Monday, 19 March 2012

Perancang Keluarga


PROSES OVULASI
Telur yang dikeluarkan ovari menjadi matang setiap bulan. Pada
pertengahan kitaran tersebut, iaitu lebih kurang 14 hari selepas hari
pertama haid datang, telur ini dilepaskan. Proses ini dinamakan
ovulasi. Hormon yang bertanggung-jawab dalam proses ini ialah FSH,
LH, estrogen dan progesteron. Telur ini akan melalui tiub Fallopian
dan di sini ia akan disenyawakan dengan sperma lelaki.

Pada masa yang sama, berlaku dua perubahan :

Mukus di sekeliling serviks menjadi nipis dan cair. Ini memudahkan
sperma memasuki rahim dan sampai ke telur
Lapisan rahim menjadi lebih tebal. Ini supaya ia dapat menerima dan
menyuburkan telur yang disenyawakan.
Sekiranya persenyawaan berlaku, telur akan berkembang menjadi janin.
Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan rahim yang tebal
tersebut akan digugurkan. Proses inilah yang dinamakan haid atau
datang bulan.

PIL PERANCANG
Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang
keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. Pil perancang
mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang
dikeluarkan oleh badan :

Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera,
Marvelon, Minulet, Mercilon
Progestogen – jenama Noriday.
Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang
menyusukan anak. Ia sesuai juga untuk orang yang alahan dengan
estrogen.

Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan
pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak
dirangsang dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak
boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini
menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim.

Bagaimanapun ada KESAN-KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN PIL PERANCANG :


Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan
mempunyai darah jenis A
Pening dan mual
Migraine
Muntah dan masalah-masalah perut
"Fluid retention" – cecair badan susah dibuang dari badan
Sakit kepala
Buah dada menjadi tegang
Tekanan (depression)
Tekanan darah naik
Turun atau naik berat badan
Selain daripada dapat mencegah kehamilan, pil perancang juga
memberikan KESAN-KESAN BAIK YANG LAIN :


Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia
(kurang darah)
Peredaran haid lebih teratur
Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid
Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease
Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)
Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus
Mengurangkan risiko hamil luar rahim
Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan
kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga
boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)

PERINGATAN:
Ambil pada masa yang sama setiap hari
Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau
sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya
Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana
antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti
estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan
Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon
menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama
Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan
sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang
Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti
AIDS
Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko
mendapat penyakit jantung.


CARA-CARA LAIN MERANCANG KELUARGA

1. Condom

2. Secara semulajadi
Anda boleh mengamalkan cara ini iaitu dengan melakukan hubungan
kelamin semasa anda tidak subur sahaja. Bagaimanapun peratus
kejayaannya hanyalah 70% hingga 80%. Anda boleh menentukan waktu
subur anda dengan cara-cara berikut:
-Kira waktu ovulasi (pengeluaran telur). Biasanya ia terjadi 14 hari
selepas hari pertama haid

-Mengambil suhu badan. Suhu badan anda, periksa waktu pagi, meningkat
pada permulaan ovulasi

-Melihat mukus faraj anda. Ia menjadi jernih dan nipis semasa ovulasi.

3. Diafragma dan Kep Servikal (Diaphragm and Surgical Cap)
Kaedah ini menghalang sperma memasuki serviks, jadi ia tidak akan
bertemu dengan telur yang dikeluarkan.

4. Spermasid

Bahan ini membunuh sperma.

5. Alat Kontraseptif dalam Rahim (Intra-Uterine Device, IUD)

Terdapat dua jenis IUD. Satu mengandungi kuprum dan yang satu lagi
melepaskan hormon wanita. Pemasangannya tidak begitu menyelesakan dan
ada kemungkinan berlaku jangkitan inflamasi pelvis.

6. Ligasi Tiub (Tubal Ligation)
Tiub Fallopian ditutup atau diputuskan.

7. Vasektomi (pemandulan Lelaki)
saluran yang menyalurkan sperma lelaki diputuskan atau ditutup

8. Norplant
satu set tiup kecil dipasang di dalam lengan, dibawah kulit. ia melepaskan hormonyang m encegah telur menjadi matang. kaedah ini tidak sesuai untuk wanita




Ingin mendapatkan Supplement |Selamat| Berkesan |Semulajadi hari ini????

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 

Fb :shayida salmi 

Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...