Monday, 17 November 2014

Mulakan bisness Internet : Adakah penting memilih Mentor Untuk Usahawan Internet?


ye, cda akan jawap sangat penting. seperti sorang anak yang memerlukan ibunya, pelajar memerlukan guru, begitu juga dengan bidang keusahawanan. mesti mempunyai mentor supaya setiap langkah yang kita lakukan itu adalah betul. yes! cda mempunya mentor yang hebat! dan kenapa pula mesti cari mentor yang hebat? mentor yang hebat dapat memberi panduan tapi bukan dia yang menjalankan bisness. sekiranya kita mempunyai mentor yang hebat sudah tentu kita pun menjadi yang terhebat!


Sekiranya anda baru sahaja menceburkan diri dalam bidang keusahawanan Internet, anda memerlukan tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya. Sudah tentu anda boleh menghabiskan masa untuk mendalami ilmu-ilmu berkenaan keusahawanan Internet, membeli produk dan kursus yang melatih anda untuk berjaya. Namun pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan seorang mentor untuk anda ikuti jejak langkah kejayaan beliau?

Sebenarnya, dengan cara memiliki mentor untuk perniagaan anda akan memberikan beberapa kelebihan. Mari kita lihat satu per satu kelebihan-kelebihan tersebut.

1. Belajar dari ilmu dan pengalaman mentor

Oleh kerana mentor lazimnya adalah seorang yang lebih lama berada dalam dunia perniagaan Internet, sudah tentu mereka mempunyai ilmu dan pengalaman masing-masing. Sebagai mentee, anda boleh belajar dari ilmu mentor anda bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan dalam niche pilihan anda, di samping mempelajari daripada pengalaman mentor anda. Apakah yang telah dilaluinya untuk mencapai posisi beliau sekarang? Apakah kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini yang sudah tentu anda perlu elakkan dalam perniagaan anda sendiri? Semua persoalan ini boleh dijawab oleh mentor anda.

2. Tunjuk ajar dan nasihat untuk memperbaiki diri sendiri

Anda juga boleh memanfaatkan tunjuk ajar dan nasihat mentor anda bagi tujuan memperbaiki diri anda sendiri sebagai seorang usahawan Internet. Dengan mendengar dan melihat rutin mentor, anda akan mempunyai gambaran bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya.

3. Berkongsi sumber-sumber yang digunakan oleh mentor

Sekiranya anda beruntung, mentor anda akan mendedahkan sumber-sumber yang beliau sendiri gunakan untuk perniagaan beliau, seperti perkhidmatan penulisan ebook, rekaan grafik, penulisan auresponder, percetakan dan sebagainya. Dengan cara ini, anda tidak perlu meneliti satu persatu produk atau perkhidmatan yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Sebaliknya, mentor anda telahpun menyaring sumber-sumber ini kerana kecekapan mereka dan rekod perkhidmatan yang memuaskan, dan anda cuma perlu menggunakan sahaja sumber-sumber ini.


4. Asas yang baik untuk rangkaian jangka panjang

Dengan memiliki mentor, anda sebenarnya meletakkan asas yang baik untuk rangkaian perniagaan anda pada jangka masa panjang. Ini adalah kerana mentor anda telah lebih lama berkecimpung dalam perniagaan Internet, beliau telahpun membina rangkaian yang kukuh untuk perniagaan beliau. Sebagai anak murid beliau, anda sebenarnya mengambil jalan singkat untuk mencelah masuk ke dalam rangkaian mentor anda tadi.


Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan mempunyai mentor untuk perniagaan anda, mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah untuk memilih mentor yang sesuai untuk anda? Berikut diberikan beberapa tip untuk anda aplikasikan.

1. Dapatkan pandangan rakan-rakan usahawan

Sudah tentu tip yang paling asas adalah dengan bertanyakan pandangan rakan-rakan usahawan yang lain. Terdapat beberapa medium Facebook
, Twitter dan forum yang anda boleh bertanyakan pandangan tersebut. Sebagai orang baru, anda tidak perlu segan silu bertanya. Dan biasanya, anda akan mendapat maklum balas yang memuaskan daripada rakan-rakan usahawan anda yang telahpun melalui proses mentoring sebelum ini dan mereka mungkin mencadangkan beberapa orang prospek mentor yang anda boleh pertimbangkan.

