Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts

Friday, 16 January 2015

RISIKO, RAWATAN DAN KESAN KENCING MANIS (DIABETES) SEMASA MENGANDUNG

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang:
  1. Apakah itu diabetis gestasi?
  2. Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
  3. Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
  4. Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
  5. Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
  6. Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
  7. Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
  8. Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
  9. Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?


Sebelum itu, kami kongsikan situasi yang berlaku kepada ahli keluarga kami sendiri. Beliau menghidapi diabetis sewaktu mengandungkan anak pertama.
Nama saya Ani. Sewaktu mengandungkan Anna, saya agak sibuk bekerja. Runtin saya yang sibuk menyebabkan saya tidak sempat memasak untuk suami. Selalunya kami akan makan di kedai untuk makan malam. Untuk lunch memang sedia maklum saya akan makan di café tempat saya bekerja. Sepanjang kehamilan, saya mempunyai tabiat membeli jus buah dalam kotak. Paling senang dan sihat bagi saya. Selalu saya ambil jus oren dan epal. Itulah minuman kegemaran saya sepanjang hamil. Kadang-kadang hingga 2-3kotak jus buah saya ambil dalam sehari.
Apabila pergi check-up, saya amat terkejut kerana didapati menghidap diabetis. Risiko kerana saya mungkin perlu di ceaser kerana baby agak besar. Rupanya baru saya tahu paras gula saya naik mendadak kerana jus buah yang saya ambil setiap hari itu. Jus tersebut bukan sahaja mengandungi banyak gula malah pengawet yang tinggi.
Apa-apapun saya selamat melahirkan Anna dengan ceaser. Saya sudah tinggalkan tabiat buruk saya. Kini saya hanya minum jus buah yang saya buat sendiri. 
Ok sekarang kita sama-sama baca info tentang diabetis sewaktu hamil ini. Semoga dengan info-info ini ibu-ibu dapat elakkan diabetis gestasi ini untuk kebaikan diri dan kandungan. 

Apa itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan kita akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi , terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
klik untuk imej yang lebih besar

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. (inilah yang berlaku kepada Wani, saudara saya itu)
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
-  Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
-  dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
-  anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
-  keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
-  keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi boleh dirawat?

 
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalubersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.
Kebanyakan kes diabetis gestasi hilang sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?



Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid  folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
 Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Kami doakan ibu-ibu hamil sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ingatlah, kesihatan ibu sangat mempengaruhi kesihatan anak yang dikandung. Jika perlu, ambillah set kesihatan ibu hamil untuk menyokong keperluan nutrisi buat ibu & baby 
Sumber: http://www.babycenter.com.my 

Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com




Sunday, 21 December 2014

PENTINGNYA OMEGA 3 UNTUK IBU MENGANDUNG

Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & amp; EPA) Untuk Ibu Mengandung
Penyelidikan demi penyelidikan sentiasa dilakukan demi memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu ketika hamil.


Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, pengambilan vitamin atau makanan tambahan.
Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian juga menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?
Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?
Kepentingan Omega 3 minyak ikan (DHA & amp ; EPA) untuk ibu mengandung ialah:
Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?
Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.
Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?
Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju.
Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.

Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?
Menyiasat proses pembuatan — Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Bau — Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.
Rasa — Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?
ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari


KHASIAT OMEGA SECARA MENYELURUH
1- Mencegah salur darah dari tersumbat 
2- Omega 3 dapat mengelakkan strok 
3- Mengurangkan sakit kepala
4- Merendahkan kolestrol
5- Mengawal masalah obesiti
6- Mengurangkan risiko penyakit jantung
7- Sangat bagus untuk ibu hamil
8- Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
9- Meningkatkan sistem imun tubuh
10- Membantu menyihatkan paru-paru
11- Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
12- Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
13- Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 14- Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
15- Memelihara fungsi-fungsi sendi
16- Mencegah penyakit gout



Untuk keterangan lanjut sila 

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

FB: SHAYIDA SALMI 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com



Tuesday, 11 November 2014

RISAU, LAMBAT PERIOD 3 HARI, BILA & APA UJIAN KEHAMILAN YANG SESUAI?

