Monday 7 January 2013

APAKAH OSTEOARTHRITIS (SAKIT SENDI)?


OSTEOARTHRITIS (SAKIT SENDI)
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
1.      Sakit pada sendi yang terlibat.
2.      Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
3.      Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
4.      Adanya pembesaran tulang sendi.

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Osteoartritis:
1.      Golongan tuadan sudah berumur
2.      Golongan obesiti
3.      Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
4.      Mengangkat barang-barang yang berat.
5.      Lemah otot paha (quadriceps)
6.      Abnormal tibial rotation

RAWATAN PERUBATAN:
Rawatan yang biasa diberikan untuk mengurangkan kesakitan termasuklah
non- streoidanti- inflammatory drug (NSAID). 

Pesakit juga boleh diberikan rawatan glucosamine sulphate bagi mengurangkan kesakitan dan dipercayai boleh memperbaiki sendi-sendi yang terlibat. Malah, bagi pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan , mereka boleh diberikan corticosterioid yang bertujuan mengurang proses keradangan dalam sendi.

Selain ubat penahan sakit yang dimakan, ada juga ubat sapu yang diperbuat daripada gel atau krim yang boleh digunakan untuk kelegaan tambahan. Ubat-ubatan ini selalunya tidak lagi berkesan untuk peringkat osteoartritis yang teruk. 
Ubat-ubat baru seperti glucosamine,chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia.Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.

Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis

Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.

Ubat jenis suntikan intra-artikular seperti asid hylarunik juga boleh digunakan untuk menambah cecair pada sendi yang bermasalah. Suntikan ke dalam sendi ini boleh memberikan kesan yang cepat dengan mengurangkan sakit dan mengurangkan bunyi geseran (crepitus) akibat dari osteoarthritis.

Pesakit perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga suntikan setiap minggu untuk satu rawatan penuh bagi satu-satu sendi. Walaubagaimanapun, kini terdapat produk asid hylarunik yang hanya perlu disuntik sekali sahaja bagi memberikan kesan hampir sama.



KENALI JOINT HEALTH TABLET DARI SHAKLEE
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrient penting lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin c untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat dalam campuran yang akan memanfaatkan kesihatan sendi dengan berikut:

·                     Menyokong keselesaan sendi
·                     Membantu mengekalkan tulang rawan
·                     memelihara tulang penyambung yang sihat


TAHUKAH ANDA?


Peyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina. Shaklee advanced Joint Helath Tablet adalah 100% bebas daripada KONDROITIN.

KENAPA SHAKLEE JOINT HEALTH TABLET INI BERBEZA?

Sentiasa selamat:
·    100% berasaskan sayur sayuran
·     Tidak mempunyai perasa tiruan, pemanis atau pengawetan.
·      Bebas gluten

Sentiasa berkesan:
·      Tiada KONDROITIN bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik
·        Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.

Sentiasa mesra alam:
·     Botol yang dikitar semulajadi
·     Pembungkusan yang bebas bisfenol-A (BPA)



Selamat| Semulajadi Berkesan

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 858044 ] 


Fb :shayida salmi 
Emel : shayida_82@yahoo.com 
Blog: onesupplement.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...