Alhamdulillah
Hari ni sudah genap 6 bulan menyusukan secara EXCLUSIVE……
Sekarang bermula penyusuan secara penuh sehingga 2 tahun..
Syukur, dengan niat yang tidak pernah putus, ilmu yang dipelajari & pengalaman penyusuan anak pertama selama 2 tahun dapat dipraktikkan sepenuhnya pada anak kedua saya – Nurul Shifa Auni.
Kewajipan ibu dan bapa menjayakan penyususan??
Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan cda untuk memberinya susu ibu kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya. Yang pastinya pemberian susu ibu adalah untuk menunaikan HAKnya untuk mendapat penyusuan sepenuhnya sehingga 2 tahun…
Memilih penyusuan SUSU IBU???
Sudah tentu ia menjadi pilihan yang tepat buat cda n semua ibu-ibu yang mengharapkan 1001 kebaikan susu ibu buat anak-anaknya…cda anggap ini adalah pelaburan untuk jangkamasa panjang buah hati cda…mereka perlukan antibody secukupnya selama ia membesar…….
Sokongan Moral???
Syukur…sepanjang menjayakan penyusuan anak pertama dan kini dalam proses penyusuan anak ke 2, banyak sokongan yang cda peroleh terutama dari suami, keluarga dan kakitangan kesihatan (Klinik Seria/ Hospital KB) yang begitu menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu,,terima kasih buat semua dan cda cukup menghargainya..dan buat mommies yang menyusukan jangan segan untuk berbincang dengan Nurse, doctor n rakan2 sekiranya terdapat masalah atau meminta pendapat
Nota Cda:
· konsep penyusuan mudah…cda makan seperti diet harian biasa, yang berkhasiat, mengambil supplement tambahan untuk cda kekal sihat, bertenaga dan dengan kesihatan yang optimum cda mampu meneruskan perjuagan penyusuan sehinggga anak cda 2 tahun..mudahan…
· Kerapkan penyusuan secara terus dan pengosongan payudara…insyaallah susu akan bertambah
· Untuk elak penat,gunakan pelbagai posisi yang selesa
· mencapai misi 6 bulan penyusuan esklusif susu ibu..perjalanan panjang,perlu usaha,doa dan tawakal serta cekal dan sabar..:)..lebihkan anak-anak lebih seronok dari diri sendiri walaupun kadang kala penat sebab berjaga malam bila anak tak tido...:)
· dengan penyusuan, cda dapat gunakan saat2 indah ni dengan berkualiti… percayalah…
No comments:
Post a Comment