Mesti ada yang pernah merasa situasi panik, risau disebabkan lambar uzur? maaf, bukan risau tapi lebih kepada persoalan yang penuh tanda tanya..hihi ini lebih kepada pengalaman cda sendiri, baik masa anak no 1 dan anak no 2. cda akan buat ujian walaupun baru lewat sehari..hihii excited katanya..ok, buat yang belum ada pengalaman, jika dah lewat tu, boleh je buat ujian kehamilan dirumah. Bila? jemput baca info ni..cda ambil poin penting dari artikel baby center.com

Bilakah masa terawal untuk menjalankan ujian kehamilan?

Ini bergantung kepada jenis ujian yang anda gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah anda.

Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian darah biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital.

HPT boleh dilakukan sendiri di rumah. Sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid anda dijangka tiba, atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Samada ujian kehamilan itu lebih sensitif atau kurang sensitif ada dinyatakan pada bungkusannya. Ia diukur dalam mlU/ml (mili-International Unit per milimetre) dengan julat antara 10 mlU/ml hingga 40 mlU/ml. Semakin kecil nombornya, semakin sensitif ujian itu dan semakin cepat ia dapat mengesan kehamilan.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan anda tidak hamil walaupun sebenarnya anda hamil, boleh membuatkan anda tertekan.

Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas anda mengovulasi.

Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Anda mungkin tidak hamil. Atau, anda mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang anda jangkakan dan kehamilan anda tidak selanjut yang anda fikirkan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari. Jika anda benar-benar hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh alat ujian pada waktu itu.


sumber: http://www.babycenter.com.my




Emosi, sensitif, cepat marah dan sedih semasa mengandung


Tahniah buat bakal ibu yang baru mendapat tahu pregnant. seronok! saya pun seronok bila dapat tahu pregnant, tapi apabila hormon mula berubah, mulalah terasa mual, pening, muntah-muntah, tak selera makan, semua perkara ni buat rasa stress. mujurlah orang disekeliling cda faham situasi orang mengandung ni...sayang korang!

jadi, cda terpanggil untuk berkongsi info berkenaan emosi semasa mengandung dan apa  supplement yang sesuai diambil untuk mengelakkan stress yang berlebihan semasa mengandung 


"Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa.

Bagaimanapun, setiap bakal ibu mengalami perubahan emosi yang tidak sama ketika hamil. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga bakal ibu yang mengalami tekanan perasaan.

Ia kebiasaannya memuncak pada minggu keenam hingga 10 minggu kandungan dan semakin berkurangan apabila memasuki trimester kedua. Akhirnya hilang begitu saja sewaktu kandungan semakin sarat.

Perasaan risau banyak dipengaruhi harapan tinggi bakal ibu bapa itu sendiri terhadap anak mereka. Dikatakan, tekanan itu bermula sejak bayi masih dalam kandungan.

Antara bebanan yang sering membelenggu adalah persediaan menyambut bayi dan perkara remeh seperti “Adakah aku membaca buku kehamilan yang terbaik?, Adakah produk bayi yang dibeli memberi jaminan terbaik? Adakah aku mampu membentuk perkembangan mental dan sosial anak itu nanti?

BENTUK TUBUH BERUBAH


Pada sama sama, badan mengalami perubahan dan menyebabkan ibu hamil berasa tidak menarik di mata pasangan.
Ramai benci dengan pertambahan berat mendadak dan berasa diri gemuk sedangkan ia adalah perubahan biasa dialami ibu mengandung.

Selain itu, bebanan emosi bertambah apabila timbul simptom kehamilan seperti pedih ulu hati, penat dan sering mahu buang air kecil.

Wanita yang mengalami fasa ini pasti bersetuju jika keadaan itu pernah membuatkan mereka berasa seperti hilang semangat sehingga ada yang mengatakan tidak mahu hamil lagi. Bebanan itu sebenarnya yang membuatkan emosi anda turun naik dan menjadi tidak stabil.

Justeru, bagi menikmati saat indah membawa insan kecil di dalam kandungan tentunya ramai yang ingin mengetahui kaedah menguruskan emosi tidak stabil ketika hamil.

Adakah bakal ibu perlu risau jika gagal mengawal emosi lebih daripada tiga minggu? Jawapannya anda perlu berjumpa pengamal perubatan sebelum dirujuk kepada kaunselor.

