Saturday, 15 October 2011

Persediaan 1 selepas bersalin


Tahniah buat sahabat dan kenalan cda yang disahkan mengandung…bestnye… J. Dalam minggu ni juga cda join sembang sana..sini ..rata2 topik yang dibangkitkan adalah bagaimana ibu mahu kembali slim selepas bersalin….dan cda nak kongsikan disini tentang pengalaman sahabat cda yang sedang mengandung anak ke-3  dimana timbul kesedaran akan kepentingan pengambilan supplement dari proses kehamilan, berpantang juga sebagai supplement untuk peruses penyusuan……. Pasti terdetik dihatinya kenapalah tidak mengambil supplement semenjak anak pertama lagi kan? Jom kita kongsikan dari blognya disini


"Persediaan 1:selepas bersalinSELASA, 11 OKTOBER 2011

Setelah sekian lama cari kat tenet ni,produk apa yang bakal ku gunakan untuk berpantang nanti akhirnya sudah ketemu jua hehe :P

Untuk berpantang kali ni fokus aku berbeza sikit daripada yang lepas ye.. Biasanya kan orang dalam pantang nih lebih fikirkan nak sihat cepat dan nak cantik slim macam anak dara semula. Macam tu la aku dulu. Sebelum2 ni aku terlepas pandang sikit,aku cari produk untuk tujuan tu je tapi lupa bab baby/usaha meningkatkan kualiti susu ibu.

Dulu produk pilihan aku mestilah Nona Roguy-NR,sebab produk ni yang sememangnya dah lama jugak kat pasaran dan ramai rakan forumer tempat aku lepak dulu vote yang nih. So macam terpengaruh jugak.. Siapa tak nak slim kan.. haha.

Tapi pengalaman melihat kesihatan anak2 yang kurang memuaskan,asyik sakit je.. Buat aku lebih peka. Banyak yang aku pelajari dari bahan bacaan dan pengalaman orang2 disekelilingku-yakni disekeliling laman sesawang :P. Aku dapati ciri2 kualiti susu ibu sewaktu menyusukan Asy memang kurang. Sebab diantara penyebabnya tanpa ku sedari telah aku lalui waktu tu..

Diantaranya;
-air susu tu kelihatan cair
-warna dia putih atau lebih merudum lagi ianya seakan2 jernih
-berdiet tak ingat- aku skip nasi dan banyak sumber carbohydrate
-sewaktu berpantang mengamalkan jamu semata2 tanpa memakan suplement-padahal sambil tu diet jua

heh,sungguh tak elok. Apatah lagi Asy lahir diminggu ke 35 dan di caj PRE-MATURE. Sewaktu aku mengandungkan Asy,aku alami alahan tapi tak seberapa teruk. Cuma aku tak boleh tengok sayur.. Tapi tetap memasaknya untuk Sya dan suami makan. Tapi setiap kali aku memegang sayur dan memasaknya aku dah hilang selera makan dan mual. Haha apa punya alahan la.. sayur jugak yang ditolak tu kan. Hingga umur kandungan ku 6bulan baru boleh makan sayur. Masatu aku tak ambil supplement apa pun.. Cuma makan folic acid dan vitamin C. Berbeza dengan saat mengandungkan Sya kakaknya dulu. Aku takde alahan sangat cuma gastrik teruk je pastu kat mulut nih rasa tak selesa,macam ada besi je..huhu. Tapi waktu tu aku suka makan sayur tau.. Banyak makan brokoli,sumber folic asid dan sayur tinggi khasiat. Masak pun 50peratus je masaknya,sebab sedap makan ada krup krapp. hehe. Jadi walaupun Sya lahir minggu 36,badan dia lebih kuat dari Asy. Pastu masa pantang aku tak berdiet,badan pun debab okey hihihi. Tu la kesilapan aku,aku terlalu gembira sangat bila dapat body macam sbelum kahwin haha sampai terlupa kepantingan Asy. Apa yang paling ketara,ialah badan Asy cepat susut berbanding Sya.. bermula umur dia start makan badan dia dah mulai berkurang. Ohh menurut taklimat breastfeeding,tu jugak salah satunya tanda air susu kita dulu tu tak mencukupi nutrisinya untuk baby.

Jadi,untuk bakal edisi ketiga kami ini.. Aku lebih memikirkan kualiti susu.. Kedua,nak sihat cepat.. dan ketiga.. SLIM. ehe.

Google punya google.. Tanya kawan2.. berkenan produk SHAKLEE. Macam best je.. Ditambah lagi ipar aku sendiri citer kawan dia yang keja pun meneruskan penyusuan susu ibu. Dan yang paling best,stock susu itu sentiasa ada.. Warna air susu yang kekuning2an dan pekat jugak adalah tanda air susu tu berkualiti. Sebab tu baby menyusu sekejap je,ini boleh tengok dipermulaan baby baru menyusu dulu.. Sebab tu jugak senang nak buat stock bagi ibu2 bekerja. Dan baby cepat kenyang.. pastu air susu pun banyak,jadi memang boleh stock la kan. Tambah excited bila aku tau baby dia dah setahun lebih tau.. aku ingatkan baru2 lahir pada mulanya.

Bila aku study lebih lagi tentang SHAKLEE ni,produknya tidak terhad untuk meningkatkan kualiti susu ibu tetapi jugak untuk time preggy nih dan diteruskan untuk berpantang. Produk ni sebagai supplement ya bukan jamu. Sedar tak sedar jamu sebenarnya boleh menganggu kualiti susu ibu. Ini bukan aku yang memandai tetapi memang dari taklimat penyusuan. Sebab jamu tu panas.. sebab tu bila baby kena kuning tinggi kita tak boleh teruskan makan jamu. Pastu bagi yang kurang minum air tu lagi la kan...

