Monday, 31 October 2011

Fiber: membantu mengawal berat badan??

Apakah fiber?
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiberbanyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.


Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. (rumah penyakit ialah perut) Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baikdan rajin bersenamjuga membantu dalam pengawalan berat badan.

Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak airapabila kuantiti pengambilan fiber bertambah. 8 gelas air dicadangkan utk diminum setiap hari.



Apakah kaitan fiber dan detox?
Fiber merupakan salah satu agen detox yang paling berkesan dan selamat. Fiber menghalang kolestrol dan lemak dari di serap oleh perut. Mengawal kadar glukos  yang diperlukan badan. Mengelakkan sembelit. Membersihkan kolon (usus).







Bagaimana fiber berfungsi?

-Fiber menyerap dan memegang kelembapan dalam sistem pencernaan. Mcm sponge yg ada di sekeliling saluran usus. Yang mana fiber ni akan mempercepatkan proses penghadaman>pencernaan.
-Fiber mengurangkan sembelit. *Kebanyakkan masalah sembelit berpunca dr jangkitan n toksin. Fiber berperanan membersihkan usus secara semula jadi.
-Fiber juga mengurangkan kesan dari pengambilan sesetengah ubat2an (drug), makanan yg mengandungi pengawet dan makanan yg mengandungi bahan kimia dengan menyingkirkan toksin sewaktu proses penghadaman. 
-Fiber menurunkan level kolestrol, dan mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan yang kita makan. 





Dapatkan Supplement yang
Semestinya SELAMAT|Sentiasa SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

3 supplement asas untuk bentuk badan yang menawan

TIGA SUPLEMEN ASAS Bagi yang mahu menguruskan badan, dan membuang lemak yang berlebihan


Apa yang anda perlu untuk Diet??

Detoks (Fiber/herblax) + Protin (Cinch Shake or Energizing Soy Protin (ESP) + Lecitin

Kenapa protin? 
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa kene detoks?
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)


Kenapa perlu Lecitin?: 
berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn..

Utk detoks, anda boleh pilih samada nak Fiber atau Herblax.. bergantung budget anda bulan ini… J Yang mana best??? Fiber atau Herblax?untuk hasil yang lebih optimum, Fiber adalah jawapannya…:..Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘dalam toilet’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..

Hubungi Cda sekianya anda inginkan jadual makan dan pilihan supplement untuk masalah berat badan yang bersesuaian dengan Budget anda.

Dapatkan Supplement yang
Semestinya SELAMAT|Sentiasa SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

Wednesday, 26 October 2011

Alami dan rasai sendiri....rasa teruja tidak terhingga...


seronok dari hari kehari semakin ramai yang mengakui bestnya produk shaklee ni.....baik ibu yang mengandun, ibu yang menyusu....orang tua, muda...kanak-kanak semua thumb up....yang bestnye supplement ni  sama sekali bukan ubat...n ianya adalah semulajadi...best kan? jom baca himpunan testimoni dari blog mentor cda ni....


Wah..ala2 tagline Proton Saga yang baru tu..ALAMI DAN RASAI bla..bla..bla..sama juga seperti Supplement Jenama Shaklee ni.....Alami sendiri dan rasainya....rasa teruja tidak terhingga....Teruja bagaimana tu?....mari kita baca komen dari customer2 kami ..yang majorotinya ibu menyusu....







takpayahlah saya stori mori panjang lebar... A picture paint thousand words... right? Anda bagaimana? 