Mungkin anda antara 10 peratus wanita mengalami masalah tekanan (ringan kepada sederhana) sewaktu hamil. Petanda mudah untuk mengenali masalah itu adalah jika anda sering berasa gugup atau cemas.
Jika gangguan kecelaruan emosi lebih berat, anda mungkin mengalami masalah bipolar (gangguan perasaan).

Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.

 

INFO: KAEDAH MENGURUSKAN EMOSI TIDAK STABIL KETIKA HAMIL 

  • Paling mudah tentunya dengan mengingatkan diri bahawa perubahan emosi ketika hamil adalah normal. Jadi, belajar menerima adalah kaedah paling mudah membantu anda menguruskan emosi ketika ia memuncak.


  • Cuba juga jadi lebih santai dan tidak membebankan diri melakukan pelbagai tugasan sebelum melahirkan.


  • Perasaan runsing juga pasti berkurangan jika hubungan dengan pasangan lebih intim. Hubungan itu umpama jaminan pasangan ada untuk anda dan anda juga tidak berseorangan ketika sedang menghadapi cabaran mengandung.


  • Ada juga ibu hamil tanpa suami di sisi, jadi dekati keluarga dan rakan rapat yang setia mendampingi. Wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas bayi dilahirkan.


  • Tidak salah jika lakukan sesuatu yang boleh membuatkan rasa gembira misalnya menghabiskan waktu berkualiti bersama pasangan atau waktu bersendiri seperti menikmati urutan prenatal dan menonton wayang bersama teman baik.


  • Luahkan kebimbangan yang membelenggu bersama rakan yang memahami. Luahan atau kata-kata kadangkala mampu menunjukkan jalan penyelesaian kepada kebimbangan anda.



  • Pengurusan tekanan juga penting daripada membiarkan ia membebankan perasaan dan emosi. Pastikan cukup tidur, makan yang teratur, senaman dan ceriakan hidup. Kenali apakah punca menyebabkan perasaan terbeban."




Thursday, 6 November 2014

RAHSIA JANGGUT SUAMI UNTUK KESUBURAN WANITA

Mesti ramai yang tersenyum bila baca artikel ni, lagi-lagi isteri-isteri..senyun sebab ada suami yang berjanggut. Hensem ke? mestilah hensem! poster dibawah ni pun dah mengakui kehensoman lelaki berjanggut.

Rupanya ada Rahsia disebalik Janggut..teruskan baca artikel ni.


 


Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Rasulullah SAW juga bergaya sebegitu iaitu berjanggut dan tidak bermisai atau bermisai nipis. Ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW antaranya;

 

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat Muslim)

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

 

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jelaslah bahawa hadith-hadith di atas bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kita supaya berjanggut, tetapi menegah kita dari menyerupai orang-orang kafir iaitu mereka yang memelihara misai dan mencukur janggut.

Malah menurut Islam juga, menyimpan janggut (ada pendapat ahli agama mengatakan menyimpan segenggam janggut) merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Jika sunnah, tentulah mendapat pahala jika diikuti atau diamalkan. Sebenarnya, menyimpan janggut mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Ia bukan sunnah yang biasa-biasa sebaliknya mempunyai manfaat yang tersembunyi setelah diselidiki secara saintifik.

Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan dan pendakwah, satu kajian telahpun dijalankan oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body (pernah disiarkan dalam rancangan National Geographic) dan kajian itu mendapati bahawa janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita.

Buktinya? Bagaimana caranya? Hanya melalui sentuhan saja. Dengan hanya membuat sentuhan-sentuhan ‘janggut’ ke tubuh isteri semasa bersama, ia mampu merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan isteri. Ia mampu menstabilkan kitaran haid isteri selain menggalakkan pertumbuhan telur (ovum) wanita yang aktif dan banyak.

Oleh itu, ia sangat berguna bagi sesiapa yang menghadapi masalah kesuburan (belum mempunyai anak) atau yang mengalami jarang anak dan ingin mendapatkan anak lagi. Kalau yang suami tidak menyimpan janggut, isteri bolehlah minta suami simpan janggut dan belailah selalu janggut suami tu. Tapi kalau suami jenis yang tak berjanggut (ada juga lelaki yang sukar tumbuh janggut atau janggut nipis), janganlah pula memaksa suami membuat itu dan ini agar janggut suami tumbuh atau panjang. Janggut bukanlah segala-galanya.

