Friday 21 October 2011

Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu



hasil perahan cda untuk 1 sesi...syukur.. :)

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya k...ekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

• EBM = Expressed Breast Milk
• Fresh EBM = Susu yg baru diperah
• Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk 
(bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, 
ia bukan basi okey
• Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku







BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

• bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
• bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
• breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk 
menyimpan perahan susu ibu
• Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali 
sebelum dibuang. 
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
• Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Kuantiti susu yang diperah
• Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi j
ika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran. 

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
• Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan 
tidak lebih dari 4 jam
• Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER? 
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN: 
• susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
• susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
• Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan 
bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan 
antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh 
lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi 
antibodi)
• Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan 
bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
• Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi 
untuk bekalan hari esok.
• Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok 
beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

• Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana 
suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan 
menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di 
bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.


• Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit 
ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu 
dibekukan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...