2. Mentor yang sesuai dengan keperluan anda

Anda boleh gariskan kekurangan diri dan perniagaan anda dan senaraikan beberapa prospek mentor untuk dipertimbangkan. Pilihlah mentor yang sesuai dengan keperluan anda. Seorang usahawan paling terkemuka di dunia besar kemungkinan bukan prospek mentor yang terbaik untuk anda kerana mungkin ilmu dan pengalaman mereka sudah mencapai tahap paling tinggi, dan tidak bersesuaian untuk orang baru seperti anda.

3. Perhatikan kaedah komunikasi dengan mentor

Semak kaedah komunikasi dengan mentor, adakah anda diberikan peluang bersua muka dengan mentor anda, atau sekadar online chat sekali setiap minggu, ataupun komunikasi melalui emel sahaja dan terhad kepada satu emel setiap bulan? Sudah tentu anda inginkan seorang mentor yang boleh kerap berkomunikasi dengan anda bagi memenuhi keperluan perniagaan Internet anda.

4. Kelaziman anda boleh mendapatkan khidmat mentoring

Tip seterusnya adalah berapa lazim anda boleh mendapatkan khidmat mentoring daripada mentor anda, selain daripada kaedah komunikasi yang telah ditetapkan. Anda mungkin berdepan dengan situasi yang memerlukan khidmat nasihat segera daripada mentor anda, dan anda perlu yakin bahawa mentor anda sedia mendengar masalah anda untuk perbincangan dan nasihat penyelesaian.

Itulah dia perkongsian ringkas mengenai kelebihan-kelebihan mentoring untuk seorang usahawan Internet seperti anda, dan beberapa tip ringkas bagaimana untuk memilih mentor yang sesuai dengan keperluan anda.


sertai menjadi sebahagian dari kami, berada dalam kelompok mereka yang berjaya! hubungi cda untuk mendapakan info lanjut berkenaan cara memulakan menjadi usahawan Shaklee hari ini
sertai kami hari ini..jadi sebahagian dari kami. sila hubungi kami segera

Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 



Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WhatsApp : 012 6084105 | 8115024 (BRUNEI)

Tuesday, 11 November 2014

RISAU, LAMBAT PERIOD 3 HARI, BILA & APA UJIAN KEHAMILAN YANG SESUAI?

Mesti ada yang pernah merasa situasi panik, risau disebabkan lambar uzur? maaf, bukan risau tapi lebih kepada persoalan yang penuh tanda tanya..hihi ini lebih kepada pengalaman cda sendiri, baik masa anak no 1 dan anak no 2. cda akan buat ujian walaupun baru lewat sehari..hihii excited katanya..ok, buat yang belum ada pengalaman, jika dah lewat tu, boleh je buat ujian kehamilan dirumah. Bila? jemput baca info ni..cda ambil poin penting dari artikel baby center.com

Bilakah masa terawal untuk menjalankan ujian kehamilan?

Ini bergantung kepada jenis ujian yang anda gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah anda.

Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian darah biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital.

HPT boleh dilakukan sendiri di rumah. Sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid anda dijangka tiba, atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Samada ujian kehamilan itu lebih sensitif atau kurang sensitif ada dinyatakan pada bungkusannya. Ia diukur dalam mlU/ml (mili-International Unit per milimetre) dengan julat antara 10 mlU/ml hingga 40 mlU/ml. Semakin kecil nombornya, semakin sensitif ujian itu dan semakin cepat ia dapat mengesan kehamilan.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan anda tidak hamil walaupun sebenarnya anda hamil, boleh membuatkan anda tertekan.

Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas anda mengovulasi.

Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Anda mungkin tidak hamil. Atau, anda mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang anda jangkakan dan kehamilan anda tidak selanjut yang anda fikirkan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari. Jika anda benar-benar hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh alat ujian pada waktu itu.


sumber: http://www.babycenter.com.my




Emosi, sensitif, cepat marah dan sedih semasa mengandung


Tahniah buat bakal ibu yang baru mendapat tahu pregnant. seronok! saya pun seronok bila dapat tahu pregnant, tapi apabila hormon mula berubah, mulalah terasa mual, pening, muntah-muntah, tak selera makan, semua perkara ni buat rasa stress. mujurlah orang disekeliling cda faham situasi orang mengandung ni...sayang korang!

jadi, cda terpanggil untuk berkongsi info berkenaan emosi semasa mengandung dan apa  supplement yang sesuai diambil untuk mengelakkan stress yang berlebihan semasa mengandung 


"Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa.

