai untuk anda? Berikut diberikan beberapa tip untuk anda aplikasikan.

1. Dapatkan pandangan rakan-rakan usahawan

Sudah tentu tip yang paling asas adalah dengan bertanyakan pandangan rakan-rakan usahawan yang lain. Terdapat beberapa medium Facebook
, Twitter dan forum yang anda boleh bertanyakan pandangan tersebut. Sebagai orang baru, anda tidak perlu segan silu bertanya. Dan biasanya, anda akan mendapat maklum balas yang memuaskan daripada rakan-rakan usahawan anda yang telahpun melalui proses mentoring sebelum ini dan mereka mungkin mencadangkan beberapa orang prospek mentor yang anda boleh pertimbangkan.

2. Mentor yang sesuai dengan keperluan anda

Anda boleh gariskan kekurangan diri dan perniagaan anda dan senaraikan beberapa prospek mentor untuk dipertimbangkan. Pilihlah mentor yang sesuai dengan keperluan anda. Seorang usahawan paling terkemuka di dunia besar kemungkinan bukan prospek mentor yang terbaik untuk anda kerana mungkin ilmu dan pengalaman mereka sudah mencapai tahap paling tinggi, dan tidak bersesuaian untuk orang baru seperti anda.

3. Perhatikan kaedah komunikasi dengan mentor

Semak kaedah komunikasi dengan mentor, adakah anda diberikan peluang bersua muka dengan mentor anda, atau sekadar online chat sekali setiap minggu, ataupun komunikasi melalui emel sahaja dan terhad kepada satu emel setiap bulan? Sudah tentu anda inginkan seorang mentor yang boleh kerap berkomunikasi dengan anda bagi memenuhi keperluan perniagaan Internet anda.

4. Kelaziman anda boleh mendapatkan khidmat mentoring

Tip seterusnya adalah berapa lazim anda boleh mendapatkan khidmat mentoring daripada mentor anda, selain daripada kaedah komunikasi yang telah ditetapkan. Anda mungkin berdepan dengan situasi yang memerlukan khidmat nasihat segera daripada mentor anda, dan anda perlu yakin bahawa mentor anda sedia mendengar masalah anda untuk perbincangan dan nasihat penyelesaian.

Itulah dia perkongsian ringkas mengenai kelebihan-kelebihan mentoring untuk seorang usahawan Internet seperti anda, dan beberapa tip ringkas bagaimana untuk memilih mentor yang sesuai dengan keperluan anda.


sertai menjadi sebahagian dari kami, berada dalam kelompok mereka yang berjaya! hubungi cda untuk mendapakan info lanjut berkenaan cara memulakan menjadi usahawan Shaklee hari ini
sertai kami hari ini..jadi sebahagian dari kami. sila hubungi kami segera

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 



Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WhatsApp : 012 6084105 | 8115024 (BRUNEI)