Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya
merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses
pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil.
Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel
baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada
proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin
dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui
sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat
mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.
Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam
susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin
mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu
soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam
kandungan.
NILAI TAMBAHAN
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat
bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya
boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu
mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan
penyelesaiannya.
Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak
berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.
Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan
fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu
unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah
kanser payudara.
Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran
umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan
kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina
tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan
darah dan pelbagai aktiviti enzim.
JANGAN MINUM BERLEBIHAN
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya.
Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu
soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid,
khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.
Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya
dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan
mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).
Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat
mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar
unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian
protein.
Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Anda mengalami 'morning sickness' dan tidak mahu berdaya
untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan
sangat penting terutamanya buat ibu hamil.
Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula
darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda
serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.
Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti
gizi dari makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek
kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari
dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.
Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu
tetap boleh anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang
mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt.
Sumber: EDITORIAL PAMA
KELEBIHAN (SOYA) ESP SHAKLEE
Istimewanya ESP Shaklee. Kerana ia merupakan sumber protein soya terbaik.Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones
dapatkan hari ini Juga!
Emel : shayida_82@yahoo.com
Blog: onesupplement.blogspot.com
Jana Side Income dengan Shaklee di sini --->
WEB: myonesupplement.comhttp://myonesupplement.com/
|
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment