Sunday, 12 June 2011

TEKNIK MARMET & BREAST PUMP

TEKNIK MARMET & MENGGUNAKAN BREAST PUMP
Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. 

Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). 

Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku. 


Teknik Marmet

sungguhpun terdapat belbagai breast pump di pasaran sekarang..semestinye mommies perlu tahu mempelajari teknik ini.....kerana
  1. ia tanpa kos....mudah dikendalikan....dimana saja..psst! asalkan tampat tu mesti bersih....tangan bersih....
  2. tak perlu menyediakan aksesori...elektri...ataupun bateri....mudah kan?

bagi mommies yang baru nak mempelajari teknik ini, cube ikuti step by step dibawah....mudah je... belum cuba belum tau...

1. Pastikan tangan bersih
2. sediakan bekas yang bersih dan berpenutup
3.duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa 
4.Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
5. Guna tangan kiri untuk memerah payudara kanan
6. ampu payudara
7. Buat pegangan bentuk C.guna 3 jari iaitu ibujari, jari telunjuk dan jari tengah (Gambarajah 1)
Gambarajah 1:Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.
8.Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9).(Gambarajah 2)





9.Picit dan tolak tangan ke arah dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
10.Picit jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.

11.Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.



12.Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi picit dan tolak, picit dan tolak sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.
Pastikan anda TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.

  • Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.
  • Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.
  • Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.

Breast pump


Jom kite check samada teknik kiter selama ni betul ke tidak....

1.baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya

2.basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam

3.basuh tangan dengan bersih

4.duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa

5.rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)

6.posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield

7. mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)

8.boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan

9.pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir

10.masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)



Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan

2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)

3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan

4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump

5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)

6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)

7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi 




cerdit to: kak nora ,http://byc.com.my/ 
& azura http://menyususimanja.blogspot.com/  ( thanks for sharing :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...