Bagaimanapun, setiap bakal ibu mengalami perubahan emosi yang tidak sama ketika hamil. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga bakal ibu yang mengalami tekanan perasaan.

Ia kebiasaannya memuncak pada minggu keenam hingga 10 minggu kandungan dan semakin berkurangan apabila memasuki trimester kedua. Akhirnya hilang begitu saja sewaktu kandungan semakin sarat.

Perasaan risau banyak dipengaruhi harapan tinggi bakal ibu bapa itu sendiri terhadap anak mereka. Dikatakan, tekanan itu bermula sejak bayi masih dalam kandungan.

Antara bebanan yang sering membelenggu adalah persediaan menyambut bayi dan perkara remeh seperti “Adakah aku membaca buku kehamilan yang terbaik?, Adakah produk bayi yang dibeli memberi jaminan terbaik? Adakah aku mampu membentuk perkembangan mental dan sosial anak itu nanti?

BENTUK TUBUH BERUBAH


Pada sama sama, badan mengalami perubahan dan menyebabkan ibu hamil berasa tidak menarik di mata pasangan.
Ramai benci dengan pertambahan berat mendadak dan berasa diri gemuk sedangkan ia adalah perubahan biasa dialami ibu mengandung.

Selain itu, bebanan emosi bertambah apabila timbul simptom kehamilan seperti pedih ulu hati, penat dan sering mahu buang air kecil.

Wanita yang mengalami fasa ini pasti bersetuju jika keadaan itu pernah membuatkan mereka berasa seperti hilang semangat sehingga ada yang mengatakan tidak mahu hamil lagi. Bebanan itu sebenarnya yang membuatkan emosi anda turun naik dan menjadi tidak stabil.

Justeru, bagi menikmati saat indah membawa insan kecil di dalam kandungan tentunya ramai yang ingin mengetahui kaedah menguruskan emosi tidak stabil ketika hamil.

Adakah bakal ibu perlu risau jika gagal mengawal emosi lebih daripada tiga minggu? Jawapannya anda perlu berjumpa pengamal perubatan sebelum dirujuk kepada kaunselor.

Mungkin anda antara 10 peratus wanita mengalami masalah tekanan (ringan kepada sederhana) sewaktu hamil. Petanda mudah untuk mengenali masalah itu adalah jika anda sering berasa gugup atau cemas.
Jika gangguan kecelaruan emosi lebih berat, anda mungkin mengalami masalah bipolar (gangguan perasaan).

Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.

 

INFO: KAEDAH MENGURUSKAN EMOSI TIDAK STABIL KETIKA HAMIL 

  • Paling mudah tentunya dengan mengingatkan diri bahawa perubahan emosi ketika hamil adalah normal. Jadi, belajar menerima adalah kaedah paling mudah membantu anda menguruskan emosi ketika ia memuncak.


  • Cuba juga jadi lebih santai dan tidak membebankan diri melakukan pelbagai tugasan sebelum melahirkan.


  • Perasaan runsing juga pasti berkurangan jika hubungan dengan pasangan lebih intim. Hubungan itu umpama jaminan pasangan ada untuk anda dan anda juga tidak berseorangan ketika sedang menghadapi cabaran mengandung.


  • Ada juga ibu hamil tanpa suami di sisi, jadi dekati keluarga dan rakan rapat yang setia mendampingi. Wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas bayi dilahirkan.


  • Tidak salah jika lakukan sesuatu yang boleh membuatkan rasa gembira misalnya menghabiskan waktu berkualiti bersama pasangan atau waktu bersendiri seperti menikmati urutan prenatal dan menonton wayang bersama teman baik.


  • Luahkan kebimbangan yang membelenggu bersama rakan yang memahami. Luahan atau kata-kata kadangkala mampu menunjukkan jalan penyelesaian kepada kebimbangan anda.



  • Pengurusan tekanan juga penting daripada membiarkan ia membebankan perasaan dan emosi. Pastikan cukup tidur, makan yang teratur, senaman dan ceriakan hidup. Kenali apakah punca menyebabkan perasaan terbeban."