Hari ini ramai lelaki yang berjanggut dan ramai juga yang tidak. Berjanggut kerana apa? Jika kerana mengikut fesyen, baik tak payahlah. Atau membiarkan janggut penuh di dagu kerana malas nak menguruskannya, itu lagi sedih. Jika menyimpan janggut kerana niat mengikut sunnah Rasullullh SAW, nescaya akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Sebab itu ada juga lelaki yang jenis tak subur janggut, tetapi tetap ingin menyimpan walaupun janggut boleh dibilang sehelai-sehelai, kerana nak ikut sunnah Rasulullah SAW.

Menurut Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, Profesor Toksikologi dari Universiti California pula, menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan hormon testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi, menyimpan janggut dan jambang akan menyebabkan kandungan testosteron akan bertambah. Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram dan mendapati testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.


Habis bercerita tentang janggut & kesuburan, pengambilan supplement jugak merupakan satu pilihan buat mereka yang mempunyai masaalah kesuburan, baik suami atau isteri.

CADANGAN SET KESUBURAN SUAMI & ISTERI



Sertai kami hari ini..jadi sebahagian dari kami. 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
IG: shayida salmi
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WhatsApp : 012 6084105 | 8115024 (BRUNEI)








Monday, 3 November 2014

DHA tingkat fungsi otak bayi

Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum.

Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi juga perlu dalam memaksimumkan perkembangan otak kanak-kanak bermula dari tahun awal.
Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang baik walaupun di kalangan orang dewasa.

DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik.
Foto
DHA adalah komponen struktur yang utama dan juga asid lemak omega-3.

Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius.

Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan.

Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran bahasa lebih pantas satu asas penting untuk pendidikan masa depan.

Menurut Pengarah Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat, Profesor Dr John Colombo, otak manusia mengandungi hampir 60 peratus lemak dan asid lemak antara molekul paling penting yang menentukan kemampuan dan kebolehan otak untuk berfungsi.

“DHA adalah asid lemak politaktepu (PUFA) yang penting. DHA juga asid lemak omega-3 paling banyak di dalam otak dan retina merangkumi 40 peratus PUFA di dalam otak dan 60 peratus PUFA dalam retina. Manakala 50 peratus daripada berat membran plasma neuron adalah DHA.

“Sebagai satu komponen struktur bagi sistem saraf utama, DHA berfungsi meningkatkan keutuhan membran neuron dan transmisi isyarat selepas rangsangan.
“Selain berperanan penting dalam pembentukan struktur otak, DHA terbabit dalam biosintesis neurotransmitter (catecholamines).

“Kuantiti DHA tertinggi boleh diperoleh dalam bahagian kawalan motor otak yang memainkan peranan utama dalam memori, perkembangan sosial dan kelakuan,” katanya.

Beliau yang juga tenaga pengajar di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat ditemui di ibu negara sempena Ekspo Minda anjuran Mead Johnson Nurtition (M) Sdn Bhd pada 1 hingga 4 November lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Katanya, 80 peratus daripada pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam 1,365 hari pertama dalam hidup iaitu bermula dari dalam rahim ibu sehingga usia tiga tahun.

Hasil kajian yang meyakinkan menunjukkan hubungan DHA dengan perkembangan cerebral yang cepat ketika dalam kandungan sehingga usia beberapa tahun selepas lahir.

Kajian saintifik menunjukkan DHA adalah komponen penting untuk menggalakkan pembentukan otak, di mana penglihatan visual dan perkembangan mental nampaknya bertambah baik dengan pengambilan makanan tambahan DHA.

“Perpindahan DHA daripada darah ibu ke dalam uri adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Justeru, kadar DHA bayi dua kali lebih tinggi daripada si ibu.

“Jika kadar DHA ibu adalah rendah, DHA boleh juga diperoleh daripada punca paling banyak dalam badan ibu iaitu otak,” katanya.

Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama bayi apabila otak bayi membesar tiga kali ganda saiz asal pada usianya masuk satu tahun. DHA merangkumi 10 hingga 15 peratus berat cerebral cortex seorang bayi.

Bagi bayi yang membesar, kadar DHA lebih tinggi sangat diperlukan untuk pembesaran sel neuron berbanding struktur otak lain.

