Saturday 23 July 2011

PENYAKIT PNEUMOKOKAL DAN PENCEGAHANYA

Penyakit Pneumokokal adalah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria Streptococcus pneumoniae. Penyakit-penyakit yang serius ini kebanyakannya berlaku pada kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur 2 tahun ke bawah.

Di antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kuman ini adalah:
rajah 1: Otak yang diangkiti kuman (Meningitis )
1. Meningitis - iaitu jankitan selaput otak (meninges). Penykait ini adalah serius dan boleh membawa maut dan meyebabkan komplikasi-komplikasi yang serius seperti lumpuh, hilang pendegaran, kecacatan otak.

Rajah 2: Paru-paru yang dijangkiti Pnemonia

2. Pnemonia - iaitu jangkitan paru-paru. Ini meyebakan bayi atau kanak-kanak tersebut akan demam kuat, batuk dan susah untuk bernafas.


3. Bacteraemia - Jangkitan kuman di dalam darah. meyebabkan simptoms seperti demam kuat. lemah dah bernafas laju. Kuman di dalam darah ini boleh menjangkiti organ-organ lain seperti paru-paru, otak , buah pinggang dan sebagainya


4. Oititis Media - iaitu jangkitan telinga tengah. Ini meyebakan telinga berasa sakit, kurang pendegaran dan cecair kuning keluar melalui saluran telinga.

Sekarang ini terdapat Vaksin yang boleh diberi kepada anak-anak kita bagi mencegah mereka daripada mendapat jangkitan yang disebabkan oleh kuman Streptococcus pneumoniae ini. Para ibu bapa boleh berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk mendapatkan penerangan lanjut megenai vaksin ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...