Thursday, 6 November 2014

RAHSIA JANGGUT SUAMI UNTUK KESUBURAN WANITA

Mesti ramai yang tersenyum bila baca artikel ni, lagi-lagi isteri-isteri..senyun sebab ada suami yang berjanggut. Hensem ke? mestilah hensem! poster dibawah ni pun dah mengakui kehensoman lelaki berjanggut.

Rupanya ada Rahsia disebalik Janggut..teruskan baca artikel ni.


 


Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Rasulullah SAW juga bergaya sebegitu iaitu berjanggut dan tidak bermisai atau bermisai nipis. Ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW antaranya;

 

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat Muslim)

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

 

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jelaslah bahawa hadith-hadith di atas bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kita supaya berjanggut, tetapi menegah kita dari menyerupai orang-orang kafir iaitu mereka yang memelihara misai dan mencukur janggut.

Malah menurut Islam juga, menyimpan janggut (ada pendapat ahli agama mengatakan menyimpan segenggam janggut) merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Jika sunnah, tentulah mendapat pahala jika diikuti atau diamalkan. Sebenarnya, menyimpan janggut mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Ia bukan sunnah yang biasa-biasa sebaliknya mempunyai manfaat yang tersembunyi setelah diselidiki secara saintifik.

Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan dan pendakwah, satu kajian telahpun dijalankan oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body (pernah disiarkan dalam rancangan National Geographic) dan kajian itu mendapati bahawa janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita.

Buktinya? Bagaimana caranya? Hanya melalui sentuhan saja. Dengan hanya membuat sentuhan-sentuhan ‘janggut’ ke tubuh isteri semasa bersama, ia mampu merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan isteri. Ia mampu menstabilkan kitaran haid isteri selain menggalakkan pertumbuhan telur (ovum) wanita yang aktif dan banyak.

Oleh itu, ia sangat berguna bagi sesiapa yang menghadapi masalah kesuburan (belum mempunyai anak) atau yang mengalami jarang anak dan ingin mendapatkan anak lagi. Kalau yang suami tidak menyimpan janggut, isteri bolehlah minta suami simpan janggut dan belailah selalu janggut suami tu. Tapi kalau suami jenis yang tak berjanggut (ada juga lelaki yang sukar tumbuh janggut atau janggut nipis), janganlah pula memaksa suami membuat itu dan ini agar janggut suami tumbuh atau panjang. Janggut bukanlah segala-galanya.

Hari ini ramai lelaki yang berjanggut dan ramai juga yang tidak. Berjanggut kerana apa? Jika kerana mengikut fesyen, baik tak payahlah. Atau membiarkan janggut penuh di dagu kerana malas nak menguruskannya, itu lagi sedih. Jika menyimpan janggut kerana niat mengikut sunnah Rasullullh SAW, nescaya akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Sebab itu ada juga lelaki yang jenis tak subur janggut, tetapi tetap ingin menyimpan walaupun janggut boleh dibilang sehelai-sehelai, kerana nak ikut sunnah Rasulullah SAW.

Menurut Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, Profesor Toksikologi dari Universiti California pula, menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan hormon testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi, menyimpan janggut dan jambang akan menyebabkan kandungan testosteron akan bertambah. Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram dan mendapati testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.


Habis bercerita tentang janggut & kesuburan, pengambilan supplement jugak merupakan satu pilihan buat mereka yang mempunyai masaalah kesuburan, baik suami atau isteri.

CADANGAN SET KESUBURAN SUAMI & ISTERI



Sertai kami hari ini..jadi sebahagian dari kami. 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
IG: shayida salmi
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WhatsApp : 012 6084105 | 8115024 (BRUNEI)








Wednesday, 5 November 2014

PROMOSI NOVEMBER 2014: OMEGA GUARD

Sebagai hadiah penutup akhir tahun 2014 ini, Shaklee memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk hidup sihat dengan supplement semulajadi terbaik di dunia.

Promosi bulan ini adalah Omega Guard™ Shaklee dalam 2 pakej berbeza mengikut kemampuan bajet anda.




i- Promo Buy 6 Omega Guard™, Free 1.


ii- Promo Buy Twin Pack Omega Guard™ dengan diskaun 5%. 