Dapatkan Supplement yang
Semestinya SELAMAT|Sentiasa SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

Monday, 24 October 2011

Testimoni Set J

Pagi selasa yang cukup indah...huuuuuh...menarik nafas untuk memulakan semua aktiviti harian....cda nak kongsikan pengalaman pengguna shaklee set J ni...bukan suatu pembaziran sekiranya kitani menggunakan wang dari penat bekerja untuk membeli supplement n untuk badan sendiri.......yang penat badan.....yang sakit pun badan.. apa salahnya kita appreciate badan kitani supaya sentiasa sihat ..bila sihat semuanya menjadi m



Syasya Syarin
okey ani produk SHAKLEE yang kugunakan masani.. set asas,set A,ostematrix-calcium magnesium,n energizinf soy protein-esp utk aku yg mudah ngalih n nada amah njga anak2 sendiri ani.

masa mula2 beli atu aku mcm ragu.. mcm sayang ni f nda bkesan jua.. belian lagi utk 1set n terus ku add on ost n esp.. tapi alhamdulillah jua..

keberkesanan set ani-dengan izin ALLAH.. kita usaha okey,yang lain tawakal saja.
>>Kurang seminggu sudah ku dpt rasa.. nda mudah ngalih,before ani aku nda berani makan banya pasal aku mudah lalah. f makan banyak,nda banyak pun just kenyang2 catu,aku pyhkan bnafas. p lepas kurang seminggu aku lebih besemangat.
 
>>pingang nda lagi sakit tp masih ada sengal2 sikit. f ku ada tcramp cepat baiknya.. f sebelum ani 2-3hari jua ada masih bekasnya,macam selahau tulang ah rasanya.beratku makin okey. n yang penting semua okey dah nda pyh jumpa pakar gynae lg.. masani aku kna suruh d klinik biasa sudah.
>>baru2 ani aku perasan.. seleraku makin okey.. aku DAPAT SUDAH MAKAN IKAN. b4 ani muntah or pening2 ku tu.
>>n yes.. kulitku makin okey.. walaupun aku nada mnggunakan skin care lengkap.. sebab aku selalu lupa atau nda sempat pakai pelembab malam n pelembab siang pun kdg2 ja.. alhamdulilah makin okey
>>kalau dulu duduk dlm kerita sekejap pun sudah ngalih n sangal brabis.. ani travel jauh pun aku okey sudah..
>>masa tido n masas utk bangun tido atu hampir tiap hari teatur n senang

jadi...apa kata anda? heheh..renung renungkan...thans sya untuk perkongsian yang begitu besT!! :) semoga ramai lagi diluar sana punya kesedaran dan keperihatinan terhadap kesihatan masing2......

Dapatkan Supplement yang
Semestinya SELAMAT|Sentiasa SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com


Perbezaan set B, set E dan set 3M untuk ibu menyusu

Apakah perbezaan diantara Set B, Set E dan Set 3M buat ibu menyusu??

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.
 Apa yang ada dalam set B ?

  • ·         Vitalea with iron formula,
  • ·          Vitamin B, Vitamin C
  • ·         dan Alfalfa.


Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.



Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
Apa ada dalam Set E ?
  • ·         set B
  • ·         dan Ostermatrix


Siapa yang perlu set ini?

 Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M adalah untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan
Apa ada dalam set 3M?

  • ·         Set B ,
  • ·         ESP
  • ·         dan Ostematrix.


Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.



SET BARU DAN TERHANGAT!!!









Set Eu-four Pack Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four  Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.

  • ·         Multivitamin,
  • ·         B kompleks,
  • ·         Vitamin C
  • ·         dan Kalsium [ Ostematrix].
Siapa yang perlukan set ini?
Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.





Dapatkan Supplement yang
Semestinya SELAMAT|Sentiasa SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com







Sunday, 23 October 2011

Eu-Four Pack

Berita baik!!!!!!!!!!

Bermula 24 haribulan, Euphoria menyediakan pack menyusu yang baru iaitu yang mengandungi :

Multivitamin, B kompleks, Vitamin C serta Kalsium [ Ostematrix]. Set ini diberi nama sebagai                         " Eu - Four  Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.
Harga untuk set ini ialah RM296* . Untuk promo pelancaran, ada tawaran istimewa.

Hubungi saya untuk makluman lanjut!


Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?


Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.
Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!! 


Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.


Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!



BOOSTER.....ALFALFA BUKAN BOOSTER TERBAIK BUAT IBU MENYUSU....

Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protien. 

Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.



Dapatkan Supplement yang
Semestinya SELAMAT|Sentiasa SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com