Memandangkan time preggy kali ni,aku alami alahan teruk lagi dari dulu.. Muntah,mual,takde selera makan.. kadang sampai makan pun sehari sekali je,lembik tau badan tapi kalau makan tak selesa sungguh rasanya,mual2.. kadang hingga tahap muntah. Bila dah muntah,rasa pitam ooo. Dan lagi teruk sampai sekarang aku tak boleh makan ikan,tak boleh masuk langsung. Kadang teringin nak makan tapi bila ada kat depan mata siap masak semua,selera jadi kecut huhu. Pastu bila mengenangkan mungkin akan bersalin awal lagi kali ni.. jadi aku ambil keputusan nak mulakan sekarang makan SHAKLEE tak yah tunggu selepas bersalin.

Okey.. sekarang aku baru je mula produk SHAKLEE ni disaat kandungan memasuki trimester kedua. Dan pendapat ikhlas aku. Aku bukan dealer atau mendapat diskaun sebab tu beria puji SHAKLEE. Hoho takde maknanya.
Okeylah camnih,sewaktu aku mulai mengandungkan Asy aku menghidapi sakit pinggang sebelah kanan. Sakit sangat ya.. Didapati masatu aku rupanya kekurangan air-ke cecair? dalam badan. Kalau dulu waktu Asy tu bermula kandungan 6bulan barulah sakit nak rak. Tapi kali ni seawal kandungan 3bulan pun dah sakit. Aku minum susu hi calcium sehari 1L pun kadang okey.. kadang tidak jugak. Pastu usia kandungan 5bulan aku dah cramp,lagi dahsyat rasanya cramp kat peha-pinggang. So ditakuti oleh diriku sendiri ini.. Mungkinkah nanti aku dah saat bersalin aku tak perasan sangat sebab dari awal dah sakit camnih. Pastu aku macam tak tenang.. Takut ye,takut jika sakit tu ku anggap sakit biasa tapi rupanya nak bersalin dah. Sebab aku nyer history kan anak2 semua awal. So memang fikiran ni kacau la,macam2 dok fikir. Pastu badan aku jugak mudah letih. Pagi2 tu confirm nak tido lagi selepas suami keja. Petang tu pun nak terlelap jugak. Mood mudah swing.. Bila takde mood,selera pun tak de.. memang berat aku susah nak naik masatu.

Bila aku mula ambil SHAKLEE.. Dalam seminggu tu Alhamdulillah,dengan izin Allah juga la kan,aku dah rasa perubahannya. Diantaranya;
1.sakit pinggang aku agak berkurangan.
-kalau aku kata takde langsung,nampak beno menipunya :P. Ada sakit macam lenguh2 sikit tapi cepat hilang. Contohnya bila aku baring lama pun pastu nak bangun,memula tu ada lenguh sikit tapi boleh bawa jalan lagi dan hilang camtuh je. Kalau dulu bila bangun tido nak sembahyang subuh,memang badan rasa kaku sebab sakit pinggang. Even dah lama bangun ambil wudhu semua,tapi tetap sakit waktu nak ruku'.

2.Badan lebih bertenaga dan bersemangat.
-yang ni memang ketara. Letih pun aku tapi bila masuk dapur tetap ada semangat.. atau nak buat keja tu tak liat sangat,mungkin sebab sakit pinggang dah berkurangan.

3. Mood agak bagus.
-ya.. walaupun letih tapi memang mood tak rasa terganggu macam dulu. masuk dapur,macam2 idea nak masak. Ini memang suami aku pun setuju hehe. sebab aku pun dah tak selalu ngelat nak makan kat luar,kadang tu aku sendiri yang sarankan 'kalau nak makan kat luar,terpulang pada abang.. tapi kalau nak i masak pun takpe.. masih boleh memasak'. hehe... sebab sebelum ni kalau aku letih suami aku meringgankan keja aku samada makan kat luar atau take away je :D

4.Pastu membuang kat toilet memang lancar.
-yang ni tak yah explain sangat.. cuma nak bagitau selepas melahirkan anak sulung aku ada masalah membuang sikit. Sebab salah teknik teran cuma tak teruk sampai buasir..Just faham je la bila mengandung,memang akan hadapi masalah nih. Tapi sekarang Alhamdulillah..

Tambahan lagi satu,badan aku rasa lebih selesa sekarang. Dari dulu kalau bergurau pastu kena cubit geram sikit,sakit tu ada macam tinggal okey.. macam span kalau diperah,lambat nak balik ke keadaan asal.. haa memang tinggal sakit tu. Tapi sekarang dah tak rasa semua tu.
set berpantang

Dan list untuk aku berpantang nanti adalah
-SHAKLEE fullset utk berpantang dan breastfeeding set
-bengkung; nak beli satu je lagi sebab yang dulu masih elok
-minyak herbanika dan krim barut dari Nona roguy
-set penjagaan rambut dari MR
-skirt;hahaha ni nak skip kain batik ye :P
-susu kambing
-minuman berasakan serai
-nursing pad
dll benda basic yang tak usah di listkan kat sini""




Bagi siapa yang ingin mencuba  vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume  ,baik di Malaysia mahupun Brunei boleh lah menghubungi cda untuk mengetahui promosi terkini di shayida_82@yahoo.com atau sms ke +6738115024.Juga di page:http://www.facebook.com/pages/ShakleeOnesupplement/266761800008108?sk=wall  Anda juga boleh walk-in di mana-mana cawangan shaklee dan membuat pembelian menggunakan ID saya 858044




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...