Pakej mana pun pilihan anda, ia pasti memberikan kepuasan kepada anda dan pastinya berbaloi untuk wang yang anda laburkan demi kesihatan.

KENALI OMEGA GUARD™

Omega Guard™ adalah supplement Omega 3 keluaran Shaklee. Sebotol Omega Guard™ mempunyai 90 biji kapsul. Setiap kapsul mengandungi 330mg asid lemak omega, 180mg EPA dan 120mg DHA. 

Oh yaa.. Jangan risau tau, Omega Guard™ Shaklee dan kapsul yang digunakan untuk 'melindunginya' adalah dari bahan yang halal dan diperakui halal oleh Islamic Service Of America (ISA).

KEPENTINGAN OMEGA GUARD™

  • Omega-3 penting untuk perlindungan jantung. Pengambilan asid lemak omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Kajian menunjukkan asid lemak omega-3 dapat memelihara kesihatan kardiovaskular dan membantu memelihara paras tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
  • Omega-3 juga menyokong kesihatan otak, penglihatan dn fungsi-fungsi sendi.
  • Omega-3 dapat meingkatkan sistem pertahanan badan.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi dalam kandungan. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem sarah, otak dan retina. Ianya sangat penting terutamanya ketika trimester ketiga kehamilan.
  • DHA juga dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan mencegah penyakit Alzheimer.


KELEBIHAN OMEGA GUARD™

  • Omega Guard™ Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3.
  • Proses penyulingan proprietari 3 molekul ini berupaya menyingkirkan bahan-bahan seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan.
  • Omega Guard™ Shaklee diekstrak daripada ikan laut sejuk di perairan Negara Jepun.
  • Omega Guard™ Shaklee TIDAK diekstrak dari hati ikan tau. Tapi diekstrak daripada ikan. Hati adalah sumber minyak ikan yang tidak bagus kerana hati adalah tempat memproses dan membuang toksin.
  • Omega Guard™ Shaklee lengkap dengan 7 spektrum penuh asid lemak omega 3.


Sertai kami hari ini..jadi sebahagian dari kami. 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
IG: shayida salmi
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
WhatsApp : 012 6084105 | 8115024 (BRUNEI)




Monday, 3 November 2014

DHA tingkat fungsi otak bayi

Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum.

Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi juga perlu dalam memaksimumkan perkembangan otak kanak-kanak bermula dari tahun awal.
Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang baik walaupun di kalangan orang dewasa.

DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik.
Foto
DHA adalah komponen struktur yang utama dan juga asid lemak omega-3.

Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius.

Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan.

Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran bahasa lebih pantas satu asas penting untuk pendidikan masa depan.

Menurut Pengarah Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat, Profesor Dr John Colombo, otak manusia mengandungi hampir 60 peratus lemak dan asid lemak antara molekul paling penting yang menentukan kemampuan dan kebolehan otak untuk berfungsi.

“DHA adalah asid lemak politaktepu (PUFA) yang penting. DHA juga asid lemak omega-3 paling banyak di dalam otak dan retina merangkumi 40 peratus PUFA di dalam otak dan 60 peratus PUFA dalam retina. Manakala 50 peratus daripada berat membran plasma neuron adalah DHA.

“Sebagai satu komponen struktur bagi sistem saraf utama, DHA berfungsi meningkatkan keutuhan membran neuron dan transmisi isyarat selepas rangsangan.
“Selain berperanan penting dalam pembentukan struktur otak, DHA terbabit dalam biosintesis neurotransmitter (catecholamines).

“Kuantiti DHA tertinggi boleh diperoleh dalam bahagian kawalan motor otak yang memainkan peranan utama dalam memori, perkembangan sosial dan kelakuan,” katanya.

Beliau yang juga tenaga pengajar di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat ditemui di ibu negara sempena Ekspo Minda anjuran Mead Johnson Nurtition (M) Sdn Bhd pada 1 hingga 4 November lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Katanya, 80 peratus daripada pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam 1,365 hari pertama dalam hidup iaitu bermula dari dalam rahim ibu sehingga usia tiga tahun.

Hasil kajian yang meyakinkan menunjukkan hubungan DHA dengan perkembangan cerebral yang cepat ketika dalam kandungan sehingga usia beberapa tahun selepas lahir.

