Friday, 11 April 2014

Multi Level Marketing Menurut Shariah

INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.

ternyata dari pembacaan cda, Shaklee antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).


5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Sunday, 6 April 2014

SHAKLEE TAWAR PELUANG PENDAPATAN LUMAYAN


Saya dah berkenalan dengan Shaklee semenjak 2009 sebagai pengguna Shaklee (breastfeeding set) dan selepas gunakan shaklee, cda buat keputusan untuk memulakan bisness Shaklee.



Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis (",)

1- Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan PC sahaja!
 Saya seorang pemalu hihi dan saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja iaitu menaip dan tersenyum di PC atau pun di smartphone! Saya percaya anda juga mampu melakukannya.

2- Memberikan saya masa kerja yang fleksibel
 Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada berfacebook tanpa mendatangkan hasil ATAU ingin menambah pendapatan disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk updateblog dan facebook, 1 jam untuk membalas emel, 30 minit untuk merangka pelan bisnes anda, 1 jam berurusan dengan pos laju dan 30 minit cod vitamin. Lagi 20 jam adalah kepunyaan suami dan anak-anak kita! Best tak?

3- Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya!
 Shaklee memang MLM. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat BONUS LEBIH daripada saya. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa banyak kaki dia banyak duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa paling rajin dia banyak duit'.

4- Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
 Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.


BAGAIMANA UNTUK MENJADI AHLI?
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee.

Caranya senang sahaja. 

  • Hubungi saya untuk menyertai keluarga Shaklee paling mesra, ceria & riuh-rendah dengan perkongsian pengalaman Shaklee. 
  •  Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
  •  Bayar yuran keahlian sebanyak RM75 (SM) atau RM85 (S/S) -termasuk kos penghantaran
  • Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisness Shaklee ni. Sengaja saya simpan sedikit cerita best ini walaupun saya mampu untuk menceritakan kesemuanya. Nak tahu lagi kenalah join bisness ini. Lakukan anjakan paradigma terhadap diri anda. Titik tolaknya bermula selepas anda membaca entri ini.



Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com