Komposisi membran dalam sel neuron sentiasa mengalami proses pembinaan dan boleh berubah secara drastik jika wujud perubahan dalam pemakanan.

“Ini terbukti apabila asid lemak yang lain mendatar ketika kelahiran, tahap DHA pula berkembang dua kali ganda, terutama ketika tempoh pertumbuhan pesat set saraf iaitu sewaktu pertumbuhan pesat otak.

“DHA tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan,” 


Beliau bekerjasama dengan rakan setugas, Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson, masing-masing pakar dalam bidang nutrisi dan diet serta pakar neurologi di Universiti Kansas, bagi menyelidik kesan pemakanan tambahan rangkaian panjang asid lemak politaktepu (LCPUFA) selepas lahir dan kajian itu dinamakan DIAMOND bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kesan DHA dalam perkembangan kognitif dan intelektual.

Katanya, kajian klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.

“Kami mengadakan ujian klinikal ‘double-blinded’ secara rambang dan terkawal yang direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak.

“Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.

“Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus,” katanya.

Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju.

Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan.

“Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.

“Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama,” katanya.

Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.
“Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.

“Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ),” katanya.

Ketika lahir, otak berkembang sebanyak 100 billion neuron. Neuron pada ketika ini masih tidak matang dan kebanyakannya belum berhubung antara satu sama lain.
Tidak lama selepas kelahiran, otak bayi baru lahir mula membentuk trilion hubungan dan jaringan antara neuron dalam bilangan mega.

Trilion dipanggil ‘synapses’ sangat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan penglihatan, pendengaran, deria hidu, pembelajaran pada tahap lebih tinggi.

“Synapses dibentuk oleh setiap neuron yang mempunyai serat berbentuk sesungut panjang dipanggil axon yang digunakan untuk menghantar mesej kepada neuron lain.

“Mesej dihantar sebagai isyarat elektrik dan diterima beribu-ribu serat pendek berbentuk seperti rambut dipanggil ‘dendrites’ yang juga dikeluarkan oleh neuron.

“Walaupun proses perkembangan otak bermula dengan gen, pemupukan perkembangan iaitu apa dialami kanak-kanak sekarang akan mengambil alih proses ini.

“Pengalaman ini mencetuskan aktiviti elektrik yang membolehkan otak mengembangkan hubungan dan membesar,” katanya.

Semakin banyak stimulasi atau rangsangan diterima oleh otak dalam pengalaman ini semakin banyak neuron akan berhubung, justeru membolehkan pembelajaran lebih baik dan meningkatkan kepintaran.

Pengalaman berulang kali akan membantu membina hubungan kekal di dalam otak. Mencecah usia lapan bulan, bayi normal dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang mempunyai stimulasi, selamat dan penuh kasih sayang akan mencetuskan 500 trilion hubungan.

“Ketika mencecah usia dua tahun, seorang bayi akan mempunyai 1,000 trillion hubungan. Walaupun hubungan ini terus terbentuk sepanjang hayat, mereka mencapai kepadatan paling tinggi iaitu 15,000 synapses untuk satu neuron.

“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi di masa depan, sebahagian besarnya siap dibentuk apabila berusia tiga tahun.

“Apabila tiba masa itu, asas untuk pemikiran, bahasa, kebolehan dan perlakuan dibentuk dan struktur dan bentuk otak mencapai 80 peratus sempurna,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01


sumber

Saturday, 13 September 2014

MEALSHAKES UNTUK BF MOM| IBU HAMIL| KULIT CANTIK|ANAK GENIUS| MASAALAH SEMBELIT| PICKY EATER






MAHUKAN ANAK YANG SIHAT & GENIUS?


INGINKAN ZURIAT?

NAK CANTIK?

MEALSHAKES + KURMA YANG SANGAT BERKHASIAT !


MILK BOOSTER

MEALSHAKES UNTUK IBU MENGANDUNG



ANAK SUKAR MAKAN?


 LEBIH FOCUS SEMASA BELAJAR?


MASAALAH SEMBELIT??






TESTIMONI MEALSHAKES








berita baik!!

Membeli sambil berkasih sayang... setiap kali anda membeli 'Mealshakes buy 3 free 1,10% dari hasil jualan, akan disalurkan ke 2000 keluarga kurangmampu selama setahun.haa lebih kurang gitulah maksud poster 






Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com