Kajian saintifik menunjukkan DHA adalah komponen penting untuk menggalakkan pembentukan otak, di mana penglihatan visual dan perkembangan mental nampaknya bertambah baik dengan pengambilan makanan tambahan DHA.

“Perpindahan DHA daripada darah ibu ke dalam uri adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Justeru, kadar DHA bayi dua kali lebih tinggi daripada si ibu.

“Jika kadar DHA ibu adalah rendah, DHA boleh juga diperoleh daripada punca paling banyak dalam badan ibu iaitu otak,” katanya.

Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama bayi apabila otak bayi membesar tiga kali ganda saiz asal pada usianya masuk satu tahun. DHA merangkumi 10 hingga 15 peratus berat cerebral cortex seorang bayi.

Bagi bayi yang membesar, kadar DHA lebih tinggi sangat diperlukan untuk pembesaran sel neuron berbanding struktur otak lain.

Komposisi membran dalam sel neuron sentiasa mengalami proses pembinaan dan boleh berubah secara drastik jika wujud perubahan dalam pemakanan.

“Ini terbukti apabila asid lemak yang lain mendatar ketika kelahiran, tahap DHA pula berkembang dua kali ganda, terutama ketika tempoh pertumbuhan pesat set saraf iaitu sewaktu pertumbuhan pesat otak.

“DHA tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan,” 


Beliau bekerjasama dengan rakan setugas, Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson, masing-masing pakar dalam bidang nutrisi dan diet serta pakar neurologi di Universiti Kansas, bagi menyelidik kesan pemakanan tambahan rangkaian panjang asid lemak politaktepu (LCPUFA) selepas lahir dan kajian itu dinamakan DIAMOND bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kesan DHA dalam perkembangan kognitif dan intelektual.

Katanya, kajian klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.

“Kami mengadakan ujian klinikal ‘double-blinded’ secara rambang dan terkawal yang direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak.

“Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.

“Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus,” katanya.

Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju.

Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan.

“Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.

“Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama,” katanya.

Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.
“Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.

“Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ),” katanya.

Ketika lahir, otak berkembang sebanyak 100 billion neuron. Neuron pada ketika ini masih tidak matang dan kebanyakannya belum berhubung antara satu sama lain.
Tidak lama selepas kelahiran, otak bayi baru lahir mula membentuk trilion hubungan dan jaringan antara neuron dalam bilangan mega.

Trilion dipanggil ‘synapses’ sangat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan penglihatan, pendengaran, deria hidu, pembelajaran pada tahap lebih tinggi.

“Synapses dibentuk oleh setiap neuron yang mempunyai serat berbentuk sesungut panjang dipanggil axon yang digunakan untuk menghantar mesej kepada neuron lain.

“Mesej dihantar sebagai isyarat elektrik dan diterima beribu-ribu serat pendek berbentuk seperti rambut dipanggil ‘dendrites’ yang juga dikeluarkan oleh neuron.

“Walaupun proses perkembangan otak bermula dengan gen, pemupukan perkembangan iaitu apa dialami kanak-kanak sekarang akan mengambil alih proses ini.

“Pengalaman ini mencetuskan aktiviti elektrik yang membolehkan otak mengembangkan hubungan dan membesar,” katanya.

Semakin banyak stimulasi atau rangsangan diterima oleh otak dalam pengalaman ini semakin banyak neuron akan berhubung, justeru membolehkan pembelajaran lebih baik dan meningkatkan kepintaran.

Pengalaman berulang kali akan membantu membina hubungan kekal di dalam otak. Mencecah usia lapan bulan, bayi normal dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang mempunyai stimulasi, selamat dan penuh kasih sayang akan mencetuskan 500 trilion hubungan.

“Ketika mencecah usia dua tahun, seorang bayi akan mempunyai 1,000 trillion hubungan. Walaupun hubungan ini terus terbentuk sepanjang hayat, mereka mencapai kepadatan paling tinggi iaitu 15,000 synapses untuk satu neuron.

“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi di masa depan, sebahagian besarnya siap dibentuk apabila berusia tiga tahun.

“Apabila tiba masa itu, asas untuk pemikiran, bahasa, kebolehan dan perlakuan dibentuk dan struktur dan bentuk otak mencapai 80 peratus sempurna,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01


sumber